Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Monday, June 9, 2008

Sendiri

Assalamualaikum...


Bising kat bawah tu. Maklang tinggal sendirian kat atas. Terjerit2 budak2 kat bawah dengan abah mereka. Nak tahu kenapa? Katak masuk dalam kasut! Memang suasana yang agak normal 1-2 bulan sekali. Terjerit2 sebab gelikan katak tu. Pernah sekali tersedar katak ada dalam kasut masa mereka dah masuk dalam kereta. Terjerit2lah dalam kereta. Paklang pulak memang geli sangat kat katak. Sama menjerit lah sekali. Maklang pun geli jugak kat katak. Eeee...mengenangkan kulit nya yang licin tu...tak sanggup den. At this time, dah pergi dah semuanya...Senyap and sendiri lagi...


Kejap lagi lepas Paklang balik dari hantar anak2, dpatlah dia tampal belakang maklang. Then bolehlah bersiram. Lepas tu, cadangnya nak ke Kuantan lagi. Tapi kena call dulu lagi pagi ni. Kalau ikut kata reception kat hospital tu, Dr. ada hari ini. Tapi kena make sure sekali lagi. Tak mahu dah macam Jumaat. Sampai ke Sabtu baru hilang lengoh tu..


++++++++++++


Ini cerita wiken pulak. Minggu ni cuti 3 hari. Hari keputeraan Agong. Tak ada apa sangat yang terjadi apart from kawan2 datang visit. Hari Sabtu, Paklang ke Kemaman, pergi uruskan pasal kipas yang dah kong kat ruang tengah rumah atas. Kat bilik tidur maklang ni pun kipas dah lama tak berfungsi. Bila on kan bau terbakar aje. Motor hangus agaknya. Kami songlap kipas 'berdiri' - stand fan -kat ruang tamu bawah aje...So, bila ada lebih sikit pitih ni, mulalah mencari apa yang boleh nak selit2 tu... Tapi bila Paklang ke Kemaman, cuma ada satu aje fan siling. Mungkin hari ini dapat kot beli satu lagi...

Malam Sabtu tu, kawan office si Seli datang. Maklang memang rapat dengan dia. Biasalah se department. Sekarang dia dah ditugaskan kerja kat Melaka. So, jarang lah dapat jumpa. Dia datang sekeluarga. Lama jugak bercerita. Dia tanya jugak No. 1 ada datang ke tak? Maklang kata tak ada. Cuma kawan2 aje. Alangkan No.1 kat department pun tak pernah talipon nak tanya kabar...Masa ni kita taulah...mana kawan masa susah atau kawan masa senang aje...Tak apalah ini masa kita...Moga2 kita berjumpa kawan masa senang dan susah dan bukan yang masa senang aje...Sabar jelaa...Maklang pun tak mengharap mereka2 ini menalipon atau datang nak visit maklang...Dah 3 minggu maklang tak masuk office, tak ada pun nak kisah....


Semalam, hari pertama maklang breakfast kat bawah. Wan siapkan nasi lemak. Nasiknya bulat aje bentuk mangkuk. Wah...semangat Wan semalam. Sedap. Tapi as usual, maklang nak makan payah..kena straight aje badan. Habis kena baju sambal tu..

Then, maklang lepak2 kat anjung rumah. Sedap mata tengok hujan renyai2. Sejuk aje. Then Sham yang buat kolam datang. Then Pak Omar datang ( Pak Omar buat kebun 3 kali seminggu). Then Cik Nab datang melawat maklang. Kalau masih ingat,Cik Nab ni dulu lah yang menghantar anak2 ke sekolah. Sekarang dah tak lagi.

Yang bestnya semalam, Pak Omar duk mengatur pokok bunga kat dalam kolam. Best sangat rasa. Maklang excited. Walaupun badan tak kuat, maklang jalan2 jugak kat anjung tu. Tapi of course dengan tongkat maklang laa..Memang seronok. Terhibur tengok kolam tu. Tapi masih belum berfungsi sebab motor dia masih belum dipasang. Lambat lah pulak....Tak sabar nak beli ikan nak letak kat kolam tu...Ingat nak gak beli ikan yang boleh di makan. Almaklum, barang mahal le ni. Mintak jugak Pak Omar mula tanamkan cili merah dan cili padi..and sayuran...

Petang pulak, maklang siapkan bunga2 untuk Wanmommy. Tinggal sikit aje lagi nak letak riben tu...seronok...bila mata and tangan busy membuat benda2 yang kita suka...lupa segala gundah gulana....


Semoga minggu ini akan menjadi lebih ceria dari minggu2 sebelumnya...Amin...

Buat kak Elle tersayang...tabahkan hati menghadapi segala kemungkinan...Allah sentiasa bersama kita...


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

15 Comments:

At June 9, 2008 at 8:43 AM, Blogger IKHWANI said...

Mak Lang, cheer up!
Memang lah dugaan sentiasa ada dalam hidup syukur mata masa dapat memandang ciptaan Ilahi, tangan masih dapat melakukan perkara2 disukai..kami pun macam tu jugak, kalau di ikutkan kegundahan memang tak bergerak kedepan kita kan?

Boleh imagine jelah kehijauan rumah maklang..kami pun baru cadang nak tanam cili..

Take care ya?

p/s: apa kena kak elle *ni pi jenguk sat*

 
At June 9, 2008 at 10:05 AM, Blogger cikMilah said...

Saya pun sendiri kat rumah ni. Best kan lepak kat rumah sorang-sorang..maklang take care ya. Wish you're progressing well in healing. Get back in action!

 
At June 9, 2008 at 10:34 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Cath pun geli katak... Melompat-lompat Cath bila jumpa katak.. Tapi yang anehnya, Cath tak pernah jumpa pun katak kat USA ni... Tak pernah nampak pun.. Pelik kan..??

 
At June 9, 2008 at 11:03 AM, Anonymous Anonymous said...

mak lang kalau u tak kisah boleh tlg snap kan gambar kolam u yg dlm process pembinaan tu, teruja juga nak tengok

 
At June 9, 2008 at 11:33 AM, Blogger Zareda Norman said...

mak lang
masa zar sakit dan cuti panjang dulu, ada kawan satu pejabat dah lah tak datang jenguk apatah lagi tanya khabar, siap boleh cakap kat opis zar, zar ni cuti bersenang lenang.. sedih tak? sedih giler.. hubby pun bengang ngan minah ni..

Apapun mak lang.. jangan dok pikir sangat hal orang tak datang ziarah tu, jaga diri elok elok, cepat cepat sihat ok..

 
At June 9, 2008 at 12:35 PM, Blogger Ummi365 said...

maklang dah turun ke bawah? hati2 ya. jalan pelan2. alhamdulillah dah boleh jalan keluar tu oklah tu nampaknya. ada rasa sakit tak kat tempat surgery tu or ada rasa sengal ke?

 
At June 9, 2008 at 1:29 PM, Blogger Neeza Shahril said...

katak?? masa kecik2 dulu, selalu masuk dalam kasut sekolah.. geli gelemaaannnn...

seronoknya neeza membayangkan taman dan kolam maklang tu.. tenang dan sejuk je hati.. kalau kolam dah siap, lagi lah seronok, tengok ikan berenang2 dalam tu... damai aje kan..

maklang, sabar lah.. dalam dunia ni memang cam tu.. ada kawan susah dan senang.. ada kawan senang aje.. takpe, sekarang masa maklang.. akan datang, kita tak tahu kan..

rehat2kan diri ya maklang...

 
At June 9, 2008 at 2:25 PM, Blogger kak ilya said...

Mak Lang

Alhamdulilah Mak Lang dah bertambah sihat ...
Janganlah lasak sangat Mak Lang yer.. banyakkan berehat

p/s : Mak Lang ni rajin betul yer.. sihat sikit blog pun sihat gak... he he

 
At June 9, 2008 at 5:20 PM, Blogger kak ilya said...

Mak lang..

saya dah masukkan kat blog pic tudung tu,, nanti tengoklah yer

thanks

 
At June 9, 2008 at 7:20 PM, Blogger aNIe said...

Maklang...lamanya tak berkunjung ke mari...kalau maklang masuk wad sebab buat pembedahan...akak masuk wad saje2 aje nak cari penyakit...hehehhe...

Sekali...kolesterol tinggi...padan muka makan banyak2 seafood lagik...

Moga maklang dah sihat hendaknya...lama ke bercuti? Akak ni bila cik abang dah balik tak dpt lah nak calling2 selalu...semoga maklang akan sembuh sepenuhnyanya...Insyaallah...

Rehat lebih2 tau...jgn asyik nak menjahit aje..ubat jgn lupa makan...

Bila sakit2 begini...alhamdulillah ada orang2 yang tersayang sekeliling kita untuk membantu...dulu hubby akak pun camtu...mandinya terpaksa akak mandikan...sebab luka dia panjang...masa ni lah kita benar2 harap2kan mereka...

Jgn sedih2 tau...ceria2 selalu...emosi ni memainkan peranan untuk penyembuhan...

 
At June 9, 2008 at 9:24 PM, Blogger Kak Elle said...

kasut sape yg masuk katak?...hehee

 
At June 9, 2008 at 9:57 PM, Blogger anggerik merah said...

Alhamdullilah maklang dah bertambah sihat... lega dengar cerita..

 
At June 10, 2008 at 12:03 AM, Blogger zino said...

kolam tu bila air dah mengalir dan ada ikan berlari dalam tu.. (ikan berlari ke? hehe) bertambah sejuk mata memandang.. tambah lagi bunyi air yg menderu..

alamak terasa macam di jeram lah pulak hehe

 
At June 10, 2008 at 10:17 AM, Blogger maklang said...

OO:

Kena terima dugaan dengan hati yang terbuka..

Sekarang ni panas kat sini...macam nak coklat aje rumput2 tu...tapi syukurlah kadang2 tu renyai2 jugak !

Cik Milah:

Terimakaseh...Best lepak kalau boleh gerak sendiri...Kalau tak payah jugakkan...

 
At June 10, 2008 at 10:19 AM, Blogger maklang said...

Cat:

Kalau duduk rumah kg macam maklang ni memang lah banyak katak..Jangan dia bertelur dalam kolam, sudah...gelinya...

Eids53:

InsyaAllah nanti kalau kolam tu dah function, maklang ambilkan gambarnya Ok. Sekarang tak thrill sebab tak ada ikan2 berlari2 ( bak kata Zino!) . Maklang ingat ikan boleh berenang aje..tapi kalau berlari tu ikan sukma kot..he..he..

 

Post a Comment

<< Home