Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Friday, February 22, 2008

No idea..

Assalamualaikum...


Sejak dua menjak syndrom malas ni melanda, maklang rasa idea nak masak apa pun kering kontang. Macam semalam, maklang minta bibik buat mee sup aje. Sempoi aje. Rebus ayam with bawang putih, bawang merah dan halia, letak lada putih and garam.Letak fish ball dan fish cake. That's it! Then sawi tu bibik celur aje. Mee hoon pun bibik celur aje. Lepas tu blendkan cili padi dengan bawang putih dengan kicap. ( tapi bibik blend dengan air aje instead of kicap, masa nak makan baru letak kicap!Dia lupa lah tu...keadaan biasa untuk maklang kalau pesan kat bibik!) Biasalah kan, kalau Cik abang tak ada rumah MIM tu makin besar. Nasib baik anak2 tak komplen!

So, ingatkan Cik Abang sampai lewat malam tadi. Balik kerja aje terus lah maklang dengan rajinnya menjahit baju kurung yang lagi satu dan menjahit beg untuk Aunty Leen dan Along. Siaplah sekerat jalan. By then it was already 7:30pm. Masa ALong call Cik Abang about 7:oo tu, dia kata baru nak masuk Kuantan. So, kira2 sampai pukul 9 lah kot. Campur dengan berenti solat. Sekali masa maklang call pukul 7:30pm dia kata nak makan. Kelam kabut lah dibuatnya. Mana taknya, bila maklang turun lepas mandi tu, dekat2 pukul 8:00 tu, mee dah kuahnya dah nak abis! Gabra gila. Cepat2 capai ikan goreng yang bibik tergoreng tengahari tu and berladakan. Then goreng telor dadar. Mintak bibik defrostkan ayam dan sementara tu sempat goreng sayur. Nasib baik sempat. Masa Cik Abang tiba, ayam dah digoreng dengan rempah satu round. Kiranya by the time dia duduk atas kerusi, semuanya dah terhidang. Lega!!

Hari ni pulak memang tak tahu nak masak apa. Nasib baik masa ke pasar tadi nampak ikan cencaru. Ada idea dah nak masak apa. Nampak lala pulak. Nampak kerang. So, campur2 kira OKlah. Then maklang goreng pulak taugeh dengan kikkoman aje. Ingat dah cukup tapi memandang kan lala tu sikit sangat and Cik Abang tak suka kerang, maka maklang mintak bibik goreng kan tempeh. Sambil2 tu maklang sempat buat badak berendam. Baru kejap tadi bibik siap kukuskan. Ini masih ada 2 pinggan lagi! Ingatkan santannya nak letak kaler hijau...almaklom...nak kempen gak sikit2. Nanti maklang letakkan kan gambar badak berendam dalam santan hijau....ha..ha...




Lepas siap updet ni, kalau dapat tido sedapnya...tapi takut pulak rasa guilty...lagi pulak baru makan. Kang ada yang sakit perut! Tengoklah apa akan jadi seterusnya..Entah2 sambung jahit RE buat Kak Yudi! Tapi nampaknya macam nak gone betul..dek tiupan bayu sepoi2 ni sampai terlelap ni ha...Selamat berwiken...dan untuk Mak teh and Pak Teh dan Tulipurple dan hubby..selamat menyambut ulangtahun perkahwinan anda...moga2 bahagia selalu!...:)





sibujang tengah semangat buat homework malam tadi

taugeh goreng dengan kikkoman
ikan cencaru sumbat belakang dengan kicap cap kipas udanglala goreng biasa..sedap sekali kata anak2..and cik abe...
tempeh goreng, hakim suka ni..
badak berendam dalam santan biasa
gambar kain ni khas buat wan...tengok je tau, kalau tak mau, maklang nak buat blaus! Boleh bawak gi cuti, 2 minggu lagi!



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...

Labels:

10 Comments:

At February 22, 2008 at 6:02 PM, Blogger aNIe said...

Maklang...badak berendam? Huda anak akak suka...tapi kalau buat...alamat terendam le sampai esok sebab tak ramai yang nak makan.

lala tu buat kecur air liur aje...hubby ade jarang dpt makan...nanti kalau hubby dah terbang barulah berpesta masak seafood...heheheh

 
At February 22, 2008 at 6:29 PM, Blogger Kak Elle said...

malas2 mpun byk juga hidangan i meja tu eh?

ait sampai gitu gaya si Hakim buat homework!!

 
At February 23, 2008 at 6:58 AM, Blogger zino said...

dalam pada tak ada idea tu macam2 juga menjadi nya hehe tu yg di kata pakar..

 
At February 23, 2008 at 11:15 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Ikan cencaru sumbat belakang tu, orang trengganu panggil ikan jaket, betul tak..??? Tu Nik yang ajar Cath, entah betul ke tidak..!!!

 
At February 23, 2008 at 5:09 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Mak Lang, malas2 pun tapi tetap rajin masak jugak, saya kalau hubby tak ada kat rumah, pun malas nak masak juga, kadang2 satu lauk yg berkuah aje dah cukup

 
At February 23, 2008 at 7:26 PM, Blogger silversarina said...

nak cakap sama macam zino, tak de idea tapi siap terhidang pelbagai makanan siap dengan kuih berendam lagi... bagi apa je kat maklang sume jadi sedap .

 
At February 23, 2008 at 9:57 PM, Blogger maklang said...

Kak Lady:

Badak berndamkat sini tak mencukupi pulak. Ada buat 5 pinggan and setiap pinggan ada 8-10 biji! Selesai segera!

Sama lah..lala tu cepat dah habis. Yang tak suka tu kadang2 tergoreng lumpur sekali, itu dah rendam lama dah tu!

Kak elle:

Malas pun kena masak jugak. Kalau peru lapar, gamat rumah ni!

 
At February 23, 2008 at 9:58 PM, Blogger maklang said...

Zino:

Biasa kalau dah kedapur tu, insyaALlah adalah idea tu melekat2 kat kepala...

Cat:

Betul tu..tapi Nik tu, Nik mana? Nik Aziz ke?

 
At February 23, 2008 at 9:59 PM, Blogger maklang said...

Ibusara:

Itu main masak aje...malas dah..kadang2 ilang idea, kadang melambak pulak...he...he...hangin betul!


Rina:

Oh...janganlah cam tu, malu maklang dipuji camtu!. Masaknya biasa2 aje. Rina pun apa kurang, siap ada biskut dahlia sekali!

 
At March 11, 2008 at 9:06 AM, Anonymous Anonymous said...

maklang, kedai tahir enterprise yang jual teaset frame tu kt mn ek?..berapa harga 1..cam berkenan lak

 

Post a Comment

<< Home