Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Monday, April 28, 2008

You're my inspiration....

Assalamualaikum...



Tak tau apasal, hari ni rasa jiwang pulak...maklang suka sangat dari dulu lagi. Masa musim sekolah dulu. So, sekarang ni memang lah maklang tujukan pada orang yang maklang cintai...siapa lagi kalau bukan Cik Abang maklang. Sampaikan kalau dia call pun, phone maklang akan keluar lagu ni...he..he..

You're my inspiration...

You know our love was meant to be
The kind of love that lasts forever
And I need you here with me
From tonight until the end of time

You should know, everywhere I go
You're always on my mind,
in my heart In my soul

You're the meaning in my life
You're the inspiration
You bring feeling to my life
You're the inspiration
Wanna have you near me
I wanna have you hear me sayin'
No one needs you more than I need you

And I know, yes I know that it's plain to see
We're so in love when we're together
And I know that I need you here with me
From tonight until the end of time

You should know, everywhere I go
You're always on my mind,
in my heart In my soul

You're the meaning in my life
You're the inspiration
You bring feeling to my life
You're the inspiration
Wanna have you near me
I wanna have you hear me sayin'
No one needs you more than I need you

Thank you to my beloved Cik Abang for understanding and for always being there when sickness and in health...I love you...

Sowie lah...maklang jiwang karatz pulak malam ni...







Pagi tadi maklang tuang kejap. Keluar ofis sat (lama jugaklaa sebenarnya..). Cik Abang ambik maklang untuk nak ke sekolah. Hari ini hari penyerahan anak ke ibu angkat. Tahun ini motto nya ialah Care and Concern. Hari ini jugak, hari pertama YDP kita berucap. Kak H yang dulunya jiran maklang kat rumah lama tak habis2 puji Cik Abang yang asyik tersenyum...Manis sekali senyum YDP kita hari ini....he..he..he..

Tu ha...tersenyum aje sebelah NYDP dan Cikgu besar yang kecik ( baju biru)

Angah bertudung kuning...nampak sipi2 aje...

Berucap apalah tu...maklang tak berapa nak tangkap apa YDP cakap sebab neighbour maklang tengah bercakap!

Ini masa buka hadiah...sekolah Angah mendapat hadiah kerana dapat periksa terbaik untuk penggal 1 , untuk keseluruhan Terengganu...Tahniah!
Ini penyerahan Angah pada Cikgu ...Sebab maklang besar sangat...terlindung Cikgu yang slim tu...he..he... Maklang serahkan anak maklang yang nombor 2 ...muga2 Angah akan lebih maju lagi ...dan mendapat markah yang tinggi dan boleh membanggakan mak dan Abah...Amin...



Ini RE yang 1/3...tapi cam tak cantek aje...rasanya kena buat yg lain aje...

Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,

Saturday, April 12, 2008

Naik pangkat..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah lepas sehari suntuk berehat, semalam maklang macam dah kebah sedikit. Tapi tekak macam payau semacam.

Mula2 rasa macam malas sangat nak ke sekolah. Tapi rasa tak sedap sebab biasa2nya kami memang pergi attend PIBG ni. So, dekat2 7:15pg baru maklang decide nak pergi. Cik Abang lama dah siap berbaju batik brown. Maklang pun semalam sedondonlah ke sana.

Sedang kami bersarapan kat sekolah, ( ada makan free), IbuSara tiba dan duduk sebelah maklang. Teringat jugak kat adek Mulan. Tak nampak bayang dia langsung. Entah2 tengah berblog kat rumah kot..he..he..By the way, Celebrity Chef pun ada kat situ...lama tak nampak Kak Liza...ingatkan jumpa Kak Liza, dapat jugak maklang rasa muffin2 gebu dia tu...

Bila masuk ke Auditorium yang agak panas tu maklang duduk sebelah Ibusara. Cik Abang nun di depan. Sebab dia Naib YDP, kenalah duduk dengan AJK lain. Penat jugak lah telinga ni mendengar celoteh Cikgu Besar, YDP dan Pegawai Perhubungan dari Jabatan Pelajaran. Penat sebab mereka cakap tak clear. Mic tu macam kembang aje bunyinya. Jadi payah nak dengar. Macam mumbling aje. Atau telinga maklang yang dah pekak! Nasib baik ada IbuSara, kalau tak mau tidur. Pulak2 baru makan ubat sakit urat ni! Semapt jugak Ibusara main sms dengan adek Mulan. Rupa2nya dia ada kat belakang Audi tu. Tapi tak nampak pun..entah kat mana dia sembunyi!

Cik Abang dah pesan, kalau ada pemilihan menerajui PIBG lagi, walaupun Naib YDP yang dia sandang tu, dia tak mau. Banyak kerja kata dia. Suka hatilah... Nak buat macamana. Dengan kerja baru sekarang ni yang agak sibuk, takut tak tercapai nak lakukan kerja sebegitu. Tapi Allah lebih Mengetahui. Kali ni member naik pangkat. Kena jadi YDP pulak. Masa mengundi tu, majoriti angkat tangan masa nama Cik Abang di umumkan. Maklang tak angkat sekali pun tangan ... jadi fairlah...ke duduk atas pagar, atau macam lalang. Apa orang nak, kita ikut aje.


Lepas dah habis undian, ada pulak cabutan bertuah. IbuSara bertuah lah jugak, dapat voucher RM50. Maklang tarak...memang tak bertuah semalam. Cik Abang lagi bertuah sebab dapat sebuah periuk nasi Pen$onic. OKlah tu. Mahal jugak agaknya, sebab periuk tu besar. Adalah nak buat ganti periuk sediaada yang dah nak buruk tu...Alhamdulillah...

Tengahari sebelum pulang, kami diberi sebatang pen dan sebungkus nasi minyak.

Tiba rumah, kami makan masak asam pedas yang Wan masak. Then Cik abang ke masjid dengan Atok dan Akim.

Petang, maklang sibuk buat gubahan. Taklah siap semuanya. Satu set dah about 80% complete and the other set baru dapat buat 1/7 aje. Sebab ghalik punya pasal, maklang lupa nak buat muffin pesanan bonda. So, kejap lagi ni nak kena main dengan tepung lah ni. Siap tu nanti, maklang nak ajak Wan ke Nursery, nak beli pasu bunga...

Selamat berhujung minggu semua...



Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us.

Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Labels: ,