Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Saturday, February 2, 2008

Stress

Assalamualaikum....


Seronok gak duduk rumah ni and lepak2 kan.Jarang2 maklang buat camni. Tapi dalam lepak2 ni adalah jugak benda2 yang siap. Cushion Shikin dan siap. Beg purple dah siap. Beg Ida dah siap satu dan telekong purple pun dah siap.Semuanya kena nak kemaskan lagi aje. Masak pun Ok aje ari ni. Semuanya smooth early in the morning.


Tapi dah tengahari ni rasa stress pulak. Tak pernah umur maklang stress bila menjahit. Hari ni pulak jadik macam ni. Sebabnya ialah maklang dah tersangkut kat Grey's Anatomy. Ada Season 1-3. Mana taknya..lama dah maklang tunggu Busu belikan, ni baru aje dapat masa jumpa Busu masa Atok balik dari Mekah ari tu. Bestnya...Si Along bengang aje sebab tak dapat nak tengok sebab kena belajar..kesian dia. So, sebab stress ni takut mengeffect kaki ku yang sakit ni, maka maklang terpaksa berenti sat and melayan DVD..he..he...(jahitan ni sambung nanti cuti panjang Raya Cina nilaa...rasanya tak kemana2...nak tunggu orang datang rumah pulak...)
Antara coklat cake yang Ucop nak...ada yang melimpah dari bekas nya.
Nasi ayam goreng, buat breakfast bersama sambal kacang ikan bilis
Udang dan sotong goreng paprik dengan kacang boncis
Asam pedas ikan tenggiri
Telur dadar...semuanya lauk semalam.

Dan hari ini terrajin nak masak nasik tomato pulak. At first tak ada idea, langsung terpikir nak masak ni...Sedaaapppp kata Along. Payah nak dapat dia puas hati kalau mak dia masak, sebab doa selalu perasan dia dah terror masak. Tapi kalau mak dia masak tak sedap pun, dia makan banyak jugak. Kalau sedap , lagilah terok!


Ini nasi tomato denga kormak ayam dan asar mentah Dalam pada rest n relax ni, sempat jugak maklang mulakan jahitan untuk beg Wan.


InsyaAllah petang ni maklang pi Dr. ye...and hopefully elok lah sakit kaki ku ini!




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...

Labels:

15 Comments:

At February 2, 2008 at 4:01 PM, Blogger Kak Elle said...

oh CNY ada tetamu nak dtg ye maklang?jadi kalau saya jadi ke KL tak jumpa lah ye?

Lauk smlm best juga tu dua hari ni dapur saya tak berasap...smlm pun makan mlm kat luar...hari ni cuma masak kan bapak bubur ikan aje..tengok lah mlm ni kalau tak penat masak makan sorang2.

hopefully lutut tu baik jgn dah pi doctor ubat tak makan pulak...hahaha

 
At February 2, 2008 at 5:10 PM, Blogger Sofinee Harun said...

Assalamualaikum Mak alang. Selalu juga jenguk teratak amak alang ni. Saja nak promote my blog. seronok baca blog mak alang sebab it's real life blog. Anyway, I'm a friend to Dr Hairin in coventry before. Send my salam to her. Tell her I'm sorry sebab tak contact dia. If she can send email to my email..sofie_75@yahoo.co.uk.

 
At February 2, 2008 at 6:58 PM, Blogger silversarina said...

Stress sure hilang lepas tonton Grey's Anatomy, my favourite program.

I pun baru ni masak nasi tomato sebab tak jumpa sebab maya sebut nak makan , memang nasi tomato sedap dan simple.

 
At February 2, 2008 at 10:59 PM, Blogger zino said...

maklang..
kalau ikut plan mem..pagi2 sabtu tu kami akan bertolak ke ganu semula.. dia nak sambung soping kat kuala..

 
At February 3, 2008 at 12:07 AM, Blogger Mulan said...

lorrrrr... ya ampuuunn.. lupa maklang takleh makan benda2 sejuk..!! kesiannya maklang.. harapnya dah sembuh tu..!!

 
At February 3, 2008 at 11:20 AM, Blogger Cat Cat said...

Wah maklang, terliur Cath nampak nasi goreng ayam & sambal kacang ikan bilis... Kalau rajin, Cath nak masak sambal ikan bilis & freeze them this weekend.

 
At February 3, 2008 at 9:51 PM, Blogger tulipurple said...

uwaaaa...sedddaapppnye muffin cekelat ituuu.ihiks'..nnt jumpa doc amik tak pic doc itu..hehe.moga semua dlm keadaan yg baik..take care maklang!

 
At February 3, 2008 at 10:51 PM, Blogger mak aji said...

Assalamu`alaikum Mak Lang,

Seronoknya tengok mak lang ada hobi yang boleh buat duit dan boleh hilangkan stress. Saya ni kalau stress, ubatnya t.i.d.u.r.! Kalau buat benda lain nanti jadi bertambah stress.
Harap kaki mak lang yang sakit itu cepat sembuh.

 
At February 4, 2008 at 3:04 AM, Blogger Faizah said...

kenapa leh stress pulak ni..
xpe..pas tengok grey's anatomy sure ilang stress tu..mak lang minat x desperate housewives?Saya mmg minat sangat..heheh

 
At February 4, 2008 at 4:59 AM, Blogger Unknown said...

Salam Mak Lang...
Terliur teman di pagi buta ni tengok makanan yang Mak Lang masak tu... sob sob sob... lapar pulak.

 
At February 4, 2008 at 7:10 PM, Blogger Mak Teh said...

Mak lang, kalau mak teh buat kerja macam mak lang mak teh tentunya lebih stress. Macam mana mak lang boleh buat kerja macam-macam tu?

 
At February 4, 2008 at 7:14 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

kalau jadik, memang ramailah kat rumah ni. cadang2 nak buat BBQ bila family datang. Tapi kalau Zino nak datang, tak tahu lagi nak masak apa...

Dah pergi Dr. dan dah makan ubat...tapi tak baik pun lagi!

Finie:

Waalaikumsalam Finie. Terimakasih kerana nak singgah. Baru aje cakap dengan Ereen tapi lupa nak sampaikan salam...

Rina:

Nasik tomato tu nampak sedap...kat sini petang dah selamat! Malam Cik Abang makan kasi habis. Kira hari tu, lakulah nasik tomato maklang!

 
At February 4, 2008 at 7:18 PM, Blogger maklang said...

Zino:

Kalau sopping tu jangan lupa kami kat Kerteh ye..

Kami menunggu ketibaan rombongan Cik Milah!

Mulan:

Tak pe..tak pe...Doa ajelah moga2 kaki ni cepat baik ye...

Cat:

Sambal kacang ikan bilis tu memang sedap kalau makan dengan nasik panas kan!

Tulip:

Tak teringat pulak nak ambik gambar Dr. Kang Dr suruh pergi Tg. R pulak sebab pergi Dr. nak mintak ubat, bukan nak pi ambik gambar dia..he..he..he..

 
At February 4, 2008 at 7:20 PM, Blogger maklang said...

Mak Aji:

Memang seronok tau ada hobi boleh buat duit..

Kaki masih sakit lagi ni...

Faiza:

Maklang suka kedua2 cerita tu...DH tu tak dload lagi...

OD:

Lama tak nampak OD. Rindus!

 
At February 7, 2008 at 2:57 PM, Blogger D said...

ish.. stress saya tengok juadah yang terhidang. (bila aku nak buat nih??)

 

Post a Comment

<< Home