Assalamualaikum
Ini maklang nak menulis. Kalau terlarat nak baca, bacalah...kalau tak larat, tak apa...I ray-le!
Wiken lepas memang sibuk betul. Hari Jumaat lepas balik pasar sibuk kat dapur. Sampai pukul 3 ptg baru boleh rehat. Mana taknya pergi balik dok hantar anak2 taekwando. Itu aje dekat 1 jam in total. Then petang, I was busy with the RE. Ingat nak buat untuk Wan Sara. Alhamdulillah dah dekat nak siap pun. Buat RE untuk nak dijadikan kusyen. Kalau sempat nak buat jugak untuk Kak Yudi, tapi tak tahu lagi nak buat apa...Tengoklah kalau masa mengizinkan!
Cik Abang tiba from KL, lewat malam. Pukul 11:30 rasanya. Pergi naik kereta lain, balik naik kereta lain. Terperanjat jugak bila dia bawak kereta lain. Kereta kompeni aje. Bukan kereta sendiri. Anyway, Angah was the one so very excited nak tunggu Abah balik. Mana taknya, dia tunggu jam tangan dia. Wah seronok sangat. So, sekarang ni, jam tangan setiap masa kat tangan dia. Mandi je tak pakai jam. Angah...Angah...
Hari Sabtu, maklang tak tahu nak masak apa. Keluarkan daging salai dari fridge and masak lomak kuning. Tak kaw sangat sebab letak cili padi sikit aje. Then buat pergedil and tauhu sumbat. Terkejar2 nak masak sebab bujang tak sabar nak ke Kemaman. Dah janji nak bawak dia pergi beli present for his upcoming birthday. Kalau dah berjanji, jangan harap nak terlepas.
So, off we went to Kemaman. Sementara maklang bawak dia carik maynan dia, Cik Abang pergi beli mentol lampu. Then maklang heret dia nak belikan pyjamas. Susah betul nak cari baju. Maklumlah comei sangat budak ni! Kesian, baju power rangers semua tak muat! Last2 belikan pjamas, kain koton gambar Mr. Bean. Sepasang RM10.90 aje. Belilah 2! Then belikan kakak2 dia pakaian dalam yang dah lusuh. Then, kami meneruskan perjalanan ke the Store. Ingat nak carik baju Hakim lagi. Puas pusing, tak dapat jugak. Last2 dapat baju mak Hakim. Lepas hantar Hakim kat Cik Abang sebab ingat nak pergi gunting rambut (tapi tak jumpa pulak kedainya!), maklang ronda lagi. Ingat nak carik hadiah untuk seseorang yang akan menyambut harijadi dia minggu depan ni. Alhamdulillah lepas puas menelek, maklang jumpalah apa yang mudah nak di pos. Tapi sekarang ni maklang tengah nak letak benda lain..personalize konon...harap2 si dia suka lah nanti.
Then kami pergi carik mej makan untuk nak ganti kat dapur tu..Kalau nak tahu, meja makan tu dah ada sejak Cik Abang bujang lagi...dekat 20 tahun kot! Kerusi2 pulak dah 2 kali tukar. So, we bought the whole set, one meja with 8 chairs kat kedai Gheta tu...
So, today, we had our first makan at the meja.

Dapat seloyang kueh serimuka feberet maklang tadi. Asalnya kawan nak pulang bekas isi lauk. Sebab tak ada apa2 nak kasi dia kasi maklang seloyang. Rezeki lah tu. Dapat jugak kawan2 sedepartment merasa. Bila maklang balik petang tadi, tinggal sepotong aje!

Ini set makan kami. Hakim snap gambar jadik gelap betul!
Actually, maklang baru aje balik dari makan2 kat gerai depan rumah. Menurut tuan punya, gerai tu baru beroperasi about 4 months ago. Boleh tahan makanannya, rasa dan harga. We went ber5 sebab Angah pergi kelas malam kat sekolah...

Maklang sauk kaftan aje..tak kosa nak bersiap!

Maya pun sama...tu sibuk nak tengok orang masak. Sebab kami ni memang teramatlah jarang makan kat luar, so macam jakun sangatlah anak2 ni!

Mee hoon Ladna (RM3.50)~ mula 2 pinggan then jadik 3 sebab Hakim tak tahan pedas nasi goreng ayam. Mana taknya penuh dengan lada burung!(RM 4)

Ini nasi goreng USA. Sama base as nasi ayam tapi ada telor goreng plus daging merah aje. Rm 5 aje


Ini sibujang tengah tengok menu!

Sementara tunggu makanan tiba...sempat jugak mintak Abah ajar math!




Geram punya pasal...maklang letakkan lagi gambar bunga i...Meleret2 atas tanah!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...
Labels: Jalan2, Makan