Happy Birthday Angah
Assalamualaikum
Selamat Harijadi Angah...Moga2 Angah menjadi anak yang solehah dan terpelajar dan jangan tinggal solat ye...Mak doakan Angah berjaya di dunia akhirat, Amin...
PAgi tadi maklang hantar anak2 ke sekolah. Bila Abah tak ada kat Kerteh, kenalah mak yang mengambil tugas menghantar anak2 kesekolah. It was easy to kejut anak2 kecil maklang yang 2 orang tu. By 6:45am dua2 dan siap mandi. Bila panggil Angah kat bilik dia, dia dah dalam bilik air. Begitu juga along. Bila anak2 dah selesai dikejut, maklang pulak bersiram sebab nak terus ke office. Mula2 all was fine. Tak ada apa2. Macam hari2 biasa kalau Abah ada rumah. Tak aleh2 masa maklang tengah nak pakai baju terdengar ada yanag dok ketuk pintu and jerit2. Rupanya Angah dan Along tengah bertekak. Along ni kalau Abah tak ada rumah, terus bertukar perangai . Cam kakak tiri aje. Apalagi, tandok mak berdirilah. Habis seluruh perjalanan kena.lecture. Geram nengokkan . Pagi2 dah buat perangai. Nasib baik masih boleh kontrol. Kesian Angah. Birthday dia pulak tu!
Anyway, nothing much yang worth telling here. Pasal kerja as usual membosankan sebab ada conference call lagi. Ngantoknya kalau ada teleconference ni.
Bila balik tengahari, cadang2 nak buat cheesecake, tengok whipped cream dah tak boleh pakai. Maka menghentamlah buat cake dari buku resepi dari chef terkenal kat Malaysia ni. Tapi dek sebab tertuang yougurt drink lebih, cake tak mau keras. So, jadik macam kuah puding kastad laa...Hakim mula2 kata sedap, tapi lepas tu dia kata cam nak muntah! Memang ye pun muak betul. Pulak tu it was not cold!
Sebab tak ada cake untuk nak Angah nak potong, maklang pun dapat 1 idea. Daripada potong cake baiklah potong ayam. Maka jadilah seekor roast chicken! And of course ada her feberet salad kentang. Senyum meleret si Angah.
Lepas dah makan, maklang bersiap untuk nak kesekolah Along. Hari ini adakem motivasi untuk anak2 yang nak periksa PMR dan SPM. Lepas aje hantar Angah tuition, maklang dan Kak Arni terus aje ke sekolah. Lepas soalt hajat dan bacaan Yassin, maka ceramah motivasi, Cubit cubit Sayang dimulakan di auditorium sekolah.
Maklang as usuallah kalau pergi dengar ceramah motivasi ni mesti menitik air mata. Memang sungguh mencuit perasaan. Along kata masa dia dengar ceramah Uztadz siang tadi, lebih2 lagilah. Memang semuanya menitik air mata dengar. Ceramah yang lebih menitik beratkan kasih sayang antara ibubapa dan anak2 disampaikan oleh seorang Ustadz muda iaitu, Ustadz Muhammad Mizan dari Terengganu. Sedih sungguh. Entah berapa kali maklang menitikkan airmata. Sebenarnya teringat mak sendiri. Ialah, walau dah jadi seorang ibu, kita juga ada ibu yang dikasihi nun jauh diselatan tanahair..Untuk Atok dan Wan, anakanda doakan semuga mak dan Abah sentiasa dibawah peliharaanNya dan diberi rahmatNya dan diampukan dosa2... Amin...
Moga2 dengan kursus motivai pada anak2 murid, maklang doakan agar anak2 murid semua belajar bersungguh2 untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat...Amin!
Terimakaseh daun keladi...kalau rajin datanglah lagi....
Labels: Celebration
13 Comments:
Happy Birthday to Angah.. wah instead of potong cake.. potong ayam ek..
nampaknya angah pun aquarius.. samaler ngan autie zar..
selamat pjg umur Angah!moga berjaya dunia akhirat.
utk Along semoga berjaya dlm PMR dgn cemerlang.
apesala maklang tak cucuk lilin kat ayam panggang tu..hehe,gud idea gak ek wat upacara ptg ayam instead..kui kui.
Happy birthday to Angah, cantik tudung pink Mak Lang
sentiasa akn dtg =)
mklang, ayam tu serius nmpak sgt sedap..bertuah anak2 mklng dpt mak kreatif ni =)
HAPPY BIRTDAY BUAT ANGAH!
Alaaaa comelnya Angah senyum meleret..sweeeeeet jer.
Abah balik nanti sure ada lah hadiah tu ya!
Memang pun, kalau dengan ceramah2 macam tu senang nak menitik air mata..kalau saya tu dah jadi air terjun lagi dah bukannya menitik!
Kalau bab2 bertekak ni sakit kepala la kita..anak2 pompuan kalau jarak dekat2 ni memang lerrrr suka sangat bertekak..adeh deh.
Happy Birthday Angah !!
Bila motivasi menyentuh pengorbanan ibu memang amat sayu dan hiba.. bagus kalau macam tu, tentu along akan belajar lebih rajin, InsyaAllah,
salam...
hope its not too late to wish Angah Happy Birthday...
Moga panjang umur, murah rezeki, ditingkatkan iman & sukses!!
Kak lady said:
Wah bestnya birthday angan potong ayam...patutlah senyum lebar...
Moga angah akan menjadi anak kebanggan Mak Lang...berjaya dunia akhirat...mesti dia dah besar kan...dah hampir 2 tahun tak jumpa maklang...
( sorry kak..maklang tampal ni...entah macamana, terhilang lak masa comment moderation!)
kak elle said:
Idea baru eh maklang potong roast chicken yg enak tu:)
semoga kedua2 anak dara maklang sucess dgn pemereksaan akan dtg.
( sama kak...weng sikit semalam ni!)
zar:
Tradisi baru...potong kek selalu tak habis aje..tapi kalau potong ayam ni sekejap aje dah licin!
Nasib baik bukan sembelih ayam!
Tulip:
Terimakaseh..lilin kecik ada, lilin besar ada...he..he...
Ibusara:
TQ. tudung tu entah beli kat mana tak ingat. Bandung kot:)
peepa:
Jemputlah datang...bila2 masa boleh, tak ganggu pun!
Ayam tu laku laa...but as usual Along complain!
OO:
Maklang ni nampak aje keras, tapi sebnarnya lembut di dalam..jiwang pun iye kot:) ha..ha..
Thank you!
Rina:
Ceramah2 macam ni selalu buat I melalak...meleleh aje airmata, tak boleh tahan2 lagi!
ays:
Terimakaseh...Salam.
Kak Elle:
Terimaksaeh kerana mendoakan anak2 maklang. Moga2 mereka berjaya dunia akhirat, InsyaAllah!
Kak Lady:
Thank you...Kan ke kita baru jumpa last raya Cina..last year dengan Kak Elle...
Post a Comment
<< Home