Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Thursday, June 5, 2008

Lagi semalam di Kerteh...

Assalamualaikum....

Ini maklang lagi. Paklang asal balik kerja mengeluh penat. Dengar ajelah. Dah kita ni tak leh nak tolong. Mana ada kerja yang tak penatkan. Maklang pun penat jugak. Kerjanya tiap hari, lepas solat Subuh, ni ha, duk buat blog sementara tunggu Paklang nak tampal belakang supaya tak kena air. Then mandi. Lepas tu buat apa yang patut. Kalau nasib baik, cepat dapat makanan pagi. Kalau tak kang tunggu ajelah bibik or Wan hantar. Tak turun2 lagi ke bawah. Nantilah. Then lepas breakfast, on kan TV. Kalau rajin on kan PC sambil kacaulah sape2 yang online..he..he..jangan mare...sementara aje. Nanti dah kerja tak ada chance dah...

Kejap aje pun kacau orang. Muak kan pegang riben. Ni dah dekat nak siap 4 beg telekong tu dan 3 frames yang di minta. Penat buat tu, maklang bangun jap, jalan2 kat bilik or kat depan ni ha. Lepas tu malas kang, baring pulak. Kadang terlelap jugak disebabkan boringnya ya amat. Nak buat kuat2 tak berani lagi. Lepas tu process tu berulanglah. Makan, rehat, tidur, duduk....manalah segala muscle urat saraf tak manje...Sabar..sabar...Allah suruh berehat gaknya...dah lama tak rehat. Kalau rajin hari ini, tengoklah berangan lak nak buat cross stitch kecik2...macamlah larat.

Tengahari semalam Tok Busu, adek atok, singgah otw balik ke JB. Mereka ke KB lepas khenduri kawin kat rumah Wan Pari. So, nak balik JB ni mereka singgahlah kejap. Wan masak ayam masak lemak kuning, ikan bakar, tahu, pucuk ubi rebus dan kacang goreng kot.

Sementara mereka makan tengahari, maklang melayan ofismate maklang. Ada 4 orang yang datang. Kakak2 dan adek2. Pukul 2 mereka balik. Lepas tu, as usual makanan maklang Angah yang bawak naik. Makan ngan Angah lah kat atas. Lepas Tok busu and family dah balik, maklang baring2 sambil tengok TV. Tak usik riben pun. Tak ada mood...Angin jugak makcik ni.

Petang semalam masa Cik Abang balik, dia bawak sebuku coklat cake untuk Wan. Tak sempat bergambar, Wan dah ptong kasi sorang sepinggan buat minum petang. Sedap jugak coklat cake tu.. Very the chocolaty!

As usual, lewat petang ada tetamu. Cikgu depan rumah datang melawat jiran yang sakit. Kejap aje. Masa mereka datang Paklang tak ada rumah. Keluar kejap. Isi minyak. Mana tak nya kalau full tank untung jugaklah dalam RM40. Sape nak bagi. Satu kereta aje dapat isi! Sebabnya dia malas nak tunggu berejam. Ramai sangat kat kiosk tu. Berpeluh jugaklah masa dia balik. Nasib baik jugak kami kat Kerteh ni jarang kena jem dan kalau ke office sekarang, maklang main tumpang kereta company yang Paklang guna tu. Dapatlah jimat sikit. Terkezut jugak tengok harga minyak begitu melambung. Tak dapat lah nak joli macam selalu. Harap2 increment bulan ni, naik banyaklah. Tapi maklang tak mengharap sangatlah...Syukur jugak dengan apa yang ada...Nasib..Nasib....

Malam, angah rajin. Nak jamu Wan mee hailam. Besday Wan, Angah masak lah. Boleh tahanlah...Budak 12 tahun masak. Kenalah jack2 selalu...nanti biar pandai. Kek dan muffin yang Along buat dah selamat semuanya. Kalau ada orang datang ari ni kami hidang aje dengan biskut yang melambak kat dapur...

( Ni tengah tunggu orang datang nak pasangkan cord kat laptop ni- battery dah kuning!. Almaklum maklang tak leh tunduk kenalah harap kat orang. Dayang dan dayung semuanya masih beradu! Jap lagi pun nak kena call hospital. Baru perasan ada appointment ari ni. Tapi last week before discharged Dr. kata jumpa senin depan. Tengok camana nanti. Harap2 semuanya OK lah dengan belakang maklang ni. Takut jugak bila Cik Abang dok rasa2 macam ada naik sikit kat belakang ni. Dia kata bengkak, tapi dia smooth aje dan tak sakit. Agaknya sebab ada besi...Doakan maklang ye semoga selamat semuanya...Amin!)




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

22 Comments:

At June 5, 2008 at 1:36 PM, Blogger Kak Elle said...

Wah ML dah panjang sikit entry kali ni tak lama lagi lagi dah back to normal:)..sorry ek mengusik ML.

Best nya Wan jadi chef menu mesti best2 kan?

 
At June 5, 2008 at 1:47 PM, Blogger Mak Su said...

nasib nasibler kita ni maklang, apa apa pun kena terima gaks...

 
At June 5, 2008 at 3:28 PM, Blogger cendawanintim said...

wahhhhhhh, lama sungguh tak makan muffin...

 
At June 5, 2008 at 4:11 PM, Blogger Neeza Shahril said...

dalam sakit2 tu, sempat lagi buat telekung smapai 4 beg. tu nak buat x-sticth pulak. memang semangat kental betul la maklang ni.. boleh dapat anugerah wanita besi macam Dato' Maznah Securif0rce tu... hehehe...

sedap wan dapat choc cake.. choc cake neeza manis. takdelah manis sangat. Tapi, neeza suka yang pahit sikit.. takpelah, nanti buat lagi.. hehee..

maklang jaga diri ya...

 
At June 5, 2008 at 4:17 PM, Blogger silversarina said...

Nilah masanya kena rehatkan badan secukupnya. Nanti bila sembuh sepenuhnya baru dapat commit 100% pada kerja.

Memang jenis rajin, reben-reben tu kalau boleh cakap memang mereka akan cakap, " cukup, cukup, kami tak nak dijahit lagi..tunggu sampai maklang sihat ...hehehe . "

 
At June 5, 2008 at 6:52 PM, Anonymous Anonymous said...

imbas balik 10 tahun lalu, lepas operation tu mandi pun dok tampal plastik takut basah dua tiga hari dah berani simbah aje air atas badan semua tu akan jadi kenangan terindah

 
At June 5, 2008 at 8:38 PM, Blogger zino said...

semalam zino terperangkap lebih dua jam dalam jem masa nak balik.. semua jalan menghala ke stesyen sesak..

balik rumah kaki dah lenguh.. sebelum tengah malam minta alang cari stesyen minyak isi full tank.. dua tiga stesyen dia pegi minyak habis.. last2 dapat juga..

kenaikkan kali ni tak masuk akal..

 
At June 6, 2008 at 4:08 AM, Blogger Abang Long said...

Do'a dari abang long sentiasa mengiringi tanpa jemu, kerana abang long juga sedang diuji.

 
At June 6, 2008 at 12:39 PM, Blogger Zareda Norman said...

dah semakin sihat mak lang ek.. tak lama lagi boleh mengganas semula ek..

 
At June 6, 2008 at 12:39 PM, Blogger kak ilya said...

maklang
alhamdulilah dah sihat ... jaga kesihatan tu yer mak lang .. jgn lupa makan ubat semua .. makan kena jaga... banyakkan rehat ..

maklang
saya ni org terengganu
maklang duk kat mana yer?? bila balik kampung sure saya akan lalu jalan kemamam kerteh tuh... sepupu saya tinggal di Paka ... so selalu gak singgah kat sini
kalau ada rezeki bolehlah singgah ...
boleh kan mak lang.. teringin nak tengok RE maklang yang cantik tu ( teringin gak nak makan masakan maklang ... he he

take care yer mak lang

 
At June 6, 2008 at 12:40 PM, Blogger kak ilya said...

maklang
alhamdulilah dah sihat ... jaga kesihatan tu yer mak lang .. jgn lupa makan ubat semua .. makan kena jaga... banyakkan rehat ..

maklang
saya ni org terengganu
maklang duk kat mana yer?? bila balik kampung sure saya akan lalu jalan kemamam kerteh tuh... sepupu saya tinggal di Paka ... so selalu gak singgah kat sini
kalau ada rezeki bolehlah singgah ...
boleh kan mak lang.. teringin nak tengok RE maklang yang cantik tu ( teringin gak nak makan masakan maklang ... he he

take care yer mak lang

 
At June 6, 2008 at 2:56 PM, Blogger CikguZue said...

penuh juga aktiviti maklang ye..hehehe....saya doakan maklang cepat sihat.

 
At June 6, 2008 at 3:12 PM, Blogger Sya said...

Slow slow le Mak Lang.. bukan mudah nak baik cam dulu. Harap2 semuanya ok

 
At June 6, 2008 at 5:30 PM, Blogger D said...

ada can tak D nak dapat kerjatangan mak lang ye?? InsyaAllah saya akan pulang ke tanahair 17 june- 2 sept. Cerita lanjut di blog saya! tapi rasanya tak dapatlah nak sampai ke Teratak Maklang... kalau mak lang datang KL, jemput ke rumah ye?

 
At June 7, 2008 at 4:17 AM, Blogger Ailin in Aalborg said...

Mak Laaannnnggg....
Apa khabar? Lama tak jumpa... (sambil menghulurkan 10 jari nak salam).

 
At June 7, 2008 at 10:41 AM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

N3 panjang pendek ikut angin. Ada cerita panjang le..Tak ada cerita, tak ada N3 lee...


Maksu:

Terima aje duggan ini dengan redho...moga2 diberi pahala, InsyaALlah...

 
At June 7, 2008 at 10:42 AM, Blogger maklang said...

Cendawan intim:

Mari sini, boleh suruh Along buatkan muffin...

Neeza:

Iron lady? Ini maklang ni one lembik lady..he..he..

Neeza pun jaga diri ye...

 
At June 7, 2008 at 10:43 AM, Blogger maklang said...

Rina;

kalau riben boleh cakap, maklang pengsan dulu...

Eids63:

InsyaAllah kalau dapat melalui dengan mudah senanglah kan...

 
At June 7, 2008 at 10:45 AM, Blogger maklang said...

zino:

masuk akal ke tak...terpaksalah menghadapinya...

Abang Long:

Terimaksaeh

 
At June 7, 2008 at 10:46 AM, Blogger maklang said...

Zareda:


Mengganas tu idak ler...Slow and steady ajer..

Kak ilya:

Rumah maklang kat kg. baru. sebelum sekolah kg. baru. Kalau ada masa singgah ler..

 
At June 7, 2008 at 10:48 AM, Blogger maklang said...

Cikgu zue:

Aktiviti penuh dengan duduk, baring dan menonton Tv aje...

D:

D nak Re..boleh...bila nak datang ambik..ajaklah mamasarah sekali. Entah kat mana dia...

 
At June 7, 2008 at 10:50 AM, Blogger maklang said...

sya:

Ok..Ok..maklang tunggu depan rumah dengan basikal 3 roda ye...he..he..slow aje kayuh basikal...

NC:

Salam...salam...selamat bertemu kembali...( sambil garu kepala...bila pulak kita jumpe??)

 

Post a Comment

<< Home