Terimakaseh Kak Liza...
Assalamualaikum....
Hari ini rasa ceria sikit. Kat office macam biasa. Half day kat office, then maklang kerja luar. On the way to Kuantan sempat jugak maklang singgah 2 tempat. Satu nak beli kan barangan Astro Link dan wire Astro untuk Adek D di KL, dan kemudian nak collect Quran dan sejadah dari travel agency sebab dah buatkan Badal Haji buat arwah MIL maklang. ALhamdulillah dah selamat dah masa musim Haji yang baru lepas baru2 ini...Amin...dah selamat semuanya...
Lepas dah selesai, kami berhenti makan gulai kawah lagi. Lupa lagi nak ambik gambar. Kalau ambik gambar tadi memang kecur air liur laa...Sedap betul. Dengan sambal dan ikan kering serta telur masin..separuh je..Memang sedap ler...Nasib baik maklang tak drive...kalau tidak memang tertidur masa bawak kerete nak ke Kuantan! Seronok jugak ni , gi meeting orang yang drive kan!
Sampai kat Tee-And-Bee about 2:15pm. Cepat2 cari surau. Alhamdulillah selesai solat , terus maklang ke tingkat 11 , tempat nak bermesyuarat. Alhamdulillah semuanya OK!
Then lepas tu kami terus bertolak balik.On the way balik, maklang sempat kirim kaftan kat kawan yang nak tumpang balik. Dia tunggu kat CP kat Kemaman tu. Dia ada makan2 kat Impiana...untuk Secretary's Week.
Petang tak ada buat apa. Cuma jumpa jiran lama dan kami keluar sebentar. Balik dah agak lewat. Sedang maklang menunggu waktu Isyak, dengar pulak loceng kat depan. Then talipon berdering...rupa2nya chef kita tiba dengan 2 bekas kueh yang enak...memang rezeki. Sedap betul kueh bakar tu...!
Terimakaseh Kak Liza..muga2 murah rezeki Kak Liza!
Kueh ni bibik buat masa breakfast...kueh cara berinti kelapa...sedap gak...
Ini kueh bakar...sedap betul!
Muffin coklat dari Kak liza..
Masa maklang type ni , Cik Abang tengah baca N3 yang lepas...perasan lah tu orang tujukan Lagu My Inspiration tu..he..he..
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us.
Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."
8 Comments:
Kreatif pulak bibik Mak Lang ni kan...
kakliza gembira makan enjoyed makan kueh yg diberikan..
jgn lupa 20 Mei ni..
jgn lupa datang..kalau YDP nak join..dipersilakan....
Ummi suka kuih bakar... tapi yang tak berbau telurlah.. kengkadang kalau kuat sangat ummi rasa mual pulak.. yang ummi selalu beli kat kg baru..yang tu tak bau telur sangat..
salam,
lalu kemaman sokmo, bila nak singgah ni ????
rasa nak berjiran dengan kakliza lah pulak....hehehe.
Untungnya mak lang ni..terliyoq betui..chef sama chef dok dekat2..
Makan2 saja kan mak lang..makanan sampai depan pintu tanpa diorder pun..baiknya kak liza ya..
Semuanya nampak tempting yang amat.
mesti che' abang Mak Lang senyum senyum masa baca entry tu kan hehehe...
kat mana gulai kawah sedap tu Mak Lang? Neeza nak jugak lah try nanti hehehe..
salam mak lang.... jenjalan tgk makanan... hehehe...
aaaa... chef belum sampai rumah saya lagi..!!
Post a Comment
<< Home