Sabar itu separuh daripada Iman...
Assalamualaikum...
InsyaAllah pukul 11 malam ni Cik Abang akan tiba dari Kuantan. Kesian dia tadi petang, ingatkan nak kejar flight pukul 5:30ptg, tapi tak sempat. Pukul 5:20pm tadi dia call kata tak sempat dah ( naik ERL dekat pukul 4:45pm lepas habis meeting). Nak buat macamana, terpaksalah naik flight malam jugak.
Ni sambil2 nak tunggu buah hati maklang balik, maklang ni melayanlah blog ni. Sebelum ni tadi, sempat jugak maklang mula dengan kerja RE maklang yang dah lebih sebulan ditinggalkan. Kalau tak mula, memang akan tertangguh sampai bila2:(
Tadi pening sekejap pasal nak cari siapa nak hantar Angah ke tuition besok pagi. Mula2 call kawan yang biasa hantar tu, mintak dia ganti turn kami. Lepas tu dia kata tak boleh sebab nak ke KL besok pagi. Then sms another friend. Dia pun kata tak boleh sebab nak ke KL jugak besok pagi. Mati kutu kejap. Mulanya tak mahulah mintak tolong Pak Omar. Kesian kat dia. Tapi last2 sebab dah tak ada yang nak hantar, terpaksa jugalah.
Kami tak dapat nak hantar Angah sebab besok pagi2 maklang nak pergi ke Kuantan. Nak pergi jumpa Dr. Nak check kaki maklang ni. Kebas tu tak hilang lagi. Alang kata mungkin ada kena mengena dengan tulang belakang and saraf. Takut pulak mendengarnya. Harap2 tak ada apalah. Mohon kawan2 semua doakan kesihatan maklang ni. Walau macamana pun maklang bersyukur sangat walaupun kaki ni kebas2, pinggang maklang dah tak sakit macam last wiken. Syukur sangat2. Sakit dia memang tak tahan. Maklang rasa macam sakit nak beranak dia punya intensity. Menangis maklang. Tapi Alhamdulillah, dah over dah. Dan moga2 sakit tu tak datang lagilah hendaknya.
Sekarang ni cuma batuk2 aje. And sebab batuk2 nilah menyebabkan segala urat saraf maklang terterik agaknya. Kuat sangat batuknya ni. Ubat dan antibiotik semua dah telan, tapi batuk ni degil, tak mau dia pergi....Ujian dari Allah Yang Maha Esa ni....Bersabar ajelah kan...
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
11 Comments:
Maklang, checklah betul2 ya penyakit kebas2 tu. Risau pulak dengar. Maklang rest lah sekejap gi berbulan madu ngan cik abang tu. Lupakan keje buat sementara waktu..ummi baca maklang kesana kemari, ummi yang penat.
Take care maklang. semuga cepat sembuh.
Sabarlah Mak Lang ye.. ujian dari Allah tu..
Mak Lang sakit kaki, Neeza ni sakit pinggang. Selalu sangat dok dukung anak yang kecik tu... berat dia rasanya dekat 10 kilo dah.. nak tunduk sakit. Kena tegak aje.. nasib la solat boleh pulak.. hehehe..
semoga esok masa Mak Lang check kat KSH, takde apa2 problem.. Insyaallah..
elok jugak pegi cek dr.. boleh di pastikan ubat yg di beri nanti serasi dengan penyakit yg ada.. semuga maklang cepat sembuh..
Assalamualaikum, saya cadangkan mak lang buat general screening blood test untuk check secara keseluruhan.Dari sini boleh dikesan bahagian yg perlukan rawatan.
maklang makan lah neuroforte tu mungkin mujarab its vitamins for the nerves..
apa kata doctor tadi?
Maklang ku yang ligat...betul kata Ummi, kita yang baca cerita Maklang ni pun semput... he he he...Elok juga buat thorough check-up, dapatkan rawatan dan ubat serta rehat secukupnya. Take care, ya. InsyaAllah, semuga sentiasa dalam kesihatan yang baik.
ummi:
Dah check dah and kata specialist tu sama aje dengan Alang...kena MRI...hati ni terlebih pulak sakitnya...
InsyaAllah memang kami dah plan nak bercuti berdua...InsyaAllah tak lama dah lagi...nak cuti dekat seminggu...Yeay...Doakan maklang ye...
Neeza:
InsyaAllah Neeza..Memang kena sabar..Allah hanya menguji hambaNya setakat mana yang kita boleh terima...
Neeza pun kalau sakit pinggang jangan lah asyik dukung baby...Nanti melarat nanti...you take care jugak ye!
Zino:
Maklang dah pergi dah tadi...InsyaAllah sembuhlah ye mintak2 nya...
Terimakaseh doakan maklang...
Suhaila:
Maaf..tak pernah nampak Suhaila....dari mana gerangannya ye???
Blood test dah buat last week.. Alhamdulillah semuanya Ok.Cuma liver test aje kena epeat. Otherwise OK. Alhamdulillah...
Kak elle:
Thanks...Tadi Dr dah bagi ubat for saraf. Doa for my recovery ye..:)
Cik Milah:
Dah tak ligat dah...Agaknya Allah suruh berehat! Asyik kerja aje agaknya!
Terimakaseh doakan maklang...
Neeza takde choice Mak Lang.. dia tak pandai berjalan lagi.. takpelah, hopefully bila dia dah pandai berjalan, tak payah neeza dokong dia hehehe..
Macam mana check up tu Mak Lang? harap semuanya okay... Insyaallah..
Neeza:
Masih camtu jugak..tak boleh renyah..semua kena selo selo je laa...
Post a Comment
<< Home