Makan besar Raya Cina Part 2
Kita sambung cerita semalam Ok....Cerita hari ni tak menarik..kerja banyak, sampai sakit pinggang ni asyik duduk aje!
Jumaat: 3rd day
Mula2 pagi Jumaat tu ingatkan nak goreng mee kuning yang atok bawak dari Johor sampai 3 kg. Tapi tak jadik pulak. Bibik bising, kata maklang dah suruh dia potong daging segalak, tapi ibu tak jadik masak! Ialah..ialah..bibik ni, kalau dia dah siap, and kita tak jadik masak, bising pulak dia...kata kat dia, nanti malam kita hailamkan itu mee...
So, pagi Jumaat tu, maklang dan Cik Abang serta Alang, Busu , Ty Leen and Alman ke pasar tani. We went in 2 cars. Sebab nya, nanti kalau ada yang nak balik lambat sebab nak ukur pasar tani tu bolehlaa...We bought 10 ekor ayam, ikan2 and some sayuran. Nampak nangko, terus tukar menu, nak masak untuk Zinolah. Beli jugak ulam2an untuk nak dimakan bersama. Busu nampak pulak ikan koli, belilah lagi. Busu ngan Alang dah berangan nak makan gulai nangko dongan ikan koli. Ada pulak sambal belacan...phuuhhhh, berpoloh di buek eh!
Kami jalan2 sebab Alang nak beli baju 5 hinggit kat gerai reject tu. Maklang ada gak beli untuk Along seluar2 besar. Tapi seluar ni RM10 lah pulak. Then kami balik. Tapi Angah pesan mintak belikan Coconut Shake. Maklang turun ngan Alang, tapi otw to the gerai, Alang nampak pulak kain batik and kain pelikat. So, dia stop kat situ sementara maklang beli air. Melekatlaa...sampai dekat 10 lai kain pelikat and entah berapa lai kain batek. Yang best tu sempat paksa Alang belikan maklang kain batik selai and kain pelikat untuk Cik Abang! Thanks Alang!
Lepas balik tu, apalagi....dok gasak membersihkan ayam yang 10 ekor tu. Nasib baik Cik Abang dah balik dulu. Boleh bibik mula bersihkan ayam. Then sambung pulak dengan ikan2 semuanya.
Jo and family arrived around 11:30pm. I was still in the kitchen. Siap semuanya, maklang marinate ayam sekejap. Ty Leen tolong2 tumbuk and blend the lada hitam. Sementara tu Cik Abang dah siapkan api untuk nak bakar ayam dan daging. Maklang letakkan ayam dan daging atas BBQ pit tu. Thank you mak teh for helping with the BBQ! Selesai satu kerja sebab Makteh was very patient membakar the BBQ.
Alang pun tolong2 jugak. Goreng mee about sekilo. Hentam aje apa yang ada. So kensel, the mee hailam. Jagi mee goreng basahlah pulak! Lepas orang lelaki balik dari solat, kami serbu all the makanan. Sekelip mata dah selesai! Maklang punyalah seram takut2 kalau tak habis. Masa Mak de and Pak De arrived, maklang kena microwavekan lagi the chicken sebab api kat BBQ dah nak padam! Anak2 dara sempat berposing
ni ha...ayam bakar
mee goreng hentam
salad by alang
lagi salad
kentang oregano
ikan kembong bakar
sambal asam
Chicken bbq
Kesian...tetamu kami duduk kat tangga..tak culup kerusi gamaknya!
Lepas tu, maklang naik atas, mandi lagi. Sempat rehat sat. Makteh pun naik atas and solat. Masa tulah maklang kasi Makteh hadiah. Tahun ni dah 16 tahun dah kawin. Table runner with my RE. Canteklah jugak! ( Perasan lah ni....:)) Tak sempat nak ambik gambar. Kalau Mak Teh baca ni, and kalau dah guna, mintak tolong ambikkan gambar untuk nak tambahkan collection kat dalam blog jahit.
Mak De and Pak De balik just b4 asar. Kami lepak kat tangga kat serambi and mak teh suggested, why not buat kopi Bali tu. And maklang dengan rela hati goreng pulak jemput2 sekilo. Kejap aje dah lenyap! Then melarat goreng mee lagi sebab tengahari tadi, meenya nnggak cukup. Berebut! Then buat pulak masak asam pedas ikan tenggiri fresh yang baru beli kat pasar pagi tadi...Sedap betul!!
Petang tu, semuanya ke pantai. Jo and all the anaks except Dilla. Maklang and Cik Abang serta MakTeh and Kak long Cik Abang dok bersantai kat taman depan rumah!
Malam after dinner,( makan lagi..), Jo and the gang left for Kuantan. And we all masuk tidur sekejap lepas tu..Loteh!
Mak Enon and family arrived just after half past 11. Kelam kabut maklang bersiram
Yang lelaki anak mak Enon n baba, yang perempuan, anak sedara mereka
Whoooish....mak enon, nampak makanan tersenyum simpul...
Ini kek harijadi buat angah dari Mak Enon n family. Angah tiup lilin petang tu. Kiranya tua sebelum waktunya...birthday Angah is on the 14th.
Keluarga Bro Zino tengah makan lunner - lunch plus dinner
Ini Angah, Along dan biras Zino serta anak dia.
OOOOppssss...by the time Zino sampai, ayam masak kicap ni tinggal 2 potong aje. So, maklang tak hidangkan laa...
Ini ha, gulai nangko...
dan juga saaalaaaad...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...
Labels: Celebration
12 Comments:
maklang ramai nya tetamu maklang ...murah rezeki tu asyik menjamu aje tapi lm semua makanan yg terhiang tu cuma satu yg saya teringin....ayam BBQ..nampak sedapppppp.....hehehe
aduh..terliur tengok juadah hidangan mak lang... suka visit blog mak lang nih... fresh..
Salam maklang,
Amboi meriahnya makan-makan dengan tetamu...saya yang hanya menatap gambar ni hanya mampu menelan air liur..heheh....
Salam Mak Lang
meriah nyer
macam beraya pulak
Mak Lang ...
tak ader rancangan nak bukak restoran ker??
maklang...
ayam tu...nak cikit...
sedapnyer...
Kenyang dan mengah ni maklang...semuanya sedap-sedap...
Wah sedap betul nampak food yang terhidang.
memang tak syak lagi masakan maklang memang sodap.. boleh singgah lae tak nanti hehe..
kerabu mangga tu yang paling I terliur..
macam kembar je paklang and adiknya tu :)
betul lah misai orang yang I nampak macam zino tapi zino sebenar misainya lebih lebat.. tersilap den...hehehe :)
ambui mak lang, tak habis dengan acara makan makan.. macam mane nak diet ni mak lang..
memang makan busat ni! hari tu tak sempat nak pusing tengok rumah akak..insyaAllah lain kali kalau kami datang and stay kat tranung boleh la kot ada masa sikit..
mak lang..
teramat la sukanya saya bila masuk blog mak lang ni..macam2 ada..semua sedap2 gitu..dan gambar2 pulak menarik..bersama2 keluar,sanak saudara..i really enjoy yr blog..semoga success selalu!
Post a Comment
<< Home