Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Wednesday, April 23, 2008

Kerja

Assalamualaikum....

Hari ni barulah maklang masuk kerja kat ofis. Tak adalah sibuk mana. Bolehlaa...Nasib baik, kalau tak mau datang balik sakit2 kat badan ni! Alhamdulillah...Semalam pulak jam 6:30pg maklang dah bertolak ke Kuantan. Terpaksa bertolak awal sebab nak jumpa pegawai tersebut sebelum 8:30 pagi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar!

Sambil maklang menaip ni, maklang rendam gak kaki kanan maklang yang agak tak berapa sihat ni. Terasa kebas2 kat jari kaki ni. Sampai ke betis. Tak sakit tapi macam tak selesa aje. Mohon pada Allah moga2 ianya akan beransur pulih seperti biasa, InsyaAllah...


Malam ni rasa sedih pulak sebab dah kena tinggal lagi... Cik Abang tadi lepas solat maghrib berkejar nak ke airport Kuantan. Dahlah lepas ofis tadi terus attend meeting PIBG kat sekolah. Janjinya nak balik sebelum jam 7:00mlm supaya sempat nak mandi dan solat. 7:30mlm baru sampai. Lepas maghrib terus aje bertolak. Taxi pun dah menunggu. Sebelum tu, Maklang dok risau mana dia tak sampai2 ke rumah. Sebabnya kalau lambat balik, lambat pulak nak ke airport. Flight pukul 9:40mlm. Harap2 selamatlah semuanya..

Nak buat macamana kan...itulah dia, kita sebagai manusia ni kena jugak nak ada khidmat sosial, kami berkorban jugak supaya Cik Abang boleh berkhidmat sebagai YDP. Moga2 tahun ni kemajuan sekolah anak2 maklang akan lebih baik lagi, InsyaAllah...dan moga2 kerja baru Cik Abang ni akan lebih membawa kebahagian kepada keluarga kami dan juga teman2 sepejabat Cik Abang...Amin..Ya Rabbal 'Alamin...



Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

15 Comments:

At April 23, 2008 at 9:10 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang kena tinggal lagi?takpe paklang bertugas terpaksa tinggalkan keluarga often kan?

maklang cuba lah makan neuroforte untuk kebas2 di jari2 di kaki tu.

ni nak tanya YDP tu apa makna nya...sori lah org sg tak faham sgt ni....hehhe

 
At April 23, 2008 at 9:24 PM, Blogger Neeza Shahril said...

Mak Lang rendam kaki dengan air garam ke? Okay tak hasilnya? Neeza ni pun selalu jugak sakit2 kaki especially ibu jari. Ada orang kata gout.. tapi, ish.. takut nak fikir..

Sibuk betul Pak Lang ye.. ke KL lagi.. Nak pergi airport Kuantan, jauh jugak ye dari Kerteh...

 
At April 23, 2008 at 10:17 PM, Blogger KakNi said...

Pendek nyer entry Mak Lang kali ini.
Alhamdulillah semua nya ok kat sana tu kan.

 
At April 23, 2008 at 10:52 PM, Blogger aNIe said...

Maklang...akak ni pun sakit kaki...tumit sakit...

Semoga tahun ni anak2 maklang semakin maju dlm pelajaran...

 
At April 24, 2008 at 1:19 AM, Blogger D said...

doa ikhlas isteri yang menjamin kesejahteraan keluarga. semoga mak lang kembali sihat...

 
At April 24, 2008 at 2:54 AM, Blogger Moments In Time said...

MakLang, Terima Kasih for stopping by my blog and leaving a comment ya. I started following your blog from CatCat and memang every day, mesti nak singgah ke teratak Mak Lang, just to salivate over masakan Mak Lang or follow kerenah your cute kiddies ke or follow apa-apa happening dalam dunia MakLang la :) So selamat berkenalan!

Moga MakLang get better to 100%, boleh la updet ngan gambor gambar lagi ya? :)

 
At April 24, 2008 at 4:02 AM, Blogger CikguZue said...

moga sihat2 dan bahagia selalu...pak lang pegi lama,ke?...jgn rindu2an, yea...hehehe

 
At April 24, 2008 at 8:30 AM, Blogger MAMAMIA said...

Tak terlambat harapnya nak ucapkan Tahniah pd che Abang MLang, dapat jadi YDP. Besar tu responsibilitynya....

Semoga MakLang segera sembuh.

 
At April 24, 2008 at 12:49 PM, Blogger silversarina said...

Tak pelah kena tinggal demi kerja dan keluarga jugak ...

Trylah ke mayang de ulit dia ada hydrotheraphy , manatau boleh kurangkan sakit maklang tu.

take care !!

 
At April 24, 2008 at 5:03 PM, Blogger pB said...

kena tinggal sekali sekala , tak per


yang tak syok

bila selalu kena tinggal


lagi tak best


ada , tapi macam tak ada





;;;;; hi hi dlm makner tu;;;;

 
At April 25, 2008 at 6:30 PM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

Semalam dah jawab. Tapi tekan publish jem pulak!

Memang selalu kena tinggal sebab kerja...Nak cari makan kak...

YDP tu maknanya Yang Di Pertua...untuk Persatuan Ibu bapa guru kat sekolah


Neeza:

Sakit kaki niada kena mengena dengan saraf kot....

Memang dia sibuk. Carik makan ..biasalah tu..

Kuantan Kerteh - 1.5 hrs. Lenguh jugak duduk dalam kereta!

 
At April 25, 2008 at 6:47 PM, Blogger maklang said...

Akuni:

Lebih baik pendek dari tak ada terus..he..he..

Alhamdulillah...And InsyaAllah..moga2 maklang sembuh ye...


Kak lady:

Terimakase kak....InsyaAllah sekolah akan lebih maju:)

 
At April 25, 2008 at 6:49 PM, Blogger maklang said...

D;

InsyaAllah...

Moments in time:

Terimakaseh nak komen...dan terimakaseh kerana selalu singgah kat sini:)

 
At April 25, 2008 at 6:53 PM, Blogger maklang said...

mamamia:

terimakaseh..memang banyak kerja tu!

cikgu zue:

Taklah paklang pergi sehari aje...:)

 
At April 25, 2008 at 6:56 PM, Blogger maklang said...

Rina:

Tengoklah nanti...Malasnya nak keluar ni!

pB:

Kalau ada macam tak ada...sabar ajelaa...

 

Post a Comment

<< Home