Langkawi part 2
Assalamualaikum…:)
Kejap aje..kejap aje dah 5 hari kami kat sini. Tak puas lagi nak berehat. Tak puas lagi nak enjoy RE ni...dah nak balik dah...Anyway,...so far we have had a splendid time…enjoying each others' company…enjoying keletah anak2 yang asyik gaduh, be rebut, merajuk, etc2...enjoying the ‘over’ of Angah…the bullying of Along, the pouting of Maya, the manja and kememe of Hakim…the happiness of Atok and Wan..and most of all the love from my Cik Abang…( dapat seset pinggan yang I idamkan..he..he..TQ Cik Abang ku…senang sikit dah hati ni!;) )
Ok..kita cerita backwards lah ye,…I dah lupa what we have been doing since we arrived laa…Memory space tak de dah ni…
2hb Dec ( Selasa)
At this moment, Cik Abang tengah berkeruh, Atok and Wan pun kat their room, tidor jugak probably, anak2 baru sat ni gaduh sebab yang no.2 dan 3 nak tengok sinetron, Along entah kat mana ( since petang semalam bad mood aje), yang no.4 Tengah seronok dengan kereta remote - tu yang gadoh tu, kerete tu bising sangat bila kakak2 nak tengok TV!
As usual, maklang pegang RE sikit je tadi. Dapat pulak signal ni, naklah updet jap.
Wokeh….tadi kami pergi island hopping, 4 pulau kot. Nama first pulau dah tak ingat. Singgah kejap kat situ, Anak2 main pasir, kami duduk bawah pokok berteduh, then pi tengok helang kat Pulau Singa Besar. Memang banyak betul helang. Bila org yang bawak bot tu letakkan kulit ayam, banyak helang dok terkam. Kejap kat situ kami ke Pulau Dayang Bunting. Ketibaan kami di sambut oleh monyet2 kat situ, Ingatkan tasik kat situ dekat aje dengan pantai…so berjalanlah kami ke tasik. Atok tak ikut sebab tak larat nak naik tangga. Mengah, lengoh lah kaki panjat tangga. Masa pergi Oklagi…tapi nak balik, aduhai…lengohnya..mengah semacam, tapi bagus jugak, keluar sikit peluhnya! Sempat jugak celup2 kaki kat tasik tu. Maya dan Hakim seronok main air, kira tak payah lah bawak ke swimming pool petang ni…he…he…
Oh..BTW, boating activity tu kami bayar RM250 for all of us. Satu bot tu kami charter for the whole familylaa..senang. Akim at first takut benar naik boat tu, Menggigil kata abah dia. Maya yang nampak sangat enjoy tu…senyum all the way…Maklang pun seronok bila tengok anak2 enjoy…
1hb Dec - hari ke4
Semalam maklang pulak yang takut! Kami naik kabel car, Kalau nak pi naik kabel car ni jgn lupa bawak my card. Along tak bawak kenalah full price. Kalau tak kena RM 15 for adult , ni Along kena RM25. Buat rugi aje. But the ride was Ok. Seram wei…dok imagine, kalau terlepas tu…sadahkawlah hulazim lah kami. The scenery from above was so beautiful tau..memang canteklah..dengan pemandangan air terjun 7 telaga tu memang menakjubkan..inilah dia ciptaan Allah… Lepas dari sana kami balik. Sempat makan roti and cheese kat kereta sebab kelaparan. Gambar nanti maklang letak ye..later …
Then, kami ke Beras terbakar. Tak ada apa kat sini. Maklang sempat grab 2 helai baju untuk anak2 buah maklang. Teringat mereka 2 ni selalu tolong2 I buat kerja kat ofis. I ni pulak grab 2 helai batek lepas, cantek2. Murah aje selai cuma RM 13 aje.
Dari sana kami singgah kat Atma Batek..Mahal wei..taraf mat salleh boleh lah…Pusing 5-10 mins,kami beredar.
Kami beli makan kat kedai makan depan resort ni aje, nasi masak kat bilik. Murah tau kat Restoran Siti Fatimah ni. Periuk nasi Wan beli kat sini sebab kebetulan memang periuk kat rumah dah tak berapa elok. So dapatlah makan nasik panas2...sedap makan…lupa diet I you..entah berapa kg pulak naiknya nanti!
Lepas makan, maklang Akim dan Cik abang ke Pusat Kraftangan. Cantek2lah barang2 kat situ, tapi bukan taraf kami sebab mahal ..lebih untuk tourist. Cik abang jatuh hati dengan sebuah lukisan kat situ...Memang cantik. Dia belilah satu. Tak mahal mana, RM 200 aje. Entah nak gantung kat mana tak tahu lagi laa…
Lepas tu kami ke tempat feberet maklang. Shopping baju yang tak cukup2 lagi. Anak2 lah nak tshirt lagi..belI lah lagi sikit. Cik Abang sempat beli gamat. Maklang beli blaus selai dua untuk buat basahan. Rasanya kat sini Ok aje harga dia. Oklaa…dari tempat2 lain yang kami visit.
Malam cuma berehat kat rumah. Makan malam pun bubur nasik. Senang aje, nasik tengahari yang tak abis tu letakkan air and masak lagi. Makan dengan ikan bilis goring yang kami bawak…Laku beb..Maklang makan roti dengan bilis aje…kenyang, tak larat nak makan lagi!
30hb Nov. ( Senin)
Tak ingat buat apa…rasanya ke Makam Mahsuri. Maklang tak masuk, tapi bershopping kat luar tu. Seronok you..tabur duit. Dapatlah sorang satu buat anak2 sedara maklang!
Nanti bila maklang letakkan gambar bolehlah ingat balik!
29hb Nov ( Ahad)
Petang tu kami pindah rumah. Kerumah Jamal. Bilik lebih besar dan lebih selesa.
Malam kami ke pasar malam kat Bandar kuah, Oklah. Dapat belI beg satu, Cantek. Nak buat modal untuk nak jahit..and letakkan RE
Wokey..nanti sambung lagi ye…
28hb Nov. ( Sabtu)
Pagi tak kemana. Maklang pergi kat Wildlife pagi tu, ( ni tak ingat betul ke hari ini ke bila)...Seronok kat situ. Macam2 ada yang rasa berbaloilaa...Cik Abang sempat hadiahkan maklang gelang amethst and cincin. Seronoks rasa...
Malam pulak kami ke Idaman Suri lagi. Geram tengok pinggan mangkuk. Tak abis2 lagi kemaruknya..he.he... Cik Abang belikan maklang se set pinggan yang dok maklang idamkan...Thanks...:):)...Tapi berat betul. Ni maklang dah repack and balut2 dengan baju sebab takut pulak bila naik flight kat sampai rumah ada pulak yang tercacat...
Sampai sini dulu, Insyaallah, next updet bila dah sampai KL atau kat rumah..sekalu dengan gambars!
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Labels: Jalan2
10 Comments:
Maklang...lama dah akak tak pi langkawi...rindu nak ke sana...tapi tak tau bila dapat peluang tu...
Seronok baca aktivit maklang...aktiviti shopping mesti tak tinggal...hehehhe
wah beli juga itew dinner set ye...sangkit pinggang tu bila nak angkat kan?
shopping2 tu jgn lupa kat kami semua ye?
bestnya.. dengar kata makan2 kat langkawi murah.. syoknyaaaa...
selamat bershopping ya maklang :)
Bagus maklang buat catatan , senang nanti bila kami ke sana ( tahun depan kot ) . kami last pergi 2003 siap banjr lagi pekan Kuah masa tu .
Nanti boleh kami ziarah maklang minum tea guna that brand new teaset ye :)
ML pergi ziarah mahsuri ke? akak and family nak ke sana juge tapi bulan depan semua dah booking excited sangat anak2 dgn mak nye nak ziarah mahsuri, rupa2nyer ayahnyer pun exiceted juga.. sabor jer ler.....
perghhh..buat citer backward...puas nak tangkap citer...
seronok kan bercuti sekeluarga.. zar pun tak sabar ank cuti ni.. menghitung hari jer..
best nya jalan jalan... lama nya tak le langkawai.. last dulu masa alang baby hehe
mak lang, seronok berjalan ye :)
salam eid ul adha mak lang sekeluarga..hidup ini penuh pengorbanan..semoga dipermudahkan
Post a Comment
<< Home