Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Thursday, January 3, 2008

Di manakan ku cari ganti

Assalamualaikum...


Mata ni dah ngantuk. Penat agaknya. Tadi ke Kuantan ada meeting. Tiba kat Kerteh dah petang. Maklang singgah kat office baru sekejap. Lepas tu terus aje balik. Kalau balik opis pun rasanya tak buat apa2 kot. Tapi bila tiba rumah, ada pulak call dari opis KL. Dah pulak kena explain kerja2 kat orang tu.


Lepas tu yang bestnya dapat berbual panjang dengan orang yang baru balik Malaysia dan sekarang menetap kat Kerteh. Siapa lagi kalau bukan Cik Mulan kita. Katanya dia dah balik Malaysia since 26/12 tak silap. Sekarang ni duduk kat Awana selama 2 minggu lepas tu baru pindah ke rumah sewa. Tapi Mulan kata di sedih sangat2 tengok rumah sewa dia teruk sangat. Padahal dah beritahu tuan rumah tu mintak betulkan rumah dia tu. 2 bulan lepas dah mintak betulkan dan cat rumah tu tapi bila datang tengok rumah tu, dia nangis. Sedih tengok rumah yang masih tonggang langgang dan kabinet rumah tu ada yang nak roboh. Mana taknya, kalau rumah tak settle, macam semuanya tak settlelaa... Nak buat macamana, sabar ajelaa...


Maklang ni macam malas aje nak jahit RE. Kecewa sebab masa orang dok sibuk countdown on New Years Eve, maklang tengah menjahit dan simpan jarum tu. Disebabkan oleh mata dah nak lelap sangat, maklang terus aje letakkan jarum RE maklang tu kat barang2 lain kat atas stool maklang tu. Bila maklang nak jahit semalam, jarum kesayangan itu sudah tidak ada! Sedihnya...Dimanakan kucari ganti.... Puas korek sana sini tak jumpa! Sedihnya...Rasanya tak hilang sebab jarum tu besar. Kalau iye pun Bibik sapu takkan tak perasan jarum tu kan..


So semalam, terpaksalah maklang guna jarum lain. Tak best jarum tu.Tangan jagi pecah2. So, nampak gaya lambat lah lagi nak siapkan RE yang lain2...


Anyway,maklang ucapkan Selamat Berwiken...I nak relaaaaxxx....

p/s : InsyaAllah dalam seminggu dua nanti ada benda baik nak berlaku dalam keluarga kami...Alhamdulillah kalau ianya menjadik! Ramai orang akan gembira rasanya...:)

Labels:

13 Comments:

At January 3, 2008 at 9:33 PM, Blogger Kak Elle said...

kirim salam kat mulan maklang kalau jumpa dia ye? lama tak berita dr dia winduuuuu

wah berita gembira????maklang nak dpt menantu ke?hahaha.....oh ada durian runtuh dr langit?or maklang nak timang lagi satu babyyyyyyyyyyyy ........ hehehe

apa2 pun saya menunggu

 
At January 3, 2008 at 10:39 PM, Blogger cikMilah said...

Salam Maklang, hati-hati ye kalau nak duduk atas stool tu, jarum tu kalau terselit in between kelepet pun kita tak perasan, kot tercucuk..Selamat berwiken.
Apa lah agaknya berita baik tu...bunyi macam orang nak datang meminanaang yo! he he he..( kepoh la pulak)

 
At January 3, 2008 at 11:33 PM, Blogger aNIe said...

Alahai ...siannya mulan...tak baik lah orang tu kan...dahlah mulan balik dari jauh...jadi macam tu plak...

Salam to Mulan...dari kak lady

 
At January 4, 2008 at 1:18 AM, Blogger tulipurple said...

erkk....bahye tu maklang,bak kata cikmilah...takot tercucuk,mcm sy dulu gatai dok cucuk jarum sat ateh karpet tgh jahit bj,pehtu nak duduk blk tercucuk kat lutut senirik..aduishhh!
uishh...suspen nie..apekah berita gumbira itu :)

 
At January 4, 2008 at 3:54 AM, Blogger YuszTieY said...

SELAMAT THN BARU TO MAKLANG SEFAMILY...TAK SABO TUNGGU BRITA GEMBIRA TU...LAMA TAK ADER GAMBO MAKANAN LAZAT NI.. .OK

 
At January 4, 2008 at 3:56 AM, Blogger YuszTieY said...

SALAM
SELAMAT THN BARU...TAK SABO TUNGGU BERITA GEMBIRA TU...MANA GAMBO MAKANAN LAZAT2 KAT UMAH MAKLANG NI...LAMA TAK MUNCUL..HEHEHEE

 
At January 4, 2008 at 8:17 AM, Blogger Nik Farizah said...

mcm tak sabar je nak tahu apa berita gembira tuh.....dapat naik pangkat kot??

 
At January 4, 2008 at 9:11 AM, Blogger sakurasa said...

Salam kenal n Selamat tahun baru buat Maklang

 
At January 4, 2008 at 10:51 AM, Blogger MAMAMIA said...

Bila baca title, tak sangka barang yang nak dicari ganti tu kecik aje.. Yalah, kalau dah sayang, benda kecik pun, banyak value dia. I Understand...... Gunalah metal detector, mana tahu boleh jumpa...

 
At January 4, 2008 at 3:32 PM, Blogger simah said...

bila benda baik tu menjadi..jgn lupa announce yea akak?

alahai..kesiannya dengar cerita mulan tu..kalau akak elepon ngan dia lagi..tolong kirim salam yea?

semoga akak jumpa jarum kesayangan akak cepat... bila benda mcm ni hilang...mood pun hilang kan?

 
At January 5, 2008 at 12:14 AM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

InsyaAllah kalau jumpa dia maklang sampaikan salam akak kat dia. Bila taktau lagi sebab dia sibuk ke sana ke mari. Tak selesai lagi urusan kerja suami dia..

Berita itu tentang kehidupan seharian aje...tunggu dan sabar ajelaa...

Cik Milah:

Entah kat manalah jarum tu. Kesian dia. Malam tu maklang letakkan atas stool tempat letak barang2 jahitan. Sekarang tengah sedih sebab tak jumpa2 lagi. Habis dah di geledah dan sapu tak jugak jumpa. Jarum tu besar macam 3 batang mancis tebal dia. Mustahil kalau sapu boleh tak nampak! Kena minta Allah tunjukkan kat mana dia...

Nak menerima menantu tu mungkin 10 tahun lagi...sudah pasti bukan Cik Milah ku sayang..


Kak Lady:

Aha kesian Mulankan..

Kalau jumpa nanti maklang sampaikan salam akak kat dia...

 
At January 5, 2008 at 12:18 AM, Blogger maklang said...

Salwa:

Memang bahaya kan, tapi InsyaAllah tak ada atas stool tu...entah kat manalah tu terselit!

Yus:

Masak sempoi2 ni malas pulak nak ambil gambar. Tapi tadi siang ( Jumaat) maklang dah letakkan gambar makanan lagi.


Nik:

Lebih kurang macam tu laa...tapi rasanya tak tepat lagi!

 
At January 5, 2008 at 12:20 AM, Blogger maklang said...

sakurasa:

Selamat datang ke Teratak maklang jugak...Sudi2 lah singgah selalu...:)

mamamia:

maklang pinjam metal detector tu boleh tak?

simah:

Selamat kembali Simah...

Memang bukan mood aje ilang, tapi jari jemari pun sakit sebab tak dapat lagi adjust the jarum!

 

Post a Comment

<< Home