Balik JB...
Assalamualaikum...
Alhamdulillah....batuk2 dan sakit pinggang dah beransur pulih..Berkat doa kawan2 dan ibubapa serta suami dan anak2 tercinta, maklang dah beransur sembuh. Hari ini sakit pinggang dah banyak berkurangan dari hari Khamis lepas. Bersyukur sangat pada Allah kerana memberi kesihatan yang baik semula. Terimakaseh jugak pada Alang kerana telah membuat thorough check up buat maklang...
Sebenarnya banyak perkara yang berlaku sejak beberapa hari maklang tak updet ni.
Hari Khamis lepas kat opis ada makan2 besar untuk merasmikan office baru ni. Adalah makan2 sikit. Tapi kalau tengok budget tu tak sikit sebab budgetnya teramatlah besar! Siap ada khemah dan door gift lagi. Makanan pun banyak. Tapi macam yang maklang cerita dalam N3 lepas, maklang tak dapat nak enjoy sangat sebab badan tak berapa sihat, tapi makan tetap makan. Cuma tak berapa enjoy sebab makanannya tak sesedap mana. Cik Abang pun ada datang...sama2 memeriahkan majlis tersebut. Habis majlis, maklang ke Clinic ambil injection kat pinggang sebab teramatlah sakit....
Sempat jugak maklang makan dengan Cik Abang. Tengok tu Pok De yang bermisai tebal tu...sedap sangat makan, sampai tak nampak orang nak ambik gambar dia!
Ini dia jurugambar maklang yang berbaju biru ...posing jugak tu sebenarnya..
Semasa tengah beratur untuk nak ambik makanan.
Apakah yang di renung kan itu wahai adek2ku???
Petang tu maklang mintak balik cepat sebab nak ke KL. Sampai rumah, maklang siap2 untuk bertolak ke KL sebab nak melawat sepupu maklang yang masuk hospital. Dia allergy sampai masuk ICU. Kesian dia...Tapi Alhamdulillah dah pulih masa kami melawat dia. Malam tu kami tidur kat rumah Alang.
Besok pagi tu Cik Abang ke Seremban dengan Atok dan Wan serta dua anak kami yang kecil, Maya dan Hakim, sebab ada urusan kerja. Maklang pulak ikut Alang ke hospital sebab Alang kata elok buat xray nak tengok kalau ada masalah pada lumbar maklang. So, pagi tu sementara Cik Abang sibuk ke Seremban, maklang pulak sibuk kat tempat kerja Alang. Kena x-ray 2 -3 bahagian. Kemudian buat phisio pulak. Alhamdulillah Alang kata tak ada masalah pada tulang belakang. Phisiotherapist tu pun suruh maklang buat senaman untuk menguatkan tulang belakang. Dari hospital, maklang naik komuter untuk bertemu dengan Cik Abang di Seremban. ALhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kemudian kami singgah di Tampin sebab Atok nak jumpa orang yang jaga kebun dia. Sekejap aje kat situ kami singgah kat Air Keroh untuk makan tengahari dan bersolat. Kami tiba kat JB lebihkurang jam 7:00malam.
Letihnya ya amat. Malam tu setibanya di JB, lepas mandi terus aje melepak.Langsung tertidur. Malam baru bangun dan makan, Busu ada beli murtabak dan mee rebus. Lepas makan and telan ubat, maklang sambung tidur. Memang kena rehat.
Hari Sabtu, kami ke Batu Pahat, jumpa kawan Atok. Kemudian kami ke Air Hitam. Sempat jugak maklang membeli sedikit perhiasan untuk nak letak kat kolam yang sedang dalam proses pembikinan. Alhamdulillah...setelah 6 tahun, impian kami untuk ada sebuah kolam ikan akan menjadi realiti dalam beberapa minggu lagi, InsyaAllah...Sementara maklang beli cendawan2 tu, Atok dan Wan serta Cik Abang sibuk membeli kerepek untuk di buat ole2 untuk kawan2 kat Kerteh. Dapat jugak kami bawak kan untuk anak2 MakTeh masa jumpa kat Singapore. Petang Sabtu kami tak ke mana. Maklang dok menonton TV aje. Baring2 and rehat2! Malam tu, Atok belanja makan mee..macam2 mee ada!Busu lah tukang beli! Thanks Atok dan Busu.
Hari Ahad, pagi2 tu buat plan. Mulanya Cik Abang suggest, tak payah lah ikut ke Singapore sebab nak berurut. Tapi bila talipon kawan Atok tu dia kata wife dia tak ada pagi tu. Dia suruh kami datang waktu malamnya. So, since rancangan dah bertukar, maklang pun call kawan kita, NORABELLA, dan membuat rancangan nak ke rumahnya.
Lebihkurang jam 11 kami bertolak ke Singapura. Maklang tiap kali ke Singapura , kat cek point tu memang takut sebab ada security yang pegang senapang. Kami tiba di rumah pengantin sekitar jam 12:oo agaknya. Maklang masih tak berapa kuat. Susah nak duduk lama. Sekejap2 berdiri sebab nak tahan sakit. Tapi ALhamdulillah managed to 'behave' throughout the function. Sempat jugak bual2 ngan Makteh EZ.Dan Pipa sempat jugak pesan...Maklang...Maklang tak bawak ke baju kebaya yang Maklang nak kasi Pipa??? Alamak...Memang maklang lupalah sayang..InsyaAllah nanti bila maklang ke KL minggu depan, maklang bawakkan ye... Kaum kerabat. Yang bertudung biru tu adalah adek bongsu kepada Datok Kuantan.
Wah...Datok...segak berbaju batek!
Jo dan anak2 serta Datok. Maam tak nampak pulak kat mana....
Handsome tak pengantin baru ni?
Datok bersama ibu saudara Datok. Nenek Mun ialah adek kepada Nek Pon ( ibu kepada arwah MIL).
Sempat juga snap gambar Cik Abang dengan anak2.
Dari majlis khenduri tu, kami bertolak ke rumah NORABELLA. Ya Allah...sambutan yang diberi membuat kami rasa terharu. Bukan aje ada makanan yang enak2 tapi ada jugak ole2 untuk maklang serta anak2. Cik Abang was very happy sebab Nora bekalkan rojak Singapore yang memang kesukaan dia tu. Nora tu is very thoughtful kata Cik Abang...Dia rasaseronok sebab Nora ada hidangkan rojak yang dia idamkan tu. Memang lajulah dia menjamu selera. Walhal dah makan beriani gam kat rumah pengantin sebelumnya. Kami terpaksa mengundur diri setelah berada di rumah Nora selama sejam. Moga2 ada rezeki untuk kami bertemu Nora sekali lagi di lain masa dan boleh spend more time. Sedapnya...
Ha..lagi bahan2 rojak!
Ayam Penyet. At last dapat jugak merasa...Sedap!
Tengok tu...anak beranak ni makan bukan main berselera lagi...
Kami juga sempat singgah kat rumah PakCik Sharif, adek kepada Datok Kuantan. Dapatlah kami melawat isterinya, Cik Nora, yang telah menjalani chemo. Alhamdulillah walaupun dah beberapa kali melalui chemo, Cik Nora nampak lebih segar. Kami doakan semuga Cik Nora cepat sembuh dan kalau dah sembuh, jemputlah ke rumah kami ye....
Dari situ, kami bertolak balik keJB. Alhamdulillah taklah jam sangat walaupun kami tiba kat causeway tu jam 5:15pm. Kami tiba kat rumah Wan dalam pukul 6:15pm. Cik Abang boleh pulak sambung makan rojak...tak puas agaknya...and kalau nak tahu..sepanjang perjalanan pulang tu..dia asyik teringat kat rojak Singapore aje...Puas hati kata dia. Selalu tu tengok kat AFC aje...sekarang dah dapat rasa!
Petang tu, dalam pukul 7 malam, kami bertolak ke rumah kawan Atok untuk berurut. Alhamdulillah, selesai berurut, maklang dah rasa agak sihat! Syukur kepada Allah!
Kami bertolak pulang ke Kerteh jam 11 pagi tadi. Sempat singgah kat Air Hitam lagi sebab nak beli lagi kerepek. Mengenangkan anak sedara kami yang hemsem and cool , Si Azim, suka sangat makan kerepek perisa kari ( Mak Teh beritau tadi), maka kami singgah lagi kat Air Hitan. Kami pun beli lagi beberapa packet untuk Azim. Sempat jugak maklang belikan hadiah2 hari guru untuk Cikgu anak2 maklang. Ada jugak ole2 untuk Cik Yah yang hantar anak2 ke sekolah semasa ketiadaan kami. Ada jugak ole2 untuk Pak Omar dan keluarga.
Setibanya kat rumah tadi, memang tak sabar nak tengok progress kolam. Alhamdulillah dah 50% siap...
Ini hulu kolam. Yang kat hulu tu nanti ada air terjun, cadang2nya laa...
Ini kolam yang besar kat hilir. Agak dalam sedikit.
Ini diantara hulu dan hilir. Seolah2 adalah sungai kecil yang menyambungkan hulu dan hilir sungai...berangan betul maklang ni...
Inilah kolam yang hampir siap. Nanti kalau dah siap, maklang ambil gambarnya lagi...
Besok, maklang outstation lagi...tak masuk opis lagi rasanya...Lusa barulah dapat bertemu teman2 sepejabat!
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Ini kolam yang besar kat hilir. Agak dalam sedikit.
Ini diantara hulu dan hilir. Seolah2 adalah sungai kecil yang menyambungkan hulu dan hilir sungai...berangan betul maklang ni...
Inilah kolam yang hampir siap. Nanti kalau dah siap, maklang ambil gambarnya lagi...
Besok, maklang outstation lagi...tak masuk opis lagi rasanya...Lusa barulah dapat bertemu teman2 sepejabat!
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Labels: Cuti2
17 Comments:
Alhamdulillah maklang dah sihat, panjang langkah tu sampai ke luar negara .
Wahhhh ... besarnya kolam tu... macam taman betul dah ni.. tak payah dah pergi taman air menderu.... kena ada tiket ke nak menjengok taman dan kolam tu nanti .... hihi.
Geram nyer tengok kolam ikan MakLang tu, such a big place you have there....
ML.. sampai jugak ke rumah Nora ek? Nanti kalau ada rezeki sya ngan Nora lak yg ke Kerteh.. tapi tunggulah sungai tu siap .. boleh le kita bertiga memancing ikan .. he he he
Waduh, besarnya kolam... Nak mandi-manda pun boleh kan, maklang..?? AHIKS.
Cik Abang-Abang yang termenung tu hensem jugak.. Dah berpunya ke..??
Rina:
Rezeki Allah beri untuk sampai keluar negara walaupun badan masih belum berapa sihat...
Dapat jumpa Nora dan makcik2 pakcik2 belah Pak Lang! Syukur...
Kalau nak tengok kolam tu untuk kawan blogger kira free laa...ha..haa...tapi kalau bawak cupcake dari Kemaman dengan cendol lagi best, kita duduk tepi kolam makan2!
Akuni:
TAk lah besar mana..camera trick aje tu jangan tak tau!! He..he..he..
Sya:
At last dapat jumpa Nora...Seronok...tapi tak sempat nak cerita panjang laa...Badan tak sihat pulak and kesuntukan masa betul!
Tak sabar nak tunggu you all datang...kita memancing kat kolam tu sambil2 makan pie ayam dan ayam penyet seta rojak singapura Nora..Paklang pun sure suka punya tu...he..he..
Cat2:
Boleh nak mandi manda...tapi nak rendam aje muatlaa...kalau nak simming cam kolam Olympic tu tak leh lah Cat..
Cik Abang2 tu ada yang dah berpunya, ada yang masih solo...
Mak Lang, terima kasih kerana sudi berkunjung...lain kali kita lama-lama sikit...kecik tapak tangan...tambak johor kita tadahkan...
Tumpang lalu kejap, Sya, nanti kita plan gi Kerteh ok? Sambil pancing kat kolam ikan Mak Lang, kita buat parti masak-masak..he..he..
laaa.. patut buat swimming pool terus. boleh kami numpang..!! he he.. time paklang takde laa..
kesian nya maklang, moga cepat sembuh dari semua penyakit, sabar ya..
Maklang,
Leh buat swimming pool..mandi manda ngan ikan sekali..ini baru dikatakan makan di tepian sungai..mesti cun melecun bila dah siap nanti tukan.
sampai ke S'pore Mak Lang ye.. seronok dapat makan. sedapnya la.. Neeza tumpang terliur aje lah ye.. takpe, balik nanti harap2 ada la kenduri kawin, nak pergi makan hehehee.. tak malu betul muka neeza ni..
Besarnya kolam tu. Mesti seronok tengok ikan berenang-renang dalam kolam tu. Entah2 boleh letak kura kura sekali kan... dah siap nanti, boleh la Mak Lang post banyak gambar ikan berenang...
Alhamdulillah nampaknya akak dah sihat. syukur banyak2.
"pintu-pintu syurga terbuka lebar untuk orang2 yang sabar menerima ujian dari Allah"
dan sakit juga salah satu bentuk ujian dan rahmat sebenarnya tu nak bagi badan kita berehat.
Kak, besar nampak kolam ikan tu!
nanti kalau ada rezeki kolam dah siap boleh lah kami singgah lepak2 tepi kolam ya??
glad u dah sihat sikit:)
cantik kolam ikan tu ye?tak tau Jo an family pun ada teringin juga nak jumpa EZ...takpe lah bukan my turn berjumpa kali ni... tak rezeki.
Nora:
Link kedua tak mo tadahkan ke..Tambak Johor tu jam sokmo...he..he..
Mulan:
Eh..boleh swimlaa...lagi ori maca sungai..ada ikan2 lagi...he..he..
ummi:
Insyaallah...maklang memang suka kolam2 ni..Masa gi air itam nampak jugak itik2 patung tu, tapi berat nak beli, takut malaikat tak datang pulak...
salam ziarah...
moga cepat sihat, dan cepat siap kolam tu...best boleh tengok ikan berenang2 dlm tu nanti.
tak care mak lang ya, cantik nampak sungai tu, dah terbayang dah keindahan airterjun, aliran sungai, mmuuaah, indah. ayam penyet? nama kelakar tapi mesti sedap ni,wallaaa
Neeza:
Terimakaseh kerana bagi idea nak letak kura2. Kenalah letak sepasang kan...tapi nanti dia tak merayap ke?? Tengoklah macamana nantikan..
OO:
Terimakaseh kerana mendoakan maklang sihat..
InsyaAllah kalau ada rezeki nanti jemputlah kemari..boleh kita makan2 kat tepi kolam ikan tu..kalau bela ikan yang boleh dimakan, kita pancing and goreng!
Kak elle:
Thank you..
Tentulah Jo datang...sepupu dia jugak tu...nanti kalau akak datang sini bulan 6, mana tau kot2 EZ pun ada sekali!
Cikgu Zue:
Terimakaseh kerana sudi nak singgah sini...
Mak Su:
Tu sungai buatan aje...harap2 jadiklah seperti yang di cita2kan!
mak lang, cantek kolam ikan tu... kawasan luas boleh buat apa yg kita mahu... ada pokok2.. ada kolam ikan... mmg seronok, aman damai...
take care mak lang semoga sihat2 selalu...
Post a Comment
<< Home