Semalam di Kerteh...
Assalamualaikum...
Semalam maklang biasa2 aje. Rasanya lama betul badan ni tak bergerak. Semuanya kena slow motion aje. Orang dah biasa selalu bergerak2 ni, sekali kena macam ni, penatnya mak oi...
Nasib baik petang, Along kasi maklang tengok filem 'Jumper'. Sedap judak. Maklang kalau pasal cerita merepek ni memang suka. Layan ajela cerita tu. Sambil2, tangan dok pintal2 reben. Siap jugak sikit. Ada lagi sikit nak tampal manik tu ha...
Tengahari semalam, sepupu maklang yang nikah datang sini jugak. Saje singgah on the way nak balik Kemaman. Mereka duduk kat Kemaman. Anak2 sempat buli Uncle Onn dia, dapatlah sorang satu Mega Burger. Maklang dapat jugak tumpang semangkuk.
Paklang semalam tengahari ke Kuantan dengan si dayung. Memontenglah si dayung tak pergi sekolah agama dia (Maskana). Paklang ke Kuantan pun sebab nak ambik borang kelulusan untuk maid baru tu. InsyaAllah tak ada apa aral, tibalah nanti maid tu daam 10-15 hari lagi. Mintak2 orangnya boleh diharap. Anak2 semuanya takut dengan maid baru ni. Nampak dari gambar orangnya nampak macam garang. Woooo...memang garang. Tapi harap2 hatinya baik. Maklang kata kat anak2 padan muka. Sebabnya dengan Bibik sekarang ni memang naik tocang semuanya. Tapi walau apapun harap2 sangat, maid kali ini boleh diharap dan punya hati yang baik. InsyaAllahlah kan...
Petang pulak, kawan2 office pulak datang. Masa tu Cik abang tak tiba lagi dari Kuantan. Rancak jugak berbual. Salah seorang dari kawan2 maklang tu memang dah go thru apa yang maklang lalui sekarang. Dia kata dia OK. Cuma tak boleh kerja kuat lah sangat. Tak apalah.. the main thing is dia ok. Alhamdulillah. Memang masa maklang visit dia sakit dulu, maklang mintak pada ALlah, janganlah maklang lalui apa ang dia lalui tapi apakan daya, sudah suratan kan. Maklang terima seadanya dan berdoa moga2 Maklang akan cepat sembuh.Amin...
Hari ini pulak ialah harijadi Wan yang ke 64.Selama tHarijadi Ibuku yang tercinta.... Nanti mintak Atok belikan kek besday Wan...Hadiah Wan tahun ini...merupakan sebuah kereta...he..he...
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Labels: Celebration, Life
17 Comments:
Happy Birthday Wan.
Kira maklang ni macam dalam pantanglah ya. Tak leh nak gerak laju2 sangat. Tak pe maklang enjoy sebaik mungkin. Take care!
Alhamdulillah ML dah bolih type panjang2 sikit:)selagi bolih relaxni relax ye nanti bila dah sihat betul baru bolih ke dapur pulak mesti rindu ngan periok blanga kan?
Happy birthday untuk wan juga sama ngan my sis Lina and doc Adah.
Insya'allah maid baru will be ok.
Masa untuk berehat tu kak..take your time and enjoy this recuperation period!
Tak perasan pulak ada kisah bibik baru. Bibik dulu tak nak sambung ke? Hopefully this bibik sesuai lah kerja bersama keluarga maklang..
Sekarang sapa jaga maklang kat rumah tu?
Wah, Wan dapat kereta sebijik! Wan ada lesen eh? HAPPY BIRTHDAY TO WAN yang ke 64!!! mudah2an sihat dan dimurahkan rezeki sentiasa ya! Biar tak pernah jumpa Wan tapi macam dah pernah jumpa sebab selalu tengok gambar dalam blog maklang..peluk cium sekali ya? hehehehe
Take Care Maklang and thanks for your call last night! Really appreciate that! Muah muah..
salam mak lang..
alhamdulilah mak lang semakin sihat .. syukur ..
jemputlah singgah ke blog saya http://ibuadam.blogspot.com/
ceria je nada sekarang, alhamdulillah!
Happy Birthday untuk Wan.. semoga dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik... dapat kereta? best tu Wan.. :)
maid lama dah balik kampung for good ke Maklang? Ingatkan balik cuti je.. hopefully yang baru ni rajin macam yang lama lah kan.. Insyaallah...
Maklang rehat , tangan berjalan jugak dengan bunga-bungaan tu... hehehe.
semoga dapat maid yang rajin dan pandai berkerja.
alhamdulillah, maklang ada kebolehan macam2 kan. KAlau tak memang boring jugak...cantik2 embroideries tu....nak satu...hehehe...
Jaga diri, Maklang yea...
selamat hari lahir wan.. dapat hadiah kereta? wow !!!
so tugas paklang menaip entri dah di tamatkan ke? hehe
Alhamdulillah..mak lang dah sihat..
Semoga bertambah sihat..
ramai pulak yang sambut b'day pada hari ni ye..semoga semuanya panjang umur..sihat..dalam keimanan..
Mak Lang...sampaikan salam dan ucapan Hari Lahir buat Wan. Semoga Wan sihat selalu dan panjang umur, murah rezeki.
Bibik dah nak balik dah?
ummi:
Thank you...
Memang dalam pantang...beranak anak no.5 lah ni...
Terpaksa enjoylaa..nak buat camanakan..
Kak Elle:
Terimakaseh ucap besday.
Mintak2 cepatlah sihat. Rindu nak makan masakan sendiri...he..he...
OO:
InsyaAllah kena belajar enjoy aje...jangan mengeluh...tak baikkan...
Bibik sekarang balik cuti. Sekarang pinjam Bibik Alang. Lepas tu InsyaAllah 2-3 minggu maklang ambik bibik No.2 . Kena tambah workforce.
Wan ada lesen. Tiap tahun sambung aje, tapi tak pernah bawak kereta pun!. Mamang semalam kereta baru atok dan Wan baru dapat. Punya lah banyak masaalah nak kelaurkan kertea tu...rupa2nya dia nak keluar on besday Wan...nanti Busu drivelah kemari, InsyaAllah next wiken...
Muah to you too...boleh peluk pepagi ni, maklang dah wangi!
kak ilya:
terimakaseh sudi bertandang...
Ood:
Ceria lah sikit bila lupa tengah sakit. Bila ingat ada besi kat belakang...jadik takutlah pulak...Masih sedih jugak sekali sekala...
Neeza:
Wan sengeh2 je dapat kereta. Tapi kena share ngan atok...
Bibik lama masih cuti sebulan. Yang baru nanti buat tambah tenaga kat rumah ni...maklang tak leh kerja kuat2..
Rina:
Kenalah aktive ngan bunga2 tu...kalau tak kang mati kutu ...!
Cikguzue:
Belum sihat betul...kena jaga jugak ni..takutlah...
Zino:
Paklang tak berenti lagi...nanti ada masa mesti dia type gak..InsyaAllah...
Ummu Asiah:
Terimakaseh doakan maklang...
Nora:
Thank you.
Bibik balik cuti sebulan. Yang nak datang tu bibik no. 2..
Post a Comment
<< Home