Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Friday, October 31, 2008

Selamat datang Fatimah Nor liza...

Salam,

Petang semalam lepas frust sangat tu, cik abang called kata ada kazen maklang yang kami jumpa masa majlis kat Wan Sara,ada di Kerteh. Ingatkan dia datang next week. So, lepas kerja kami pi ambik dia kat Rumbi@ kat Paka tu. Alamaaak...geng koperat2 ni, tak reti i nak bawak diri! Kami bawak dia pulang ke rumah almost maghrib and then ke sana semula. Dia insisted that we join the company tu for dinner...Malu jugaklaa...eh..eh..entah dari branch mana kami ni...branch Kg. Cabang laa...

The steamboat was good but I had a little only sebab masa balik tu laparnya ya amatZ! I makan popia yang bibik goreng tu dulu! Kazen maklang tu tido sini, so after dinner we balik laa...Lama jugak berbual, adalah Tan Sri, Datok semua..dengar ajelaa...kami ini tak reti cakap pasal duit2 ni seme. Kami duduk dengar ajelaa..Ngantoklaa...


Ni nak pi Kuantan ada cek up. Then nak pi service kete...Have a nice wiken!


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Wednesday, October 29, 2008

Bosan

Assalamualaikum...


Bosan tak kalau kita dah selesai berurusan dengan pihak berkuasa, dah siap konfem kat mana nak lalukan kabel, dah konfem kata kat bawah rail ketapi tu dah boleh pakai, sekali boss kata..oh...saya memang tak setuju dengan cadangan itu! Memang bosan tahap gaban maklang. Panas aje muka ni!

Masa beritahu semalam, gaknya tak perasan kot yang orang ketapi suruh naikkan kabel tu atas iron angle bila lalu bawah longkang tu...hmmm...geram betul! Memang senang kalau part menyuruh orang kerja aje. Cuba sekali sekala tu join sikit meeting2 kami ni. Baru tahu camana susah nak convince orang2 ni supaya 'beli' cadangan kita. Nasib baik orang ketapi nak tukar pikiran untuk lalukan kabel tu atas lantai parit besar tu. Sebenarnya 2-2 cara ok, tapi entahlah...preference. Boss I tu takut orang potong kabel. Walhal kabel tu dalam pipe aje. Entah laa..malas layan...tak sudah2! Dah seminggu dok melayan benda ni tak habis2. Tapi mintak2 semenya oklah..asal dapat power supply sudah!


Petang tadi, lepas panas muka tu, maklang ke MM dengan anak2 and BONDA and anak2. Biasalah...mesti gatal aje tangan ni...anak2 beli buku, as usual- maklang pakai voucher, kena bayar RM2.30 je then ke kedai menan tu anak2 nak beli MONOPOLY tu...harga mak oi...dapat sehelai batek sutera! Tapi tak pe, janji mereka nak bayar pakai duit raya...he..he..


Kejap aje kat sana. Kedai Raksaksa tu tak bukak lagi. Alaa...1 jam aje dah nak balik. Lagipun mata ni cam layu aje nak tido. Cepat2 nak balik sebab kalau lambat balik mesti dapat call dari darling i tu...Tak nak balekkk keeee??? Nasib baik masa dia call kami dah dekat rumah. Maklang hantar BONDA then terus balik... Camana darling tu tak call, dia tinggal sorang2 dengan bibiks! Petang masa maklang balik tu, dia ke sekolah ada meeting PIBG...


Oklah ..I nak relax jap. Lepas solat nanti nak membaca buku cerita cinta yang I baru beli tu sekarang ni memang jiwang karatz..cerita omputih lak...Cik Milah...maklang dengar cakap Cik Milah ni...rehat jap dari jahit2 tu...



Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,

Monday, October 27, 2008

Pusing keliling beraya....

Assalamualaikum…


Hari ini adalah hari raya yang ke 27….dan baru hari ini, ( tu pun dah petang sangat sebab sibuk dok buat gubahan), barulah maklang dapat nak ke rumah jiran. Lambat betul nak pergi beraya. Lepas balik Raya kat JB ari tu, sibuk dengan Along periksa, then sibuk ganti puasa. Last week pulak sibuk kerja! Tiap wiken memang tak ada rumah. Ke KT laa…ke KL laa…last2 hari ini mesti nak gi Raya jugak. Dapatlah 2 rumah! Nak pergi rumah orang lain dah lewat lah pulak!


InsyaAllah besok nak buat makan untuk jiran2 kat depan rumah ni. 5 buah rumah aje. Tak ramai. Nak masak mee kari ke, nak masak nasi ayam? Cik Abang kata nasi ayam pun Ok. Bagi maklang memang OK sebab boleh mintak bibik masak! Tak payah I penat2 terkejar nak balik masak! he..he…


Ok kita cerita perihal ke KL.


Hari Khamis tu b4 bertolak kan ada makan. Selesai makan2 tu ingatkan naklah balik awal. Tapi tak bolehlah pulak sebab ada lagi kerja2 yang tak siap. Terpaksa tunggu. Last2 balik kol 3:00ptg. Berkemas beglah pulak! At last bertolak ke KL pukul 5:40pm. Tiba KL pukul 10 lebih. Sempat bual ngan Ummi. Bual pasal butang beg. Memang dah agak maklang takkan sempat nak jumpa sesapa sebab ke KL atas urusan kerja!















Hari Jumaat, maklang ke Dayabumi. Nak submit surat dan drawing kat orang minyak. Dalam hati berdoa muga2 mudahlah nak jalan kan kerja dan mudah nak dapat approval. Alhamdulillah..memang dia kata dia boleh approve permintaan kami. Siap kan surat agreement and InsyaAllah semuanya akan selesai. Hmmm…lega… tak sesia maklang ke KL… J Lepas dari situ , maklang ke office maklang kat KL tu. Siapkan surat agreement tu dan before noon surat tu dah pun sampai kat orang minyak!

Ada pulak open house kat office KL…sempat I menempek sepinggan dua. Kenyang perutlaa…dan hati pun dah senang sebab kerja dah lebihkurang selesai! Syukur pada Allah...Amin...Then maklang duduk berbincang dengan package engineer tu...pasal nak submit kat DO3 tulaa...

Maklang bertolak ke K@md@r lepas selesai kerja dalam pukul 2:00pm. Wan pulak sempat kirim kain nak buat baju Kedah dia! Pusing keliling cari kain koton. Tak banyak dah sekarang. Dapatlah 3-4 potong. Tu pun beli kat 2/3 kedai! Kain yang maklang idamkan memang tak dok! Lepas tu sebab lama sangat nak tunggu paklang, sempat lah intai2 kat EuroMod@...Hmmm...kalau dah tengok kain....memang tak lepas lee....Cik Abang pun dah paham. Infact dia dok betting dengan Along pasal mak shopping banyak tak...Untung I...laki I understanding..he..he...janji bayar sendiri laa kalau nak bebanyak! Tapi kalau nak pun besanya dia belikan...Thanks darling ku sayang.... J


Petang tu, kami balik kat “ rumah“ kami. Lepas dah siap solat kami ke PJ ambik alang untuk nak ke Melaka. Wan Atok dan cucu sekelian dah pun sampai kat rumah Wan Sara waktu tu...Tiba Padang Sobang pukul 9 lebih kot. Jem nya macam nak apa! Tapi sempat berenti kat tempat makan kat Nilai. Lama benor tak makan daging salai masak cili padi. Rasanya taklah sesedap selalu. Ikan sembilang nya pun tak seenak yang dulu!

Malam tu tidur agak lewat. Tahu ajelah tido lambak...tapi tak ramai orang lagi. Cuma maklang anak beranak, Alang , Ucop dan Yasmeen, serta sepupu Atok and of course atok dan Wan serta Wan Sara and suami dan 4 orang bibiks.


Sabtu pagi lepas sarapan, kami sempat pegi ke Limbongan. Dapat jumpa sedara belah arwah MIL. Tapi Cuma satu rumah aje…orang lain tak ada rumah. Ada open house kat rumah anak mereka. Lepas satu rumah, kami balik Padang Sobang.

Majlis makan2 kat rumah Wan Sara dah bermula. Ramai yang datang. Tapi ramai yang tak kenal dari yang kenal. Ada jugak yang orang ramai kenal. Atok pun sempat berbual dengan orang yang ramai kenal. Tapi antara yang datang ada jugak yang buat tak kenal kami. Buat donno. Mungkin taraf kami tak sama dengan mereka. So, mereka tak ada pun nak menegur kami. Padahal, masa kecik2 membesar bersama…Manusia berubahkan. Tapi kami pasrah…Alang kata , I don’t care! Hmmm…tak apalah dunia ni berpusing kan, hari ini mereka menghindarkan kami, besok lusa tak tau macamana…Moga2 diberi kesabaran pada kami menghadapi semuanya…Kami masih berpijak di bumi nyata! Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Pangkat dan harta dunia tak menjadi ukuran kan…










Anyway, the food was good.





But the weather was too hot. Maklang kejap aje duduk kat luar. Kejap masuk dalam sebab kepanasan…Hakim demam petang tu. Petang tu tak semena2 kami decided nak keKL lagi sekali. Asyik dok punggah beg aje! Sampai kat Serdang kami singgah beli lampu untuk rumah kami. Hari Jumaat semalam tu, tak sempat paklang nak beli semuanya. So , malam tu sempat order laa..kalau jumaat ni ke KL lagi, bolehlah ambik and minta apek letrik pasangkan. Tapi tak pasti lagi if ada meeting ke tak. Booking aje dulu. Hmmm…banyak kerja lagi ni, nak jahit langsir lah pulak.


Tiba aje kat rumah Alang, orang minyak talipon kata nak pi site. Kerja lagi…So, semalam on the way balik Kerteh, kami singgah kat Gebeng kat site tu. Lepas balik, keletihan. Tapi sempat singgah MM, makan pizza. Petang maklong n co datang together with Dato…

Sekian je buat kali ni..menjela lah pulak panjangnya!
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......



Labels: , ,

Thursday, October 23, 2008

I am sorry too...

Assalamualaikum...

Sorry Ummi, I am sorry too... ( kena guna ayat Ummi). Now tengah bz betul ni. Tapi nak updet lama - sat aje. Ari ni kami ada buat makan organized by the staff sebab ramai tak puas ati masa makan kat otel ( office buat) last week. Maklang tak ada sebab pi Impi@n@ last week so tak tahu tahap mana tak puas hati mereka. So lepas dah berpakat, kami semua nak buat makan macam potluck. Tiap satu floor prepare apa yang nak makan laa..Budget sindri kutip. Maklang pun dah habis ganti puasa 6 ari ( ada 3 ari lagi), so kira cam rayalah ari ni. Adek se dept. mintak sambut raya. Nak makan spaghetti dari nak buat sikit2, jadi sepiuk besar! Rasa mintak2 oklah hendaknya... Gambar nanti n3 next week maklang letakkan, InsyaAllah...


Tak leh lama menceceh. Banyak kerja tak siap lagi! Nak buat surat seme nak bawak ke KL. Sambil menyelam minum air kata orang. Nak pi discuss DO3 submission then nak pi Kay L See See nak buat submission besok. Doa2 semuga approval dapat dengan cepat. Seronok dan puas hati kalau kerja kita ni dapat diselesaikan . Tak kiralah kalau Boss tak appreaciate pun. Tapi kita puas hati...Almaklum..bodek membodek ni memang tak reti..tau buat kerja aje..biarlah lembu punya susu sapi dapat nama...Yang penting Allah Maha mengetahui...

Kita jumpa lagi minggu depan...slam ceria di hujung minggu...


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

Tuesday, October 21, 2008

Bersyukur pada Nya...

Assalamualaikum….


Maklang bersiaran pagi lagi hari ini. Lepas Subuh tadi, sempat maklang jahitkan sedikit manik lagi untuk beg Wan Sara. Sebenarnya bercadang nak selesaikan kerja2 beg tu petang semalam, tapi as usual, apa yang dirancang tu Allah dah tentukan lain pulak jadiknya..


Semalam was really a long day…Penatnya tak tercakap. Pagi ini masih rasa letih lagi! Mulanya nak adakan perbincangan tentang DOE aje, tapi meleret ke tempat lain. Maklang memang kalau buat kerja tak berapa suka dapat info dari orang lain. Lebih rela pergi jumpa atau cakap sendiri dengan orang yang berkenaan. Baru puas hati. Masa baru naik kerja ari tu memang mood ilang. Alhamdulillah ni dah nak datang balik mood kerja ni. Masih banyak lagi kerja yang tak selesai, tapi macamana pun kami kena “LAMPS ON” by 12th Oct 2009. Tercapaikah matlamat kami? Moga2 Allah permudahkan kerja2 kami ini, Amin.


Maklang bertolak dari Kerteh kol 10 lebih. Memang tak dan nak jumpa kol 1130. Mintaklah tangguh. Sementara nak tunggu availability of the person, semapt selesaikan beberapa perkara. Then baru bincang2 ttentang DOE tu. Lepas solat jamaq kami mulakan perjalanan lagi..

Dari office kami kat Gebeng, kami ke office Client kat Gebeng jugak. Ni tak dalam plan sebenarnya tapi sebab nak kejarkan client nak ke Sydn3y petang tu, terpaksa kami pi jumpa dia, kalau tak submission akan tertunda lagi 2 minggu sebab dia akan balik ke M’sia 2 Nov nanti. Lama tu …dengan keadaan kerja yang amat kritikal sekarang. Alhamdulillah selesai part tu, kami turun ke Kuantan. Meeting yang asalnya nak start kol 2:30pm tertunda sampai 4:30pm. Nasib baik orang talipon tu nak tunggu, kalau tak maklang balik aje ke Kerteh. Harap2 segala permasaalahan selesailah dengan cepatnya. Kami ni tak ada tempat nak mengadu. Ada PM, tapi suruh2 aje, tak mo ke masuk campur pergi jumpa orang atasan kat authorities tu, senang sikit kerja kami. Tapi seperti anjing menyalak bukit, serupa aje…hmmm..bersabarlah maklang oooi…doa aje, moga Allah permudahkan kerja kan…InsyaAllah.


At last kami kelaur office telepon tu pukul 5:30pm. Sempat pi beli rojak India kat depan masjid Sultan Ahmad Shah tu , kebetulan office talipon kat situ. Belikan untuk orang tersayang …selalu I ingat kat dia, tapi adakah dia pun begitu??? Hmmm…Allah aje yang tahukan…4 bungkus I beli you…Puasa punya pasal…and beli 1 gelas cendol.. Buka dalam kereta. Azan berkumandang masa maklang melepasi masjid kat Bandar Chukai semalam. Akhirnya tiba kat rumah pukul 7:30pm lepas hantar kawan yang drive kereta maklang ke Kuantan. Bila balik berkejar nak solat maghrib. Lepas tu baru makan. Ada pulak gulai daging yang Alang tempah tu. Maklang kebaslah sikit, tapi biar Alang bayar semenya..he..he…takkan adek tak sayang kakak dia kan…


Lepas selesai makan, mandi, solat Isyak, mintak bibik urut kaki yang dah rasa jem semacam. Lepas tu baring and terus aje gone. Sebenarnya sejak dari di gebeng dah rasa lengoh sangat pinggang. Tapi kuatkan hati ni sebab nak siapkan kerja. Kalau tak nanti kena drive semula all the way from Kerteh ke Kuantan lagi. Lagi naye..malas nak drive jauh2 ni…Pulak hari Khamis nak ke KL. Mana boleh renyah2 kan…

Alhamdulillah pagi ini, maklang cuba nak solat seperti insan lain. ALhamdulillah dapat jugak, walau masa nak bangun tu agak susah jugak. Semuanya ‘terasa’ agak stiff jugak. Kena selo2. Alhamdulillah dapat maklang tunaikan Subuh dengan adanya berdiri, rukuk, qiam, sujud , duduk antara dua sujud etc seperti biasa…Alangkah indahnya solat sebab dapat melakukan nya seperti biasa. Allah Kau Maha Kaya… Kau kabulkan permintaan hamba mu ini…Terasa puas bila bersolat seperti biasa..taklah rasa ‘hilang’ bila solat duduk atas kerusi. Bersyukur benar maklang rasa…Ialah pada Allah kita berserah bila sesuatu yang tak diduga menimpa kita…hanya Allah aje yang lebih mengetahui perasaan kita, walau sedekat mana pun kita dengan manusia lain, tak sama kalau hati kita rasa dekat pada Allah. Memang segala sesuatu yang terjadi itu atas kehendakNya, tapi kita juga harus memainkan peranan untuk mendoakan segala yang terbaik buat diri kita. Jangan harapkan orang aje..kerana responsibility pada diri kita jatuh atas diri kita sendiri…


Semoga hari ini adalah hari ceria buat kita semua, InsyaAllah


Sempat jugak maklang tempekkan gambar masa menjahit tadi. Sejak dari semalam Blogger tak mo terima. Cuma pagi ni aje baru boleh…enjoy the pics!


Sorilah..not in sequence!


Ni abang dan anak..makan lontong and ayam serai..
Ini untuk Wan sara..manik putih tu belum siap lagi!
Macam tadika...ramainya babies! Kami dah lepas dah waktu ini..
Shah dan wife serta Linda isteri Man.
Antara hidangan kek dan muffins
Ada rendang, ayam serai, seronding, sambal sotong, sambal bilis, lodeh buat tetamu kami malam Sabtu lepas..
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,

Monday, October 20, 2008

Raya2 lagi...

Assalamualaikum...


Selamat pagi! Hari ni pepagi maklang dah nak bersiaran. Kalau dah keluar dari rumah ni kang, alamat tak berupdet lagilah blog ni. Last wiken pun macam sibuk semacam!

Hari Jumaat, maklang main masak2 kat dapur. Officemates nak datang rumah, so sejak dari pagi dah mula nak masak. Tau ajelah sekarang ni macam slow semacam. Lambat aje nak buat kerja. Tak larat kadang2 tu. Maklumlah kat office pun agak sibuk jugaklah...Nak buat macamana itulah kerja makan gaji!

Semenjak hari Khamis lepas kawan2 cakap nak datang, maklang terus talipon bibik mintak tolong anyam ketupat. Ada pokok kelapa rendah belakang rumah. Dapatlah kami anyam dalam 40 biji. Tapi daunnya hijau pekat!. Tapi alhamdulillah bila dah masak, cantek jugak jadinya! Mintak jugak bibik buatkan nasi impit yang rebus dalam acuannya ( cylinder made of aluminium with some holes arund it and covered at both sides). Alhamdulillah berlebih jugak makanan. Sebenarnya takut tak cukup kalau masak ni. Maka, maklang masakkan 3kg rendang daging, 3 ekor ayam serai, sambal sotong kembang, sambal bilis dan jugak serunding kelapa. Nasib baik ada Wan yang tolong, kalau tak mau patah pinggang maklang. Tak tau kenapa sejak Khamis tu dah sakit pinggang ni. Maka, lepas aje tetamu pulang, tolong sikit lebih kurang kat dapur, maklang terus telan Mobic and tidur. Nasib baik, the next day, dah OK sikit!

Hari Sabtu. Maklang tutup rumah. Ada kawan2 nak datang tapi terpaksa declined sebab kami seisi rumah including the bibiks and Atok and Wan nak ke KT. Beraya kat rumah Wan Pari. Both maklang and Cik Abang tak puasa lah hari tu. Kami bertolak dalam pukul 9 pagi sebab nak menyinggah kat pasar payang tu. Wan Sara pesan mintak tolong belikan kaftan berhelai2. Biasanya tiap tahun dia adakan bazaar kat kedutaan Indonesia. Sempat jugak dia promosikan barangan batik Malaysia. So, dari 1/2 jam nak berenti, jadiklah 1 jam! Biasalah kan kalau dah shopping. Sempat jugak mencari untuk sendiri dan Maya sehelai 2!

Sedap makan kat rumah Wan Pari. Biasalah kan, dia memang terrer masak. Walaupun simple. Pulak perut dah lapar!

Kami balik dalam pukul 4:30ptg. Sempat singgah beli tanah untuk nak tanam pokok sebab wan kata murah kat KT. Pasu2 pun murah.Sampai rumah pukul 7:30pm. Lepas Maghrib and Isyak, makan and then maklang sempat jahit RE untuk wan Sara ( dah janji nak kasi dia masa ke Jkta baru2 ni...dia suka katanya). So sebab tulah tak mengupdet sebab dok taler buat RE dia. InsyaAllah petang ni maklang boleh jahitkan jadi beg! Kalau Ummi dekat boleh tempah mintak jahitkan, tapi memandangkan masa suntuk sebab nak pi jumpa Wan Sara wiken ni kat Melaka, maka terpaksalah maklang jahit bodo2 walau tak secantik Ummi punya!


Hajat hati nak upload gambar makanan tu, tapi tak bisa! Kenapa entah! Tengok nanti macamana jap lagi eh..


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

Thursday, October 16, 2008

M dan S...

Assalamualaikum...


MS...jangan salah sangka ye..Maklang tak mampu nak beli MS tu..yang ada pun yang kak Elle hadiahkan masa harijadi yang baru lepas ni...Tapi maklang tengah malas dan sibuk sangat..sebab tu tak sempat nak updet!

Sejak Ahad maklang attend workshop tu. By the time balik, rasa tak larat nak bukak mata. Besoknya pulak pagi2 dah bertolak ke Cherating. Nama aje pergi tempat peraginan, buat workshop, tapi terperap aje kat bilik tu bersama2 lebih kurang 18 orang lain dari merata dunia berbincang pasal project yang dah delay ni. Dah lah cakap mat salleh negeri kat bawah tu macam dalam mulut aje..tak clear langsung apa depa dok cakap, sampai rasa sakit telinga sangat! hhmm...tepu pala otok , kate orang ganu ni...hmmm...

Dah lah risau ngan Along exam lagi...Tapikan tiba hari Selasa, maklang rasa happy sangat. Sebab petang tu kami semua dah terlepas dari sangkar kat Impi@n@ tu. Macam maklang kata, duduk aje kat tempat peranginan...hampeh aje...makan pun macam tercekek2 sebab nak cepat!hmmm...sabo jelaa...


Last tuesday tu masa ambik along dari sekolah, kami melenconglaa..gi MM lagi. Sempat maklang beli kain untuk nak buat RE. Alhamdulillah semenjak 2 menjak lepas raya ni, adalah jugak tempahan...Seronok...Tapi this wiken ingat nak siapkan gubahan untuk pengantin pulak!.. Then wiken ni nak ke KT jugak gi raya rumah Wan Pari...Mana masa nya ye..Malam besok pulak kawan2 ofis nak datang...nak kena masak lak...sibuknya rasa...Malam semalam pun gi MM lagi, bawak Wan pulak, jenjalan...


Maklang tak sempat lagi nak beraya. Hari ini baru start ganti puasa cum puasa nam...Tapi niat puasa ganti aje, tapi moga2 diberi ganjaran puasa nam sekali InsyaAllah...

Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Sunday, October 12, 2008

semuga berjaya anak2ku sayang...

Assalamualaikum...

Maklang panjatkan doa maklang kepada Yang Maha Esa muga2 diberi rahmat dan kemudahan buat anak kesayangan Maklang, Nadhirah, dan anak2 sedara maklang ( Afiqa, Farhana dan Faezah) yang bakal menduduki Peperiksaan PMR besok...Moga2 berjaya dengan cemerlang InsyaAllah... Amin....

++++++++++++++++++++++++++++


Ni baru aje balik dari Cherating. Ngantuk dah mata ni. Tapi maklang updetkan jugak sebab mungkin hari Selasa baru dapat updet. Tu pun kalau tak penat.Takut jugk Rina risau lagi...he..he...


Petang tadi maklang ke Impiana. Ada pulak meeting untuk projek yang maklang tengah buat tu. Hari ni cuma ada dinner aje, besok ada meeting, then site visit and then lusa meeting dan wrap up. Dapat bilik kat sana, tapi maklang balik jugak. Paklang pergi ambik tadi sebab besok pagi Along nak peksa. Nak peluk cium dia dulu sebelum dia pergi periksa. Kesian dia...Moga2 dia mudah nak jawab periksa tu...InsyaAllahkan...


Besok akan ke sana lagi tumpang kawan yang nak ke Kuantan. Tadi maklang tinggalkan kereta yang maklang drive tu. Jadinya, InsyaAllah hari Selasa bolehlah drive balik. Ni pun
Paklang ambik sebab suspense gak drive memalam ni sorang2. Tadi pun masa nak ke sana, lepas dah drive selama 40 mins, kaki maklang ni jem. Nak jalan payah jugak....hmmm..tulah...ni nak kena baring. Sure gone jap lagi..


Doakan anak2 maklang berjaya ye...



Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Saturday, October 11, 2008

lagi gambar raya...

Assalamualaikum....

maklang baru aje balik dari mesra mall...dari rumah neeza attend khenduri adek dia, then singgah kat rumah Rina. Sedap makan laksa penang. nak makan banyak pun dah tak larat. Comei sungguh si Umair. Patut pun si mimi geram aje..he..he..

Dari situ, kami singgah kat Mesra Mall. Ini kali ke2 paklang, hakim dan maya ke MM hari ini...pagi tadi along pun ikut sama. maklang nak ikut tak dapat sebab tengah sibuk dan terkial2 nak habiskan jahitan untuk Neeza. Dahlah nak cepat, nak jahit table runner yang selalunya senang jadi susah. Just imagine..maklang bukak jahitan sampai 5 kali! Puas betul. Tapi hasil jahitan setelah siap memang rasa puas hati...Alhamdulillah. Siap yang itu, maklang terus jahit beg telekung Neeza jugak. Tinggal nak kemaskan aje...Alhamdulillah siap...


MM tu memang menariklaa...banyak jugak kedai. Tapi banyak lagi belum bukak. Ada GIANT kat kiri kanan, ada Roti Boy, ada Carlo Rino, Giordarno, Poney, kedai kasut. Ada jugak kedai2 kecik macam kat KLCC. Cantek jugaklaa...Memang teruja jugak. Al maklum...terulung di Kerteh. Rasa cam duk kat KL lak...Ada banyak lagi...Burger King pun ada you..so tak adalah anak2 nak pesan BK kalau on the way balik dari KL nanti...Tapi yang best sekali sedara dekat maklang ada jugak bukak kedai kat situ! Memang tak ku sangka...he..he..K@md@r ada..senanglah nak beli kain nak buat RE! Mintak2 adalah jual jenis yang maklang nak ni kat situ!

Sebenarnya semalam, kami ada gak ke MM. Kononnya nak gi Giant. Nak beli hadiah orang kawin dan hadiah baby..tapi melihatkan manusia yang begitu ramai sampai kereta di park ke seberang jalan sebelah sana tu...hmmm...kami pusing balik. Lautan manusia kat situ semalam. Dahlah panas! Tak kuasa kami nak tengok pun. Nasib baik tak pergi sebab Giant pun tak buka lagi..



Ada ambik gambar semalam. Gambar lautan manusia dan kenderaan. Tapi kat hp paklang..malaslah pulak nak mengupload! in the meantime...maklang letakkan gambar hari raya kami dan juga table runner baru tu...sendiri pulak berkenan...

Maklang tuju Popular dulu. Dapatlah buku cerita ketika cinta bertasbih..dengar2 cerita tu sedap...





Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Thursday, October 9, 2008

Raya..

selamat hari raya dari kami sekeluarga...as usual..hakim buat spoyel dengan muka masam dia...merajuk lagilah tu...
ini semuanya...tapi uncle jai, ucop and paklang tak ada ..paklang jadi camera man...
ni muka2 yang maklang kasihi...tengok hakim tu...aa aje kerja dia...version muka ni kesukaan cik abanglaaa...
Assalamualaikum..


Hmmm...pejam celik dah dekat seminggu dah masuk kerja sejak raya...Cerita masa raya pun belum sempat nak dicoretkan kat sini. Gambar pun entah kat mana2 tak jumpa lagi. Masa kat JB tu, Busu dah cuci bersih ini PC sebab entah kalau nak start memang lembap betul. Semalam pun bawak kat office mintak adek2 yang computer-smart ni tolong bersih2kan apa yang patut!

Ok..kita mula cerita sehari sebelum raya...

Hari isnin tu maklang bangun lewat. Entah pening semacam! Macam mabuk aje. Tak tahu nak masak apa hari tu. And at this time tak ingat pun buat apa, tapi yang tahunya petang tu buka memang macam2..Oh..ye..Atok pi pasar, beli udang 2 kg. Tak ada planning pun nak masak apa. Sebeb jumpa kepala udang, maklang plan nak buatkan kuah mee rebus so that Wan boleh simpan untuk nak makan bila2. Tapi petang itu akhirnya mee tu laku macam nak apa...sampai Cik Abang buat sahur and requested again for buka petang besok tu...hmmm...sedap lah tu agaknya. Entahlah, agaknya berkat bulan posa ni, masak campak2 pun jadik!


Petang Senin tu, maklang keluar beli selipar. Sebabnya,konon2 nak belilah kasut satu untuk nak buat pi meeting lepas raya. Bukan tak ada kasut, tapi sebab tulang belakang ni kan masih tak 100% baik, so memang lah rasa takut nak pakai kasut walau pun tak sampai seinci tumit dia. Takut weh...kalau apa2 sendiri yang susah. Dan as usual maklang beli aje selipar. Kaki I yang comei ni memang payah nak muat kasut2 yang lebih comei itu. Bila balik dari beli kasut memang lah nak berbuka sangat. Memang enjoy buka ramai2 ni...sekejap ada makanan, sekejap ilang seme...oh ye...baru ingat, petang tu maklang buat ayam bakar sebab Alang nak makan. 2 ekor sekali ngap aje...hmmm..nasib baik sempat simpan sikit untuk sahur..maklang sendiri tak usik pun, muak. Makan mee rebus lagi best..he.he..

Selasa:

Sibuk pagi tu. Lepas solat subuh maklang dah turun kat bawah. Sempat buat kek coklat 2 bijik! Alhamdulillah..it turned out very nice, moist, lembut...memang best rasa...syok sendiri pulak. Then maklang potong daging 'cantek' tu. 12 kg you...nasib baik pisau tajam, kalau tak mau...lengoh...Then terus aje suruh bibik cuci kan daging tu. Sementara tu, maklang dah nak start buat carrot cake. Dapat 1 biji besar and 1 biji kecik. Hmmm...sebab masa nak bakar tu maklang naik atas bersiram, kek nya agak gelap ler sikit. Sib baik tak hangus! By then, rendang dah naik atas dapur. Bibik pulak sibuk isi ketupat, with the help from Along and Maya and my SIL. Dapatlah rebus ketupat by about 1pm...Lega..Lepas dah siap seme, maklang buat pulak kek marble ( guna resepi Nora kasi tapi modify letak badam blend!) a.k.a kek bai..Wan suka ni...memang lama tak buat marble kek ni...


Letih betul. Petang tu relax japlaa..Petang tu Alang yang buat makanan untuk buka. Mee goreng aje. Hakim pulak dok makan rendang daging tu,,nampak macam enjoy betul dia makan...kenalah tu selera dia...

Rabu:

As usual, pagi Raya, maklang memang kat dapur ajelah. Sejak dari 6:15am to about 8:30 maklang kat dapur. Tumis ayam serai, sambal kacang, masak lodeh dan panaskan rendang segala. Of coz lah dibantu oleh bibiks. Alang kat atas sebab melayan si Yasmin. Pulak tu malam sebelum tu, dia sibuk buat lapis asam. Entah pukul berapa dia tido tak tahulah...Sama dengan Aunty Leen, pun entah kol berapa tidur. Maklang tido awal, sebab bujang ajak tido!Hmm...apa mau buat!

Maklang tak pergi pun ke surau untuk solat Raya. Solat kat rumah aje...Then lepas semenya dah balik, maka bersalam2an lah dan makan2 lah. Pagi tu tak ramai yang datang. Lepas tengahari barulah ramai. As usual, Cik Abang yang melayan anak2 yang datang. Macam2 yang dia interview budak2 tu..siap ada soalan bonus lagi...kelakar...sampai Wan ketawakan dia...

Tengahari bila sepupu2 datang, mulalah bising semenya...seronoks ramai yang datang. And as usual, mesti mintak resepi. Sampaikan biskut hentam tu pun mereka minat...Alhamdulillah.


Malam tu kami relax, maklang sempat jahit table runner neeza ( jap lagi nak continue ni...tak siap lagi!)

Khamis:

Breakfast nasi goreng aje. And mee goreng. Tengahari memang tak plan nak masak sebab nak berjalan. Lepas zohor kami kerumah Tok Busu ( abang Wan) dan Tok Busu (adek Atok). Lepas tu, kami singgah rumah Mak Enon (adek Datok Kuantan)...Malam ke rumah sepupu maklang yang kaya raya tu...mana tak dikata kaya...beli pokok Bongsai sampai 28K!! Dengar pun naik seram...Iyelaaa..rezeki masing2! Kami, sah2 tak mampu...sedap makan beriani kambing...naik darah I malam tu...


Jumaat:

Memang tak plan. Tapi as usual, kalau balik JB, tak makan thosei, memang tak sah..So, kami pergi lah makan thosei. All of us, Atok, Wan Alang, Busu and family. Pak Ngah and family tak ada rumah. Then kami pergi lawat sedara ( kedai2lah..apa lagi). Sempat belikan Aunty Leen and Alang beg Vietnam macam yang Mulan jual tempohari. Cantek2 semenya.Bila sampai rumah, Wan Pari and family dah kat rumah. Tengahari tu makan soto yang bibik2 buat. Enak dong. Soto Jogja...memang laku habis!

Lepas Wan Pari balik, maklang and Alang sambung sopping lagi. Kali ni kat kedai dekat dengan rumah Wan tu. Dapat lah beli sehelai 2 skirt untuk sendiri dan Angah. Ada jugak beli pyjamas untuk Angah. Senang beli yang lengan panjang, kesian dia bila ke rumah sedara and tidor sana, baju tidur yang lengan panjang tak ada. Terpaksalah pakai t-shirt2 lain.

Seronok sopping ni...memang seronok...Tapi bila dapat statement card tu...hmmm fengsan tengok...almaklum, bila sopping tak hingat. Maklang pulak kalau dah guna card ni memang tak suka tak bayar seme. At least sebab itu, maklang kenalah jimat2 supaya bila nak bayar seme tak tercekek!

Sabtu:

As usual, kalau nak balik Kerteh ni..lemahnya lah rasa. Kami bertolak pukul 10:15pg, then singgah beli Burger King. Lambatnya nak sampai Kuantan. Sempat makan tengahari kat sana. Sempat jumpa keluarga Teh. Kami bertolak balik kol 5:00 kot...kerete beratur, so tiba pun agak lewat...


Nanti sambung lagilah besok...

(Busu...tolomg tampal gambar2 raya kat sini...maklang tak jumpa dalam PC maklang ni...Maceh eh...)



Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

Saturday, October 4, 2008

Beraya di bulan posa ~ N3 yg dah nak basi...

Assalamualaikum….

Alhamdulillah kami telah selamat sampai kat Kg Baru ni ( ni cerita Sabtu lepas), waktu Maghrid tadi. As predicted, memang ler jalanraya tu penuh dengan kereta. Kiri kanan bertali arus. Alhamdulillah sepanjang perjalanan, tak ada bertembung dengan kemalangan yang teruk2 tapi adatlah ada jugak kecelekaan sedikit.


Seronok cuti raya. Tiap kali raya memang seronok.


Kami tiba JB hari Jumaat sebelum Raya lepas tidur semalam kat Kuantan. Perjalanan OK. Berhenti kat Yong Peng kejap, then masuk kat Air Hitam kejap. Kami adalah belI sikit kerepek untuk nak bawak ke Singapore sebagai ole3. Cadanang nak ke Singapore tu kami decide masa pagi nak balik ke JB tu. Sebab tu lah dok piker, kalau visit orang takkan lah tangan kosong aje! Hmmm…memang nasib baik lah ada buat tangan , kalau tak mesti rasa canggong sebab setiap rumah yang kami kunjungi , pasti ada buah tangan untuk dibawa pulang.


Memang meriah bila tiba JB. Atok dan Wan Nampak happy sangat. Almaklum, cucu seme dah sampai. Petang tu memang meriahlah berbuka! Penuh semeja makanan, dan dalam sekelip mata lenyap semenya!


(Ini maklang sambung pulak cerita.. 7-10-08)

Hari Sabtu pagi , maklang, paklang, atok dan Wan ke pasar tani. Kononnya nak beli daging buat hariraya. Tapi bila kesana, lain dicari, lain yang dapat. Kami beli siput sedut. Mahal jugak se kg RM10. Tapi siput2 tu bersih semenya...sedap buat goreng oyster sos. Then lepas balik dari pasar tani, kami ke Tesco pulak. Atok borong daging. Lembu muda, daging canteklaa...tu yang bila dah jadik rendang, dagingnya hancus jadik serunding!


Hari Ahad, pagi2 kami dah bersiap nak ke seberang. And pagi2 tu maklang susun paper bags siap tulis nama lagi sebab takut ada yang tak ingat. ALhamdulillah cukuplah apa2 yang nak dibuat buah tangan. First house lepas entering Singapore was rumah Cik Sharip, adek Datok Kuantan. Cik Sharip baru aje kehilangan isteri 2-3 bulan yang lepas. Nampak susut sedikit badan dia, tapi as usual dia memang selamba aje. Syukurlah dia OK. Dari rumah Pakcik Sharip kami cadang nak ke rumah nek Mah. Tapi lepas beberapa kali talifon tak ada yang jawab, kami ke rumah Cik Nan, adek bongsu Datok Kuantan. Isteri Cik Nan tengah sibuk buat kek lapis. Dapatlah kami sedikit untuk dibawa pulang...hmmm..terimakasehlah banyak2. Masa nak balik, Cik Nan tanya, tau ke macamana nak ke rumah Maklong. Dengan sepontannya, Cik abang jawab..senang aje sebab ada map...tau2 lepas tu kami pusing2 tak jumpa jalan...Ada dekat 40 mins...Padan muka kami...terlebih konfident! Allah marah...Insaf kejap! Tapi ALhamdulillah...at last kami tiba rumah Maklong, kakak sulong Datok. Sempat bersolat seme, then kami turun ke rumah Mak Enon, kawan maklong yang datang ke rumah kami 2 bulan lepas. Then kami ke rumah Cik Omar, adek Datok sorang lagi.Kejap aje kat situ sebab nak kejar ke rumah Norabella and Kak Elle..Kejap aje kat rumah Nora sebab dah lewat dah. Asar belum ditunaikan lagi...Tiba rumah kak Elle ( nak tau cerita kena pi blog kak Ellelaa eh...), semenya bekejar nak solat, then mandi and after that it was makan time...memang sedap2 semenya...Eh ...oklah dulu...malas nak type lagi..

Penat, baru aje balik dari KL ni...petang semalam ada mtg kat KLsee see..then gi rumah nita...

Labels: