lagi gambar raya...
Assalamualaikum....
maklang baru aje balik dari mesra mall...dari rumah neeza attend khenduri adek dia, then singgah kat rumah Rina. Sedap makan laksa penang. nak makan banyak pun dah tak larat. Comei sungguh si Umair. Patut pun si mimi geram aje..he..he..
Dari situ, kami singgah kat Mesra Mall. Ini kali ke2 paklang, hakim dan maya ke MM hari ini...pagi tadi along pun ikut sama. maklang nak ikut tak dapat sebab tengah sibuk dan terkial2 nak habiskan jahitan untuk Neeza. Dahlah nak cepat, nak jahit table runner yang selalunya senang jadi susah. Just imagine..maklang bukak jahitan sampai 5 kali! Puas betul. Tapi hasil jahitan setelah siap memang rasa puas hati...Alhamdulillah. Siap yang itu, maklang terus jahit beg telekung Neeza jugak. Tinggal nak kemaskan aje...Alhamdulillah siap...
MM tu memang menariklaa...banyak jugak kedai. Tapi banyak lagi belum bukak. Ada GIANT kat kiri kanan, ada Roti Boy, ada Carlo Rino, Giordarno, Poney, kedai kasut. Ada jugak kedai2 kecik macam kat KLCC. Cantek jugaklaa...Memang teruja jugak. Al maklum...terulung di Kerteh. Rasa cam duk kat KL lak...Ada banyak lagi...Burger King pun ada you..so tak adalah anak2 nak pesan BK kalau on the way balik dari KL nanti...Tapi yang best sekali sedara dekat maklang ada jugak bukak kedai kat situ! Memang tak ku sangka...he..he..K@md@r ada..senanglah nak beli kain nak buat RE! Mintak2 adalah jual jenis yang maklang nak ni kat situ!
Sebenarnya semalam, kami ada gak ke MM. Kononnya nak gi Giant. Nak beli hadiah orang kawin dan hadiah baby..tapi melihatkan manusia yang begitu ramai sampai kereta di park ke seberang jalan sebelah sana tu...hmmm...kami pusing balik. Lautan manusia kat situ semalam. Dahlah panas! Tak kuasa kami nak tengok pun. Nasib baik tak pergi sebab Giant pun tak buka lagi..
Ada ambik gambar semalam. Gambar lautan manusia dan kenderaan. Tapi kat hp paklang..malaslah pulak nak mengupload! in the meantime...maklang letakkan gambar hari raya kami dan juga table runner baru tu...sendiri pulak berkenan...
Maklang tuju Popular dulu. Dapatlah buku cerita ketika cinta bertasbih..dengar2 cerita tu sedap...
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Labels: Celebration, RE
4 Comments:
Biru eh tahun ni.. seronoknya raya!
MakLang, biasalah kalau mall baru buka, especially kat tempat yang belum ada mall sepertinya. Lautan manusia toksah cerita, semuanya saja-saja keluar nak jamu mata. Itu tandanya Kerteh semakin maju, dah ada all those brands di sana.
Sekali lagi, teruja tengok gambar all those yummies. Rasa macam nak hantar my boys yang cekeding tu gi duduk kat rumah you, hehehe!!
oh maklang dah tengok Umair ye?mesti cute baby tu kan?
senang lah kamdar ada kat sana eh maklang.
ummi:
biru...memang seronok...kalau panjang umur tahun depan nak kaler apa pulak ek...
QOTH:
memang saje jamu mata..suka2. Lepas penat jahit tadi, rasa nak lepak aje...tapi sebab banyak lagi menunggu, kena pegang lagi malam ni...hu..hu...
hantarlah anak2 sini...tak tau ek kenapa..kalau anak2 sedara belah paklang datnag sini pun asyik nak makan jugak..rezeki..he..he..
kak elle:
memang comel umair..putih macam mak dan ayah dia...
memang best ada kedai kain..harap2 kain yang kita nak pun banyak kat situ!
Post a Comment
<< Home