Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Sunday, June 1, 2008

Tetamu

Assalamualaikum...

Sejak pulang ke rumah hari Khamis lepas,rumah ini tak lekang dari di kunjungi tetamu. Lepas Dr. Adah pulang malam itu, sempatlah jugak maklang berehat.

Hari Jumaat memang hari yang kami nantikan. Sebabnya Atok, Wan, dan Busu sekeluarga akan tiba malam itu kerana nak menghadiri jamuan khenduri kahwin anak Wan Pari di KT. Pukul 12:30pagi baru mereka tiba. Puas kami menunggu. Walaupun lewat kami bersyukur sebab semuanya selamat tiba! Amin...

Tengahari Jumaat, sedang maklang berehat tu, tiba2 dapat panggilan talipon. Rupa2nya dari x-officemate kata dah kat depan pagar!. Kak Tina nama dia. Dulu masa duduk Kerteh, anak dia yang no.2. Amirah, memang macam kembar Along. Rapat sangat. Sekarang ni, lama tak jumpa, malu2 kambing la pulak. Tak ada apa nak kasi makan. Tapi nasib baik pagi tu dah paksa Along buatkan coklat kek dan mintak tolong bibik buatkan bubur kacang. Seronok berbual sebab lama tak jumpa.

Lepas Kak Tina balik, tu sempatlah rehat2 lagi. Muak jugak asyik jadik cam ualr sawa ni. Makan tido aje. Last2 maklang capai jugaklah riben2 maklang tu. Asyik tengok TV aje peninglah kepala. Lagi pulak tak mobile sangat. Makan pun berhidang. Anak2 siapkan makan dan bawak naik ke atas. Jangan berat makin menjadik sudah ler.. Harap2 berat boleh turun, so, makan kena kurang banyak2 ler...

Hari Sabtu pulak, Wan, Atok, Busu sekeluarga dan Alang serta anak2 maklang ke KT untuk nak ke khenduri tu. Anak2 tak mau pergi tapi kami paksa sebab maklang dan Paklang tak pergi. Mengada2 lah pulak kalau nak pergi. Pinggang ni tak baik lagi. Nak gerak pun payah..Apalagi nak ke KT. Anak2 kata pergi balik jem sebab ada sukma. They left about 10am dan tiba kat rumah Wan Pari about 2:00pm! Penatnya dengar! Balik pun cam tu.

Tengahari semalam, maklang makan kat atas bersama Paklang dah Hakim. Ucop dan Alan tak mo makan. Baru kami nak cuci tangan, tiba2 dapat sms. Rupanya Zino sekeluarga dah kat depan rumah...Seronok menerima tetamu. Punyalah rancak berbual, sampai lupa nak ambik gambar. Bila teringat Zino dah kat depan gate dah. Maklang zoomlah dari tingkap bilik maklang, tapi tak puas, gambar kecik sangat. So, mintak si dayung hantar camera kat Paklang dan sempatlah mereka bergambar...Terimakaseh banyak2 for the ole2...Paklang suka gajus tu!

Lepas aje Zino pulang, berehat lagi...Sempat jugak buat riben2 tu. Relax2 aje...Sambil lepaskan penat asyik berbaring! hidangan makan tengahari, di bawak masuk ke bilik tidur kat tingkat atas..


Kak Tina dan anak2. Lama betul tak bersua muka...



Paklang asyik tertidur aje...kepenatan menjaga isteri selama 13 hari di hospital...Terimakaseh suami ku tercinta...




Mulanya nak biar Paklang aje yang menaip N3, tapi asyik tertidur aje, maklang terpaksalah menaip pulak!...Nanti penat dia dah hilang, maklang pujuklah ye...

Dari kejauhan, dapat jugak maklang mengambil gambar Zino dan Kak Chah ( betul ke spelling ni?)
Nasib baik dayung dekat, cepat aje dia hantarkan camera kat Paklang. Maka dapatlah diambil gambar kenangan ini...

Ribbon embroideries untuk Dodie...






Hari ini rumah dah sunyi semula. Cuma tinggal kami anak-beranak bersama Atok dan Wan. Juga bibik Alang yang maklang pinjam. Bibik maklang dah balik bercuti. Tadi dia ikut Alang balik ke KL dan akan terbang ke Solo hari Ahad akan datang ni. At this time Alang dah selamat tiba kat KL dan Busu masih dalam perjalanan lagi. Moga2 selamat tiba ye...

Besok pulak Paklang akan mula kerja. Bertambah bzlah dia sebab selama maklang kat hospital, Paklang memang sentiasa disisi menemani maklang untuk memberi semangat....Terimakaseh yang tak terhingga sekali lagi suami ku yang tercinta! I love you for everything that you have done for me...





Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,

12 Comments:

At June 1, 2008 at 9:28 PM, Blogger Kiah Kardashian said...

Selamat Berehat Mak Lang.....semoga cepat sembuh dengan sempurna ya

 
At June 1, 2008 at 10:21 PM, Blogger Kak Elle said...

Lepas surgery turun 6kg kang asyik tido makan ni agak naiki berape ek?hehe...

Doctor tak bagi ML vitamin B for nerve ke on discharge?or musc;e relaxant?ML kena lah buat therapy bila dah sihat sikit ye?

Lawa bunga2 RE tu yg background putih tu untuk apa ML?

Kesian PL bayar niat tu tido maklum lah kat spital tido atas ticomut ni dpt tilam empok best tido sampai remote pun tido sama .... hehehe

kirim salam kat wan and atok ye?

 
At June 2, 2008 at 1:36 AM, Blogger Neeza Shahril said...

seronok Maklang terima ramai tetamu.. semoga bertambah sihat lepas ni..
sempat lagi Maklang buat RE dalam pada kena berehat.. cantik RE tu.. pada beg ke tu Maklang?

 
At June 2, 2008 at 4:57 AM, Blogger Abang Long said...

Salam hormat.

SYUKURLAH sudah semakin sembuh. Semoga tabah menghadapi hari mendatang.

 
At June 2, 2008 at 7:29 AM, Blogger zino said...

agaknya paklang nak cover balik tidur yg tak berapa nak lena sebelum ni.. hehe

 
At June 2, 2008 at 12:39 PM, Blogger Zareda Norman said...

Alhamdullillah.. maklang dah semakins embuh..

gitulah mak lang, kalau isteri sakit suami kenalah berkorban.. macam zar dulu sakit, hubby bertunggu bertangga kat spital, cuti berhari hari...

 
At June 2, 2008 at 3:22 PM, Blogger Zareda Norman said...

alhamdullillah mak lang dah semakin sembuh..

 
At June 2, 2008 at 4:18 PM, Blogger Sya said...

Rehat Mak lang... rehat.. jangan aktif2 sangat.. k

 
At June 3, 2008 at 8:55 AM, Blogger maklang said...

Zakiah:

Terimakaseh....

Kak Elle:

Itulah kena maintain. Tak mo put on weight. Makan pun kena sikit2 aje...hopefully boleh maintain berat yang dah turun tu...

RE background yang putih tu untuk beg telekong. Ada orang pesan 4 biji! Nasib baik dah nak siap!

 
At June 3, 2008 at 8:57 AM, Blogger maklang said...

Neeza:

Alhamdulillah..kawan2 datang melawat. Taulah kawan2 ingat kat maklang ni...bukan masa senang aje ingat, masa susah pun bersama...kita tau lah kan yang mana sentiasa bersama, yang mana masa senang/sihat aje!

Abang Long:

Terimakaseh....

 
At June 3, 2008 at 8:58 AM, Blogger maklang said...

Zino:

Ialah tu...kadho' tido tu...pantang baring sikit, mesti terlelap!

Zareda:

Suami semuanya macam itu...senang susah bersama laa...

 
At June 3, 2008 at 8:59 AM, Blogger maklang said...

Sya:

Tak adanya aktif...asyik macam ulau sawe je....penat dah ni!

 

Post a Comment

<< Home