Pusing keliling beraya....
Assalamualaikum…
Hari ini adalah hari raya yang ke 27….dan baru hari ini, ( tu pun dah petang sangat sebab sibuk dok buat gubahan), barulah maklang dapat nak ke rumah jiran. Lambat betul nak pergi beraya. Lepas balik Raya kat JB ari tu, sibuk dengan Along periksa, then sibuk ganti puasa. Last week pulak sibuk kerja! Tiap wiken memang tak ada rumah. Ke KT laa…ke KL laa…last2 hari ini mesti nak gi Raya jugak. Dapatlah 2 rumah! Nak pergi rumah orang lain dah lewat lah pulak!
InsyaAllah besok nak buat makan untuk jiran2 kat depan rumah ni. 5 buah rumah aje. Tak ramai. Nak masak mee kari ke, nak masak nasi ayam? Cik Abang kata nasi ayam pun Ok. Bagi maklang memang OK sebab boleh mintak bibik masak! Tak payah I penat2 terkejar nak balik masak! he..he…
Ok kita cerita perihal ke KL.
Hari Khamis tu b4 bertolak kan ada makan. Selesai makan2 tu ingatkan naklah balik awal. Tapi tak bolehlah pulak sebab ada lagi kerja2 yang tak siap. Terpaksa tunggu. Last2 balik kol 3:00ptg. Berkemas beglah pulak! At last bertolak ke KL pukul 5:40pm. Tiba KL pukul 10 lebih. Sempat bual ngan Ummi. Bual pasal butang beg. Memang dah agak maklang takkan sempat nak jumpa sesapa sebab ke KL atas urusan kerja!
Hari Jumaat, maklang ke Dayabumi. Nak submit surat dan drawing kat orang minyak. Dalam hati berdoa muga2 mudahlah nak jalan kan kerja dan mudah nak dapat approval. Alhamdulillah..memang dia kata dia boleh approve permintaan kami. Siap kan surat agreement and InsyaAllah semuanya akan selesai. Hmmm…lega… tak sesia maklang ke KL… J Lepas dari situ , maklang ke office maklang kat KL tu. Siapkan surat agreement tu dan before noon surat tu dah pun sampai kat orang minyak!
Ada pulak open house kat office KL…sempat I menempek sepinggan dua. Kenyang perutlaa…dan hati pun dah senang sebab kerja dah lebihkurang selesai! Syukur pada Allah...Amin...Then maklang duduk berbincang dengan package engineer tu...pasal nak submit kat DO3 tulaa...
Maklang bertolak ke K@md@r lepas selesai kerja dalam pukul 2:00pm. Wan pulak sempat kirim kain nak buat baju Kedah dia! Pusing keliling cari kain koton. Tak banyak dah sekarang. Dapatlah 3-4 potong. Tu pun beli kat 2/3 kedai! Kain yang maklang idamkan memang tak dok! Lepas tu sebab lama sangat nak tunggu paklang, sempat lah intai2 kat EuroMod@...Hmmm...kalau dah tengok kain....memang tak lepas lee....Cik Abang pun dah paham. Infact dia dok betting dengan Along pasal mak shopping banyak tak...Untung I...laki I understanding..he..he...janji bayar sendiri laa kalau nak bebanyak! Tapi kalau nak pun besanya dia belikan...Thanks darling ku sayang.... J
Petang tu, kami balik kat “ rumah“ kami. Lepas dah siap solat kami ke PJ ambik alang untuk nak ke Melaka. Wan Atok dan cucu sekelian dah pun sampai kat rumah Wan Sara waktu tu...Tiba Padang Sobang pukul 9 lebih kot. Jem nya macam nak apa! Tapi sempat berenti kat tempat makan kat Nilai. Lama benor tak makan daging salai masak cili padi. Rasanya taklah sesedap selalu. Ikan sembilang nya pun tak seenak yang dulu!
Malam tu tidur agak lewat. Tahu ajelah tido lambak...tapi tak ramai orang lagi. Cuma maklang anak beranak, Alang , Ucop dan Yasmeen, serta sepupu Atok and of course atok dan Wan serta Wan Sara and suami dan 4 orang bibiks.
Sabtu pagi lepas sarapan, kami sempat pegi ke Limbongan. Dapat jumpa sedara belah arwah MIL. Tapi Cuma satu rumah aje…orang lain tak ada rumah. Ada open house kat rumah anak mereka. Lepas satu rumah, kami balik Padang Sobang.
Majlis makan2 kat rumah Wan Sara dah bermula. Ramai yang datang. Tapi ramai yang tak kenal dari yang kenal. Ada jugak yang orang ramai kenal. Atok pun sempat berbual dengan orang yang ramai kenal. Tapi antara yang datang ada jugak yang buat tak kenal kami. Buat donno. Mungkin taraf kami tak sama dengan mereka. So, mereka tak ada pun nak menegur kami. Padahal, masa kecik2 membesar bersama…Manusia berubahkan. Tapi kami pasrah…Alang kata , I don’t care! Hmmm…tak apalah dunia ni berpusing kan, hari ini mereka menghindarkan kami, besok lusa tak tau macamana…Moga2 diberi kesabaran pada kami menghadapi semuanya…Kami masih berpijak di bumi nyata! Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Pangkat dan harta dunia tak menjadi ukuran kan…
Anyway, the food was good.
But the weather was too hot. Maklang kejap aje duduk kat luar. Kejap masuk dalam sebab kepanasan…Hakim demam petang tu. Petang tu tak semena2 kami decided nak keKL lagi sekali. Asyik dok punggah beg aje! Sampai kat Serdang kami singgah beli lampu untuk rumah kami. Hari Jumaat semalam tu, tak sempat paklang nak beli semuanya. So , malam tu sempat order laa..kalau jumaat ni ke KL lagi, bolehlah ambik and minta apek letrik pasangkan. Tapi tak pasti lagi if ada meeting ke tak. Booking aje dulu. Hmmm…banyak kerja lagi ni, nak jahit langsir lah pulak.
Tiba aje kat rumah Alang, orang minyak talipon kata nak pi site. Kerja lagi…So, semalam on the way balik Kerteh, kami singgah kat Gebeng kat site tu. Lepas balik, keletihan. Tapi sempat singgah MM, makan pizza. Petang maklong n co datang together with Dato…
Sekian je buat kali ni..menjela lah pulak panjangnya!
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
10 Comments:
KL rumah baru ke?
Asyik berjalan ajer maklang ek...seronok mengunjungi open house time hujung2 raya nie hehehehe
Fuhhh...letih 'ikut' maklang berjalan dan bekerja ... lampu baru, rumah baru ... sure cantik ..selamat mendecorate rumah baru !!
Tak terikut lah beraya pusing keliling macam Mak Lang ni..
Curious gak, rumah baru tu kat mana?
Salam Mak Lang, seronok tengok orang masih beraya. Yang duduk ngan Atok tu si penyanyi Yassin ke?
kak elle:
ye rumah baru...nak sewakan kot...
azwa:
memang penat! tak abis lagi rumah jiran ni. Ingat nak jalan petang ni tapi cik abang pulak ada meeting PIBG...
rina:
pusing pergi balik KL ni memang meletihkan..tapi tak per, trip beraya kali ini berbayar...
mamamia:
rumah burung aje kat putra mas...kat jalan kucing.
nora:
memang tu yassin...dua pupu maklang. bapa yassin dulu2 dibela oleh mak atok. kami tak berapa rapat sebab masa kecik2 yassin duduk kat saudi. maklang kenal rapat dgn mak dan kakak yassin...
sekejap sini, sekejap sinun. tak penat ke mak lang....
cik dinz:
penat...ya amatz...tapi urusan kerja...
tapi maklang masih beringat...maklang ni baru aje baik sakit...bila penat aje..maklang relax laa...
kak lina....busy bee nya. biler nak turun kl lagi kak?? nie dah sihat skit, bleh ler jumper, salam2 raya...hehehehe
Post a Comment
<< Home