Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Wednesday, July 9, 2008

RE lagi..

Assalamualaikum...

Malam ini rumah ini tambah sunyi lagi. Seorang lagi ahli rumah ini tak ada. Along punya turn pulak. Ada perkhemahan di sekolah. Harap2 malam ini tak ujanlah hendaknya. Kesian anak2. Semalam Along ingat dia tak mahu pergi sebab waktu maghrib tu dia dah beritahu dia demam. Biasalah anak2 maklang semenya cepat kalah pada cuaca yang panas. Apalagi, tonsil dia bengkak. Tapi lepas dia makan panadol dan jugak Antibiotics yang Alang memang selalu bekalkan, dia rasa OK. So, hari ini dia tak baliklah...kalau tak, ada aje yang menempek kat bilik maklang ni.


Tapi bilik ni memang tak pernah sunyi. Yang 2 kecik memang melepak kat sini aje. Nak buat homeworklaa,kata mereka. Kalau tak ada homework pun memang kat sini aje mereka berdua. Si bujang sekarang menggelarkan diri dia sexy woman. Bukan boy, man atau girl. WOMAN , kata dia. Sebabnya semalam dia pakai kain pelekat and kain dia ternaik, betul2 seksi.( Abah rasa nak gigit aje kaki tembam tu...Mak pun rasa sama gak!) Mana taknya, naik atas sampai nampak seluar dalam. Apalah bujang sorang ni...he..he..Gelati....( Wan kalau cakap gelihati - gelati!)


Semalam petang, at last maklang dapat siapkan RE yang paling maklang suka tu. Ingat nak buat satu lagi tapi tak dapatlah sebab kain yang extra tu kat tailor yang maklang mintak tolong jahitkan RE lain untuk dijadikan kusyen. Nanti-nantilah.






Malam semalam jugak maklang start buat RE untuk Neeza. 2-3 kali ubah kaler dia. Last2 maklang settled dengan warna2 lembut. Harap2 Neeza sukalah nanti. Gambarnya tak ada lagi sebab camera maklang, Along dah hangkut pegi camp.

Cakap pasal RE ni, tadi petang masa maklang tengah cucuk pin untuk langsir kat tempat tengok tv tu, maklang menerima panggilan dari Kedah. Pemanggilnya ialahZaidah. Terimakaseh kak kerana minat nak buat RE. Kalau akak nak tau macamana nak buat RE ni, silalah ke link kak Umi , kak Intan dan Kak Ina yang ada kat sebelah kanan blog maklang. Harap2 nanti bolehlah kita berbual lagi tentang minat yang sama, InsyaAllah...


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

13 Comments:

At July 10, 2008 at 5:49 AM, Blogger Kak Elle said...

Cantik bunga RE baru tu maklang:)
mmg bilik tu jadi tempat kita org melepak kan?sama lah kat sini bila dah ramai2 katil saya juga yg di tuju.

Bila maklang mula kerja?

 
At July 10, 2008 at 8:37 AM, Blogger KakNi said...

Hi Mak Lang, memang seronok kan layan anak2 walaupun kdg2 pening kepala dibuat nyer....

 
At July 10, 2008 at 8:54 AM, Blogger arsaili said...

salam maklang, tak sempat nak ker kerteh..habis kan kerja kat KT jer..InsyaAllah suatu hari nanti.. bila nak ke Perth maklang? air asia dh masuk sana..

 
At July 10, 2008 at 9:51 AM, Blogger aNIe said...

Memang cantik...patulah maklang suka pattern tu...

Maklang...bujang maklang tu memang dah tembam lah..mau tak rasa nak gigit aje dia tu...heheheh...kalau banding ngan Fareez rasa Fareez kecik aje...

Harap2 anak2 dah beransur sihat

 
At July 10, 2008 at 10:53 AM, Blogger Neeza Shahril said...

bilik neeza pun jadi tempat santai.. ada bilik sendiri pun diorang nak lepak bilik neeza jugak.. kalau lepak aje takpe, siap loncat katil tu.. letih..

waaahhh.. tak sabar nak tengok RE neeza tu... laju jugak maklang ye..

 
At July 10, 2008 at 12:08 PM, Blogger YuszTieY said...

kalau la saya dah dok kat mesia maunya saya pi cari bahan2 nak buat re cam maklang ni...nak kena pi belajar gak nidgn maklang...bila la saya boley blajar dgn maklang ni...cantik tulll...

 
At July 10, 2008 at 5:15 PM, Blogger silversarina said...

Hakim sexy tu memang nak kena cubit kalau jumpa lain kali, ada je buat kelakar ye :P

Cantik betul RE tu, masih sukar bayangkan macamana boleh jahit reben2 tu sampai jadi cantik macam tu.

 
At July 11, 2008 at 11:07 AM, Blogger Kaktiny said...

waduh maklang.. cantik sungguh..

 
At July 11, 2008 at 11:35 AM, Blogger cikdinz said...

along gi camping kat sekolah ke..
takde assistant nak masak lah ye..

 
At July 11, 2008 at 12:44 PM, Blogger zino said...

hakim tu nak hiburkan ibu dan ayah dia.. dan dia dapat perhatian khas hehe

 
At July 11, 2008 at 2:11 PM, Blogger cikMilah said...

rasa macam nak ambil cuti seminggu pegi belajar RE kat maklang... he he he...
betul lah, kekadang heran anak2 ni kan, dah ada bilik sendiri pun, kat bilik kita juga dia nak lepak....

 
At July 12, 2008 at 7:14 AM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

Bilik nilah yang paling ramai pengunjung...kalau tak ada kang rasa sunyi semacam!

InsyaAllah start next-next week..:(

Akuni:

Nasib baik anak sendiri, kalau anak orang dah lama hantar pulang..he..he..

 
At July 12, 2008 at 7:16 AM, Blogger maklang said...

Arsaili:

Maklang tunggu tau..he..he..

Nanti lain kali singgah tau!

Kak Lady:

TQ..secantik yang membuatnya..he...he..perasan lak pepagi ni..

Memang selalu kena gigit bujang sorang tu...Memang geram tengok dia!

 

Post a Comment

<< Home