Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Sunday, January 13, 2008

Pertemuan Berkat


Assalamualaikum...


Maklang tak sempat nak updet semalam. Lepas teman2 balik, maklang berkemas kat dapur. By then it was almost twelve dah. Maka, maklang pun meng'gone' kan diri.

So, ni nak cerita sedikit tentang pertemuan semalam.

Dari pagi maklang dah prepare buat cheese cake. Mula2 buat cheesecake blueberry. Kecewa jugak sebenarnya sebab adunan nampak tak cantek. Mula2 tak tahu kenapa, tapi bila fikir2 ni mesti sebab cheese tu tak at room temperature. Tawakkal pada Allah, maklang bake aje cheesecake tu and doalah moga2 ianya menjadi. Kemudian buat pulak cheesecake perisa strawberry. Sebenarnya sama aje, cuma biskut crust tu maklang guna orea perisa strawberry dan decoratekan dengan strawberry. The second cake tu, Along yang tolong2. Dia lah mixed kan. The texture was not so nice jugak, and last2 ikut suggesstion Alang supaya blend kan the mixture...ye..ye...sebab cheese tu sejuk sangatlaa tu. Anyway after baking, the texture tu Oklah for both cakes. Tapi maklang tak puas hati jugak! Malu aje, nak ajak orang makan pulak tu...Berdoa dalam hati semuga rasa dia OKlah hendaknya!

It was almost 12:00pm by then, so maklang cepat2 tumiskan untuk nak buat spaghetti. Nasib baik ada ramai yang tolong. Thanks to Alang, Bibik and Along. Kalau tak, sure gelabah punya. Spaghetti tu untuk nak buat lunch as well as for the dinner. Wan Pari and family arrived about 1:00pm and we jamu dia spaghetti.


After that maklang lepak2. Tengok Tok Uncle and Wan Pari buat tasbih dia. Then around 3:30pm, maklang ke dapur tengok apa nak buat lagi. Kalau ikut plan cuma tinggal buat ayam aje, tapi bila tengok kuah spaghetti, maklang buat lagi. Budak2 ni kalau makan memang tak ingat . Memang feberet they all spaghetti ni. Then mulalah sessi nak marinate ayam pulak. Halfway, Along pulak yang marinate ayam and bakar ayam. Maklang sempat jugak goreng popia Vietnam ( bukan dari Mulan eh...)yang maklang dah freezekan entah bila dan hidang kan untuk minum petang. Nasib baik Dhirah ada tolong, kalau tak mau jem terok kaki maklang. Alhamdulillah at around 7:30pm semuanya dah siap and kami tinggal tunggu guests aje. Maklang pun naik solat maghrib dan bersiap.

The first to arrive was Ibu Saradengan kueh abuk2 dia, then Rina, then Mulan and last sekali kak Liza. Dia tiba bila orang lain dah mula makan. Sebelum tu, semuanya berkenalanlah...Bapa2 aje yang berkenalan, mak2 macam maklang, Rina dan Mulan macam dah lamanya kenal. Seronok kan. Ibusara, masih baru lagi dan dia pun seronok dapat jumpa Mulan. Dunia ni kecik dan rupa2nya anak Mulan sekelas dengan anak Ibusara. Seronok tak terhingga. After the dinner, kaum bapa duduk kat ruang tamu sementara kaum ibu pulak masih di meja makan. By this time kaum bapa pun macam dah kenal lama. Cerita pasal kerja masing2. Kerja pulak dalam bidang yang sama. Jadinya rancaklah perbualan nya. Mak2 pulak kalau tak cerita pasal anak2 cerita pasal masak2 ler and shopping etc and cerita pasal kan ke best kalau kakak kita yang kat Singapore tu ada! Sebab Kak Liza lewat, maka kami teman kak Liza makan. Suspense jugak ni chef terkenal FP datang makan ni. Malu aje, takut tak sedap. Tapi Alhamdulillah kak Liza suka and mintak resepi lagi. Seronot Maklang. Sementara ibu bapa sibuk berbual, anak2 semuanya dah berlari2 kat padang rumah maklang. Main kejar2 dalam gelap. Sampai lencun lah baju bujang maklang!

Sebab besoknya anak2 sekolah, maka at around 10:30pm semuanya mintak diri nak pulang.I wish they could stay longer... Kak liza was last sebab anak Kak liza mintak nak makan ayam lagi. Seronok rasa sebab anak2 Chef suka ayam yang maklang buat! Maklang dan Cik Abang duduklah sembang sambil tunggu anak2 kak Liza makan.


It was an enjoyable dinner. Maklang dan Cik Abang enjoyed menerima tetamu. Harap2 mereka pun enjoy the food...Takut maklang kalau mereka tak enjoy the food. Moga2 akan ada lagi pertemuan yang mendapat berkat lagi untuk para bloggers kat pantai timur ni, InsyaAllah! BESTnya..Thanks to all kerana sudi datang ke Teratak Maklang... Jemputlah datang lagi eh...


Ibusara dan family...Sementara menunggu ketibaan tetamu2 lain.

Ha...Mulan dan Rina tengah sembang apa tu agaknya tu..

Ini antara makanan yang maklang jamu..simple aje...sedap tidak tu kena tanya yang makan laa.. Saje ambik gambar dari jauh...takut kakak kita terliur pulak...ampun..ampun kak, I usik je tau!
yang kat pinggan kat ujung tulaa kueh abuk2 dari IbuSara, sedap! Katanya ikut resepi dari maklang dulu...

Tetamu2 sepesel tengah menjamu selera.
Cik abang sedang melayan tetamu

Lagi tetamu2 sedang makan. Tu kamera kak Liza tu sedang menanti untuk nak snap gambar apalah tu agaknya...

Blueberry Cheesecake.

Blueberry cheesecake, Strawberry Cheesecake dan Coklat Cake dari Rina. Thanks...
Rajin Cik Abang maklang layan tetamu.

Strawberry Cheesecake. Daun2 chocolate tu hasil kerja Alang dah Angah..Ada2 aje kerja mereka...
Maklang pulak tengah gunting ayam untuk di servekan

Zaiyan dan Mulan...enjoy tak food tu?
Anuar, Izat dan Ibu Sara
Chef terkenal kita...tak kira, I letak jugak gambar dia dan tak mau buang ye kak...
Alang ada jugak...


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...

Labels: ,

22 Comments:

At January 13, 2008 at 9:44 PM, Blogger Kak Elle said...

wow best nya dapat berkumpul begini....

penuh semeja maklang dan kek ada 3 sekali ..ada simpankan saya sepotong tak?

kenapa gambar semua jauh2?zoom lah lain kali eh

 
At January 13, 2008 at 9:50 PM, Blogger tulipurple said...

wahhhhhhhh.......sungguh seronok pertemuan berkat ini ek,esp d fooooooddddd.
bestt aaa maklang nie...sggh murah hati dan rajin gitu.
nnt sy nak jadi tetamu leh order tak menu..keh keh,byk songeh lak sy nie ek....
anyway,semoga bertambah rezki maklang sekeluarga...dan sure2 itu 'nona singapura' tersedak2 semlm.
ramai rupernye bloggers dr east coast yek.

 
At January 13, 2008 at 10:02 PM, Blogger Ajzie said...

wahhhhh best nya dapat berkumpul bersama2... Ini boleh buat reunion blogger di Tergganu kite nih..

 
At January 13, 2008 at 10:02 PM, Blogger silversarina said...

salam.

Thanks a million for the dinner.. the food semuanya yummmmmyyyy sangat.

Nanti kita jumpa di Kemaman pulak ye...

akak kat singapore tu kata malam tadi dia asyik sendawa je....

I tak berani nak letak gambar kak liza dari depan takut kena saman...hahaha.

 
At January 14, 2008 at 10:39 AM, Blogger Mulan said...

thanks maklang... sampai pagi esok kami kenyang. zharif enjoy dgn kenkawan baru. marsha makan spagheti 3 kali tambah.. seronok betol, kalau anak tak sekolah, mau sampai pagi borak2 tu kan..

kak elle... bila nak join??

 
At January 14, 2008 at 2:41 PM, Blogger Kiah Kardashian said...

wa mak langggggg....camni saya nak pindah kerteh ah...

 
At January 14, 2008 at 3:30 PM, Blogger Qaseh Bidadari said...

bestnyer strawbeery cake tu maklang...

pos lah kat kite sikit...

sedapnyer...

kat secret recipe ado x?

 
At January 14, 2008 at 4:29 PM, Blogger zlaa said...

Amboi..gathering bloggers ye? Jealous..jealous..

 
At January 14, 2008 at 5:20 PM, Blogger cikMilah said...

Amboi...bestnya macam jumpa kawan lama, terliur tengok kek tu...Ceria2 semuanya ya. Ayam nya pun amat menggiurkan!
Thanks fo the invitaion , makLang, InsyaAllah oe day kita jumpa. Kita dok intai-intai sungguh dengan placemate MakLang tu...cantik!

 
At January 14, 2008 at 8:07 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

memang best, tapi kalau akak ada lagi best and gamat!

kek tu dah nak habis. kalau simpan pun,nak tunggu akak datang, berkulat lah pulak!

tulipurple:

seronok..seronok...tapi rasa cam tak puas sebab sekejap sangat. Kena arrange lagi makan2 cam ni. Enjoy sangat!

ajzie:

kalau azie ada tentu lagi meriah. kalau ramai2 maklang kena pasang khemah pulak! tak muat dalam teratak maklang ni..he..he..

 
At January 14, 2008 at 8:10 PM, Blogger maklang said...

rina:

your are most welkam...kalau nak arrange kat kemaman boleh jugak, ajak kakak kat sg sekali!

kak liza dah kasi permission, tu yang maklang tepek aje gambar dia!

mulan:

seronok kalau tengok tetamu makan berselera, hilang penat memasak! memang iye kalau anak2 tak sekolah, mau sampai ke dinihari tu!

zakiah:

jom lah pindah!:)

 
At January 14, 2008 at 8:35 PM, Blogger KakNi said...

Seronok kan dapat jumpa kawan2, lepas tu dapat makan sedap2 pulak.... mmmm .....

 
At January 14, 2008 at 8:58 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Mak Lang, kenyang sungguhlah makan malam tu, sorrylah balik awal sikit dr yg lain coz esok budak2 nak sekolah, kalau besok tu hari cuti, kan best...nanti plan buat kat rumah sy pulak ya...

 
At January 15, 2008 at 8:57 AM, Blogger MAMAMIA said...

Sampai 3 bijik kek!!! Kalah bday party...

Strawberry cheesecake tu very the tempting..

 
At January 15, 2008 at 10:38 AM, Blogger yusztiey said...

salam...
bercucuran ayo liurrrrrrrr tgk menu maklang masak ri ni...kena lalu singgah kerteh ni kalu balik kg melaka...hehehe

 
At January 15, 2008 at 11:40 AM, Blogger Mama Rock said...

wahhh! ini pertemuan berkat makcik-makcik bloggers nih!

 
At January 15, 2008 at 2:10 PM, Blogger cikdinz said...

tak jemput kita pun....

 
At January 15, 2008 at 3:14 PM, Blogger NBK466 said...

Patut ler tak jumpa N3 baru rupernya MLang setiap tahun buat satu blog baru..rajinnyer.. Banyakknyer kek..satu kek utk satu family ker?

 
At January 15, 2008 at 4:53 PM, Blogger sakurasa said...

Gathering bloggers.Woo….more food!!! i like Strawberry Cheesecake...

 
At January 15, 2008 at 8:52 PM, Blogger Norabella said...

Mak Lang, seronok nya jumpa kengkawan..ada pulak celebrity chef tu. Sampai harini Nora masih refer ke FP kak hanieliza bila buntu apa nak masak..dan pastinya sedap!

 
At January 17, 2008 at 6:03 PM, Blogger D said...

Lambat lagik!! Tapi nak komen jugak. Jelessssssssss... Food sedap, company pun syok. Yang lagi syok, dapat tengok muka-muka celebrity bloggers (Mulan included!).

 
At January 17, 2008 at 7:31 PM, Blogger Mak Teh said...

Mak Lang, sedapnya blueberry cheesecake! Mai sepotong! ( ikut iklan, mai secewan! He,he!)

 

Post a Comment

<< Home