Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Saturday, April 12, 2008

Naik pangkat..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah lepas sehari suntuk berehat, semalam maklang macam dah kebah sedikit. Tapi tekak macam payau semacam.

Mula2 rasa macam malas sangat nak ke sekolah. Tapi rasa tak sedap sebab biasa2nya kami memang pergi attend PIBG ni. So, dekat2 7:15pg baru maklang decide nak pergi. Cik Abang lama dah siap berbaju batik brown. Maklang pun semalam sedondonlah ke sana.

Sedang kami bersarapan kat sekolah, ( ada makan free), IbuSara tiba dan duduk sebelah maklang. Teringat jugak kat adek Mulan. Tak nampak bayang dia langsung. Entah2 tengah berblog kat rumah kot..he..he..By the way, Celebrity Chef pun ada kat situ...lama tak nampak Kak Liza...ingatkan jumpa Kak Liza, dapat jugak maklang rasa muffin2 gebu dia tu...

Bila masuk ke Auditorium yang agak panas tu maklang duduk sebelah Ibusara. Cik Abang nun di depan. Sebab dia Naib YDP, kenalah duduk dengan AJK lain. Penat jugak lah telinga ni mendengar celoteh Cikgu Besar, YDP dan Pegawai Perhubungan dari Jabatan Pelajaran. Penat sebab mereka cakap tak clear. Mic tu macam kembang aje bunyinya. Jadi payah nak dengar. Macam mumbling aje. Atau telinga maklang yang dah pekak! Nasib baik ada IbuSara, kalau tak mau tidur. Pulak2 baru makan ubat sakit urat ni! Semapt jugak Ibusara main sms dengan adek Mulan. Rupa2nya dia ada kat belakang Audi tu. Tapi tak nampak pun..entah kat mana dia sembunyi!

Cik Abang dah pesan, kalau ada pemilihan menerajui PIBG lagi, walaupun Naib YDP yang dia sandang tu, dia tak mau. Banyak kerja kata dia. Suka hatilah... Nak buat macamana. Dengan kerja baru sekarang ni yang agak sibuk, takut tak tercapai nak lakukan kerja sebegitu. Tapi Allah lebih Mengetahui. Kali ni member naik pangkat. Kena jadi YDP pulak. Masa mengundi tu, majoriti angkat tangan masa nama Cik Abang di umumkan. Maklang tak angkat sekali pun tangan ... jadi fairlah...ke duduk atas pagar, atau macam lalang. Apa orang nak, kita ikut aje.


Lepas dah habis undian, ada pulak cabutan bertuah. IbuSara bertuah lah jugak, dapat voucher RM50. Maklang tarak...memang tak bertuah semalam. Cik Abang lagi bertuah sebab dapat sebuah periuk nasi Pen$onic. OKlah tu. Mahal jugak agaknya, sebab periuk tu besar. Adalah nak buat ganti periuk sediaada yang dah nak buruk tu...Alhamdulillah...

Tengahari sebelum pulang, kami diberi sebatang pen dan sebungkus nasi minyak.

Tiba rumah, kami makan masak asam pedas yang Wan masak. Then Cik abang ke masjid dengan Atok dan Akim.

Petang, maklang sibuk buat gubahan. Taklah siap semuanya. Satu set dah about 80% complete and the other set baru dapat buat 1/7 aje. Sebab ghalik punya pasal, maklang lupa nak buat muffin pesanan bonda. So, kejap lagi ni nak kena main dengan tepung lah ni. Siap tu nanti, maklang nak ajak Wan ke Nursery, nak beli pasu bunga...

Selamat berhujung minggu semua...



Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us.

Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Labels: ,

15 Comments:

At April 12, 2008 at 8:25 AM, Blogger silversarina said...

Tahniah Paklang !!

Ahli PIBG tau sapa yang layak memimpin... tak aci isteri dia atas pagar !!

Macam tau je isteri YDP rajin masak, cabutan bertuah pun paklang dapat periuk nasi...hihihi.

 
At April 12, 2008 at 3:17 PM, Blogger cikMilah said...

Maklang, rasanya kat mana2 pun cam tu kot...yang paling sibuk yang tu la jadi YDP PIBG:)
Selamat berkhidmat Paklang.

Bila maklang nak tunjuk gubahan hantaran tu...

 
At April 12, 2008 at 3:51 PM, Blogger ummu asiah said...

Bagusnya sekolah ni..banyak acara sampingan, dapat hadiah2 lagi and siap bekalan.Ni mesti kes nak galakkan parents dtg ke majlis tu. Sebab biasanya yang pergi orang yang sama juga n parents yang ank baru masuk sekolah.

Alhamdulillah, Pak Lang n Mak lang sentiasa bertuah nampaknya.

 
At April 12, 2008 at 7:22 PM, Blogger Neeza Shahril said...

dalam pada tak nak jawatan tu, terus dapat YDP lagi. Tahniah Pak Lang. Orang suka lah kat Pak Lang. sebab tu orang pilih..

seronok jugak ya bila PIBG ada cabutan bertuah. Semangat sikit orang nak pergi...

 
At April 12, 2008 at 9:34 PM, Blogger Mulan said...

tak aci ydp dapat periuk besar..!! he he, alhamdulillah rezeki ydp sekeluarga.. nanti masak nasi periuk baru, jgn lupa kami yek..

kami kat belakang camping dgn anak2 sbb bapak2 nya takde. anak tak sihat pon datang jugak sebab nak angkat tangan utk paklang..!! tp kena cabut pkl 12, sbb kena balik kuantan.

 
At April 13, 2008 at 1:50 AM, Blogger Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Mak Lang (betulkah ini? Sepatutnya saya perlu panggil Dik Lang kot!)

Sudah lama tidak ada anak kecil ke sekolah. Yang l=paling kecilpun sudah mahu memasuki usia 23 tahun...Sudah tidak ingat kisah PIBG sangat..

Lagipun suami saya memang ahli Lembaga Institusi Pendidikan Al Hidayah (rangkaian sekolah MUSLEH, seperti yang terdapat di Al Amin, KL, Al Hira di Klang, Al Hidayah Johor dan sekolah-sekolah yang sewaktu dengannya) di Ipoh..sekolah yang ditubuhkan bersama sahabat-sahabat dengan air mata, keringat sendiri sejak anak bongsu itu masih bayi merangkak lagi...Alhamdulillah...

Apapun, terima kasih di atas kunjungan ke blog saya..Janganlah kata tanpa diundang..Jemput datang lagi, ya?

Wasalam...

 
At April 13, 2008 at 10:10 AM, Blogger zino said...

makin sibuk lah paklang.. kalau jadi calon YB pun layak paklang tu hehe

 
At April 13, 2008 at 9:24 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Pak Lang memang layak & ada tokoh jadi YDP, lepas ni senanglah sikit kita nak buat suggestion or complaint, especially classroom biarlah bersih supaya anak2 dpt belajar dgn selesa, betul tak Mulan?

 
At April 13, 2008 at 11:41 PM, Anonymous Anonymous said...

betul saperti cakap pondok al-imran tu..
senanglah nak buat aduan nanti...just hello jer kannn...
mmg macam tau2 jer..paklang dapat periuk nasi..rezeki betul laa..
nanti masak nasi jgn makan sorang..calling-calling ler....

 
At April 14, 2008 at 3:55 AM, Blogger simah said...

tahniah utk pak lang... lepas ni tak jumpa la mak lang sebab dia sibuk memanjang.... layaaannnnn :0)

selamat bermain tepung mak lang... tapi utk bonda tersayang... rela ajer la yek? :0)

 
At April 14, 2008 at 7:16 AM, Blogger maklang said...

Rina:

Tak boleh lah vote..kang kata berat sebelah...tapi pada maklang semua yang dicalonkan tu ada semangat tersendiri!

Sedang elok aje dapat hadiah periuk sebab adalah spare kalau2 yang sediaada tu tak boleh di pakai!

Cik Milah:

Agaknyalahkan..paklang baru aje masuk ofis baru. Sibuk jugak kata dia.

Nanti bila semuanya dah siap, maklang ketakkan gambar gubahan tu. Tapi malu lah sebab main hentam aje!

 
At April 14, 2008 at 7:18 AM, Blogger maklang said...

Ummu asiah:

Sebenarnya acara sampingan tu ialah untuk menarik ibubapa supaya hadir ke mesyuarat tersebut. Alhamdulillah ramai jugaklah yang hadir!

Neeza:

Harap2 Paklang dapat menjalankan tugas nya dengan sempurnakan...

Nasib baik dapat periuk...kena kasi kat isteri lah tu..he..he..

 
At April 14, 2008 at 8:52 AM, Blogger Kak Elle said...

congrats paklang good job done before bab tu terpilih:)

kakak mu disini pun nak muffin tu jugakkkkkk

 
At April 14, 2008 at 12:06 PM, Blogger aNIe said...

Tahniah pada Pak Lang...hehehe...dari naik YDP yang dia takmo tu...terus naik YDP kan?

Bestnya mesyuarat PIBG pun ada cabutan no. bertuah...jadi rasanya dengan cara tu ramai lah yang datang kan?

 
At April 14, 2008 at 12:34 PM, Blogger arsaili said...

salam maklang apa kabar..sy pun dalam event yg ada cabutan bertuah ni selalu tak bertuah..dah tersurat kot..ahaks

 

Post a Comment

<< Home