Geram
Assalamualaikum...
Dalam pada kita penat2 baru balik kerja ada pulak dapat call.
"Hello! Can I speak to Puan H?
"Yes, ni saya"
"How are you today?"
"I am OK." Dalam hati dah agak ni mesti credit card punya orang call.
"I am calling from ABC insurance. Are you still using this Mcf card?"
"Yes. Kenapa?" Dalam hati dah bengang dah. Entah kali keberapa orang card ni dah call.
" As you know now the rate of crime is very high..bla..bla..bla..."
" Sorrylaa, saya tak mau laa. Dah banyak kali dah your office call me. I tak maulaa"
"Tapi Puan, insurance ini bagus bla..bla..bla..."
"Saya tak maulaa..Saya tak mau lah..." I can hear that nyonya was smiling. Sakitnya hati maklang.
"Please lah saya tak mau. I just came back from work and I am so tired!. Ok. Bye!" Maklang terus aje letak phone. Hangin betul dibuatnya...Silap hari nyonya tu call. I did not intend to be rude, tapi kalau macam nak paksa paksa ni memang jadik sakit hati dan geram!
Cik Abang sempat sound. Kasarnya bunyi! Bukan kasar, maklang just nak put a stop to that. Dah entah kali keberapa agaknya orang tu call. Dah kita tak mau, tak maulah. Nak paksa pulak. Dahlah tengah penat baru balik rumah. Tak taulah, sekarang ni memang berleluasa betul orang call mintak masuk insurance itu dan ini. Bukan maklang sorang aje, tapi ramai jugak kengkawan kat office yang kena. Apasal entah. Kadang2 memang malas nak layan!
Anyway, that was about an hour ago. Now maklang dah sejuk sikit dah. Baru lepas mandi and nak tunggu solat maghrib jap lagi.
Sebab dah sejuk ni, boleh lah maklang cerita pasal masakan tadi pagi.
These were the 5 bekals for all 4 kids and beloved. Today buat kentang oregano mixed with gajus and sosej.
Bila Cik Abang balik tengahri tadi dia kata....Hmmmm...Sedap betul breakfast. Seronok dengar! At least appreciate jugak masakan isteri dia! TQ...
Sebab dah guna oregano, maka ayam yang dah diperap dengan bawang putih, bawang merah dan halia yang digoreng ni maklang tumiskan dengan bawang besar, lada hitam, oregano dan sedikit tomato sos. Kacau2 dan masukkan garam. Then balik2an dan boleh makan dengan nasi ~ yang ini untuk anak2 yang tak tahan pedas
Untuk suami pulak, maklang buatkan Chicken Cashew Nut. Pedas betul lada kering tu.
OO ~ Almost ready dah. Tapi bila nak jahit jadik beg tak tahulah...Sempat jugak sambil tengok cerita kat PC ni, maklang menjahit OO punya RE. Ni kalau boleh nak sambung jahit manik kat kusyen Syikin, then start tulip untuk Salwa dan Tulip juga untuk Ida...Mintak2 sempat lah siap sebelum end of the month. Jawabnya wiken ni menjahit ajelaaaa....
Terimakaeh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...
13 Comments:
maklang relax ler jgn marah2...tadi pun saya dpt call dr ABNAmbro Bank kata nak hantar platinum card to me by courrier...mak oi bial masa saya dapt gaji beratus ribu nak bagi platinum card...told thanx but nothanx .pot pet pot pet akhir nya I just thanx u and bye....senyap..
wow that kentang oregano recipe bolig bagi tak?
Salam Maal Hijrah Mak Lang.
Alamak! Mak lang, mana entry yang lama-lama? Saya belum sempat baca jawapan mak lang.. kan saya ada tanya pasal resepi ayam bakar... hu hu hu....
salam mak lang..semoga tahun 2008 ni membawa kebahagian dan kerahmatan Allah..uiksss jgn la geram...not a good start for 2008 ek..uhuhu
kak Elle:
Geram sebab macam nak paksa. Dia orang ni kalau kita tak berkeras, asyik pok pet aje..malas nak dengar ..entah dah berapa puluh kali!
Kentang oregano punya resepi ada kat blog masak tu. Kali ni maklang tambah sosej pulak!
Ahni:
Salam Maal Hijrah untuk Ahni jugak! Moga tahun akan datang ini akan lebih baik untuk kita semua, InsyaAllah..
Jangan risau..Link kat entry last year ada kat sebelah kanan atas Dari Teratak Maklang ~ 2007, dan resepi ayam bakar ada kat blog masak maklang.
Arsaili:
InsyaAllah...geram..memang geram..sekali sekala nak kena geram gak..kalau simpan kat dalam...takut membakar diri...ewaah...:)
MakLang,cikMilah pun selalu geram gak dulu - at the end hati kita sakit sendiri, orang tu tak tau pun! Bila ingat2 balik dia buat gitu pun sbb cari rezeki. Kesian pulak, mana lah tau yang call tu single parent ke...Dia orang ni kalau kita marah, pandai jer nak mengayat. The best is answered them professionally with FIRM voice."I am not interested. Thank-you" . cikMilah tambah lagi.."bye..I love you". Mesra alam gitu.hi hi hi. Selalunya dia mati kutu dan off! Cuba lah!
hehehehe..memang pun orang insurance selalu kacau2 - ada yang polite dan ada yang paksa2..kalau professional tu dia akan tanya dulu, boleh tak dia nak cakap dgn kita at that time..selalu tu kalau kita cakap tak free, dia tanya bila dia boleh call balik. Selalu saya cakap kalau pasal insurance, not interested. Then habih cerita.
Tapi ada last 2 weeks kot, ada sorang mamat ni rude sungguh - dah la time solat maghrib masa tu..tak professional betul - terpaksa jadi rude!
Sedap nampak bekal budak2 tu...ni boleh lah tiru ni! untung ada blog ni kan? boleh share2 ilmu..ada lah idea sikit kalau kebuntuan nak bekal apa untuk anak2..nanti nak gi beli sosej petang ni.
RE tu cantiklah kak warna ros tu! Nak jadi beg tu tak kisah lah bila. Take your own sweet time kak.
Selamat Tahun Baru 2008 Maklang ...
Salam Maal Hijrah 1429 :-)
Semoga Maklang sekeluarga bertambah bahagia dan sentiasa dalam rahmatNya.
Kentang oregano ... wow!
kami pun pernah kena dulu.. depa call 3-4kali ... sampai terkasar cakap... macam tak faham2 plak depa nih kan.. kalau org kata tak mahu tak mahu ler kan....
Kentang oregano..... fuihhhhh boleh cuba nih.. tentu sedapp..
kentang oregno.. kebetulan baru jer beli oregano nak buat kuah spaghetti.. boleh buat ni.. agaknya bebudak suka kot..
salam tahun baru buat mak lang.. jangan stress sangat..
jgn naik angin mak lang..nanti depa call lagi jugak..these people know no stop to it..
saw kentang oregano kat blog kak elle.. n datang sini..more food..hahahah ..
tapi la kan..family mak lang bertuah sebab mak dia memang creative betul... ur cooking memang universal cooking..tak tersekat kepada hanya masakan melayu..tu yg mengancam tu!
jahit jgn tak jahit mak lang!! (with proper lighting of course..) tak mau la nanti spek mak lan tebal gila kan?
salam maal hijrah mak lang!
HeHeHe.. tak pe, mak lang.. salesperson ni memang gitu. kalau kita kasi can dengar, silap-silap hanyut gak!
Selamat Menyambut Tahun Hijrah yang baru.
Cik Milah:
Gelihati maklang baca komen Cik Milah tu..Terimakasehlah banyak2 ye..tapi maklang tak cakap kot I love u itu!
OO:
Memang best blogging ni kalau kita ambik positively! Maklang pun enjoy...
Ialah...I will take my own sweet time.. bila sempat nanti maklang jahit.
Bunga Rampai:
Selamat Tahun Baru jugak...
Ajzie:
Lain kali kalau mereka call kita cakap Rusia nak..mesti dia letak fon tu!
Zareda:
Selamat Maal Hijrah untuk Zar jugak
Maklang kalau buat spaghetti sos, suka campur BBQ soss untuk nak dapat 'rasa' dia...macam2 pesen orsng boleh buatkan..
simah:
Alhamdulillah boleh lah masak sikit2. Tapi kadang2 buntu jugak nak masak untuk budak2 ni. Tak seme suka the same recipe. Tapi itu oregano kentang, memang menjilat jarilah mereka makan!
Post a Comment
<< Home