Raya2 lagi...
Assalamualaikum...
Selamat pagi! Hari ni pepagi maklang dah nak bersiaran. Kalau dah keluar dari rumah ni kang, alamat tak berupdet lagilah blog ni. Last wiken pun macam sibuk semacam!
Hari Jumaat, maklang main masak2 kat dapur. Officemates nak datang rumah, so sejak dari pagi dah mula nak masak. Tau ajelah sekarang ni macam slow semacam. Lambat aje nak buat kerja. Tak larat kadang2 tu. Maklumlah kat office pun agak sibuk jugaklah...Nak buat macamana itulah kerja makan gaji!
Semenjak hari Khamis lepas kawan2 cakap nak datang, maklang terus talipon bibik mintak tolong anyam ketupat. Ada pokok kelapa rendah belakang rumah. Dapatlah kami anyam dalam 40 biji. Tapi daunnya hijau pekat!. Tapi alhamdulillah bila dah masak, cantek jugak jadinya! Mintak jugak bibik buatkan nasi impit yang rebus dalam acuannya ( cylinder made of aluminium with some holes arund it and covered at both sides). Alhamdulillah berlebih jugak makanan. Sebenarnya takut tak cukup kalau masak ni. Maka, maklang masakkan 3kg rendang daging, 3 ekor ayam serai, sambal sotong kembang, sambal bilis dan jugak serunding kelapa. Nasib baik ada Wan yang tolong, kalau tak mau patah pinggang maklang. Tak tau kenapa sejak Khamis tu dah sakit pinggang ni. Maka, lepas aje tetamu pulang, tolong sikit lebih kurang kat dapur, maklang terus telan Mobic and tidur. Nasib baik, the next day, dah OK sikit!
Hari Sabtu. Maklang tutup rumah. Ada kawan2 nak datang tapi terpaksa declined sebab kami seisi rumah including the bibiks and Atok and Wan nak ke KT. Beraya kat rumah Wan Pari. Both maklang and Cik Abang tak puasa lah hari tu. Kami bertolak dalam pukul 9 pagi sebab nak menyinggah kat pasar payang tu. Wan Sara pesan mintak tolong belikan kaftan berhelai2. Biasanya tiap tahun dia adakan bazaar kat kedutaan Indonesia. Sempat jugak dia promosikan barangan batik Malaysia. So, dari 1/2 jam nak berenti, jadiklah 1 jam! Biasalah kan kalau dah shopping. Sempat jugak mencari untuk sendiri dan Maya sehelai 2!
Sedap makan kat rumah Wan Pari. Biasalah kan, dia memang terrer masak. Walaupun simple. Pulak perut dah lapar!
Kami balik dalam pukul 4:30ptg. Sempat singgah beli tanah untuk nak tanam pokok sebab wan kata murah kat KT. Pasu2 pun murah.Sampai rumah pukul 7:30pm. Lepas Maghrib and Isyak, makan and then maklang sempat jahit RE untuk wan Sara ( dah janji nak kasi dia masa ke Jkta baru2 ni...dia suka katanya). So sebab tulah tak mengupdet sebab dok taler buat RE dia. InsyaAllah petang ni maklang boleh jahitkan jadi beg! Kalau Ummi dekat boleh tempah mintak jahitkan, tapi memandangkan masa suntuk sebab nak pi jumpa Wan Sara wiken ni kat Melaka, maka terpaksalah maklang jahit bodo2 walau tak secantik Ummi punya!
Hajat hati nak upload gambar makanan tu, tapi tak bisa! Kenapa entah! Tengok nanti macamana jap lagi eh..
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Labels: Celebration
10 Comments:
Wah Mak Lang nampak busy tapi kena ingat to slow down ye!!! Tak nak la sakit sana sini nanti, tak best la macam tu :) Anyways, fahamlah masak2 untuk kekawan and family is part of the fun of celebrating! Have a safe trip back home and a belated Selamat Hari Raya to you and your gang!
bila pulak maklang nampak beg saya..
maklang kena slow down ye jgn lasak sgt tau:)
oh nak ke melaka weekend ni ye?
MIT:
Memang kena slow down. Bila penat, maklang bukan slow aje..maklang pi baring terus...
Thanks for reminding, kadang2 lupa sebab kerja punya pasal!
Ummi:
Maklang dah pandang..he..he...ari tu neeza pakai beg tu ke hulu kehilir masa kawin adek dia...
Kak Elle:
Insyaallah kak...ni pun nak ke Gebeng ni, ( 1 hr from here) ada meeting lak, then maybe ke kuantan (1/2 hr from Gebeng). Nasib baik ada driver, or else payah gak...
Aha nak ke Kl, then ke Melaka, jumpa Wan Sarah kat sana. Dia tak sempat nak datang Kerteh..so kami jumpa kat sana sebab situ asal usul atok jugak. Rindu kat kampung ,,,lama tak balik!
Bila lagi nak buat open house Mak Lang?
slow and steady ya maklang dear...dan jangan lupakan bengkung / back supporter ya...
Hope you enjoy working and yr daily activities...
sesekali kena juga 'close house' sbb kita juga harus bertandang ke open houses lain kan....hehehe
mesti riuh bila mak lang bertandang!!
memang penat sikit memasak banyak tapi seronok layan tetamu hadir...
take care !!
Salam maklang..
terkilan betul tak dapat pergi beraya rumah maklang.. terlepas nak rasa biskut2 raya yang sedap2 tu..
dan terkilan juga sebab tak dapat layan maklang masa kenduri tu.. neeza sibuk betul.. lepas kenduri.. pinggang sakit sebab tak duduk.. maklumlah.. perut dah besar tapi takde rehat..
hopefully dapat jumpa maklang bila balik akan datang..
hehee.. beg kak ummi tu dah femes.. ramai yang menegur.. cantik beg..
lama saya tak bersiaran ke mari.. Apa khabar mak lang?
Post a Comment
<< Home