Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Saturday, February 23, 2008

Enjoying the weekend

Assalamulaikum...

Hari ini maklang enjoy aje. Pagi2 ( tak le pagi sangat...pukol 9:45am kot), kami sekeluarga keluar rumah nak pergi makan tosei kat Paka lagi. Masa cakap2 semalam, tak ada yang nak ikut. Rasanya Hakim sorang aje yang sibuk nak ikut. Biasalah dia, mana boleh tinggal! Bila pagi ni semuanya nak mengekor! Tu sebab jadik lambat. Lagipun hari ni hari relax sekeluarga. Anak2 baik semuanya, kerja sekolah dah siap, jadi maklang tak adalah membebel. Katil semua dah kemas. Along pulak nak relax sebab sampai demam study last week. Dah periksa TOV* awal2 tahun. Tak tahulah tu berapa dapat. Mintak2 dia lulus dengan cemerlang.

So, balik ke makan tosei. As usuallah, tak cukup sekeping sorang! Sedaplah tu... Lapar pun ye sebab dah pukul 10 by the time kami tiba. Lepas dari situ, maklang singgah kat kedai beli zip. Nak beli zip 2 aje, tapi kena RM12 lebih sebab yang mengekor tu mencukai nak beli sulaman untuk nak tampal kat beglaa, kat pencil case laa...( Maklang kena buat pulak pencik case with RE! kena paksa dek anak2 ni!).Then singgah kat kedai runcit nak beli asam keping ( i kehabisan asam keping!) and beli penyapu 2 batang. Then kami stop pulak kat kedai frame. Wan Sara mintak belikan those miniature teasets. Ada sikit aje, so maklang tambahkan dengan some barang2 marble. Sempat bergambar dengan tuannya. Kata kat dia nak masukkan kat PC ni. Kami dah biasa dengan dia, so dapatlah harga yang OK2. Alhamdulillah... Macam2 di frame. Kalau ada yang nak order bolehlah. Cantek2.
Ini lagi... Close up
Ini tuan kedai. En. Tahir...laku barang2 yang dijualnya...
Ha...ni dia. Dulu kedai ni jauh sikit dari jalan. Tapi sekarang dah dekat sebab jalan nak diperbesarkan.




Then we headed to the next stop. Kat kedai Pasarayaku. Nak carik baju tidur Hakim. Baju Hakim tak dapat, dapat pulak baju Maya 2 lai. Then Hakim cukai mintak teropong. Then ke rumah Cik Ton nak tempah baju and nak ukur size anak2 ni. Bukan senang nak dapat bawak budak2 ni! Then kami balik. Sempat singgah kat kedai gunting rambut. Tapi sebab ramai sangat orang, Cik Abang dan Hakim ikut balik jugak.

Sempat jugak ambil gambar office building maklang. Sekali pandang, macam bangunan Tee- N- Bee pulak! Sebenarnya tu corporate colour. Sempat jugak snap-snap bendera2 berkibaran. Macam ada pesta lah pulak! Ni kat bulatan depan McD tu...
sama jugak, dekat2 situ
lagi...
Ini pangsapuri dah jadi office! Tempat maklang duduk kat tingkat 4 tu...terlindung dek pokok...Dari situ nampaklah masjid Mizan!
Ini kat simpang nak masuk rumah. Tengok bendera mana lebih tinggi. ( Sebenarnya bulan mengambang le lagi tinggi...he..he..).Harap kali ini keputusan undiannya yang benarlaa..doa banyak2 moga2 dapat pemimpin yang bagus, InsyaAllah!




Sebab semalam dah mintak bibik rebus ikan and blendkan sekali and dah rebus buat laksa Penang, so maklang tak adalah sibuk nak masak. Bila balik dari jalan, maklang potong kan nenas, timun, lada dan salad. Limau nipis tak ada. Malas nak keluar! So, tu ajelah buat ulam laksa. Mintak jugak bibik rebus telur. Lepas tu maklang and anak2 dok enjoy tengok Chipmunks! Budak2 yang enjoy. Buku depan mata tapi mata lebih ke tengok TV! Tak pe kasi chance sebab 1 minggu tak tengok TV! As usual maklang punya tangan tengah sibuk dengan riben2.


Then it was time to makan. Cik Abang dah lapar. Baru kol 2! Maklang kenyang lagi. Tapi ikutlah jugak. Rasa laksa tu tak sedap aje. Tapi tengok anak2 makan dan cik Abang makan berselera sekali! Mana taknya ada yang makan sampai 3 pinggan!. Maklang makan 1/2 then tolak ke tepi and makan roti aje dengan telur!Muaknya!
Laksa Penang sepinggan!


After that, maklang layan TV lagi sambil menjahit. Tengok pulak Pirates of the Carribean. Seronok enjoy2 ni. Tapi tak sempat habis, it was time to prepare dinner pulak. Sebab muak dengan laksa, maklang prepare lagi ayam bakar. Kali ni cilok dari one of the recipe books yang ada kat rumah. Kata kat Along nak buat stuffed chicken. So, dia carikanlah. And disebabkan bahan2 yang ditulis kat buku tu tak banyak, maka maklang modify ikut citarasa sendiri. Alhamdulillah menjadiklah. Anak2 and Cik abang suka. Budak2 ni asalkan ayam, sedap ajelaaa....
Hakim yang ambik gambar ni..mentang buat untuk dia sebab besok besday dia, so, dia nak jugak ambil. Background dia yang mahal tu...Axion pun masuk!
Ini dah atas meja. Roast chicken with pasta stuffing.
Ini varieties of kentang oregano. A bit pedas sebab letak banyak lada hitam. Sebab kekenyangan makan pasta yang dalam ayam, maka tak lakulah sangat. Tapi Along dah booking for breakfast and bekal ke sekolah..
Bujang memotong ayam...The tradition continues...Kek besoklaa pulak!
Sepinggan roast chicken with pasta and salad...

*TOV ~ Take Off Value ~ cikgu nak tahu takat mana anak2 murid mereka sekarang ini. Sekolah rendah dah selesai 2-3 weeks ago!



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi

Labels: ,

8 Comments:

At February 23, 2008 at 10:45 PM, Blogger D said...

oooooo.. kitorang pun baru makan roast chicken with stuffing! Aaah, datang blog maklang je mesti lapar. camane ni?

 
At February 23, 2008 at 11:05 PM, Blogger Kak Elle said...

NAK ROAST CHICKEN TU SIKITTTTTTTTTTTTTTT....maklang kempunan nya saya...tak dapat tido mlm ni teringat kat ayam and pasta tu:)

HAPPY BIRTHDAY HAKIM present lambat sikit ok?

 
At February 24, 2008 at 4:24 AM, Blogger Faizah said...

sungguh menyelerakan...slurp..beruntungnya anak2 mak lang..mak terer n reajin masak pulak tu..

 
At February 24, 2008 at 1:46 PM, Blogger aNIe said...

Maklang...roast chicken nampak sedap...

HAPPY BIRTHDAY TO HAKIM...

 
At February 24, 2008 at 4:55 PM, Blogger maklang said...

d:

ada resepi ke? maklang main hentam aje tu!

Kak Elle:

Nanti akak datang sini kita main roast2 laa...

Jangan susah2 pasal hadiah budak2 tu...

 
At February 24, 2008 at 4:56 PM, Blogger maklang said...

Faiza:

Taklah rajin dan pandai mana pun. Asal boleh aje tu...

Kak lady:

Lakulah jualan ayam maklang tu!:)

 
At February 24, 2008 at 7:13 PM, Blogger Neeza Shahril said...

salam mak lang :) sedapnya sedapnya sedapnya!! neeza yang tak berapa selera nak makan ni dah rasa berselera dah heheee..

Mak Lang, Office mak lang tu rasanya hostel neeza la dulu.. kalau betul la building tu. Dulu kat situ MRSM Kerteh tapi dah takde dah... banyak memori tu kat situ :)

 
At February 27, 2008 at 6:29 PM, Blogger Nik Farizah said...

happy birthday to Hakim...semangat badan dia mak lang, seronok tengok. Kalau sudi bglah resepi roast chicken tu....sungguh menyelerakan!!

 

Post a Comment

<< Home