Belum 100%
Assalamualaikum
Maklang ni menaip sambil bibik 'keruk' kaki dan belakang maklang. Dia kata merah , buk...Maklang minta dia ambik gambar sebab nak tengok..
lepas tu yang keluar nya ini..kelakar bibik ni. Dia focus gambar dia pulak..lucu!
Semalam petang lepas kena urut, lega sedikit. Cik Abang kata tukang urut tu pegang kaki maklang sikit aje. Tapi Ya Allah, sakitnya Allah aje yang tahu. Ialah kesakitan ini pun datang dariNya dan padaNya jugaklah kita memohon untuk kembali sembuh tapi of course lah kena ikhtiar. Tanpa ikhtiar memang tak adalah nak sembuh...
Semalam pagi lepas sarapan, maklang masak. Masak walaupun pinggang ni macam bengkok. And bila I was into 'memasak', macam lupa sekejap kesakitan pada badan ni. Ialah, tapi kenalah perlahan2. Bibik was busy cleaning the children's rooms yang lebih terok dari tongkang pecah tu! Nak buat macamana tak tahu. Senang sikit nak kemas sebab kedua2 yang besar dah ke sekolah. Tinggal 2 kecik aje. Hakim pulak parking kat bilik maklang. Dia kata mak kata boleh tidor kat bilik mak hari Jumaat dan Sabtu. Tak ingat pulak bila masanya maklang berjanji dengan dia. Biasalah tu...entah ye entah tak...
Lepas dah masak 4 macam...sambal udang, tahu masak kicap, salad telur dan tumis bayam dengan ayam, maklang ajak Cik Abang ke rumah tukang urut tu. Tapi malangnya dia tak ada. So, berjanji nak datang petang. Sementara nak tunggu petang, sempat jugak maklang berRE. Siap satu beg telekong. Ada orang tempah beg ni. Then sambung pulak dengan RE untuk frame, tapi tak siaplah lagi...Mintak2 siaplah ketiga2 frame RE ni...dia nak buat series...Payah jugak maklang nak design...In the end instead of buat siri no 1 (total 3 semuanya), maklang mula dengan yang tengah dulu...So, inilah dia beg dan RE untuk frame, siri no.2. Insyaallah sempat, untuk nak di poskan hari Rabu ni. Sebabnya nak kejar besday bonda tercinta kawan maklang pada 10 May ni...Sempat ke tak ni...nak frame pulak tu!
Ini beg yang kosong lagi..
Dah letak bunga dah..
2/3 ...series bunga ros untuk frame
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
17 Comments:
ada jugak gambar bibik dalam blog... hihi .
InsyaAllah urut boleh kurangkan sakit tu ...
cantiknya RE .. nanti nak tempah jugaklah .
cantiknye bebunga kecil tue...rasa nak colek...hehehe
besday mak maklang ek...untungnye mak maklang!
Didoakan maklang cepat sembuh...Syafakillah, insya-Allah
Rina:
Alhamdulillah..ilang sikit sakitnya...
tapi masih sakit...tahan and sabar ajelaa...
Terimakaseh...berapa set nak tempah tu??
cikguzue:
Ooopsss...silap lah pulak bukan binda maklang, bonda kawan maklang!:) Maklang dah edit semula!
Terimakseh kerana mendoakan kesihatan maklang!
agaknya dia ingat bila nampak object tu silap ambik gambar la.. tu yang dia pusing camera hehehe... kelakar bibik mak lang ni..
Mak Lang ni rajin betul.. dalam pada sakit tu, sempat masak2 lagi.. mintak je bibik tu buat.. tapi mesti tak sama rasa dengan Mak Lang buat kan...
nak tanya jugak pasal RE ni.. takpelah nanti bila kita jumpa ye.. Insyaallah...
alahai.. harap2 maklang cepat sembuh. sori tak sempat nak visit maklang. tu la, weekend kami asyik terbang ke kuantan sokmo2. nanti ada masa saya pi ya..
maklang ni tak tau duduk diam ...rehat maklang oi...biar cepat sembuh:)...hehehe
betullah kata kak elle..bawa rehatlah . Nanti melarat lagi..kesian kat cik abang ahaks..
Maklang, keruk tu sedap kan. kalau badan ummi merah2 macam kena sebat hehehe..
Neeza:
Sejak tak berapa sihat ni wiken je maklang masak. Weekdays kalau rasa OK baru masak, kalau tak mintak tolong bibik aje!
Mulan:
Kita ni menunggu macam tunggu buah tak jatuh..ingatkan dapat gak muffin ke...he..he..
Kak Elle:
Yes maam...ni rehat lah ni sambil2 lompat2 kat blog je...
Ummi:
Ye..rehat, kalau buat RE, tangan aje gerak. Yang lain duduk diam...
Kesian Cik Abang? Kesian maklang lah baru betul...Cik Abang tu sihat2 aje...(wink2)
salam maklang :)
cantiknya RE maklang tu.. nak tempah gaklah maklang ntuk raya nanti.
semoga maklang cepat sembuh ya.
paham sangat dah.
kalau rehat tak bermakna baring terlentang tak buat apa kan?
hehehehe....mesti nak buat something jugak!
Ha ha ,kelakar la bibik maklang ni... Kata abanglang cikMilah yang buat perubatan tradisional dan urut ni, kalau gi garuk belakang jadi merah tu tandanya banyak angin dalam badan kita.Get well soon maklang.InsyaAllah dengan mengurut tu lega sikit kan!
dalam dok sakit sakit tu , sempat lagi masak ....
kalau pB ....
memang asyok nak landing ajerrr
Salam Mak Lang, laa, gambar bibik rupanya sebab tadi tak sempat nak baca N3...moga Mak Lang cepat sembuh nanti, kolam dah siap ke?
ayumkay:
kalau nak order for raya kena booking from now...takut tak sempat!
OO:
Tq foe understanding...
Cik Milah:
Terimakaseh...Sedang berusaha untuk nak baikkan badan ni...tq for the doas..
pB:
Maklang ni lain pesen, kalau terlentang aje lagi sakit pinggang n fening!
IbuSara:
Kolam tak siap..Nanti kalau dah siap kita potong reben nak...he..he..nad lepaskan ikan dalam kolam..sebulan lagi agaknya...
mak lang
ogawa sekarang ada machine urut khas untuk kaki.. tak ler mahai sangat.. ni tgh pertimbangkan ni nak amik ke tidak...
Post a Comment
<< Home