Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Wednesday, February 20, 2008

Rasa macam nak berehat

Assalamualaikum..


Dari tajuk aje dah boleh agakkan kenapa semalam tak buat N3. MIM-Alif-Lam-Sin!MALAS betul!

Mata ni sekarang cepat betul mengantuk. Semalam pun pukul 8 lebih dah ngantuk. Tapi dok tahan mata jugak. Macam kata OO memang rugi rasanya kalau tidur cepat or tidur siang.


Petang semalam sesampai dari opis, maklang meneruskan menjahit sepasang baju kurung. Maklang dah gunting kain tu since last Sunday. Potong 2 helai aje. Tapi semalam siap sehelai. Complete terus. Pasang padding and sembat semuanya. Siap dalam pukul 12:30pg! Macam nak pakai sangat! Saje aje, kalau tak disiapkan segera memang lah tahun depan pun belum tentu siap. Ni sebenarnya talking from experience ni. Sebenarnya ada lagi 2 helai yang maklang gunting last year, tak habis sembat lagi. Tak senonoh betul!


Malam semalam jugak cik Abang beli satay. Banyak cucuk jugaklah. Memang semuanya hantu satay. Si bujang siap pesan kat Bibik suruh dia simpan sikit untuk nak bawak bekal ke sekolah, kalau ada lebih.

Lepas makan, maklang jahit sikit untuk nak hadiah kat seseorang . ( Lepas tu ada lah pulak orang perasan! Kesian pulak si perasan tu..he..he..he...

6:30am.21.2.08

Baru aje sudah mandi ni. Maklang terlelap masa tunggu nak upload gambar! Maya yang tolong shutdown PC. Teramatlah ngantuknya sampai makan ubat Maya yang suapkan!( yang kelakar tu, masa nak tidur tu, terbau2 minyak wangi Cik Abang kat bantal tu..he..he..rasa cam dia ada kat sebelah, tapi sibujang tembam as usuallah dah booking!) Ha..ha..inilah akibatnya kalau asyik tidur lewat. Nasib baik kerja sekolah Maya hampir siap. Angah pulak masa maghrib tu dah buat homework dia dan dia ke sekolah sebab ada kelas malam. Dan yang hantar tu kawan Maklang. Agaknya maklang ni letih sangat sebab kerja teramatlah banyak kat opis. Dan stress agaknya sebab risaukan Cik Abang ku syang yang ke KL lagi tengahari semalam. Drive sorang2 pulak tu. Maklang suruh naik plane tak mau. So, bila sampai tu,complain penat.Hari ni nak balik sini pulak! Itulah dia carik makan kan...mana ada kerja yang tak penat.


Kat opis pulak ni, Senin Selasa dok translate surat aje. Lengoh otak nak fikir sorang2. Kalau ada Boss senang sikit. Memang kalau buat translation ni kenkadang, kebengapan tu memang timbul. Pulak2 technical words. Pelik2 bunyinya. And kalau translate ni tak kena bahasa, memang outlah maksudnya tu!


Anyway..itulah dia kerja. I really need a break. Jahitan tinggal sikit. Ada RE Wan Sara, nak jahit beg Wan, Aunty Leen and Along aje. Then wiken can start something small for Kak Yudi, Insyaallah..then can rehat. Telekong Ina dan Red maklang buat lepas maklang cuti...tak sabar...2 minggu aje lagi then can rehat. Tapi sebelum tu kena perah anak2 dulu sebab mereka nak periksa penggal 1 - harap2 segala usaha berbaloi, InsyaAllah...

Satay malam hari Selasa tu..pasar malam mari! Sedap!
Sepasang baju kurung. Kainnya Wan kasi lepas dia balik umrah bulan 8 tahun lepas. Letak butang Cina aje kat leher. Senang sebab maklang tak pandai nak jahit lubang butang tu. I buat tak cantek!

Beg untuk Dodie. On the way dah tu... Sempat letak gambar tauhu dengan udang and kikkoman. Tak sedap sangat tapi oklah habis jugak!

Have a nice day...Seronok, besok kami cuti! Dalam kepala dah cadang nak roast ayam lagi besok tengahari ke...berangan betul ni!

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...

Labels:

12 Comments:

At February 21, 2008 at 8:58 AM, Blogger IKHWANI said...

hehehehehe...kes teruk ni sampai dah khayal..maknanya tak cukup rest ler tu..

ikutkan memang rasa rugi nak tidur cepat or tidur siang, tinggal lagi bila dah overlimit tu - terjelepuk la jawabnya lepas tu mulalah ada orang "bernyanyi2" kat telinga kata "suruh rehat tak mau" hehehehe...

kat sini pun kelam kabut monitor anak2 belajar..harap2 adalah improvement nanti.

Kak, beg kita dulu bila nak siap agaknya tu ya? hehehee..pressure lagi!

 
At February 21, 2008 at 11:05 AM, Blogger Qaseh Bidadari said...

rest lah dulu k!

nanti dah ade mood,sambunglah balik k maklang...

 
At February 21, 2008 at 11:06 AM, Blogger Mama Rock said...

mak lang, apabila kemalasan mengundang, memang liat dia nak pergi kan...same here, bila tiba malas and busy sekali harung datang...adusss!

 
At February 21, 2008 at 2:24 PM, Blogger tulipurple said...

siann maklang wendu kat paklang...
take a rest ek maklang...
cantik bj kurung tu,suka tgk kerernye.tp...mak aii lama gak diperam tu..hehe.

 
At February 21, 2008 at 2:57 PM, Anonymous Anonymous said...

agaknya simptom sama kot bagi mak2 bekerja ni, bila masuk hari rabu dah layu semacam...malas tu, puncanya stress dan letih agaknya ya!cikMilah pun gitu, balik rumah ,lepas sembahyang maghrib dah flat! Makan pun dah tak lalu...Selamat berwiken ya, maklang. I still hav4 Friday workday to go on... hu hu hu...

 
At February 21, 2008 at 5:23 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang kalau u penat I lagi penat habisan...hari2 up and down ke hospital...balik mlm dah time zzzzz

hari ni duduk sampai 4pm tak sampai hati nak ada same ward ..ingat tak I wrote abt pakcik pakai like fighter pilot mask tu?they stop the respirator and pakcik dah nazak family semua around his bed membaca yassin dah yg menangis pun ramai...told atok I won't be coming tonite so takde yg suap makan untuk dia tangan masih bengkak.

 
At February 22, 2008 at 8:58 AM, Blogger silversarina said...

I dapat rasakan macamana penat dan letihnya bila sampai hujung hari bekerja, dulu I pun bila sampai Khamis dah tak larat nak cakap dah, letih teramat sangat... maklang memang power kuat betul, tengah letih dah siap pasang cita-cita nak panggang ayam tu... wa caya lu :)

 
At February 22, 2008 at 2:14 PM, Blogger Zareda Norman said...

ni mesti tak de mood sebab cik abang jauh.. hehhe zar pun kena tinggal 3 hari ni, ahad ni cik abang plak kena timggal seminggu..

 
At February 23, 2008 at 10:01 PM, Blogger maklang said...

OO:

Beg dah siap lee...tak tensen pun! Tapi telekong tu je belum. Ke nak pos beg tu sekarang?Mintak full address. Telekong ada selai lagi!

MR:

Camana nak rest...tak reti nak rest!

 
At February 23, 2008 at 10:02 PM, Blogger maklang said...

Mama Rock:

Kita serupa kot...syndrom orang Johor!

Tulip:

Jangan tak tahu...melambak lagi kain yang tak berjahit! Nantilah bila angin bertiup lagi, maklang jahitlah nanti!

 
At February 23, 2008 at 10:04 PM, Blogger maklang said...

Cik Milah...besok maklang dah kerja balik! Tak sabar nak cuti sekolah! maklang pun nak cuti sekali!

Kak Elle:

Maklang boleh rasakan kepenatan akak tu..sebab tu terlimpah sikit kat Kerteh ni!

 
At February 23, 2008 at 10:05 PM, Blogger maklang said...

Rina:

Pasang cita2 tu sebab malas nak pikir pasal kerja lah tu..he..he...

Zar:

Nak ke mana pulak seminggu tu??

 

Post a Comment

<< Home