Raya..
selamat hari raya dari kami sekeluarga...as usual..hakim buat spoyel dengan muka masam dia...merajuk lagilah tu...
ini semuanya...tapi uncle jai, ucop and paklang tak ada ..paklang jadi camera man...
ni muka2 yang maklang kasihi...tengok hakim tu...aa aje kerja dia...version muka ni kesukaan cik abanglaaa...
Assalamualaikum..
Hmmm...pejam celik dah dekat seminggu dah masuk kerja sejak raya...Cerita masa raya pun belum sempat nak dicoretkan kat sini. Gambar pun entah kat mana2 tak jumpa lagi. Masa kat JB tu, Busu dah cuci bersih ini PC sebab entah kalau nak start memang lembap betul. Semalam pun bawak kat office mintak adek2 yang computer-smart ni tolong bersih2kan apa yang patut!
Ok..kita mula cerita sehari sebelum raya...
Hari isnin tu maklang bangun lewat. Entah pening semacam! Macam mabuk aje. Tak tahu nak masak apa hari tu. And at this time tak ingat pun buat apa, tapi yang tahunya petang tu buka memang macam2..Oh..ye..Atok pi pasar, beli udang 2 kg. Tak ada planning pun nak masak apa. Sebeb jumpa kepala udang, maklang plan nak buatkan kuah mee rebus so that Wan boleh simpan untuk nak makan bila2. Tapi petang itu akhirnya mee tu laku macam nak apa...sampai Cik Abang buat sahur and requested again for buka petang besok tu...hmmm...sedap lah tu agaknya. Entahlah, agaknya berkat bulan posa ni, masak campak2 pun jadik!
Petang Senin tu, maklang keluar beli selipar. Sebabnya,konon2 nak belilah kasut satu untuk nak buat pi meeting lepas raya. Bukan tak ada kasut, tapi sebab tulang belakang ni kan masih tak 100% baik, so memang lah rasa takut nak pakai kasut walau pun tak sampai seinci tumit dia. Takut weh...kalau apa2 sendiri yang susah. Dan as usual maklang beli aje selipar. Kaki I yang comei ni memang payah nak muat kasut2 yang lebih comei itu. Bila balik dari beli kasut memang lah nak berbuka sangat. Memang enjoy buka ramai2 ni...sekejap ada makanan, sekejap ilang seme...oh ye...baru ingat, petang tu maklang buat ayam bakar sebab Alang nak makan. 2 ekor sekali ngap aje...hmmm..nasib baik sempat simpan sikit untuk sahur..maklang sendiri tak usik pun, muak. Makan mee rebus lagi best..he.he..
Selasa:
Sibuk pagi tu. Lepas solat subuh maklang dah turun kat bawah. Sempat buat kek coklat 2 bijik! Alhamdulillah..it turned out very nice, moist, lembut...memang best rasa...syok sendiri pulak. Then maklang potong daging 'cantek' tu. 12 kg you...nasib baik pisau tajam, kalau tak mau...lengoh...Then terus aje suruh bibik cuci kan daging tu. Sementara tu, maklang dah nak start buat carrot cake. Dapat 1 biji besar and 1 biji kecik. Hmmm...sebab masa nak bakar tu maklang naik atas bersiram, kek nya agak gelap ler sikit. Sib baik tak hangus! By then, rendang dah naik atas dapur. Bibik pulak sibuk isi ketupat, with the help from Along and Maya and my SIL. Dapatlah rebus ketupat by about 1pm...Lega..Lepas dah siap seme, maklang buat pulak kek marble ( guna resepi Nora kasi tapi modify letak badam blend!) a.k.a kek bai..Wan suka ni...memang lama tak buat marble kek ni...
Letih betul. Petang tu relax japlaa..Petang tu Alang yang buat makanan untuk buka. Mee goreng aje. Hakim pulak dok makan rendang daging tu,,nampak macam enjoy betul dia makan...kenalah tu selera dia...
Rabu:
As usual, pagi Raya, maklang memang kat dapur ajelah. Sejak dari 6:15am to about 8:30 maklang kat dapur. Tumis ayam serai, sambal kacang, masak lodeh dan panaskan rendang segala. Of coz lah dibantu oleh bibiks. Alang kat atas sebab melayan si Yasmin. Pulak tu malam sebelum tu, dia sibuk buat lapis asam. Entah pukul berapa dia tido tak tahulah...Sama dengan Aunty Leen, pun entah kol berapa tidur. Maklang tido awal, sebab bujang ajak tido!Hmm...apa mau buat!
Maklang tak pergi pun ke surau untuk solat Raya. Solat kat rumah aje...Then lepas semenya dah balik, maka bersalam2an lah dan makan2 lah. Pagi tu tak ramai yang datang. Lepas tengahari barulah ramai. As usual, Cik Abang yang melayan anak2 yang datang. Macam2 yang dia interview budak2 tu..siap ada soalan bonus lagi...kelakar...sampai Wan ketawakan dia...
Tengahari bila sepupu2 datang, mulalah bising semenya...seronoks ramai yang datang. And as usual, mesti mintak resepi. Sampaikan biskut hentam tu pun mereka minat...Alhamdulillah.
Malam tu kami relax, maklang sempat jahit table runner neeza ( jap lagi nak continue ni...tak siap lagi!)
Khamis:
Breakfast nasi goreng aje. And mee goreng. Tengahari memang tak plan nak masak sebab nak berjalan. Lepas zohor kami kerumah Tok Busu ( abang Wan) dan Tok Busu (adek Atok). Lepas tu, kami singgah rumah Mak Enon (adek Datok Kuantan)...Malam ke rumah sepupu maklang yang kaya raya tu...mana tak dikata kaya...beli pokok Bongsai sampai 28K!! Dengar pun naik seram...Iyelaaa..rezeki masing2! Kami, sah2 tak mampu...sedap makan beriani kambing...naik darah I malam tu...
Jumaat:
Memang tak plan. Tapi as usual, kalau balik JB, tak makan thosei, memang tak sah..So, kami pergi lah makan thosei. All of us, Atok, Wan Alang, Busu and family. Pak Ngah and family tak ada rumah. Then kami pergi lawat sedara ( kedai2lah..apa lagi). Sempat belikan Aunty Leen and Alang beg Vietnam macam yang Mulan jual tempohari. Cantek2 semenya.Bila sampai rumah, Wan Pari and family dah kat rumah. Tengahari tu makan soto yang bibik2 buat. Enak dong. Soto Jogja...memang laku habis!
Lepas Wan Pari balik, maklang and Alang sambung sopping lagi. Kali ni kat kedai dekat dengan rumah Wan tu. Dapat lah beli sehelai 2 skirt untuk sendiri dan Angah. Ada jugak beli pyjamas untuk Angah. Senang beli yang lengan panjang, kesian dia bila ke rumah sedara and tidor sana, baju tidur yang lengan panjang tak ada. Terpaksalah pakai t-shirt2 lain.
Seronok sopping ni...memang seronok...Tapi bila dapat statement card tu...hmmm fengsan tengok...almaklum, bila sopping tak hingat. Maklang pulak kalau dah guna card ni memang tak suka tak bayar seme. At least sebab itu, maklang kenalah jimat2 supaya bila nak bayar seme tak tercekek!
Sabtu:
As usual, kalau nak balik Kerteh ni..lemahnya lah rasa. Kami bertolak pukul 10:15pg, then singgah beli Burger King. Lambatnya nak sampai Kuantan. Sempat makan tengahari kat sana. Sempat jumpa keluarga Teh. Kami bertolak balik kol 5:00 kot...kerete beratur, so tiba pun agak lewat...
Nanti sambung lagilah besok...
(Busu...tolomg tampal gambar2 raya kat sini...maklang tak jumpa dalam PC maklang ni...Maceh eh...)
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Labels: Celebration
11 Comments:
Mak Lang, nanti bagilah resepi mee udang tu ya... maceh eh...
amboi hebat raya maklang..
biasa lah raya di JB kan?
wah maklang.. meriah sungguh..
tiny pun meriah giler bawak beg telekung maklang yang MELETOP PUNYER CANTIK dan dijelesi oleh ipar duai... hehehhehehe
maklang eireen baru dapat baby baru ker.. Tahniah buat eireen.
Dah berapa bulan tuh..
P.s
Lama x bual dengan mak lang.. Mak lang apa khabar? Harap semua nya sihat2.
meriah sunggah raya maklang terutama dengan wajah wajah ceria dalam gambar tu.. heehee
meriah sunggah raya maklang terutama dengan wajah wajah ceria dalam gambar tu.. heehee
maklang,
Cantik kaler baju raya maklang sekeluarga... Nampak berseri semua... Blue is one of my fav kaler too...
This comment has been removed by the author.
selamat ari raya mak Lang.. tema kite serupaaaaaa...... BIRU hehehehe
hehe, i like gambar hakim tu jugak ;)
Post a Comment
<< Home