Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Saturday, October 4, 2008

Beraya di bulan posa ~ N3 yg dah nak basi...

Assalamualaikum….

Alhamdulillah kami telah selamat sampai kat Kg Baru ni ( ni cerita Sabtu lepas), waktu Maghrid tadi. As predicted, memang ler jalanraya tu penuh dengan kereta. Kiri kanan bertali arus. Alhamdulillah sepanjang perjalanan, tak ada bertembung dengan kemalangan yang teruk2 tapi adatlah ada jugak kecelekaan sedikit.


Seronok cuti raya. Tiap kali raya memang seronok.


Kami tiba JB hari Jumaat sebelum Raya lepas tidur semalam kat Kuantan. Perjalanan OK. Berhenti kat Yong Peng kejap, then masuk kat Air Hitam kejap. Kami adalah belI sikit kerepek untuk nak bawak ke Singapore sebagai ole3. Cadanang nak ke Singapore tu kami decide masa pagi nak balik ke JB tu. Sebab tu lah dok piker, kalau visit orang takkan lah tangan kosong aje! Hmmm…memang nasib baik lah ada buat tangan , kalau tak mesti rasa canggong sebab setiap rumah yang kami kunjungi , pasti ada buah tangan untuk dibawa pulang.


Memang meriah bila tiba JB. Atok dan Wan Nampak happy sangat. Almaklum, cucu seme dah sampai. Petang tu memang meriahlah berbuka! Penuh semeja makanan, dan dalam sekelip mata lenyap semenya!


(Ini maklang sambung pulak cerita.. 7-10-08)

Hari Sabtu pagi , maklang, paklang, atok dan Wan ke pasar tani. Kononnya nak beli daging buat hariraya. Tapi bila kesana, lain dicari, lain yang dapat. Kami beli siput sedut. Mahal jugak se kg RM10. Tapi siput2 tu bersih semenya...sedap buat goreng oyster sos. Then lepas balik dari pasar tani, kami ke Tesco pulak. Atok borong daging. Lembu muda, daging canteklaa...tu yang bila dah jadik rendang, dagingnya hancus jadik serunding!


Hari Ahad, pagi2 kami dah bersiap nak ke seberang. And pagi2 tu maklang susun paper bags siap tulis nama lagi sebab takut ada yang tak ingat. ALhamdulillah cukuplah apa2 yang nak dibuat buah tangan. First house lepas entering Singapore was rumah Cik Sharip, adek Datok Kuantan. Cik Sharip baru aje kehilangan isteri 2-3 bulan yang lepas. Nampak susut sedikit badan dia, tapi as usual dia memang selamba aje. Syukurlah dia OK. Dari rumah Pakcik Sharip kami cadang nak ke rumah nek Mah. Tapi lepas beberapa kali talifon tak ada yang jawab, kami ke rumah Cik Nan, adek bongsu Datok Kuantan. Isteri Cik Nan tengah sibuk buat kek lapis. Dapatlah kami sedikit untuk dibawa pulang...hmmm..terimakasehlah banyak2. Masa nak balik, Cik Nan tanya, tau ke macamana nak ke rumah Maklong. Dengan sepontannya, Cik abang jawab..senang aje sebab ada map...tau2 lepas tu kami pusing2 tak jumpa jalan...Ada dekat 40 mins...Padan muka kami...terlebih konfident! Allah marah...Insaf kejap! Tapi ALhamdulillah...at last kami tiba rumah Maklong, kakak sulong Datok. Sempat bersolat seme, then kami turun ke rumah Mak Enon, kawan maklong yang datang ke rumah kami 2 bulan lepas. Then kami ke rumah Cik Omar, adek Datok sorang lagi.Kejap aje kat situ sebab nak kejar ke rumah Norabella and Kak Elle..Kejap aje kat rumah Nora sebab dah lewat dah. Asar belum ditunaikan lagi...Tiba rumah kak Elle ( nak tau cerita kena pi blog kak Ellelaa eh...), semenya bekejar nak solat, then mandi and after that it was makan time...memang sedap2 semenya...Eh ...oklah dulu...malas nak type lagi..

Penat, baru aje balik dari KL ni...petang semalam ada mtg kat KLsee see..then gi rumah nita...

Labels:

13 Comments:

At October 7, 2008 at 4:46 PM, Blogger Kak Elle said...

ala tak aci sampai kat part saya dia stop pulakkkkk

oh maklang ke KL rupa nya padan lah senyap aje.

 
At October 7, 2008 at 10:28 PM, Blogger Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum...

Eid Mubarak bagi Puan sekeluarga!

Wassalam...

PS. Saya baru hendak mula puasa enam...orang lain dah nak selesai agaknya...

 
At October 7, 2008 at 11:10 PM, Blogger Ummi365 said...

maklang,

sorry tak dapat nak entertain maklang.. ummi sibuk sebab dad nak balik malam ni.. so semalam sibuk mengatur segalanya sebelum dad balik..kalau tidak boleh gak makan2 kat klcc kan..

 
At October 8, 2008 at 8:55 AM, Anonymous Anonymous said...

Wah... Mak Lang ni beraya sampai kat luar negara ek... ahaks...

 
At October 8, 2008 at 10:18 AM, Blogger silversarina said...

salam,

sori tak call semula semalam, ramai tetamu datang dan rasa lega dapat dengar suara maklang sebab risau tengok blog tak berupdate.

selamat bekerja dan sudilah datang beraya ke kemaman bila lapang , kami tak buat open sebab rumah memang sentiasa open :)

 
At October 8, 2008 at 10:44 AM, Anonymous Anonymous said...

Salam Eid Mubarak, minal aidil wal faizin. Pun baru nak mula puasa 6. Jumpa lagi di Ramadhan yang mendatang. itu pun kalau umur panjang. Kalau turun kajang singgah2 lah kerumah.

 
At October 8, 2008 at 11:09 AM, Blogger maklang said...

kak L:

Masa cuti raya ari tu dapat tau kena gi KL..hmm..malas betul, tapi if tak pergi, tak tau pulak apa cerita..

Kak umi:

Sama2. Selamat Hari Raya massf zahir batin!

Maklang belum mula lagi...InsyaAllah rabu depan kot mula...ada stay in meeting pulak next week...

 
At October 8, 2008 at 1:21 PM, Blogger MOKCIK AZWA said...

huhuhu...citer raya pun ada to be continued pulak dah hehehehe..

maklang...24/10/08 jemput beraya ke rumah azwa.

 
At October 8, 2008 at 3:40 PM, Blogger Queen Of The House said...

Banyaknya rumah yang disinggah, dan itu pun baru kat Singapore aje! Kalau kat Msia, entah berapa puluh buah rumah pulak! Tentu meriah, kan?

 
At October 8, 2008 at 11:32 PM, Blogger zino said...

meriah raya maklang.. sampai terbabas ke singapura hehe

 
At October 9, 2008 at 6:52 PM, Blogger maklang said...

ummi:

tak ada hal...

ahni:

best raya kat seberang ni tau...

Rina:

TQ sebab concern...terusik hati I..he..he...

Tengoklah nanti ari Sabtu ni kalau lepas balik dari rumah Neeza..free ke?

 
At October 9, 2008 at 6:54 PM, Blogger maklang said...

eids63:

Terimakaseh kak atas jemputan..tapi rasa nya tak tercapai kot! Alamatnya mana kak?

Azwa:

Thanks laa..Tiba ke tak maklang waktu tu...rasanya nak ke KL ...

QOTH:

Selamat Hari Raya kak...bila nak ke pantai timur?

 
At October 9, 2008 at 6:55 PM, Blogger maklang said...

Zino:

tak terbabas...paklang bawak kereta berhati2 tau...cuma sesat sikit aje..he..he...

 

Post a Comment

<< Home