Lengoh pulak...
Assalamualaikum...
Dua hari tak bersiaran...maklang sebenarnya penat sangat. Semalam kami ke Kuantan sebab appointment hari Khamis tu tak pergi. Mintak tunda hari Jumaat pun sebab hari Khamis tu Paklang ada meeting dan agak sibuk. Jadi maklang dah call dulu tanya if Dr. ada tak on Friday. Nurse dia kata tak ada hal sebab Dr. ada hari Jumaat. Datanglah kata dia. So, semalam pagi2 kami dah siap. Anak2 semuanya nak ikut. Mulanya nak bawak ALong dan Angah aje. Masing2 ada missi. Along sebab nak kena jumpa Dr. mata dan Angah nak ke $$F untuk nak belikan bunga untuk nak buat hiasan atas bakul untuk hantaran anak Wanmommy...Bila dengar kakak2 nak pergi, yang dua kecil nak mengekorlah. Kesian pulak, so maklang kata OK aje laa...Sebenarnya bukan tak boleh nak bawak semua, masalahnya, kalau naik kerete tu mestilah gaduh. Penat, lapar, ngantuk pun boleh jadik penyebab untuk nak bergaduh dan menyebabkan suasana hingar bingar. Pening nanti. Tapi kesian punya pasal, maklang kata OKlah..ikutlah. Tak tahan nak tengok muka2 dua yang kecik tu moncong...Dekat sekaki agaknya...
Kami tiba kat spital dekat pukul 10 pagi. Hakim yang tolak maklang atas kerusi roda. Tapi sesampai aje kat tingkat 3, tengok bilik dr. gelap. Oh...alangkah frustnya maklang. Kalau le tak call semalam, bolehlah nak salahkan sendiri, tapi memang dah call and dah confirm tak ada masalah nak datang hari Jumaat. Takut jugak Paklang hangin. Dah le penat bawak kereta dekat 2 jam. Maklang pulak dah rasa penatnya duduk kat kereta lama2. Bengkok dah rasanya. Sebab dah tak ada Dr. maka, Paklang bawak Along ke Dr. mata pulak. Nasib baik tak apa2. Ok dah mata dia. Then sementara Paklang and Hakim nak gunting rambut, Paklang tinggalkan kami kat kedai bunga tu. Dapatlah beli bunga2 sikit. Then kami bertolak balik. On the way nak balik tu, sebab hangin dalam kereta dah mula nak bertiup, kami singgah makan kat kedai gulai kawah. Kenyang betul dan sempat bungkus untuk Wan dan Atok jugak.
Bila sampai ke rumah, ingatkan lepas solat tu, dapatlah rehat. Tapi belum pun selesai maklang solat, dah terdengar loceng berbunyi...Wan Pari datang kata Hakim. So, selesai solat, maklang kenalah pulak duduk lagi. Rasa tak larat betul. Jam 6 bila mereka pulang, terus aje naik atas katil melengkar sampai maghrib. Letihnya ya amat...Ni pun masih lengoh lagi rasanya...Mintak2 come petang, hilanglah rasa lengoh ni. Mohon pada Allah...
Flashback pulak...
Hari Khamis, ibu yang pulang dari Bandung datang melawat maklang...Seronok berbual. Seronok dengar beliau bercerita pasal pergi jalan...Tumpang gembira aje. Rasa macam sama2 pergi ke Tangkuban Perahu..he..he..
Terimakasehlah kerana datang melawat dan menghiburkan hati maklang...Nanti datang lagi ye....
Sekarang ni bila kadang2 rasa lengoh, penat, sedih jugak rasa. Mohon pada Allah semuga diberi kesabaran yang berlipat ganda untuk menghadapai musibah ini. Dan moga2 orang2 disekeliling maklang tidak jemu membantu maklang dalam menguruskan diri maklang yang macam robot ini... Ya Allah...permudahkanlah segala2nya untuk hamba Mu yang hina ni Ya Allah...Amin....
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
8 Comments:
sabarlah Maklang. Insyaallah, orang disekeliling semua sudi membantu secara fizikal dan mental. Insyaallah...
bila pula next appointment nanti?
Sedapnya gulai kawah... hari tu tak makan pun..
neeza ni dok melayan badan jugak ni.. asyik selsema.. kena sabar juga..
Maklang take care ya... :)
Assalamualaikum,
Mak Lang, kesian pulak dengar appt Mak Lang tak jadi sbb doc tak ada, saya bab ni mesti angin, sbb apa tau kita dah call dulu, sbb itulah selalu husband saya suruh tanyakan nama Nurse tu sape yang jawab telefon...geram jer kan...kalau kita sihat jalan tak pe..ni dengan sakit2 datang jauh2...Sabar ajelah, kat M'sia masih ada masalah yang macam ni..sepatutnye tak ada lagi masalah macam ni..hah itulah dia geram punye hal byk pulak komen..hiiii. Mak Lang, jaga kesihatan ya, saya terus doakan Mak Lang cepat sembuh, InsyaAllah.
salam,
I punya barang tu usahlah dikisahkan , I risau jugak kalau maklang sakit sebab kena duduk lama.. ada masa rehatlah dan baringlah .
Nanti ada masa kita borak lagi .
Dapatkan rehat sepenuhnya .
bawa2 berehat ek maklang...sekali sekali dpt layanan super duper kellass dr dayang dan dayung tu,syiok kan maklang..hehe.
tp,kesiannye sy baca psl tak dpt gak jumpa doc...sabar ek maklang.
neeza:
InsyaAllah maklang berehat...memang berehatlah sekarang ni...tak jejak dapur pun untuk memasak...makan pun anak2 atau bibik yang bawakkan ke atas...
Noralis:
Kena banyak bersabar tentang ini...mungkin ini salah satu dugaanNya...terima ajelah...
Tapi memang frust bila dah call, tapi tak seperti yang diberitahukan...nak buat camana...InsyaAllah hari Isnin ni nak ke Kuantan lagi, tapi memang kena call before bertolak nanti!
Rina:
Nak tau tak...Bunga2an itu sudah hampir siap. Tinggal tampal aje. Ni tengah fikir nak letak alas tak kat atas bakul tu ...tapi kalau letak kain nanti kenalah upah orang jahit pulak. Maklang rasa kalau letak kain atas bakul nampak leboh menarik...nanti Rina datang, tengok dulu ye...
Seronok main2 macam ni...
Tulip:
Dayang dan duyung kadang2 hangin jugak nak tolong mak dia...sabar jelaa...he..he..
inshaAllah orang di keliling akan sentiasa membantu..
bila appointment tak jadi memang rasa hangin.. tapi kena sabar je lah..
salam mak lang, saya doakan maklang cepat sembuh...ini semua ujianNya...saya pun jadi robocop..bertulang belakang besi..faham bagaimana perasaan dan ujian menghadapinya...terpaksa gi pyshio untuk berjalan semula...tu bila fikir org yg lumpuh, kita still bernasib baik..bole lagi jadi normal...jaga la kesihatan tulang belakang, especially duduk kat office atau angkat barang2 berat dsb...
Post a Comment
<< Home