Bersyukur pada Nya...
Assalamualaikum….
Maklang bersiaran pagi lagi hari ini. Lepas Subuh tadi, sempat maklang jahitkan sedikit manik lagi untuk beg Wan Sara. Sebenarnya bercadang nak selesaikan kerja2 beg tu petang semalam, tapi as usual, apa yang dirancang tu Allah dah tentukan lain pulak jadiknya..
Semalam was really a long day…Penatnya tak tercakap. Pagi ini masih rasa letih lagi! Mulanya nak adakan perbincangan tentang DOE aje, tapi meleret ke tempat lain. Maklang memang kalau buat kerja tak berapa suka dapat info dari orang lain. Lebih rela pergi jumpa atau cakap sendiri dengan orang yang berkenaan. Baru puas hati. Masa baru naik kerja ari tu memang mood ilang. Alhamdulillah ni dah nak datang balik mood kerja ni. Masih banyak lagi kerja yang tak selesai, tapi macamana pun kami kena “LAMPS ON” by 12th Oct 2009. Tercapaikah matlamat kami? Moga2 Allah permudahkan kerja2 kami ini, Amin.
Maklang bertolak dari Kerteh kol 10 lebih. Memang tak dan nak jumpa kol 1130. Mintaklah tangguh. Sementara nak tunggu availability of the person, semapt selesaikan beberapa perkara. Then baru bincang2 ttentang DOE tu. Lepas solat jamaq kami mulakan perjalanan lagi..
Dari office kami kat Gebeng, kami ke office Client kat Gebeng jugak. Ni tak dalam plan sebenarnya tapi sebab nak kejarkan client nak ke Sydn3y petang tu, terpaksa kami pi jumpa dia, kalau tak submission akan tertunda lagi 2 minggu sebab dia akan balik ke M’sia 2 Nov nanti. Lama tu …dengan keadaan kerja yang amat kritikal sekarang. Alhamdulillah selesai part tu, kami turun ke Kuantan. Meeting yang asalnya nak start kol 2:30pm tertunda sampai 4:30pm. Nasib baik orang talipon tu nak tunggu, kalau tak maklang balik aje ke Kerteh. Harap2 segala permasaalahan selesailah dengan cepatnya. Kami ni tak ada tempat nak mengadu. Ada PM, tapi suruh2 aje, tak mo ke masuk campur pergi jumpa orang atasan kat authorities tu, senang sikit kerja kami. Tapi seperti anjing menyalak bukit, serupa aje…hmmm..bersabarlah maklang oooi…doa aje, moga Allah permudahkan kerja kan…InsyaAllah.
At last kami kelaur office telepon tu pukul 5:30pm. Sempat pi beli rojak India kat depan masjid Sultan Ahmad Shah tu , kebetulan office talipon kat situ. Belikan untuk orang tersayang …selalu I ingat kat dia, tapi adakah dia pun begitu??? Hmmm…Allah aje yang tahukan…4 bungkus I beli you…Puasa punya pasal…and beli 1 gelas cendol.. Buka dalam kereta. Azan berkumandang masa maklang melepasi masjid kat Bandar Chukai semalam. Akhirnya tiba kat rumah pukul 7:30pm lepas hantar kawan yang drive kereta maklang ke Kuantan. Bila balik berkejar nak solat maghrib. Lepas tu baru makan. Ada pulak gulai daging yang Alang tempah tu. Maklang kebaslah sikit, tapi biar Alang bayar semenya..he..he…takkan adek tak sayang kakak dia kan…
Lepas selesai makan, mandi, solat Isyak, mintak bibik urut kaki yang dah rasa jem semacam. Lepas tu baring and terus aje gone. Sebenarnya sejak dari di gebeng dah rasa lengoh sangat pinggang. Tapi kuatkan hati ni sebab nak siapkan kerja. Kalau tak nanti kena drive semula all the way from Kerteh ke Kuantan lagi. Lagi naye..malas nak drive jauh2 ni…Pulak hari Khamis nak ke KL. Mana boleh renyah2 kan…
Alhamdulillah pagi ini, maklang cuba nak solat seperti insan lain. ALhamdulillah dapat jugak, walau masa nak bangun tu agak susah jugak. Semuanya ‘terasa’ agak stiff jugak. Kena selo2. Alhamdulillah dapat maklang tunaikan Subuh dengan adanya berdiri, rukuk, qiam, sujud , duduk antara dua sujud etc seperti biasa…Alangkah indahnya solat sebab dapat melakukan nya seperti biasa. Allah Kau Maha Kaya… Kau kabulkan permintaan hamba mu ini…Terasa puas bila bersolat seperti biasa..taklah rasa ‘hilang’ bila solat duduk atas kerusi. Bersyukur benar maklang rasa…Ialah pada Allah kita berserah bila sesuatu yang tak diduga menimpa kita…hanya Allah aje yang lebih mengetahui perasaan kita, walau sedekat mana pun kita dengan manusia lain, tak sama kalau hati kita rasa dekat pada Allah. Memang segala sesuatu yang terjadi itu atas kehendakNya, tapi kita juga harus memainkan peranan untuk mendoakan segala yang terbaik buat diri kita. Jangan harapkan orang aje..kerana responsibility pada diri kita jatuh atas diri kita sendiri…
Semoga hari ini adalah hari ceria buat kita semua, InsyaAllah
Sempat jugak maklang tempekkan gambar masa menjahit tadi. Sejak dari semalam Blogger tak mo terima. Cuma pagi ni aje baru boleh…enjoy the pics!
Sorilah..not in sequence!
Ni abang dan anak..makan lontong and ayam serai..
Ini untuk Wan sara..manik putih tu belum siap lagi!
Macam tadika...ramainya babies! Kami dah lepas dah waktu ini..
Shah dan wife serta Linda isteri Man.
Antara hidangan kek dan muffins
Ada rendang, ayam serai, seronding, sambal sotong, sambal bilis, lodeh buat tetamu kami malam Sabtu lepas..
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
12 Comments:
Wah macam-macam hidangan ada maklang ek, mesti seronok dapat berkumpul sesama sanak saudara dan kenkawan taim raya kan.
Macam pernah ku lihat wanita bertudung kuning air yang dok sebelah kanan ittew...di mana gerangan pernah berjumpa ya...
meriahnya.. macam hidangan raya pertama..
nak cikit!!!
dah mula busy eh?
hi kak...
hope u r feeling better :)
Kak, take care!
Faham sangat macamana nikmatnya kalau boleh solat macam biasa...dah biasa pening/pusing mata bila jadi tu kena solat duduk..Alhamdulillah kalau dah sihat kan?
Masa raya hari tu ada 2,3 babies + toddlers - anak2 buah semua ni..bila dengar depa meraung, meragam - si kecik semua tu pulak jenis dan memerap dengan mak depa masing2, nak tolong dukung atau ribakan depa tak mauuu...dalam hati tak dapat elak drpd berkata "hmmm..aku dah lepas daaaahhh..korang la pulak merasa." :p
habis pose 6, saya nak raya sakan kat rumah maklang yek..!! kena tumbang unta seekor tau.. ha ha.. nak pi rumah maklang, tapi ingat ke dhirah nak exam, malas kacau la.. minggu ni tengah pose 6 pulak.. datang la rumah..
azwa:
Memang seronok masak kalau ada yang datang ke rumah...
yang bertudung kuning tu, engineer kat sini...tak ingat grad kat uni mana, UIA kot..
zareda:
nak cikit...jom ke sini laa...he..he..
kak elle:
biasalah bz...tapi sempat gak nak lompat2 bila bosan n penat!
mas:
Physically ok, but dalam hati Allah aje yang Maha mengetahui...hu..hu...
OO:
bila nak raya ke mari? kami nak ke KL besok, tapi memang tak sempat sangat sebab ada urusan. Jumaat malam Sabtu nak melaka and sabtu tu terus balik kerteh...penatnya dah terasa dah!
Rindu kat awak!
Mulan:
Maklang ari habis puasa nam InsyaAllah...sebenarnya puasa ganti cum puasa 6. Ganti yang tak cukup tu, tunggu pulak...tambah 3 ari je lagi...InsyaAllah...
wiken ni tak dapat datang. Tengok lah next week. Satu rumah pun tak pergi lagi...Malam ni pulak sibuk ada nak masak for office punya makan besok...Penat lagi...
Awak and Asiah dah lupa nak raya rumah cikgu eh...he..he..
kalau jamuan kat rumah maklang memang tetamu balik kenyang perut suka hati...sedapnya .
Alhamdulillah maklang semakin sihat berkat usaha dan tawakal kepadaNYA.
Salam Maklang...
Alhamdulillah kesihatan kaki maklang dan semakin baik...Syukur...
Meriah rumah maklang dengan makanan...
sukanya bunga riben pink tu, bilalah ai nak belajar ni.
maklang deal with DOE ye, apa projek, EIA ke?
rina:
kalau camtu , bolehlah datang lagi kan...
kak Anie:
Lama tak nampak akak..rindu...
syukurlah dah baik sedikit, tapi rasanya solat berdiri ni belum boleh sangat sebab sejak solat diri ni selalu rasa sengal aje kat belakang ni...so kena solat duduk balik! :(
zany:
belajarlah...beg tu anak2 berebut, tapi tak boleh kasi sebab ni untuk Wan Sara..he..he..
Post a Comment
<< Home