Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Sunday, April 6, 2008

Perjalanan pulang part 2

Assalamualaikum...

Hari ini maklang rasa down sangat. Mungkin sebab stress kerja. Cepat sangat terasa hati especially dengan orang yang dekat dengan maklang. Cepat jugak mengalirkan air mata walaupun sedikit aje penyebabnya. Nak kata nak musim PMS, lama jugak lagi. Tak taulah nak buat macamana. Maybe I need some rest and need people around me to show that they care about me!


Kita sambung pasal perjalanan pulang ari itu. Macam Zino and Neeza kata, cerita tu tak sampai climaxnya lagi.

Petang tu kami masuk ke perut kapalterbang awal. Lebihkurang 5:10 ptg kami dah duduk dengan selesa. Kapalterbang berangkat tepat pada waktunya. Pada mulanya semua was OK. Rasanya memang akan tiba Kuantan pada waktu yang diberitahu. Tapi setelah berada selama hampir 1/2 jam dalam kapalterbang, kami melalui kawasan yang cuacanya tidak berapa baik. Pilot dah beritahu supaya semuanya balik ke tempat duduk dan memakai tali pinggang keledar. Tak semena2 selepas itu, kapalterbang macam lost its altitude dan macam turun dan naik semula ( susah nak decribe). Ada yang menjerit kat dalam plane tu. Yang sedang memegang air, airnya terkeluar dari gelas. Habis basah semuanya. Semuanya berlaku begitu pantas. Berdebar2 rasanya. Maklang terus aje beristighfar, selawat, mengucap etc2. Mana tahu kami semua tak panjang umur. Beberapa minit lepas tu, anak kapal beritahu yang kapalterbang terpaksa berpatah balik kerana ada technical problem. Lagilah berdebar. Masa tu kapalterbang berada di atas bandar Termerloh tak silap (mengikut kata penumpang depan maklang). Kami juga diberitahu yang penerbangan pulang ke KLIA akan mengambil masa selama 23 minit lagi. Masa itu hanya Allah aje yang tahu macamana rasa hati maklang. Yang hanya terbit dari mulut cuma ayat2 ALQuran, syahadah dan sebagainya. Masa tu rasa takut sangat. Adakah kami semua akan selamat.Rasanya 23 minit tu lama betul! Then bila dah nak sampai waktu tu, anak kapal beritahu lagi yang tak boleh mendarat sebab cuaca tak berapa elok. Kena tunggu lagi beberapa minit sebelum boleh mendarat. Lega rasanya bila dah selamat mendarat.

Kami semua diarahkan keluar dari kapalterbang dan mengambil tiket transit. Kenalah tunggu selama lebihkurang 45 mins lagi. Alhamdulillah the flight after that was OK. Tapi dalam hati berdebar2 jugak.

Kami selamat sampai di airport Kuantan lebihkurang jam 8:30 malam. Maklang bergegas untuk nak solat Qasar sebab nak tumpang kawan balik ke Kerteh. Nasib baik ada kawan, kalau tak kena pulak naik taxi sorang2!! Lagi takut.

Perjalanan balik was OK. Husband kawan maklang dok sibuk bercerita pasal politik semasa. Kami singgah makan di gerai di Kemaman. Masa tu dah dekat pukul 10:00. Lepas makan mereka hantar maklang ke rumah. It was already 11:00mlm. Letihnya rasa..tapi I was glad I was back home and safe.


Sabtu was a day to rehat. Malas nak buat kerja. Maklang masak pun cincai aje. Sebab malas nak pikir, maklang bakar aje ayam dan sewaktu dengannya.
salad ni kaleful
macaroni dan spiral...main hentam aje
Nak kale punya pasal, maklang tambahkan onion. Langsung tak laku! Nasib baik, tiba malam, habis jugak! This is one of the 2 ayams. The second one tak sempat ambik sebab lepas the first one masak, maklang terus pergi tidur. Mata tak boleh bukak langsung sebab mengantuk lepas makan ubat batuk!
Bubur jagung dengan sagu.The whole lot..penuh jugak semeja dalam pada malas nak masak tu..






Petang Wan Pari dan Tok Uncle tiba. Mereka nak tengok gubahan. So, minggu2 mendatang ni maklang sibuk pulak dengan gubahan...

Hari ni kerja macam biasa. Agak sibuk sebab nak siapkan kerja sebelum maklang ke KL lagi pagi besok...


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us.

Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Labels: ,

19 Comments:

At April 6, 2008 at 9:02 PM, Blogger Ummi365 said...

Kenapa maklang? Relaxlah ya.. dad selalu nasihat ummi kalau tension/stress.. "put the glass down. " It helps.

 
At April 6, 2008 at 11:22 PM, Blogger cikMilah said...

Maklang, bawak tidur dan berehat..minum air suam lebih sikit...otak letih agaknya kot..
Sama lah kita seminggu dua ni ya, mengadap gubahan hantaran...concentrate kat hantaran tu boleh hilang stress tau...

 
At April 6, 2008 at 11:36 PM, Blogger Mak Teh said...

Salam mak lang, maaf lama mak teh tak kunjung mak lang. Kesibukan yang mak lang pasti dah nampak dari blog mak teh. Nanti bila lapang mak teh kunjung lagi.

 
At April 7, 2008 at 12:08 AM, Blogger Kak Elle said...

betul kata ummi tu maklang relax babe...

mmg seram kalau kapal terbang tu kan?saya pernah kena balik dr states dah dekat sampai Japan..very bad bump all the way...

 
At April 7, 2008 at 1:31 AM, Blogger Neeza Shahril said...

berdebar neeza baca. Apatah lagi mak lang yang experience sendiri. Memang lah kan. Kalau dalam keadaan tu, takde lain yang kita ingat selain mati aje.

Patut lah mak lang tulis cam tu dalam first entry. Baru lah neeza faham.

Ewahh.. dalam pada malas tu siap panggang ayam tu. Sedapnya!! Bagi neeza la.. bila panggang ayam tu maknanya banyak kerja nak dibuat...

 
At April 7, 2008 at 7:38 AM, Blogger maklang said...

ummi:

kalau streaa cam ni rasa nak berenti kerja aje...dah letih pergi balik!

cik milah:

wiken ni baru boleh ngadp gubahan tu fully kot. Selagi tak siap, risau dibuatnya!

ni lah kat rumah pun tak tenteram jugak, baik pergi jauh2..bawak diri...he..he..

 
At April 7, 2008 at 7:41 AM, Blogger maklang said...

mak teh:

semua orang dalam musim sibuk kot! tak pe mak teh, maklang faham...

anyway, thanks for dropping by!

Kak elle:

Memang kak, kalau tak ari ni tak adalah maklang kat sinikan...

Macam serik nak naik plane, tapi tak larat nak drive pulak...terpaksa sebab kerja kak..

neeza:

Alahai...masak ayam tu maklang campak2 aje. Memang malas betul!

Memang seram tu Neeza, ingatkan anak2 dah nak jadik yatim..and suami jadi duda...( sempat jugak terfikir cam tu!)

 
At April 7, 2008 at 1:10 PM, Blogger silversarina said...

Alhamdulillah selamat juga sampai akhirnya... seram jugak sebab I pernah alami perkara macam tu.

Bab stress tu, biasalah lagipun maklang bekerja memang adakalanya lebih stress dari hari biasa.. take is easy je, kalau tak nanti naik bp tu lagi payah.

Eemmmm... penuh jugak meja tu ye dalam kita berYM hari Sabtu ye ... tak aci ni :)

 
At April 7, 2008 at 2:06 PM, Blogger Mama Rock said...

oh agaknya plane tu masuk air pocket kot...thank god you arrived safe and sound.

 
At April 7, 2008 at 4:08 PM, Blogger Neeza Shahril said...

hehehe.. mak lang sampai pikir cam tu ye. tapi kalau neeza pun, pikir cam tu jugak. sedih kan.. anak2 kecik lagi...

 
At April 7, 2008 at 5:28 PM, Blogger KakNi said...

Mak Lang, dah dapat balik rumah tengok roomate & housemates mesti dah happy ek... dah release tension tu... take care Mak Lang!

 
At April 7, 2008 at 10:46 PM, Blogger aNIe said...

Maklang...suka dengan kata2 yang Maklang tulis at the end of the entry...oleh sebab itu...maka maklang pun kenelah paktikkan apa yang tertulis agar jiwa dan hati akan kurang stressnya...

 
At April 8, 2008 at 12:40 PM, Blogger Sya said...

ML.. kena banyak rehat le.. banyak2 besabau... dlm malas2 pun banyak yg dimasak

 
At April 8, 2008 at 4:21 PM, Blogger Mulan said...

kesian maklang... asyik stress je. relax2 ya...

 
At April 8, 2008 at 5:25 PM, Blogger Zareda Norman said...

mak lang
zar pun sekarang peram ayam sekor belah 4, pastu bila rasa nak makan, masuukan jer dalam oven.. 40 minutes.. siap... hehehhe malas tapi nak makan sedap..

Eii seram jugak kan mak lang kalau melalui pengalaman cam gitu masa naik flight.. Alhamdullillah tak ada apa apa kan

 
At April 8, 2008 at 7:17 PM, Blogger maklang said...

Rina:

Stress jugak kerja ni. Stress sebab kena jauh dari famili. Entahlah tengah mood jiwang ni...

Alhamdulillah...lama tak memasak ni, asyik dok pegi balik KL aje...

Memang takut...Allah aje yang tahu...

MR:

Alhamdulillah selamat dah.kalau tak, you all tengah sedekah fatihah agaknya...

 
At April 8, 2008 at 7:19 PM, Blogger maklang said...

neeza:

laaa...masa2 tu nak pikir apa lagi...

maklang terkomat kamit aje...pikir benda2 tu lepas dah selamat mendarat sebenarnya...

akuni:

memang best kalau ada roommate and housemate ni..meriah sikit. Kat hotel tu senyap sunyi and boring betul!

 
At April 8, 2008 at 7:21 PM, Blogger maklang said...

Kak Lady:

InsyaAllah...

Sebenarnya maklang ambik kat salah satu mails yang maklang dapat...terror nya I nak tulis camtu!

Sya:

Nak relax camno...kerja punya pasal. Tak buat kang, tak naik gaji!

 
At April 8, 2008 at 7:22 PM, Blogger maklang said...

Mulan:

Wiken ni bolehlah relax...InsyaAllah...

Zar:

Kerja orang malas memang camtu kan...taoi makan nak sedap!he..he...

 

Post a Comment

<< Home