Hakim
Assalamualaikum...
Malam ni tidur bertiga. Dengan yang kecik 2 orang. Dari petang tadi dah berebut who gets to sleep beside mak tonite. Maklumlah Abah tak ada. And mak memang tak sunyilah...pasti berteman.
Tak ada benda yang excited sangat hari ni. Yang sedih adalaa sebab kena tinggal . Doa maklang semuga perjalanan Cik Abang ke KL selamat.
Tadi pagi maklang ke sekolah Hakim sebab hantar kan spaceship yang dia buat dengan Angah malam tadi. Kelas seni lukis dialah tu. Benda tu tertinggal dalam kereta. Masa hantar tu, dia tengah sibuk menulis kat kelas dia. Sempat jugak maklang bercerita dengan Teacher dia ( kat sini kalau Cikgu Bahasa Inggeris mereka panggil teacher). Gelihati ada, malu pun ada.
Maklang tanya dia macamana Hakim kat kelas. Dia kata OKlah. Tapi buat kerja sekolah di kelas, ada susah sikitlah. Teacher kata kadang2 bila disuruh buat kerja dia tak mau. Teacher kata kalau yang senang2 dia tak mau buat. Maklang kata kat Teacher dia selalu kata dia dah pandai. Teacher pun setuju. Memang dia selalu kata dia dah pandai. Bertuah betul budak sorang tu. Teacher kata kalau Hakim boring, tak mau buat yang senang2 tu, Teacher terpaksa pujuk dia baik2 and suruh dia buat benda lain macam kerja kat buku aktiviti ke.
Hari ini Teacher kata dia asyik menyanyi aje. Entah apa yang seronok sangat tak tahulah. Teacher puji dia kata suara dia macam suara pennyayi kat TV. Pandai pulak dia kata, Teacher asyik2 puji dia aje! Nak buat macamana, kalau tegur kang, muncung panjang kata Teacher. Teacher pun cakap ada satu hari tu, dia marah Hakim entah pasal apa, suruh Hakim berdiri, dia tak mau sampai masa nak balik. Bila nak balik, Hakim lalu sebelah Teacher and kata," I hate you"...Terkejut jugak maklang dengar. Teacher dok bercerita sambil gelak. Teacher kata, saya pun jawablah kak..." I hate you tooooo...". Pandai teacher layan anak murid bertuah dia ni. Risau jugak maklang dengar pasal Hakim ni. Tak boleh jadik camni. Nak kena psycho dia perlahan2. Berani pulak dia cakap camtu kat Cikgu. Mintak2 dia akan jadik anak yang baik, InsyaAllah....
Besok, birthday Angah. Tadi dah beli hadiah, pensil, eraser, biskut, gunting, jam loceng etc for her birthday. Sengeh2 je member! Moga2 dia pun akan rajin belajar jugak sebab tahun ni nak periksa...
Before maklang berenti, nak jugak letak gambar lauk yang maklang masak semalam. Walaupun kentang goreng berlada dengan kacang pun, tengok anak2 dan Cik Abang makan berselera. Dan lauk brocolli with shittake mushroom tu was yummyliscious!
This was really good...
Makan dengan kentang goreng berlada
Ini pinggan Maya, tengoklah tu mushroom aje dia ambik, brocolli tak makan!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...
Labels: Hakim
8 Comments:
terrer betul Hakim cakap macam tu pada teacher dia...maklang kena cakap lah nanti dgn dia.
oh PL dah tinggalkan maklang ye?takpe dia kerja cari $$ untuk keluarga:)
Happy birthday untuk angah.
Best betui baca cerita Mak Lang. Mak Lang ni memang superwomenlah..Macam-macam boleh buat. hem..macamana nak tiru macam Mak Lang??
memang tak best kena tinggal walaupun sekejap jer :)
InsyaAllah kak, budak2 tengah besar biasalah macam2 pe'el, kalau mak dia tegur nanti, eloklah dia tu.
kalau kat rumah ni mushroom sama broccoli tu memang favourite anak-anak (mak dan pak nya sekali..hehehehe)
Happy Birthday angah !!
Hakim tu bijak tu yang berani jawab cikgu...kelakar pun ada :)
Maklang,
Best tengok gambar Hakim tengah sembahyang... Such a good boy.
Kelakar lah Hakim, nak test power cikgu yer?!. Nanti lama sikit dia faham la tu maklang..
Happy Birthday Angah!!!
Ala maklang, hakim nak test power cikgu dia tu...he he he..
tak dapek jumpa pak teh & mak teh hari tu...
epi besday faezin..!!
zharif ni pon dah merengek tak suka pi sekolah, komplen cikgu camni, camtu la..
Post a Comment
<< Home