Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Tuesday, June 10, 2008

Alhamdulillah Syukur...

Assalamualaikum...


Hari ini Terengganu cuti...Tahniah pasukan Terengganu...Seronok anak2 sebab hari ini tak sekolah. Si angah tak tentu arah lepas dengar berita pengumuman tu. Masa tu dia baru balik dari kelas malam dia... So, hari ni, maklang masih ada dayang2 dan duyung untuk nak tolong maklang...Lega sikit.. Of course kekasih hati maklang yang dah jadi Dr. sementara pun ada kat rumah. Cumanya dia kena ke pejabat sekejap tengahari nanti sebab dah arrange untuk meeting hari ini...


Semalam maklang ke Kuantan. Kami call dulu confirm Dr. dah masuk barulah kami bertolak ke Kuantan. Serik sebab hari Jumaat tu, penat dia tak berbaloi. Alhamdulillah dah bukak dah stitches dia. Ngeri jugak masa nak bukak tu. Maklang baca2 jugak sebab takut dan ngilu sangat. Kejap aje Dr. buat. Terasa jugak sikit2. Dr. kata OKlah cuma ada satu, superficial aje, luka nampak tak berapa 'cantek'. Yang lain OK. ( Tapi Dr. Wan kat rumah kata cam ada 2 tak berapa 'cantek'). Dr. Paklang lah yang tukang buat dressing 2 kali sehari. Cuci luka tu, sapu antibiotic dan tampal lah. Tiap kali Paklang buat, ngeri aje...entahlah dah tua2 ni jadik takut pulak!


Alhamdulillah maklang dah mandi complete sendiri. Taklah perlu Paklang nak sabun kan kaki sebab dah belajar nak bengkok2kan kaki ni. Tadi pagi cuba jugak dan duduk straight untuk nak ambik barang atas lantai. Kejang sat betis ni. Cepat2 maklang bangun. Ialah naklah memperbaiki progress of body movement. Dr. kata dah boleh dah kalau nak cuba ruku' tapi seeloknya nanti dulu lah...Tunggu dulu..2-3 minggu lagi. Buat semetara ni maklang masih sembahyang duduk atas kerusi. Perlahan2 laaa...Syukur maklang dah kuat sikit!

Petang semalam, Mulan datang hantar ole2 dari Kak Elle. Terimakasehlah banyak2. Nak ambik gambar, camera entah tak tau kat mana. Nougat yang akak kasi kat Paklang tu dah selamat kami makan. Sedap sungguh! Terimakaseh banyak2. Anak2 seme suka dapat hadiah. Mak dan bapak anak pun suka...Thanks again...

Untuk Mulan, terimakaseh jugak datang visit maklang. Maklang makan jugak popia tu...Sedap dan gareng....Nanti kalau datang lagi, jangan lupa bawak lagi....he..he..


Untuk rakyat Terengganu...Selamat bercuti...Dan untuk kawan2 lain...kesian kena kerja...

Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

9 Comments:

At June 10, 2008 at 9:32 AM, Blogger silversarina said...

salam cuti terengganu the champion !!

Alhamdulillah dh semakin sembuh, biarlah solat duduk dulu, dah sembuh betul barulah ruku' dan solat berdiri.

take care dan terimakasih sebab tolong siapkan bekas2 tu, tak kisah pun sebab lambat lagi dan yang penting makalang semakin sihat, Insyaallah.

 
At June 10, 2008 at 10:30 AM, Blogger IKHWANI said...

Tahniah Terengganu champion tu!

Hugs akak! Alhamdulillah dah kuat sikit dan dapat mandi lebih sempurna. Syukurlah.

Itulah kita ni lebih bahagia bila dikelilingi insan yang kita sayang kan?

 
At June 10, 2008 at 11:36 AM, Blogger Pondok Al Imran said...

Salam, Syukur Alhamdulillah, nampaknya dah nak sembuh, hari ni bestnya cuti, semlm mcm tak confident lagi hari ni cuti tapi bila dpt sms dari wakil HR, baru rasa lega, at least dapatlah rehat kat rumah lagi hari ni, budak2 bukan main happy lagi, tak payah pegi sekolah hari ni, nanti petang kita pegi hantar tat telur ya

 
At June 10, 2008 at 12:37 PM, Blogger KakNi said...

Jangan la kesian kan kami yang tak cuti ni sebab... selangor lah negeri yg paling banyak public holiday... heheheh

 
At June 10, 2008 at 1:05 PM, Blogger Neeza Shahril said...

tahniah pasukan terengganu. tak sia2 jadi tuan rumah ye.. mesti sakan berlatih tu..

ngeri pulak neeza baca maklang tulis pasal buka stitches tu.. dulu neeza pernah experience masa beranak sulung. Time tu doctor still guna benang. masadia nak rentap benang tu, neeza pandang ke lain. zapppp!!! ngilu kejap. lepas2 tu dah pakai benang yang mati terus aje.. senang.. lepas ni tak tahu laa camana.. hehee..

 
At June 10, 2008 at 3:51 PM, Blogger Mulan said...

best kan.. kita cuti hari ni... tumpang sekaki.. he he entah apa la rasa popia tu. macam katun buat sebelum pi umah maklang..

take care..

 
At June 11, 2008 at 7:11 AM, Blogger maklang said...

Rina:

Alhamdulillah syukur...moga maklang akan lebih kuat dari hari ke hari dan dapat bergerak seperti biasa, InsyaAllah...

Bekas tu masih belum letak riben lagi...InysAllah nanti di kemaskan lagi...

OO:

Terimakaseh..Walau maklang bukan orang Ganu..tapi tumpang bangga sebab dah 11 tahun duduk sini!

Hugs jugak kat OO..moga2 dapat mencapai apa yang diidamkan..

MEmang seronok kalau di kelilingi yang tersayang..

 
At June 11, 2008 at 7:12 AM, Blogger maklang said...

Ibusara:

Terimakaseh datang melawat maklang...Kueh tat tu memang sedap. Terimakaseh jugak belikan pokok tu...

Akuni: Masih kesian...semua negeri rasanya cuti sama banyak aje..ni dapat cuti tambahan..he..bagi maklang tak ada beza sebab MC maklang tambah lagi 2 minggu!

 
At June 11, 2008 at 7:16 AM, Blogger maklang said...

Neeza:

Maklang masih ngeri tiap kali paklang buat dressing..memang ngeri...

Mulan:

Makaseh..popia tu sedap pe...nanti hantar lagi popia Vietnam pulak yer...he..he..

 

Post a Comment

<< Home