Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Wednesday, April 2, 2008

Teman Baru...

Assalamualaikum....

Tengah semangat nak update blog ni. Tapi malangnya tak ada connection pulak. Entah apasal mobile connect ni tak mau connect pulak. Bengang jugak. Tapi tak apalah maklang type dulu apa2 yang boleh. Ni last chahnce, maklang minta broadband. Mati kutu kalau tak ada connection ni. ( lepas dah mintak broadband, baru boleh pulak. Nasib baik budak IT tu tolong! Terimakasehlah Ashrin, kalau tak tadi terbang $ dok bayar broadband!- walaupun kompeni tanggung, kesian jugak kat kompeni!)

Bukan pasal nak update aje, tapi pasal nak jugak baca mail2 dari office. Mana boleh tak baca mail. Kang tak tau ujung pangkal. Pulak tu ada meeting this Friday.


Maklang tiba kat hotel ni about 2:40pm tadi kot. Ke dekat2 kol 3:00ptg. Letih mengangkut barang yang bertambah. Dari Kerteh taklah seberat ni. Lepas dah jumpa Cik Adek ni kat KL Central tadi, dapat pulak tambahan berat barang nak di carry. Bukan perut aje yang penuh, tapi beg pun jadik penuh!




Kami makan kat sini. First time for me. Kenyang perut!



Terimakaseh lah kerana nak bertemu dengan maklang. Tak sangka betul kan, dari main2 aje masuk kat chat box ni 2-3 hari lepas, tak aleh2 apa yang di plan terus menjadi reliati…Rasa macam reality program aje…he..he… Benda yang plan berbulan kadang2 tak menjadi! Alhamdulillah….syukur pada Allah, dapat maklang bertemu dengan kawan alam maya yang baru ni.


Ini dia Puan Ummi...maklang dah minta kebenaran dia nak letak gambar ni!
Ini kami berdua...Ada amoi lalu kat situ yang jadi mangsa sebab nak ambil gambar berdua punya pasal!.Thank you amoi!

Lepas dari bertemu dengan nya, dia sms maklang kata Kak Elle dan Rina dok meneka siapakah yang hendak ditemuinya? Betul tepat tekaan Kak Elle….kami kata biar kasi Kak Elle jealous! Ha..ha…Memang tak sangka kan Ummi…

Frankly speaking, Maklang bukanlah pengunjung lama blog Ummi. Sekali sekala bila nampak Ummi komen kat Kak Elle, maklang pun dengan muka tak malu mengintai2 blog Ummi. Apa yang maklang terpikat sekali is sebab Ummi pun minat menjahit! So, ni yang seronok kalau dapat kawan yang ada same interest. Terimakaseh sekali lagi kerana nak share dengan maklang macamana nak buat tudung munawarrah tu. Tapi kena belajar lagi sebab kalau tunjuk kat kertas flyer kat tempat kita makan tadi rasanya tudung tu akan jadi lain kot! Ini OO mesti minat ni kan...

Terimakaseh sekali lagi Ummi kerana nak bertemu dengan maklang! Tambah lagi koleksi kawan yang ada the same minat. Seronok!


Sebuah jam dari Ummi...mesti every time tengok jam teringat kat Ummi


Lepas dari bertemu Ummi, maklang keUH nak jumpa Alang. Seronok sebab dapat balik laptop maklang yang sangat dirindui!. So, berteman jugaklah walau bersendirian. Sempat jugak maklang kasi Alang keropok sepacket dan beberapa bijik muffin untuk Ucop. Maklang buat pagi tadi sambil2 masak sambal telur tadi!


Malam ni, I bersendirian. Itulah dah janji yang seminggu lepas tu tak jadi. Ada sebab yang tak dapat nak dielakkan,adek comei terpaksa kensel. Kesian dia. Tapi InsyaAllah, besok dia datanglah agaknya. So, malam ni maklang bolehlah buat balek RE maklang yang dah 3 minggu terbengkalai. Kalau bosan sangat kang, YM dengan Along or my Cik abang, or telan aje ubat batuk and rehatkan diri!

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...

Labels:

13 Comments:

At April 2, 2008 at 7:43 PM, Blogger Kak Elle said...

Betul tekaan saya kan?saya teringat maklang ada kata nak ke KL lagi.

Wah hebat kan penjahit terrer jumpa terrer lagi satu?

Ummi at last dapat juga tengok muka ummi yg lawa tu...mmg padan bergambar ngan maklang yg putih melepak tu...

maklang saya tak jeles insya'allah satu hari mungkin saya pun ada peluang berjumpa:)Tunggu June holidayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

 
At April 2, 2008 at 8:51 PM, Blogger KakNi said...

Mak Lang sekarang ni ada kat kay el ke? Duduk mana tu?

Ni dari kularilari.blogspot.com

 
At April 3, 2008 at 7:10 AM, Blogger maklang said...

Kak elle:

Saje nak usik akak je...

InsyaAllah ada rezeki, mesti jumpa punya...bila dan ketikanya aje belum tahu kan!

Wah, June ni cuti2 Malaysia ke? Kata nak ke Kerteh? Nak ke KL jugak ke?

Akuni:

Aha, maklang kat KL sampai petang Jumaat. Duduk kat D@rby P@rk. Kalau dekat2 sini, boleh dating!:)

 
At April 3, 2008 at 8:07 AM, Blogger Norabella said...

Mak Lang...nanti kita pun nak dating sama eh...

 
At April 3, 2008 at 9:01 AM, Blogger MAMAMIA said...

Bukan K.Elle & K.Rina aje yg jealous, saya pun jealous gak....

Tapi saya ni nak dating2 ni memang susah, kena buat macam2 arrangement... Ya lah, org tak da maid..

InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa ya Mak Lang.

 
At April 3, 2008 at 9:55 AM, Blogger IKHWANI said...

oh ini ke ummi!
kita pun baru jenguk2 blog ummi memang nampak post yang dia buat tudung style munawwarah tu!!!! Ummi pun ada datang komen kat blog kita tu.

bagusnya ada hobi yang sama ni rancak lah sikit bersembang ya!!!

Boleh buat club ni nampaknya..hehehehe

 
At April 3, 2008 at 2:11 PM, Blogger silversarina said...

I duk ingat yang maklang ada bagitau pegi KL tapi tak ingat hari apa, pastu terlepas pandang shoutbox ummi...

dapat jugak tengok wajah ummi yang sweet tu akhirnya...

take care...jagan nakal-nakal sorang-sorang ye..hihihi.

 
At April 3, 2008 at 9:38 PM, Blogger maklang said...

Nora:

OK, nanti tiba waktu dan ketika yang sesuai kita dating ye...

Mamamia:

Itulah..sibuk sangat, camanalah nak dating!

 
At April 3, 2008 at 10:35 PM, Blogger KakNi said...

Jauh tu Mak Lang. Sebenarnya saya tak tahu pun kat mana. Apa2 yang luar dari Shah Alam kira jauh le bagi saya.

 
At April 3, 2008 at 11:16 PM, Blogger zino said...

nasib baik kak elle tulis penjahit.. kalau tersilap taip penjahat macam mana? hehe

seronok bila dapat jumpa kawan blogger ni.. tambah yg sama interest panjang la cerita hehe

 
At April 4, 2008 at 2:39 PM, Blogger Qaseh Bidadari said...

seronok kan mak lang kalo dpt jpe bloggers nih!

 
At April 5, 2008 at 7:46 AM, Blogger maklang said...

akuni:

mana tau kot2 nak jalan sampai town, boleh menyinggah!


zino:

kesianlah kita kalau jumpa penjahat...

eira:

Memang seronok...sealiran pulak minatnya tu!

 
At April 6, 2008 at 4:41 PM, Blogger Neeza Shahril said...

Jeles nih.. dapat jumpa and makan2 sesama wanita. hehhee.. kat sini susah nak buat gitu. Nak keluar sorang pun tak boleh huhuhuhuuuu...

Balik Malaysia nanti, kita jumpa2 gak nak? kat rumah Kak Rina.. hehee.. Kak Rina ajak pot luck and dia kata Mak lang bawak lebih sebab Mak Lang masak sedap.. hehee.. tapi tak pot luck pun takpe.. asalkan dapat kenal kenal...

 

Post a Comment

<< Home