Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Wednesday, January 9, 2008

Selamat BerMaal Hijrah..

Assalamualaikum...


Pertama2 sekali, maklang nak ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429. Moga2 tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik lagi..InsyaAllah..

Siang tadi sebelum masuk tahun baru 1429,kami sekeluarga telah berkumpul untuk sama2 berdoa akhir tahun dan seterusnya sesudah azan maghrib kami berdoa awal tahun pulak. Kemudiannya kami berjemaah solat maghrib dan membaca Yassin. Moga2 tahun ini adalah tahun yang lebih baik dari tahun lepas dan moga2 kami mendapat kejayaan di dunia diakhirat nanti, InsyaAllah...Amin...

InsyaAllah besok pagi2 lagi kami akan ke Kemaman untuk menghantar Datok ke stesen bas. Dia kata nak naik bas sebab dia suka naik bas! We let him enjoy what he likes to do. Walau pun kami akan meneruskan perjalanan ke KL selepas tu dan boleh drop Datok kat rumahnya di Kuantan, kami tak sampai hati untuk tidak menunaikan permintaan Datok. Berkali2 dia dok stress.."Abah nak naik bas". So, naik bas it is.

Maklang dan Cik Abang pulak kebetulan ada kerja di KL lagi. Anak2 tak mau ikut sebab hari Jumaat nanti Hakim dan kakaknya, Maya, nak masuk taekwando. Alhamdulillah Pak Omar dapat tolong hantarkan mereka. Lepas aje urusan kerja selesai pada Jumaat pagi, InsyaAllah, kami akan bertolak balik. Mana lah boleh nak tinggalkan budak2 ni lama2. Lagi2 pulak yang kecik 2 tinggal.

InsyaAllah, kami akan menerima tetamu2 istimewa pada hari Sabtu ini. Tak sabar nak tunggu and mintak2 apa yang diplan untuk nak dijamu menjadilah hendaknya...Menunya rahsialaa...Kita tunggu apa yang menjadi..he..he..

So, untuk tidak menghampakan semua, maklang paparkan gambar2 lauk tengahari tadi...




ayam goreng kunyit



Sawi tumis dengan daging. Ini specialty Bibik. Sedap sekali ini. Resepi nya InsyaAllah akan maklang taipkan kemudian.

Sebenarnya nak letak ayam goreng tadi kat dalam kuah ni. Its a mixture of Melayu and Omputih. Sebabnya ada all the rempah tumis, ada serai, ada lada merah, ada lada kering, ada tomato buah, bawang merah dan bawang besar blend, halia blend dan juga tomato paste. Lepas tu maklang curahkan red beans..teringat kat resepi OO..tapi ini adalah variety of Ayam masak merah. Takut nak campur semuanya sebab takut tak sedap, tapi rupanya cik Abang makan sampai menjilat jari! Alhamdulillah...

Hati lembu goreng rempah. Datok suka sangat!

That's all for now...Selamat berMaal Hijrah dan bercuti!:)


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...

Labels: , ,

11 Comments:

At January 9, 2008 at 11:12 PM, Blogger Ajzie said...

Mak Lang......
wahh sungguh menggiur kan hati lembu mu itew...

P.s
Siapa tetamu istimewa sabtu ini? Boleh Ajzie nak meneka. Kak Rina ker? or Mulan ker or Nisak n Mynn ker? Apa2 pun kirim salam utk teman blogger jika betul tekaan ajzie..

salam buat maklang n family

 
At January 10, 2008 at 12:03 AM, Blogger mizzwanda said...

a'kum mak lang..hehe hepy new year to u n ur luvly family..terliur tgk m.langnya masakan..yum2

 
At January 10, 2008 at 12:33 AM, Blogger arsaili said...

salam maal hijrah may this new yr grant us a wonderful year and bless from ALLAH

 
At January 10, 2008 at 1:48 AM, Blogger tulipurple said...

wahhh...maklang,mmg selera tgk ati lumbu itu,lama tak mkn coz hubby tak mkn internal organ nie...uishh terliur nengok.

murahhh rezki maklang...ramai tetamu dtg ke teratak...bw rezki tu!

 
At January 10, 2008 at 5:38 AM, Blogger Kak Elle said...

ni berduaan lagi ke KL macam dah plan aje eh....haha

sayang nya saya tak bolih hadir bersama maklang sabtu ni...tapi bila makan2 tu ingat lah kat saya di sini eh maklang?kirim salam pada semua:)

salam maal hijrah maklang semoga tahun baru membawa seribu rahmat.

 
At January 10, 2008 at 6:51 AM, Blogger cikMilah said...

Salam Maal Hijrah Maklang & Family,
cikMilah pun suka naik bas dari Kuantan-Kerteh/KT. Picturesque fishing village, 'wow" sceneries...Dah lama tak ku susuri laluan itu....

 
At January 10, 2008 at 7:32 AM, Blogger maklang said...

Ajzie:

Memang betul tekaan Ajzie tu, 2 out of 4 tu betul! 10 markah!

Maklang pun suka hati lembu tapi cuma masak 2-3 bulan sekali sebab anak2 dan Cik Abang semuanya tak makan. Cuma maklang dan bibik aje!

mizzwanda:

Waalaikumsalam...

Selamat bermaal hirah jugak. Lama betul tak nampak kelibat mizzwanda!

Arsaili:

SAma2lah kita:)

 
At January 10, 2008 at 7:35 AM, Blogger maklang said...

Tulippurple:

Seronok nak menerima tetamu. Seronok nak layan tetamu. Memang suka kalau orang datang ke rumah..

Bila Tulipurple nak singgah kat sini pulak tu? Jemputlah ke mari ye!

Kak Elle:

InsyaAllah bila Kak Elle ke mari, boleh lah kita makan2 lagi ye!!Nanti kalau ada rezeki kita jumpa masa CNY!

Cik Milah:

Kalau rindu tu datanglah sini! ingin nak bertemu Cik Milah!

 
At January 10, 2008 at 6:12 PM, Blogger simah said...

memang bahaya betul masuk blog mak lang ni... bahaya dari segi air liur akan terliur..tapi itu yg best masuk sini..

mak lang tak teringin ka terbit buku resepi ka...? mesti ramai kawan blogger esp akan beli...

 
At January 11, 2008 at 12:34 PM, Blogger Qaseh Bidadari said...

maklang,
terliuq mama tgk lauk2 tu..dah lapar nih...mane nak cari lauk mcm mak lang ni...
adess...

 
At January 11, 2008 at 10:49 PM, Blogger aNIe said...

Salam Maal Hijrah buat Maklang sekeluarga...

 

Post a Comment

<< Home