Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Wednesday, January 2, 2008

Hadiah Tahun Baru

Assalamualaikum...


Tahun 2008, dah pun menjelma. Kami macam biasa aje. Tak ada sambutan apa. Cuma berdoa moga2 tahun ini menjanjikan yang lebih baik untuk kami sekeluarga dan juga teman2 seperjuangan.

1.1.08

Pagi2 lagi maklang dah keluar dari ofis menuju ke sekolah. Hari ini maklang kena attend taklimat untuk murid2 darjah 1. Ye, bujang maklang dah darjah satu dah tahun ini. Suka ada, risau lebih lagilah. Mana taknya, rasa macam dia tak boleh aje nak berdikari. Maklumlah, tiap2 hari kena layan macam putera raja. Tak maklang, kakak2 dia, tak kakak2 dia, bibik pulak layan. Kalau tak pun nanti Cik Abang yang melayan dia. Bukan layan apa, layan kalau dia nak makan. Dia kalau makan memanglah comot dekat setengah muka dia!


So lepas dah mengattend the taklimat, maklang pergilah mendaftar dia. Then Maya, then Angah. Along datang kat Maklang mintak duit sebab dia kata lambat sangat nak daftarkan dia. Selesai semua tu maklang pun baliklah ke pejabat. Sekejap aje di pejabat, Cik Sarina kita talipon kata ada barangan dari Kakak kita kat Singapore. Rina hantar sampai kat ofis. Bukan itu aje, ada jugak ole2 dari Singapore dan Egypt dari Rina. Untuk kedua2nya maklang ucapkan ribuan terimakaseh...Macamana nak balas ni...

hadiah dari Aunty Elle...TQ...Dapat masa tahun baru pulak tu...kiranya hadiah menyambut 2008 laa... Itulah yang dinamakan rezeki datang bergolek




hadiah dari Rina

Malamnya pulak, maklang sibuk dok isi borang untuk darjah satu. Sampai lengoh jari jemari maklang nak siapkan semua. Lepas tu sempat jugak buat RE untuk Syikin. Ada sikit lagi nak siap. Lepas tu kena buat untuk Tulipurple di Putrajaya dan Ida dari Batu Burok, dan OO dan Makteh EL, dan kawan kat opis dan untuk diri sendiri sekiranya tak ada tempahan lagi.


2.1.08

Pagi2 lagi Angah dah kejut kami. Entahlah malam tadi letih bebenor. Cik abang pulak tak dapat tidor sebab kena sakit perut. Agaknya sebab makan Propesrity burger tu pedas sangat agaknya.

Anak2 semuanya excited nak ke sekolah. Pagi tadi maklang yang menghantar mereka ke sekolah. Besok dan seterusnya will be Cik Abang sebab pejabat dia dekat dengan sekolah anak2. Si Hakim yang excited sangat. Tapi mak dia pulak risau sangat...




Ini Hakim dan Along. Gelap lagi kat luar tu. sekitar pukul 7 pagi.






Cik Abang pun keluar sekali untuk ke pejabat.


Ini anak2 dengan Mimi. Mimi ni best friend Angah. Dia tumpang sekali dengan kami hari ni dan besok.



Maya ku sayang...Comei aje...



Hakim baru duduk kat kelas. Masa ni loceng belum berbunyi lagi.



Tengah beratur untuk ke perhimpunan


Ini lepas waktu rehat. Lepas perhimpunan, maklang balik ke ofis dan datang semula masa waktu rehat.




Lepas rehat tadi seronok dia. Danial kawan Hakim dari tadika yang sama, tapi berlainan kelas.



Ceh...aksinya bukan main, nasib baik tak juling mata dia!



Tengah simpan barang bekal dalam beg





Ini masa waktu rehat. Tengah makan sardin roll. Sebelum mak tiba OK aje. Bila mak dia sampai, terus mintak tolong bukakkan botol air. Ketat kata dia.
P/S: Blog ini masih lagi dalam construction. Ingatkan nak buat template lain, tapi tak pass lagi. All the links semua nanti kena buat balik. Try to copy and paste from the previous blog tapi tak menjadi. Tak tahu apasal. So please be patient ye... Maklang pun tengah garu kepala nak siapkannya...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang.

Labels:

5 Comments:

At January 2, 2008 at 9:50 PM, Blogger Kak Elle said...

hahaha ... barangan dari saya ciput aje lah maklang...yg Rina bagi tu lagi best nampak:)tapi laundry basket disney cantik eh....hehehe

ni nak tanya sekolah2 kat kerusi meja macam tu ke?lain berbeza dari sekolah2 di sini...

sekolah menegah tak payah pakai baju putih eh? nampak Along punya colourful dan juga Angah.

wah tahun baru rumah maklang pun berganti baru juga:)

 
At January 2, 2008 at 10:54 PM, Blogger tulipurple said...

uish..thn baru wajah baru..sy gak tak dpt nak launch blog senirik lg.
mak lang,sy tak abis lg baca N3 yg lama2 tu...jgn lupe letak balik tau..hehe.
tgk paklang dah mcm nak g sek gak lah..hehe mcm librarian,maklum la muka awet muda ek maklang..
anak2 maklang seme cute2 orgnye...... :)

 
At January 3, 2008 at 7:18 AM, Blogger maklang said...

kak elle:

kalau kumpul dari dulu, mana ada ciput...melambak!
memang barangan disney tu memang cantek2. Anak2 suka benar! And the chocolates dah tinggal separuh. Ada yang nak sembunyikan, takut orang lain makan sampai habis!

ye, kerusi meja kat sini macam tu lah.

Angah pengawas perpustakaan dan Along pengaws sekolah menengah. Sebab tu baju kaler2. Maya dan hakim baju biasa aje...

Rumah aje baru kak, langsir dan karpet lama tu. Perhiasan pun lama, tak tahu bila boleh buat baru...hi..hi..
salwa:

launch lah blog tu. Maklang dan Kak Elle dah lama tunggu ni..

Links untuk ke blog lama semuanya adakan...

anak2 tu cute tembam ikut mak bapak ler...he..he..

 
At January 3, 2008 at 9:34 AM, Blogger Nik Farizah said...

A'kum Mak Lang,

dah lama sebenarnya saya baca blog maklang nih...suka sungguh dengan cerita2 maklang, pasal family, masak2. Rumah maklang pun cantik sungguh...

salam kenalan dari saya....

 
At January 3, 2008 at 11:08 PM, Blogger maklang said...

Nikfarizah:

Terimakaseh kerana sudi nak singgah kat blog maklang..sudilah datang lagi!

 

Post a Comment

<< Home