Malas...
Assalamualaikum….
Kita berjumpa lagi setelah 3 hari maklang bermalasan. Nak updet blog pun malas. Dah nak lupa-lupa dah buat apa last wiken.
Hari Sabtu, maklang buat muffin untuk yang kawan maklang pesan tu. Kak Bonda. Bukan bonda maklang. Buatlah 2 jenis. Semuanya pakai tepung ready mix. Tinggal letak telor, minyak dan air je. Then tuangkan dalam bekas dia. Siaplah. Tapi of coz kena bakar lah dulu..
Dalam pukul 10.30 kot, maklang pergi hantarkan muffin tu. Then terus pergi shopping pasu bunga. Nak buat macamana, pokok pinang kuning yang berderet depan rumah tu dah besar2. Akar dah penuh, sampai pecah dah pasu dia. As usual. kalau pegi shopping pasu ni memang over budget dia. Mana taknya, dari nak beli 4, jadik 26 bijik! Tak senonoh betul. Tapi tak apa, banyak pokok nak kena transfer lagi. He..he..bukan kerja maklang tu, kerja Pak Omarlah pulak....
Lepas balik dari beli pasu tu, kami tak ke mana. Ida datang nak ambil beg yang dah di pesan. Menggelabah jugak sebab tak letak manik lagi. Nasib baik by the time dia sampai, maniknya dah diletak! Lepas lunch and solat Zohor, Maklang sambung tidur. Jarang betul buat kerja macam ni. Tapi entah sekarang ni asyik rasa mengantuk aje. Agaknya cuaca panas and sebab ada antara ubat yang maklang telan ni memang ngantuk kot. Tak tahulah mana satu. Bangun petang tu pun lewat. Tapi rasa refreshed sangat.
Malam melayan TV. Buku cerita Geisha tu barulah sampai page 40! Malaasnya laaa.
Semalam pagi Pak Omar dah aleh dah pokok pandan kuning tu. Tapi yang paling best, atok dan Wan pun sama mengemas kan pokok2 yang banyak kat rumah tu. Atok and Wan, kalau pasal mencantikkan rumah and pasal nak buat pokok bunga ni, memang kelas. Almaklum dua2 kerja Risd@ dulu. Memang bestlah...Cantek sikit pokok2 tu lepas dah di bersihkan dan trim.
Ingat petang semalam lepas balik kerja nak lah enjoy2 goreng jemput2 bilis. Tiba kat dapur tengok paip bocor and bau busuk sangat. Rupanya Bibik dah tau benda tu bocor, dia sambung cuci ikan kat sink. Manalah tak berbau! Frust betul tengok bibik! So, sambil2 bersihkan dapur tu, sental sana sini with Along’s help, bersih dah dapur tu. Sempat jugak buatkan Cik Abang cucur. Sedap! Kiranya semalam petang tu, all outlah kemas kat dapur. Wan pun tak ketinggalan supervise kerja2 oleh anak dan cucu dia! Thanks Along for the help. Kalau Along tak tolong, mau pagi ni bengkok dah pinggang mak yang dah memang sakit ni!
Pagi tadi pulak, Atok pergi lagi ke nursery belikan maklang pokok belimbing dan pokok ciku dan 55 bags of tanah. Atok kata bagus tanam dalam pasu besar yang maklang baru beli tu. Pokok belimbing yang Atok beli tu dah berbuah...
Seronokkan...maklang balik kerja tengok pokok2 yang cantek2. Moga2 Ciku feberet Cik Abang dan Hakim cepat besar dan cepat berbuah, InsyaAllah...
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us.
Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."
Labels: Interest
9 Comments:
Salam mak lang! Dah lama saya tak tinggal bekas di teratak mak lang. Kekadang sibuk sangat, kekadang tak pandai nak kata apa.
Kalau kita buat malas sekali sekala apalah salahnya. Takkan sepanjangan nak aktif sahaja. Sit back and relaxlah with a glass of your favourite drink. Boleh juga lihat-lihat sekeliling dan berfikir mengenai ciptaanNYA.
kalau belimbing tu tak henti berbuahnya, hulur2 kat sini ya.. sodap tu..
sedapnya ciku.. feberet neeza gak tu. Kat sini ciku mahalnyaaa.. manggis hari tu neeza tengok sampai $16, ada lah dalam 6 @ 7 biji kot.. sabor aje laaa.. tak kuasa nak beli. Dah la rupa macam tak elok aje.
Neeza suka kalau rumah penuh dengan pokok buah... dulu selalu berangan cam tu tapi che' abang neeza tak suka sangat.. dia kata nanti jadi dusun huhuuuu...
Ish... memang geram kalau dapat tanam pokok bunga nih... duduk apartment ni dapat tanam pokok kecik2 je la... kalau berkebun memang puas lah Mak Lang...
maklang..
nanti boleh le buat air belimbing.. feberet tu hehe
Semoga Maklang sihat sentiasa. Qisst pun dah rasa mcm reput tulang,tu yg meraban je dlm blog,kihkihkih...
Bila rasa nak tidur dan rehat, tulah masanya patut berehat..hari kerja langsung tak dapat rehat... ramai yang membantu bab pokok tu yang best... bertambah cantik taman maklang... I ni baru bubuh racun je, lalang yang tak henti naik sejak ditinggalkan ... nak bubuh simen je nanti,senang citer.
Taman maklang mesti nya byk pokok2 kehijauan ye...mana gambar muffin takde ke?
mak lang, umie jemput datang ke blog umie... sila dtg yer...
Post a Comment
<< Home