Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Saturday, January 5, 2008

Tetamu Yang Tak di Duga

Assalamualaikum...


Pagi tadi masa maklang tengah menjala roti untuk nak makan tengahari, maklang terima panggilan talipon dari seseorang. Si Hakim yang tidur kat bilik maklang malamnya mengangkat hp tu dan bawak ke bawah. Tak sangka sungguh balasan maklang kat chat box maklang berjawab dengan panggilan talipon. Rupa2nya Ina dari Paka yang talipon. Dia kata nak datang ke rumah sebab nak tengok contoh telekong.

Apalagi menggelabah lah maklang sebab masa tu masih tak bersiap. Ingatkan lepas2 masak barulah nak bersiram, maklumlah kalau dah satu jam depan api memang lah akan berpeluh balik! Apalagi lepas menggoreng mee teow buat breakfast. Sure badan dah bau makanan. Memang maklang tak suka.

Lepas aje maklang letakkan talipon tu, maklang pun berlari ke atas, mandi dan bersiap. Main sauk aje jubah dan tudung. Tak dan nak siap betul2 dah kedengaran bunyi kereta kat bawah. Cik abang pulak tak ada. Dia keluar beli paper dengan Datok. Lama betul! So, terpaksalah mintak bibik yang bukak pintu dan maklang terus turun lepas dah siap.

So, kami berkenalan. Ina dan suami serta anak mereka dijemput masuk. Ina kata dia dah mengikuti blog maklang selama 2 tahun...he..he..Lepas berbual sambil tengok2 telekong, maklang jemput mereka makan. Rezeki mereka hari ini, kebetulan maklang tengah buat roti jala dan ada jugak cheese cake yang maklang buat pagi semalam. Maaflah Ina kalau roti jalanya tertawar sedikit. Maklumlah masa buat tu maklang tak rasa lagi roti nya. Tau2 anak2 kata tawarlah..mak! Kami sempat jugak ambil gambar masa Ina nak balik. Cik Abang sampai betul masa mereka nak bertolak balik. So, turun and salam2 dan dapatlah maklang snap sekeping dua gambar buat kenangan. Nanti kalau Ina senang, datanglah lagi ke rumah maklang ye...Jangan serik. Dan disebabkan order Ina tadi, petang tadi maklang dah mula menyulam telekong balik. Terimakaseh kerana dengan kehadiran Ina tadi semangat maklang nak sulam telekong dah datang balik. Syukur Alhamdulillah...





Ini sepotong blueberry cheesecake...Memanglah seeeddddaaaapp sangat! Masa potong waktu makan malam cheesenya tak keras lagi. Tengah malam lebih kurang pukul 12:00am, adalah dua insan mencuri makan cheese cake! Teruk betul!

Tengah2 dia lembik sebab masa nak bakar cheesecake ni, air buat nak bakar cake ni termasuk dalam adunan cheesecake. Anway, tak ada beza pun ke smoothan cake tersebut! Yeayyyy...jadik dan begitu enak sekali!




Kuey Teow goreng buat breakfast pagi tadi.


Ina, suami dan Athirah,anak tunggal meraka bersama Cik Abang dan FIL.

Lepas Ina balik, maklang sempat buat roti berinti epal. Intinya Along yang buat. Kami ikut arahan buku, tapi kami letakkan sedikit cinnamon, Sedap betul.



Roti cinnamon



Roti jala. Dapatlah ina merasa...
Terimakaeh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...

12 Comments:

At January 6, 2008 at 5:52 AM, Blogger Kak Elle said...

sedap nya roti jalan tu maklang macam nak buat aje hari ni plak...hehe

saya tengok atok kuantan susut sikit badan nya....sihat ke atok maklang?

rezeki dtg melimpah lagi eh maklang alhamdulillah kan?

 
At January 6, 2008 at 9:53 AM, Blogger silversarina said...

salam rindu,

I'm back...yeye...

Makin vogue blog maklang.
InsyaAllah kami sefamily akan ke sampai ke mahligai maklang... nak rasa bun apple tu....yummyyyyy.

 
At January 6, 2008 at 10:35 AM, Blogger tulipurple said...

wahhh,maklang da bersemangat blk wat telekung,it's a verry gud sign!hehe..alhamdulillah.
kalo sy nak jd real life guest di teratak maklang gak leh tak?
aduishhh...sodapnye itu cake,bun etc....slurrppp~~~~!

 
At January 6, 2008 at 8:28 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

roti tu memang sedap. Dah habis pun..

Datok Kuantan tak berapa kuat sekarang. Dia sihat, Alhamdulillah..

Ye kak, rezeki akan datang kalau kita berusahakan..

Rina:

Rindu...memang lah rindu...bila nak datang Teratak Maklang?

Vogue sebab ada magazine vogue kot!

Salwa:

Semangat dah datang, tapi sibuk pulak dengan anak2 buat homework. Lepas tu kaki pulak cramp semacam, tak leh bengkok...

Sudah tentu boleh datang Teratak Maklang. Bila agaknya harinya ye???

Tadi petang, ingatkan balik kerja bolehlah makan the cake, tapi dah selamat! Sedih betul!

 
At January 6, 2008 at 10:12 PM, Blogger Mulan said...

eeiiyy... geram betol tak dapat pi umah maklang lagi ni. berebut kereta je ni.. nanti settle kami terjah umah maklang ya.

 
At January 7, 2008 at 8:45 AM, Blogger zino said...

maklang..
kalau rombongan ke kota baru balik singgah kertih aci tak ? hehe

 
At January 7, 2008 at 9:07 AM, Blogger Helena said...

sedapnya tgk juadah di sini..... ni nak kene gi breakfast cepat2 ni.... hehe

 
At January 7, 2008 at 12:43 PM, Blogger cikdinz said...

dalam menggelabah tuh, menu tetap takde kesian....hehehee...
ingat nak pergi jugak lah umah mak lang.dapat makan best....

 
At January 7, 2008 at 4:51 PM, Blogger Qaseh Bidadari said...

ala...maklang ni..

teruja saya tgk roti jala tu...

terliuq di watnyer...

 
At January 7, 2008 at 7:55 PM, Blogger maklang said...

Mulan:

So bila free? Maklang tak sabar nak jumpa awak!

Zino:

Ketibaan Zino serombongan kami nantikan...bila nak sampai agaknya tu. Beritahu cepat2 ye..senang maklang nak plan masak apa..

 
At January 7, 2008 at 7:57 PM, Blogger maklang said...

Helena:

So, breakfast makan apa tadi?

Cikdinz:

Menggelabah lah tu...kalau tak mau hidang beriani gam kot..he..he..he..

Jemputlah singgah sini ye...

mamaranggie:

buat ajelah roti jala tu...senang aje..

 
At January 8, 2008 at 8:31 AM, Blogger Nik Farizah said...

sedapppp nya nampak cheesecake and bun tu...kalau dekat saya pun nak gi rumah mak lang. By the way, boleh mak lang share resepi cheesecake and bun tu??? nak cuba2 buat...mana tau menjadi..

 

Post a Comment

<< Home