Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Friday, January 4, 2008

Kenyang..

Assalamualaikum...


Maklang tengah seronok ni. Tapi taklah melompat2 sangat. Perut pulak kenyang. Mau muntah kang. Berita yang kami tunggu tu dah pun tahu keputusannya. Alhamdulillah..Syukur. Bila maklang beritahu Atok dan Wan malam semalam masa mereka call dari Mekah, Wan dan Atok pun mengucap Syukur yang panjang....Alhamdulillah kata mereka... Tapi buat masa ni maklang tak boleh share lagi dengan kawan kat sini. Suspense sikitlaa...Tengoklah 3-4 minggu lagi boleh masuk kat blog ni kot.... Tapi sementara tu, maklang mintak tolong doakan semuga menjadiklah benda ni. Ialah...kita merancang, yang lain Allah yang menentukannya.


Tadi pagi masa maklang tengah seronok nak jahit bunga untuk tempahan beg sidia, Cik Abang dah tanya nak makan apa breakfast. Baru 7:30pg. Ingatkan nak beli kat Pasar tani aje tapi since dah tanya rasa bersalah pulak kalau tak buat sebab dah tugas isteri nak siapkan makanan. So, terpaksalah maklang putuskan concentration maklang dan turun siapkan cucur buat buah hati maklang ni. Maka in setengah jam siaplah cucur sotong berkentang sepinggan. Sedap and seronok tengok suami makan makanan yang kita masak.


Sebab tak puas makan nasi ayam masa ke Kuantan semalam, maka menu hari ni adalah nasi ayam. Maklang rebuskan 2 ekor ayam dan kemudian roast dan grill ayam. Maka makan tengahari tadi telah membuat mata dan segala urat2 ni nak tidur kekenyangan...

cantek tak ayam tonggek ni...

sayur campur

salad dan kuah2nya

sepinggan Nasi Ayam buat Datok (FIL)..Alhamdulillah kata Datok...

sekerat jalan aje, lepas ni can continue kalau segala urat nak gerak and kalau mata tak lelap...OO tunggu eh...


InsyaAllah malam ni Cik Yah nak datang betul2kan urat2 yang dah reput ni macam Jo kata tadi pagi...



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

12 Comments:

At January 4, 2008 at 8:02 PM, Blogger Kak Elle said...

hari ni baru 4hb friday napa N3 u dah saturday 5th pulak?

kenapa lah nak simpan berita baik tu lama2 bagi ler tau .... hahaha

 
At January 4, 2008 at 8:48 PM, Blogger maklang said...

OOoooppppssss....tersilap ler tu..I dah betulkan..

InsyaAllah early Feb maklang ceritakan...kalau panjang umur!:)

 
At January 4, 2008 at 9:17 PM, Blogger Norabella said...

Mak Lang...nampak gaya cam nak sambut orang baru jer...eh??

 
At January 4, 2008 at 11:50 PM, Blogger cikMilah said...

Isyy... otak ni tak terfikir yang lain dah....tapi nak teka, malu! Apa pun, jaga diri ya Maklang dalam happy happy tu....InsyALLAH hi biiznillah...menjadi seperti yang Maklang harapkan. Kita doa dari jauh....

 
At January 5, 2008 at 12:22 AM, Blogger anggerik merah said...

susupense betul pasal berita tu...akan menanti..

sedap tengok ayam golek ...apa saja makanan maklang tunjuk memang sedap.

 
At January 5, 2008 at 12:41 AM, Blogger zino said...

ingatkan gambar yg last tu boleh makan jugak hehe

 
At January 5, 2008 at 7:00 AM, Blogger maklang said...

Nora:

sangkaan mu meleset...cuba teka lagi!

Cik Milah:

Dalam happy memang ada keraguan...ialah belum adik lagi! Doa2 semuga menjadi kenyataan..InsyaAllah


AM:

InsyaAllah bila dah jadi kenyataan, maklang akan ceritakan ye...

Ayam tu memang sedap...jemputlah makan sama...

Zino:

Kalau nak makan boleh jugak..he..he..he..

 
At January 5, 2008 at 9:19 AM, Blogger tulipurple said...

yummyyy!sodap hingga menjilat jari...untung org2 di rumah maklang...mcm2 masakan ada.
erkk....lamanye lg nak tau berita gumbira itu,wateva it's semoga semenye berjalan lancar dan termakbul...ameeennn :)

 
At January 5, 2008 at 11:04 AM, Blogger MAMAMIA said...

Suspense saya memuncak... Apa2 pun saya doakan yg terbaik utk Mak Lang?

Jarum dah jumpa?

 
At January 5, 2008 at 11:19 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang pregnant ya..???? **senyum2 kambing**

 
At January 5, 2008 at 3:43 PM, Blogger IKHWANI said...

dah start buat kita punya..yayyyyy!

uish, saspen jer nak tunggu cerita rasmi about happy news nih..InsyaAllah mudah2an jadi kenyataan nanti..

 
At January 14, 2008 at 2:02 PM, Blogger Unknown said...

salam utk maklang...saya suka tengok food kat blog ni..& berkenan tgk ribbon kreatif yg maklang buat..nak order boleh?kalau boleh, maklang email la njnurul@yahoo.com

 

Post a Comment

<< Home