Alahai..loteh badan den...
Assalamualaikum...
Terasa benar letih badan ni hari ini. Nak jugak updet sebab takut besok tak sempat nak updet.
Maklang sebenarnya ke Kuantan lagi pagi tadi. Hari ini pergi dengan kawan yang lain. Mulanya ingat kami akan dapat balik ke Kerteh sekitar jam 3 petang. Seronok rasanya. Maklum dapat pulang awal. Kalau balik awal, memang cadang tak mau masuk ofis. Mesti penat punya. Maklum lah travel jauh.
Kami tiba kat office Gebeng dalam pukul 11 lebih. Duduk sekejap kat situ sebab tunggu Planner dari KL tiba. Sekitar jam 1:00 kami bertolak ke ofis client untuk nak mintak signature. Dalam perjalanan ke ofis Client, maklang dapat sms dari pegawai jabatan 'bilik air' mengatakan yang submission kami dah dapat kelulusan dari mereka. Syukur ya amat waktu tu. Selesai kat situ, kami bertolak ke Jabatan tersebut sebab nak collect surat yang di tunggu2. Alhamdulillah pegawai tersebut ada kat ofis tersebut. Kami pun dengan rasa syukur mengambil surat itu. Tengah maklang belek2 drawing yang arkitek submit tu, maklang jumpa discrepancy kat drawing itu. Masa tu harapan untuk nak submit drawing ke Majlis, rasanya macam tak tercapai.Pegawai tersebut mencadangkan supaya kami pinda drawing tersebut by-hand. Macam2 difikirkan. Bengang jugak. Nasib baik bila tanya kat Planner, dia kata, cuma surat aje yang perlu untuk di hantar ke Majlis. Lega sekejap. Selesai kat situ, Planner pun ambil surat itu bersama 26 salinan pre comp plan dan terus ke Majlis untuk nak sumbit.
Kami berharap semuanya berjalan lancar, tapi harapan kami hampa sebab drawing yang Planner nak submit tu ada pulak tertulis haribulan dan Majlis tak mau apa2 tarikh dinyatakan kat drawing tersebut. Sekali lagi kami hampa. Sedih betul! Ingatkan semuanya dapat selesai hari ini. Nasib tidak menyebelahi kami. Tapi satu yang baik ialah Majlis kata, kami boleh mula dengan kerja2 piling walaupun belum hantar sebarang drawing piling ke Majlis. So, sebab client mintak sangat nak meet their KPI yang piling should start by 9 May, maka pile lah sesuka hati sebab risk tu tanggung sendiri.
Lepas makan tengahari kami bertolak ke Gebeng sebab nak hantar mail keArkitek. Selesai solat and ketak ketuk sekejap, dah pukul 5:00ptg. Kami bertolak balik. Hujan renyai2 masa tu. Sempat singgah nak cari beras Taj Mahal yang Wan pesan. Tak ada satu beg pun kat kedai yang maklang selalu buat grocery tu. Lain yang dicari lain yang dapat. Lepas habis duit berterbangan setroli ( barang rumah), maklang ajak kawan maklang singgah kat kedai lain. Alhamdulillah ada. Maklang borong 8 x 5kg. Atok pesan mintak tolong belikan sebab kat JB beras tu dah tak ada!
Then kami bertolak balik dalam hujan yang begitu lebat. Sampai2 aje, maklang pun mandi, solat maghrib and solat Isyak. Pukul 9 lebih baru makan. Then kawan seoffice datang sebab nak kirim barang...Lepas dia duduk sekejap, dia pun balik. Sempat hidang sedikit kueh yang maklang dapat semalam...
Ni kepenatan, lepas updet blog, maklang nak ZZ...
Dan untuk Cik Milah kusayang, kat sini maklang letakkan gubahan yang lebih separa siap. Tak sempat nak letak reben2 dia lagi
Ini yang kosong. Ingat nak letak telekong kat sini..
Cincin. Bekas tu bekas sedia ada, maklang pulak, tuannya dah kasi, maka maklang tepek ajelah...
Ini untuk bekas nak isi wang hantaran atau mas kawin. Maklang suka bekas tu...Riben tak letak lagi!
Ini kasut laa...apalagi!
Ni dari arah berlainan...Maklang suka kata2 atas tu!
Beg tangan.
Jam tangan, sebelah belakang, maklang ingat nak letak sebakul coklat!
gi...
Ini untuk bekas manisan. Baru siap satu untuk anak Wan Pari yang sulung pulak...
Ini pulak RE maklang yang maklang sempat buat malam semalam. Ini untuk set yang hari tu..
OK tak Cik Milah...maklang main hentam aje!
Untuk semua...Selamat Hari Buruh...besok tak payah kerja ye...he..he..
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
10 Comments:
Selamat Hari Pekerja !!
Wah... cantik2 hantaran tu.. ni yang nak tempah ni ... boleh ?????
Selamat bercuti , kami jugak yang tak ke mana :(
Rina:
TQ!:)
Boleh...apasalahnya...bila tu???siapa pulak yang nak kawin ni???
Nanti Abang Nuar balik tu...cuti honey moon ler...
maklang kenapa kasut putih bag pulak hitam tak matching!!
tak sihat ke belum?jgn terlampau rajin biar di bawa rehat dulu....hehe
Selamat Hari Pekerja...
Boleh rehat2 la hari ni,kan.
bila tengok gambar ni macam nak kawen balik la pulak.. of course dengan same person la.. neway, saya gubah sendiri je hantaran dulu..
Tengkiu maklang ku sayang. Wow.. ala-la english gitu .Den pun loteh ni ha...2 hari tak ber internet pun. Nak habiskan hantaran yang asalnya 11 dah jadi 18 bekas..Esok due nya.. nak di tolak, kesian tengok bakal pengantin dah nak nangis...Kalau dekat-dekat leh pas kat maklang ek!
kelassss.....gitu hantarannye itew!amboii...tak menang tgn tgk maklang wat tu seme segala...cayalah maklang!
semoga maklang diberi kesihatan yg baik selalu,tp betul tu bak kata kak elle...jgn lupe berehat ek.
Waktu mengandam dan membuat hantaran adalah waktu paling membahagiakan ...
Cantik2 gubahan yang dibuat...rajin maklang ni...akak kalau buat gubahan untuk hantaran suka buat last minute baru ada idea...heheheh...pastu tak tidor semalaman
mak lang,
nanti anak saya kawin, mak lang gubahkan yea?? hehehe... (lamaaaaaaaaaaa lagi tuh!)
Post a Comment
<< Home