Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Tuesday, April 8, 2008

Ke KL lagi...

Assalamualaikum...


I just could not stop smiling. Kelakar betul. Tadi masa balik dari opis maklang singgah kat kedai yang jual tupperware tu. Alaaaah yang along the road on the way balik ke rumah tu. Sebenarnya dah lama pekerja kedai tu, nama dia Mah, call maklang suruh ambil tupperware. Tak sempat2 nak singgah. Baru hari ini ada kesempatan.

Hari ini towkay dia ada. As usuallah maklang, kalau jumpa orang baru, mesti tanya nama dia. Lepas dah cakap2 dengan dia, susah nak panggil, langsung maklang tanya.

"Nama siapa?"

"Kak Zie", dia kata.

"Kak Zie??" maklang tanya balik.

"Ye, Kak Zie", dia kata beriya.

"Ye, ke Kak Zie ni?, maklang tanya lagi. Dari yang maklang tengok rupa dia, nampak dia dalam mid to early thirties laa...

"Iye...saya ni kakak...Tahun 72 tau!".

"Ha...Ni Kak Maklang ni ( of coz lah my name kan). Tahun 65!", sambil nak ketawa.

"Laaa...nampak mudenya...!". Memang dia nampak terperanjat !

Gelihati ku. Lepas tu perasan kejap. Tak sangka maklang ni nampak muda sangat hari ini. Agaknya mata Zie tu silau dek panas matahari..he..he...he...Itu yang nampak lain tu...he..he..Kenkadang ada jugak orang ingat Along tu anak bongsu...alamak, kalau Along anak bongsu, anak sulong lagi tua...and paham2lah umor maknya....anyway....apa2 pun bersyukur ajelah sebab sihat dan sempurna diberi Allah...


+++++++++++++++++++++++++++++++++


Selingan aje yang kat atas tu...Ni cerita semalam.

Semalam tiba KL,dah tengahari. Dari airport maklang terus aje ke Ampang Park. Dapatlah beli bekas kecik2 untuk nak isi manisan buat hantaran anak Wan Pari. Then mengangkut ke hotel. Tiba hotel pulak, bilik tak siap lagi. Lama jugaklah tunggu. Bukan salah mereka sebab actual check in time pukul 2. Sedang maklang menunggu tu, Amelia wife si AC tu pun check in jugak. Besar tinggi orang nya. Malu pulak nak mintak ambil gambar...he..he..I pun bukannya minat sangat nak bergambar ngan artis..malu pun iye...Kalau Mak Enon mesti excited gila. Maklang cuma senyum2 ajelaa...Takkan nak jerit2 pulak kan.

Lepas check in, maklang makan. I bawak bekal dari rumah you. Tak kuasa nak membeli. Adalah nasi and ayam masak kicap with sambal belacan and salad. Jadiklah nak buat alasperut aje...he..he..

Then menggosok baju maklang yang dah renyok teruk tu. Ingat nak gak gosok baju untuk nak pakai hari ni tapi tak sempat. Cepat2 solat Zohor and siap nak pergi. Teringat Ummi kata KL ni tiap petang ujan. So, pukul 2:30 maklang dah turun. 10 mins dapat taxi and close to 3 I was already at $hell office kat Bukit tu. Tunggu punya tunggu client tak datang. At 3:10, maklang sms dia kata maklang dah kat lobby. Then dia call kata dia pun kat lobby. Laa...rupa2nya I salah tempat. $hell yang kami nak pergi tu is at bangunan Millenium. Dah beritahu taxi driver kat Jalan Damanlela, and masa dia hantar tu maklang tengah sibuk sms Ummi...tak tengok pun nama jalan. Tu Jalan Semantan yang Ummi dok cakap tu.

Naiklah saya taxi ke situ. Meeting kat Starbuck. Dok ingat dapat mail, dari OO kot, kata tak halal, maka maklang tak makanlah apa2.The meeting was Oklaa...as usual ada yang nak kena folo up. As of now, dah siap dah tadi masa maklang masuk office after lunch tadi.


Yang best petang and malam semalam was maklang dapat jumpa Nita. Dia jemput maklang dalam 6:00pm kot, kat tempat meeting tu. Sempat jugak ke Watson beli hadiah untuk anak2 dia. Tak tahu nak beli apa, maklang belikan mereka Mr potato 3 botol.

It was fun to meet old friends. Cerita berkisar dengan anak2 dan family life ajelaa. Seronok tengok Nita. Dah umur2 ni pun, masih bergetah lagi. Memang cantek dia. Tulah kan, kawan2 maklang ni cantek2 semuanya...bila nak menjangkit kat maklang tak tahulaa...he..he..

Sempat jugak maklang mengecek kat Nita pokok2 bunga dia yang kehijauan and gemok2 tu...Terimakaseh le banyak2. Mintak2 pokok2 tu gemok2 macam yang kat rumah Nita nanti....


antara pokok2 yang maklang hangkut tadi
Ni pulak pokok2 hydrangea yang dah togel...kat depan rumah...


Nita beli lauk asam pedas kat depan rumah dia. Memang kaw betul. Sedap sangat.

Maklang balik ke hotel lebih kurang pukul 9:30pm. Lepas mandi, gosok baju and titon lee...

Tadi pagi pukul 5:30 dah tak leh tido. Kalau tido sorang ni memang selalu tak leh tidor.( patut kalau Cik Abang kalau ke KL dulu, pukul 5 pagi dah tak leh tido!) Sunyi tak berteman...He..he...malam ni dah ada teman. Syok sikit!.

Tiba kat airpot pukul 8 pagi. Maklang hangkut pokok yang Nita bagi, masuk kapalterbang. Punyalah berat. Dekat 8 jenis kot. Sedang elok turun, tali beg kertas tu koyak! Nasib baik tak ada scene kat airpot. Buat malu den aje.

Maklang ambik taxi sampai Kemaman. Ada date dengan Cik Abang. Nak sign borang depan Comm. of Oath. Sebelum tu, sempat jugak maklang singgah kat kedai kain, belikan kain untuk nak buat alas dulang Wan Pari.

Kami dating kat Kay-F-See sebelum balik. Sempatlah jugak berdua2an sebelum balik ke Kerteh. Sempat gak singgah beli bahan2 dapur dan toiletries..

Sampai Kerteh, rehat, solat and then ke ofis pulak...

That's all for now...Seronok malam ni di kelilingi oleh suami yang dicintai dan anak2 yang dikasihi....Best...Minggu depan tak gi KL. Mungkin 2-3 minggu lagi baru ke KL...



Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us.

Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Labels: , ,

18 Comments:

At April 8, 2008 at 8:28 PM, Blogger Kak Elle said...

Best nya asyik ke KL aje tapi kali ni tak jumpa blogger ke maklang?

Tentang 72 and 65 agak salah dengar tak?agak dia ingat umur maklang 65 kot...hehehe

 
At April 8, 2008 at 9:16 PM, Blogger Neeza Shahril said...

Salam Mak Lang.. seronoknya Mak Lang dapat gi KL lagi. Best kan kalau kerja cam tu. jalan aje.. dapat jumpa kawan2.. dapat bunga.. daripada duduk kat office yang tak berapa nak 'sihat' tu.. baik lah mak lang ke kl kan..

eh.. kata2 hikmat kat bawah tu ada makna ke mak lang? cam serious aje bunyinya... :)

 
At April 8, 2008 at 11:27 PM, Blogger Ummi365 said...

Ummi pun baru nak tanya..kata2 kat bawah tu macam ada maksud lain tersirat. Neeza dah tanya dulu.. sebab entry sebelum tu pun ada gak maklang tulis.

he he he so maklang dah tau yey yey..shhhhhh!!! sorry ya kacau maklang sampai terlepas jalan..

 
At April 8, 2008 at 11:44 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

Kalau dia kata maklang 65 tahun, rasanya dia kena pakai cermin mata...

I tak lah nampak setua itu....

Kali ini tak jumpa blogger, tak sempat...kerja sampai petang!

Neeza:

Tak ada yang tersirat. Cuma kata2 itu sedap...ialah jangan dok pikir tentang orang, pikir apa yang ALlah dah beri pada kita...maksudnya, bersyukur dengan apa yang kita ada!

 
At April 8, 2008 at 11:45 PM, Blogger maklang said...

Ummi:

Tak pe...tersilap...so, sekarang dah tau le ada 2 tempat. InsyaAllah lain kali tak silap dah...

Yang tertera tu...saje je...nak penuhkan entry!

 
At April 9, 2008 at 10:14 AM, Blogger silversarina said...

Sempat tapau pokok bunga bawak balik..untung pokok2 dapat naik flite..hehehe.

dating kat KFC pukul berapa ye... I ada ronda depan tu tunggu A pergi beli barang untuk mak dia yang warded tu ...dalam pukul 11.40pagi ..

 
At April 9, 2008 at 11:58 AM, Blogger Unknown said...

:-) kak zie memang nampak maklang muder la tu....mungkin maklang pakai dior shades kut hari tu...

selalu juga ye maklang ke KL.....buat la planning dtg KL bulan august ni pulak....boleh kita jumpa2...

tenguk gambar pokok bunga....teruja tgk pagar rumah maklang.....hebat! MasyAAllah....

pakpayne

 
At April 9, 2008 at 12:37 PM, Blogger Qaseh Bidadari said...

sempat lagi amik benih bunga ya maklang!

 
At April 9, 2008 at 4:46 PM, Blogger Zareda Norman said...

mak lang
kenapa togelkan pokok hydragea tu.. sayangnya..

zar pun tengah nak tanam sepokok ni.. tak tahulah boleh hidup atau tak

 
At April 9, 2008 at 8:02 PM, Blogger aNIe said...

Maklang...kalau lah pokok2 tu terburai dpn orang ramai...hehehe..tak dptlah nak bayangkan camaner malu kan...

Best jumpa kawan lama...kak lady ni lama dah tak jumpa kengkawan...

Baca entry memula tu...mesti rasa kembang sekejap...dah kempis balik tak? Heheheh

 
At April 9, 2008 at 9:00 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Salam Mak Lang, awet muda lah tu,
dalam sibuk2 dgn kerja, sempat lagi bawa balik pokok bunga dr KL.

 
At April 9, 2008 at 11:10 PM, Blogger KakNi said...

Mak Lang datang KL lagi? Wow...saya ni kan Mak Lang, nak keluar dari Shah Alam pun cuma sebulan sekali, itupun sebab balik ke rumah MIL di Ipoh.

 
At April 9, 2008 at 11:11 PM, Blogger KakNi said...

Nak tambah sikit lagi, rasanya Mak Lang lagi banyak pergi KL dari saya yang duduk dekat ni (Shah Alam).

 
At April 10, 2008 at 3:57 AM, Blogger simah said...

eh boleh lak angkut pokok naik flight mak lang? caya la! mesti peramugari pelik...tapi sebab dah suka..angkutttttttt :0)

mak lang memang nampak muda apaaa....

dan yg penting... akak dah kat rumah...home sweet home.... rumah jugak syurga hati kan?

 
At April 10, 2008 at 10:59 AM, Blogger maklang said...

Rina:

memang seronok tengok pokok. Tengok jelaa..bela ada malas sikit. Nasib baik ada Pak Omar!

Kami dating pukul 12:00 kot. Ke..kereta Rina yang depan kami tu...Tak perasan pulak...tengah dating lah katakan...Rindu kat abang tu..tu yang tak nampak kawan2..he..he..

Abe Id:

Maklang ni manalah reti nak tepek make-up...natural beauty dah tu...he..he...

Abe Id lah maghi Kerteh..boleh maklang bakarkan ayam...kat KL kang Kenny Rogers je...

Pagar tu memang jadi ikutan lepas kami buat dulu...Sekarang ramai yang berpagar kayu!:)

 
At April 10, 2008 at 11:03 AM, Blogger maklang said...

Eira:

Tak kira...kalau boleh hangkut, memang maklang hangkut. Hari tu balik dari Jakarta pun ada hangkut masuk beg. Nasib baik tak kena rampas. Pokok pisang yang kami seludup dalam bes 3 tahun lepas pun dah berbuah 2-3 kali. Pisang Menado kata Wan Sara. Sedap rasanya...macam ubi kayu!

Zar:

Itulah new look pokok tu! Dah tua dah tu sebab tu kena togelkan. Nanti tumbuh daun baru, Insyaallah..Ni pun dah bayak pucuk baru yang hijau2 keluar.

Hydrangea ni, kalau tanam, kena kat tempat redup sikit. Kalau tak nanti dia mati. Lepas tu kena siram setiap hari...Good luck!

 
At April 10, 2008 at 11:05 AM, Blogger maklang said...

Kak lady:

Tulah pasal...kembang tu tak mo kuncup laa...nak buat camno???he..he..he...

Akuni:

Kerja..terpaksalahkan..Tapi InsyaAllah tak ada lagi trip ke KL dah sampai next month InsyaAllah...Next trip nak ke Singapore pulak next weekend!

 
At April 10, 2008 at 11:08 AM, Blogger maklang said...

Ibu Sara:

Kat rumah ni, kalau tak tambah pokok tak sah!

Ye ke..I ni nampak muda..kang perasan, terus demam balik!

Simah:

Memang boleh hangkut sebab dalam Malaysia. Kalau keluar kena kuarantin. Tapi kadang2 tu dari rumah Wan Sara pun maklang hangkut!

Memang..macamana best pun hotel, rumah yang lagi best. Nak2 dikeleilingi oleh suami tercinta dan anak2 yang dikasihi!:)

Simah OK tak? Lama tak mai sini!

 

Post a Comment

<< Home