Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Sunday, May 4, 2008

Salam dari Yogya..Part 2

Assalamualaikum…

Maklang masih berada di sini….Sememangnya kalau di sini ya…belanja memang menyeronokkan. Yang paling best Cik Abang memang memastikan yang isteri nya ini seronok dan enjoy percutian ini. Apa saja yang di minta pasti dia angguk aje…he..he.. Dia seronok jugak memberitahu kenalan yang kami ke sini kerana menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 17...rasanya lambat lagi tu...lebih baik kalau di kata, ulangtahun pertunangan..he..he..sebab kami bertunang pada akhir bulan May 1991!

Katanya sebab maklang ni tak sihat, itu yang dibawa berjalan..dan bershopping sebab dengan bershopping memang hilang dan lupa sakit kaki ini. Tapi kami di sini bukan nya shopping terus. Lawatan tempat2 bersejarah, seperti di Keraton, Taman Sari, tempat pembuatan batek dan juga ke Chandi Borobudur juga sempat kami pergi. Kami juga berkesempatan pergi ke kawasan Gunung Merapi. Pemandangan memang indah sekali. Kami berharap dapatlah kiranya kami diberi rezeki untuk ke mari lagi bersama anak2 kami yang dirindui…

Kat sini maklang buatkan cerita tanpa gambar ye...lembab sgt nak upload. Nanti kat Mesia maklang upload lah ye...



Hari pertama:

Kami tiba di Yogyakarta sekitar jam 10:50 pagi waktu tempatan dan dijemput oleh Pak Abdurrahman dari Indo Travel. Surprise jugak sebab kami disediakan dengan seorang tour guide bersama seorang Pak Supir dan sebuah MPV Suzuki. Baru pulak tu. Nama pak supirnya ialah Pak Herman. Dari airport kami di bawa ke hotel. Selesai urusan check in, kami pun berehat sebentar. Jam 1:oo tengahari kami di jemput oleh Pak Abdurrahman untuk keluar makan siang. Disebab makan siang ini tidak termasuk dalam package, Pak Abdurrahman membawa kami ke Gerai Ibu Ning. Sebuah kedai yang menghidangkan makanan tradisional Jawa. Memang sedap betul gado2 dia...and teramat lah murah harganya. Makan 6 pinggan untuk 4 orang termasuk minuman, baru 51 ribu rupiah..Memang lumayan...

Dari situ kami ke Museum Pak Arifin, seorang pelukis yang sangat terkenal. Letaknya cuma beberapa km dari hotel kami.

Petang itu kami pulang dan berehat. Malamnya kami dijemput lagi untuk makan malam di Chicken Herz..ala2 makan kat Rawa or Hanamasa...OK jelah. On the way balik ke hotel, Maklang sempat beli seterika sebab hotel tak provide seterika. Kalau dah press baju by hotel kena 16K ++/ piece. Kalau nak gosok for 5 days. Fengsan ler. Seterika baru 57.5 K!

Hari ke 2:


Semangat pagi tu. Lepas Subuh kami ke sauna. Bestlaa...Berpoloh di buek eh. Then selesai makan pagi, kami dijemput untuk ke Keraton. Tempat ni sebenarnya istana Raja. Rasa semacam aje kat tempat ni. Tak tau kenapa....

Nanti sambung lagi ye...

I miss my anak2 sooooo much..Beli ole2 pun kebanyakkan untuk mereka aje...


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

13 Comments:

At May 4, 2008 at 11:24 PM, Blogger CikguZue said...

Sudah sampai Yogya rupanye, Mak lang....tgh Honeymoon lagi. Best tu...
Saya pernah ke area Indon, pegang duit juta2. Best rasa jadi jutawan jap...hehehhe.

 
At May 5, 2008 at 6:05 AM, Blogger tulipurple said...

fuiyoooo..best aaa paklang bagi 'ubat' cuti dan shoppin mcm tu.
bestlah maklg dah bley berjln berdua2an mcm tu..sy lambat lg lah.
moral of the story,anak2 yg dirumah gak yg untung..hehe mak shoppin utk diorg jer.
semoga bergumbira dan berbahgia maklang&paklang.
ape lagi..layan lah sauna & urut hari2 maklang.

 
At May 5, 2008 at 8:49 AM, Anonymous Anonymous said...

Bestnya.. rehat puas2 maklang..minta cik abang belai.. hihihi

 
At May 5, 2008 at 12:09 PM, Blogger cikMilah said...

Selamat berhoneymoon ye maklang& paklang..Enjoy yr self sementara ber-dua-duaan ni.. Best nya bersauna...semuga sakit pinggang dan kaki sembuh terus....

 
At May 5, 2008 at 1:18 PM, Blogger ummu asiah said...

Wah...mak lang..bertuah punya badan..walupun sakit2...dapat treat dari suami..jalan2 berdua, shopping2 lagi..selamat bercuti dan bershopping. Moga balik nanti hilang sengal2 di badan.

 
At May 5, 2008 at 2:03 PM, Blogger silversarina said...

Memang betul 2nd honeymoon ni ...

biar relax dan melancong betul-betul baru puas , kaki sakit tak pe tukang urut ramai kat sana...

terbayang shopping best nya :)

 
At May 5, 2008 at 8:09 PM, Blogger Kak Elle said...

cepat update maklang nak dengar cerita yg belum habis tu.

 
At May 6, 2008 at 11:59 AM, Blogger AuntieYan said...

Salam Mak Lang....insyaallah Auntie akan ke Jakarta dan terus ke Bandung juga pada hari Kamis ni...rasa macam excited sangat nak pergi. Dah ada duit juta-juta ni...:-)

 
At May 6, 2008 at 6:05 PM, Blogger aNIe said...

Maklang dah sampai Yogya...amboi...lama tak melawat sini...tau tau maklang dah terbang...honeymoon lagik...

Selamat Bershopping maklang...harap2 kaki tak sakit...kalau tak...tak syok betul kan?

 
At May 7, 2008 at 1:02 AM, Blogger Unknown said...

Salam maklang,

Seronoknya gi jalan2 :-) Sukalah baca cerita2 travel ni, walaupun tak dapat experience sendiri, leh jugak berangan hehe

 
At May 7, 2008 at 9:36 AM, Blogger IKHWANI said...

boleh imagine akak shopping kat sana..

Syok nya Pak Lang bawak pi jalan-jalan; ni early birthday present ker? ke nanti ada lagi yang lain??

Bila nak balik gamaknya ni?

 
At May 7, 2008 at 2:34 PM, Blogger Mak Su said...

naper rasa semacam ek maklang di istana raja tu?

 
At May 7, 2008 at 4:39 PM, Blogger simah said...

mak langgg....d kids will be alrite! dh besar gajah dah depa tu... just enjoy ur *honeymoon* dengan pak lang!! :0)

cant wait for d photos... :0)

p.s... mintk mintak l masa saya kat mesia kita boleh jumpa...hopefully 13-16 june tu mak lang ada meeting kat kl :0)

 

Post a Comment

<< Home