Yogya lagi...2nd last.
Assalamualaikum…
Maklang ni dah tiba dari KL malam semalam. Kami keluar dari KL sekitar jam 4:00ptg. Terus aje ke rumah Pak Chu untuk ambil kereta. Kenalah naik taxi dari KLIA. Bayarannya agak mahak. Rm 77!. Kopak! Tiba kat rumah Pak Chu, selesai aje Cik Abang kemas barang2 dalam boot, kami bertolak menuju ke MRR2. Hajatnya nak berhenti makan ‚tengahari’ kat kedai yang ada kat situ. Mulanya nak singgah makan satay kat Restoran Hj S@muri, tapi Cik Abang tukar pikiran. Kami makan kat Restoran Kel@nt@n kat situ. Sedap. Tambah pulak perut ni lapar. Lagi lajulah jadiknya!
Sesampai kat rumah sekitar jam 9:30malam, si tembam Maklang tu, dah berlari ke pintu pagar. Kelihatan betul keceriaan dia. Ternampak jelas dari senyum nya. Rindunya Maklang kat anak2. Maya pun ikut sambut. Along pun sama. Cuma Angah aje tak ada sebab dia ke tuition…Lega nampak mereka. Yang tak leganya pinggang dan kaki maklang yang berdenyut2 ni. Almaklum, travel jauh2 ni memang menyebabkan pinggang ni jem kembali. Sebelum berangkat menaiki pesawat dah rasa tak sedap. Agaknya sebab asyik berjalan selama 3 hari ini membuatkan maklang rasa terlalu letih!. Semoga pinggang dan kaki ni bertambah baik, InsyaAllah!
Kita sambung cerita yang lepas ye!
Day 1:
makan ni gerai ibu Ning. Cik Abang enjoy betul Gado2 dia...memang sedap!
Ini nasik goreng Jawa. Sedap
Lepas makan kami ke Galeri Pak Ariffin. Seorang pelukis yang sangat terkenal di Jogja.
Kreatif betul. Ini dia atas meja makan di restoran hotel. PADI tu!
Dari N3 lepas...
Macamanalah tak rasa takut kat Keraton tu. Banyak sangat patung2. Seram menengokkan. Bagi maklang yang memang lemah semangat ni, dan penakut, rasa takut tu ada aje. Masa kat situ sambil2 tengok barang2 lama tu, baca2 jugak Ayatul Kursi dan lain2 doa. Manala tahu kan..
Lepas dari Keraton kami ke Taman Sari. Taman Sari ini adalah swimming pool lama yang telah tidak digunakan lagi. Ada 2 pool untuk anak2 raja dan 1 lagi khas buat raja dan permaisuri. Ada jugak tempat persalinan ( changing room).
Ini gambar Barong. Barong ini konon menghalau benda jahat. Macam tu lah lebih kurang...Tengok pun dah serem!
Ini di salah satu galeri yang mempamerkan barang2 yang digunakan oleh sultan2 terdahulu.
Nak jugak ambik gambar hydrangea ni..geram sangat.
Ini di Taman Sari
Tempat persalinan raja2
Selepas itu kami ke fabrik batik. dapat jugak lah tengok how batik was processed. Ingatkan datang sini murahlah batiknya, tapi bila tengok memang tak termampu maklang. Mahal banget! From there kami ke toko lain. Kat sini harga2 batik tu boleh tahanlah. Cik Abang ada beli 2-3 helai. Maklang pulak dok beli yang sepasang dengan Cik Abang. Entah bila nak hantar jahit.
ada gaya tak jadi pelukis batik
kedai tempat beli batek
tempat makan kat kilang silver. Ada jugak hangkut beberapa bentuk cincin dan gelang tangan untuk anak2 dan ibuda tercinta . Gambar ini bersama dengan tour guide kami.
Ini masa nak balik baru ambik gambar
sawah padi terbentang di sana sini...
Day 3: Pagi2 kami bertolak ke Borobudur. Jauh jugak sekitar 30km dari Yogya. Masa tengok Candi memang wonder camanalah orang dulu buat. Tak silap mereka mengambil masa yang sangat lama untuk nak buat nya. Kat dinding2 banyak ukiran yang menceritakan tentang penghidupan Buddha.
Tengok tu tinggi betul.Kami naik sampai tingkat paling atas iaitu tingkat 10.
Ini kat tingat 6 atau 7. Tengok betapa besarnya yang macam loceng tu. Dalam setiap loceng tu ada patung Buddha. Tak silap ada 253 patung Buddha. Tapi kebanyakkan kepalanya tiada sebab samada gempa atau di curi.
Tengok betapa besarnya chandi tersebut
Ini on the way nak balik...singgah sebentar nak ambik gambar .
otw balik, kami singgah makan kat kedai yang sama macam semalamnya... antara ceramics lukisan tangan yang dijual
Berbackgroundkan Gunung Merapi yang meletup in 2006. Boleh tahan sejuk kat sini. Nyaman gitu!
OTW back kami singgah beli Salak pondoh. Memang manis. Nasib baik dapat bawak balik.
Sempat ambik gambar pokok salak. Macam kelapa sawit.
Tu buah salak. Buahnya kat pangkal pokok. Ambil gambar untuk nak tunjuk kat anak2.
Sampai takat ni dulu..nanti maklang sambung lagi. Ngantuk sangat dah ni..agaknya lepas buat reflexology punya pasal kot...Sakit tapi lega sikit rasa...walau tak pulih lagi...tapi bolehlah tahan...
Untuk komen yang tak berjawab tu, nanti maklang usahakanlah ye...Take care..
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Labels: Cuti2
14 Comments:
Tak sakit ke kaki maklang mendaki borobodur tu?
ewah2 org berhoneymoon ni nampak ceria sekali kan?
ada belikan saya ole2 tak?hahaha
Nanti sambung cerita ya MakLang..seronok baca cerita jalan-jalan ni...
Kak Elle:
Sakit jugak pinggang ni. Cik Abang tersayang dol pimpin jelah...nak naik tangga yang cerun pun susah. Takut terjatuh aje sebab tak dapat nak control kaki. Tapi ALhamdulillah jalan pelan2, Oklah sikit!
Ole2? Nanti kalau datang, maklang kasi lah, InsyaAllah...
Cik Milah:
Entah bila boleh sambung. Masa type entry semalam tersengut2! Masih letih lagi ni...and pinggang serta kaki ku masih parah!:(
alahai gembiranya maklang berhoneymoon.. dah matang ni lagi best berdua2an kan. seronok ummi tenguk gambar2 tu. rasa nak pergi jugaklah..
hmmm pesallah semua blog orang berdua2an je hah..buat ummi jeles je.
tumpang seronok tengok gambar akak dan pak lang!
eiii barong tu menakutkan lah!
Maklang...Seronoknya orang tu 'berhoneymoon'...cantik2 pemandangan dan tempat2 peranginan kat sana. Tengok gambar Barong tu bukan bende jahat aje takut...kita pun naik seram dibuatnya...akak ni kalau tempat tu byk patung2 & topeng memang rasa seram tapi mcamaner agaknya orang yang suka mengumpul topeng2 kat rumah diorang ye?
Tu Chandi Borobudur kan?
Akak suka buah salak...especially yang manis...rangup...
Selamat Kembali Maklang...
dan juga...
SELAMAT HARI JADI buat Maklang...semoga dipanjangkan usia...dimurahkan rezeki dan semoga kaki yang sakit tu akan beransur sembuh...Insyaallah...
uishhh...selamat ari jadi maklang???!
ape2 pun..terpancar kegumbiraan dan kepuasan berhoneymoon itew di raut wajah.
best best...kite tunggu sambungan yg terakhir laks.
Mak Lang len kali kalau ke KLIA tumpang keta kat rumah sya aje.. dr KLIA naik cab ke rumah sya 26 hengget aje.
Sya tak caj mahal parking kat rumah cuma RM 1 k sehari.. ha ha ha.. tak delah gurau je
bahagia nye ngk mak lang n husband...
ummi:
seronok memang seronok...tapi merindui jugak yang 4 kat rumah tu...tiap2 malam nak dengar suara mereka...
best jugak dapat manja2 and dapat sepenuh attention dari Cik Abang..kalau kat rumah tu, nak cakap pun asyik ada aje yang nak kacau..he..he...
Sabar ummi...tak lama lagi balik lah tu...dapat lah berenam...he..he...
OO:
Kami memang enjoy, tapi penat betul jalan2 ni..tak ada masa rehat!
Memang seram!
Kak lady:
Terimakaseh nyanyi tadi..suara Hetty Koesendang pun kalah...he..he..
Memang kak...berhoneymoon dan tua2 ni seronok jugak...
Tulip:
Terimakaseh...
Alhamdulillah it was a fun and exciting honeymoon! :)
Sya:
Lain kali tu entah bilalah agaknya kan!!...InsyaAllah ada umur dan rezeki nak gak pergi jenjalan lagi...tapi hangkut yang 4-4 tu kot!
Fera:
Alhamdulillah setakat ni kami bahagia :0}
happy birthday mak lang!!
wah...cerianya pasangan kekasih ni.. seronok tengok gambar ni semua... bahagianyaaaaaaa masyallah...
buah salak...walaupun kelat....sedapppp
lama dah tak tengok buh salak..
Re-visiting.....just to wish Maklang a happy birthday. Semuga panjang umur dalam kesihatan yang baik, amalan yang soleh dan berkat bahagia besama yang trsayang-sayang-sayang....
Post a Comment
<< Home