Happy Birthday Hakim Sayang....
Assalamualaikum…
Hari ini anak bujang maklang dah 7 tahun. Sekejap aje dah 7 tahunkan. Pejam celik dah besar dah dia. Sekarang ni maklang tengah train dia untuk bersolat. Tau ajelah kalau nak suruh budak tak cukup akal ni memang le susah. Banyak alasan dia. Tak sempat lah, tak cukup masalah, tak ada inilah, nak makan dulu lah. Macam2 alasan dia. Ialah tak cukup umur. Nak suruh yang cukup umur pun susah, apalagi nak suruh yang tak cukup umur. Tapi Alhamdulillah, sejak dah mula solat 2-3 minggu ni, dia nampak Ok aje. Bacaan dia clear. Tapi masih ada yang perlu diperbetulkan lagi. Biasanya kalau dia bersolat, maklang akan tunggu nak dengar bacaan dia. Suruh baca kuat supaya mudah ditegur. Kalau kak Maya yang tunggu, dia tegur macam kakak tiri. Maklang yang dengar pun takut. Tapi Alhamdulillah kakak dia yang no. 3 ni kalau solat tak lah susah sangat. Selalunya buat dari tak buat. Memang anak2 ni kena pantau, kalau tak entah mesti perit nak buat. Tak taulah anak2 orang lain, tapi kalau anak2 maklang memang kena ingatkan selalu. Kalau tak memang mereka leka.
Tadi tengahari, maklang dah belikan dia kek. Kecik aje kek dia. Kalau tak beli nanti dia bising. Asal ada cukup dah. Bukan makan pun. So, kejap lagi akan ada acara nak nyanyi birthday kat Hakim. Tengoklah berapa round menyanyi kang. Ni maklang type sementara nak tunggu maghrib. Abah pun tak balik lagi sebab ada mesyuarat PIBG.
Bila Abah dah balik dari sekolah, kami sama2 nyanyikan lagu Birthday untuk Hakim. Si Angah pulak sibuk kata maklang tak belikan dia kek. Kan ke hari tu mak Enon dah belikan kek. So, tadi berebutlah Si angah dan Hakim nak tiup lilin. Nasib baik nyanyi sekali aje sebab malas nak pasang lilin tu. Then makan lah kek tu. Memang betul tak sampai separuh pun kek tu habis. Hakim kata dia nak bawak ke sekolah agama petang besok. Entahlah tu sampai bila kek tu nak habis. Jangan campak dalam tong sudah...
Ini Hakim tengah solat asar. Then kada' Zohor sebab tak sempat kata dia. Balik sekolah pukul 1:45pm and ke sekolah agama pukol 3:00ptg, boleh dia kata tak sempat. Sebab by 2:oopm mak dia dah gi office, so tak ada yang bising. Kalau mak dia ada, mak dia jerit la selagi tak solat! Lepas tu paksa pulak solat Subuh. Alhamdulillah dia buat!
Berebut nak tiup kek dengan Angah... Ni kek mocha Hakim. Ada letak patung Ultraman tu...sukalah dia!
Closeup Ultraman Hakim
Itu dia menjilat Ultraman...
Apa2 pun mak doakan Hakim berjaya dunia akhirat. Rajin2 solat dan rajin2 belajar. Moga2 Hakim menjadi anak yang soleh ye sayang... Ini ha, tulisan si Hakim. Dia tengah belajar tulisan Jawi. Macam cacing! Tapi yang kelakar sekali tu is the date tu ada cermin lagi kat 2008 tu!
Boleh tahan jugak..untuk budak darjah satu....
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...
Labels: Hakim
11 Comments:
Happy birthday Hakim aunty hope Hakim bila tiup lilin tu ingat kat aunty last year kita tiup sesama kan?
Baik dia maklang nak juga solat walaupun masih 7 tahun..alhamdulillah.
Happy Birthday Hakim!! Semoga menjadi anak yang soleh untuk mak dan ayah... :)
Happy 7th bday to Hakim. Semuga terus membesar menjadi anak yang soleh...
selamat hari lahir buat hakim.. semuga menjadi anak kebanggaan ayah bonda..amin..
Happy Birthday Hakim comel !!
Semoga jadi anak yang smart dan berakhlak mulia.
btw, tosei tu sure sedap ekk... kedai frame kat area paka jugak ke..lama tak 'meggodek' kedai-keda kat situ :)
Selamat Hari jadi ke 7 Hakim is now a big boy!
Memang kak, budak2 ni kena pantau selalu solat mereka! berbuih mulut. Kalau tak ditegur, macam ayam patuk padi jer solat, entah apa di bacanya!
selamat hari lahir sayang...
semoga hakim akan menjadi anak yg soleh...
happy birthday hakim..!!!
mana kek utk aunty nak rasa sikit..?? aunty ni kureng sihat la lately. laptop pulak selalu pi opis..
7 tahun umur dah
bujang mak lang
alang-alang jadi anak berguna
bukan jadi petualang
happy birthday hakim!Enjoy ur day ! semoga doa mak hakim dimakbul Allah...
sembahyang jgn tak sembahyang..nanti hakim kan akan menerajui keluarga hakim sendiri nanti..
tabik la akak..saya ni bab solat pun still tak dapat nak instil kat anak anak lagi properly... dah la bacaan depa pun lain sikit... hanafi la katakan..
Aunty Elle:
Terimakaseh....
Alhamdulillah, after dah suruh and bising beberapa kali, dia buat jugak. Tapi memanglah liat jugak tu...
Neeza:
InsyaAllah...InsyaAllah...
Post a Comment
<< Home