Jalan2 Hari Sabtu
Assalamualaikum
Ini maklang nak menulis. Kalau terlarat nak baca, bacalah...kalau tak larat, tak apa...I ray-le!
Wiken lepas memang sibuk betul. Hari Jumaat lepas balik pasar sibuk kat dapur. Sampai pukul 3 ptg baru boleh rehat. Mana taknya pergi balik dok hantar anak2 taekwando. Itu aje dekat 1 jam in total. Then petang, I was busy with the RE. Ingat nak buat untuk Wan Sara. Alhamdulillah dah dekat nak siap pun. Buat RE untuk nak dijadikan kusyen. Kalau sempat nak buat jugak untuk Kak Yudi, tapi tak tahu lagi nak buat apa...Tengoklah kalau masa mengizinkan!
Cik Abang tiba from KL, lewat malam. Pukul 11:30 rasanya. Pergi naik kereta lain, balik naik kereta lain. Terperanjat jugak bila dia bawak kereta lain. Kereta kompeni aje. Bukan kereta sendiri. Anyway, Angah was the one so very excited nak tunggu Abah balik. Mana taknya, dia tunggu jam tangan dia. Wah seronok sangat. So, sekarang ni, jam tangan setiap masa kat tangan dia. Mandi je tak pakai jam. Angah...Angah...
Hari Sabtu, maklang tak tahu nak masak apa. Keluarkan daging salai dari fridge and masak lomak kuning. Tak kaw sangat sebab letak cili padi sikit aje. Then buat pergedil and tauhu sumbat. Terkejar2 nak masak sebab bujang tak sabar nak ke Kemaman. Dah janji nak bawak dia pergi beli present for his upcoming birthday. Kalau dah berjanji, jangan harap nak terlepas.
So, off we went to Kemaman. Sementara maklang bawak dia carik maynan dia, Cik Abang pergi beli mentol lampu. Then maklang heret dia nak belikan pyjamas. Susah betul nak cari baju. Maklumlah comei sangat budak ni! Kesian, baju power rangers semua tak muat! Last2 belikan pjamas, kain koton gambar Mr. Bean. Sepasang RM10.90 aje. Belilah 2! Then belikan kakak2 dia pakaian dalam yang dah lusuh. Then, kami meneruskan perjalanan ke the Store. Ingat nak carik baju Hakim lagi. Puas pusing, tak dapat jugak. Last2 dapat baju mak Hakim. Lepas hantar Hakim kat Cik Abang sebab ingat nak pergi gunting rambut (tapi tak jumpa pulak kedainya!), maklang ronda lagi. Ingat nak carik hadiah untuk seseorang yang akan menyambut harijadi dia minggu depan ni. Alhamdulillah lepas puas menelek, maklang jumpalah apa yang mudah nak di pos. Tapi sekarang ni maklang tengah nak letak benda lain..personalize konon...harap2 si dia suka lah nanti.
Then kami pergi carik mej makan untuk nak ganti kat dapur tu..Kalau nak tahu, meja makan tu dah ada sejak Cik Abang bujang lagi...dekat 20 tahun kot! Kerusi2 pulak dah 2 kali tukar. So, we bought the whole set, one meja with 8 chairs kat kedai Gheta tu...
So, today, we had our first makan at the meja. Dapat seloyang kueh serimuka feberet maklang tadi. Asalnya kawan nak pulang bekas isi lauk. Sebab tak ada apa2 nak kasi dia kasi maklang seloyang. Rezeki lah tu. Dapat jugak kawan2 sedepartment merasa. Bila maklang balik petang tadi, tinggal sepotong aje!
Ini set makan kami. Hakim snap gambar jadik gelap betul!
Actually, maklang baru aje balik dari makan2 kat gerai depan rumah. Menurut tuan punya, gerai tu baru beroperasi about 4 months ago. Boleh tahan makanannya, rasa dan harga. We went ber5 sebab Angah pergi kelas malam kat sekolah... Maklang sauk kaftan aje..tak kosa nak bersiap!
Maya pun sama...tu sibuk nak tengok orang masak. Sebab kami ni memang teramatlah jarang makan kat luar, so macam jakun sangatlah anak2 ni!
Mee hoon Ladna (RM3.50)~ mula 2 pinggan then jadik 3 sebab Hakim tak tahan pedas nasi goreng ayam. Mana taknya penuh dengan lada burung!(RM 4)
Ini nasi goreng USA. Sama base as nasi ayam tapi ada telor goreng plus daging merah aje. Rm 5 aje
Ini sibujang tengah tengok menu!
Sementara tunggu makanan tiba...sempat jugak mintak Abah ajar math!
Geram punya pasal...maklang letakkan lagi gambar bunga i...Meleret2 atas tanah!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...
18 Comments:
sy pun antu seri muka..sedapnyeee tengok.
aduishhhh.....menangis sy tengok kesuburan bunga2 itew maklang!
takde ke pic jam tgn baru bday gurl tu maklang...hehe.mesti cantikkan..24jam ditgn.
Excellent, Makland!
Terima kasih!
Lawa baju kaftan maklang tu very colourful:)
wah new dining table pun cantik...
hahahaha...kelakar la pulak si david ni - makland! hahahahaha..
geram tengok bunga biruuuuuuu...
bila pulak nak merasa makan kat dining table baru tu? :)
Nampak muka wajah anak dara mak lang seiras ibunya. Betulke? Atau itu mak lang? Kueh serimuka tu nampak mengancam!
Salam
tabik ler kat Pak Lang tu ...
sempat lagi ngajor anak masa dok tunggu makanan datang
cayaler ...
besnya kuih seri muka, feberet zar tu. kat KL ni seri muka yang sedap kat tasek perdana tu jer. tapi secote jer dah 40 sen..
cantik bunga tu maklang!
warna ape sebenarnye tu,blue or purple?
saya dah ada 2 pasu pokok bunga ni. cuma bunga je belum kuar.
apa nama bunga ni kak?
Awat mai kemaman tak habaq kat cek??? lain kali jika sempat singgahlah rumah. Actually kami ke the store jugak , izzat gunting rambut and maya cari barang bekalan nak bawak balik korea.
sedap jugak nampak bihun ladna tu:)
Rajin Pak Lang ajar anak belajar, Lebatnya bunda hydrangea tu, saya cuba jugak tanam atas tanah, tapi bunga tak adalah lebat sangat, agaknya baja kurang kot
Betul kata pb, tabik kat Pak Lang & si anak, sempat lagi buat homework...
Kueh seri muka kalau kat rumah ni, yang atas aje diaorg makan....
ada gerai baru situ?? kena try ni..!!
muncul balik jejaka bercermin mata & berbaju hitam tu, en daud tu yg ngomen sebelum kak elle.. kawan maklang ke?
tak sempat nak melawat taman masa datang hari tu.. maklum lah datang pun dah nak golap hehe
Maklang bunga2 tu cantik sesgt...lebat bunganya ye...
Nasi goreng USA memang feveret menu anak bujang akak si Farhan tu...naik jemu akak tgk asalkan keluar makan...terus order nasi goreng usa
tulip:
ramai antu serimuka rupa2nya...sedap kuih ni kalau betul2 jadik kan!
David:
Thank you!
Kak Elle:
Tu kaftan lama..dah 5 tahun kot tapi jaran gpakai sebab lengan panjang. Yang baru tu lenag pendek, tapi lagi cantek bunga dia...pakai kat rumah aje
Dining table tu biasa2 aje..letak kat dry kitchen!
OO:
David tu memang rajin masuk sini. Macam faham bahasa!
Bunga biru tu memang selalu menggeramkan!
Kalau datang sini lagi nanti maklang jamulah pulak kat situ!
mak teh :
tu memang Along..ramai kata maklang seiras...tap orang kata kalau seiras mak dan anak, mak tak idup lama..betul ke??
pB;
Perkara begini sekali sekala aje berlaku..he..he..he..tu yang kena ambik gambar tu!
Zar:
Buat sendiri aje...sedap...rasanya maklang ada letak resepi kat blog masak!
Mak lang, jangan percaya perkara karut marut. Umur panjang ke pendek ke adalah dalam kuasa Allah. Alhamdulillah! Bersyukurlah mendapat anak yang sempurna.
Post a Comment
<< Home