Toys 'R Us
Assalamualaikum...
Hari ini baru ada kesempatan nak mengupdet. Sibuk memanjang sekarang. Paklang pun tanya, tak updet blog ke? He...he...angin rajin entah terbang kemana. Malas nak updet. Lepas tu sibuk tak tentu hala, tu yang tak sempat even nak updet my blog or nak menjawab komen2. Blog hop pun kat tempat yang selalu pegi, tu pun dah termiss dah 3 N3 kat kak elle...sori kak..sibuklaa...
Last Wednesday evening, woo...dekat seminggu dah tu!, maklang lupa nak cerita yang maklang ( bibik sebenarnya)ada buat sedikit pulut kuning. Hari Rabu tu, si bujang balik sekolah bernyanyi2. Ingat kenapa, rupanya, member naik Quran. Seronok sungguh bila maklang beritahu dia yang maklang nak sedekah pulut bersama dengan kari ayam kat jiran2. Kata kat dia, kalau masa mak dia ni kecik2 dulu, arwah moyang selalu sedekah pisang kat mesjid kalau naik quran ke atau apa2. Memang orang dulu2 macam tu agaknya. Hakim siap berterimakaseh kat bibik sebab nak buatkan pulut tu. So, petang tu, maklang sibuk dengan kari sementara bibik dengan pulut putih...laa...putih pulak bibik buat. Last2 campurkan kunyit dengan santan dan gaul serta kukus semula...
Hari Jumaat tu, entah buat apa tak tahulah maklang. Pagi2 as usual Cik Abang ke pasar. Masak pun cincai aje pagi tu. Betullaa...tak ingat dah buat apa hari Jumaat tu ( ni baru ingat bibik buat nasi Ayam ..sedap!). Seingat maklang, petang tu, Paklang bawak melawat kebun getah yang paklang tengah nak tanam semula. Menakutkan jalan kat situ. Bukan apa, macam naik kuda sebab jalan tak berturap. Penuh dengan batu2 yang besar2 dan ada lopak pulak. Nasib baik tak terlekat kat lopak tu. Mulanya paklang tak mau masuk sebab takut terlekat, tapi cuba jugak terus aje atas jalan lopak tu. And Alhamdulillah, kami selamat pergi dan balik. Masa ke kebun tu, cuma kami ber3 aje sebab masa tu Hakim baru aje jatuh dari basikal dia. Kalau tidak, sure tak mau ikut.
Pagi Sabtu, Paklang ke kebun lagi. Entah ada janji dengan cina yang nak buat teres ke apa maklang pun tak tahu...tak pelah, tu biar paklang yang uruskan. Maklang uruskan anak2 jer and makan pakai laa...tapi of coz dengan bantuan. And also urusan riben2 , sulam2 etc. Asal bahagia sudah. Lepas dari kebun, kami pergi makan thosei. Angah tak mo ikut, and Along masih di kem. So, ber4 aje. Thosei tu makin mengkecik lah pulak sekarang. Dari makan thosei kat Paka, kami ke Kemaman. Hmmm...nak membeli belah lah pulak. Banyak barangan dapur tak ada, dan paklang dan Hakim berhajat nak melihat kenderaan untuk ke kebun tu. Hakim teramatlah seronok sebab memang dah lama sangat dia nak benda tu. Bernyanyi sepanjang perjalanan. Tapi bila ke kedai tu, tak dapat apa dia nak, langsung terpeli'ot. 3-4 kali merajuk sepanjang perjalanan balik. Kata dia, Abah dapat, tapi Hakim tak dapat! Dia ingat mak and abah ni cop duit agaknya...Macamana nak belikan benda dia nak tu, motor untuk budak2 tu...ada 2-3K agaknya. Takkan nak belikan...kesian pun kena bertempat...
InsyaAllah besok, mereka berdua akan ke Kemaman nak ambik toy baru Abah dan Hakim...Maklang pun berangan gak nak beli toy baru. Tapi tak sanggup sebab harga Toy baru maklang tu, 2nd hand aje dah 13K....Macam tak termampu maklang nak beli. Kalau kira2 duit bonus cukup tak agaknya ek...
Oklah, jap lagi nak berbuka dah...Entah bila pulak nak updet, sibuklah sebab inilah hari2 terakhir maklang tak kerja. Next Sunday...keje...sob..sob...
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Labels: Family
21 Comments:
hi maklang, selamat bercuti sekolah ngan budak2 and bravo to hakim :)
selamat bercuti sebelum mula bekerja... buat persediaan mental nak pegi opis tu hehe
This comment has been removed by the author.
Mak Lang janganlah sedih sebab nak kena kerja...
Sedapnya pulut kuning makan ngan kari ...
cuba clik kat toy maklang tu..takleh lah tengok..kenapa ekk?
Tahniah Hakim aunty nak sikit pulut kuning tu bolih?
apa agak nya toy baru paklang and hakim tu ye?mesti yg guna remote agak nya......hahaha
hehehe maklang sedey nak gi keje ek...gitu la kita nie kan kalau dah lama tak gi keje mesti rasa macam beratttt sangat nak masuk keje semula. Kalau la asben ribuan atau jutawan bleh la juga berhenti keje ...sabooo jer la...
maklang,
Kalau orang cina, pulut kuning with chicken curry - kita jamu bila baby turn one month old. Kira full-month punya makanan yang kita bagi kepada saudara-mara & kekawan...
mak lang...nak minat email add boleh? ada nak ty sesuatu? TQ
mamarock:
tak puas lagi bercuti...kalau dapat jadi housewife bergaji, kan best!
zino:
terimakaseh...sekarang ni tiap malam mimpi dah masuk office..cam nitemarelah pulak!
akuni:
sedey...memang sedey...
Hakim nak pocket bike tu ke maklang....sama lah dengan bujang kat rumah ni...
Alaa.. maklang, tak yah la pk sgt psal keja tu.. sampai waktu, redah jer nanti.. he he
toy tu ke? mahal kan. betul tu.. takkan nk ikut aje apa yg diorang nak kan maklang.. nanti jadi mue lah pulak..
apa toy maklang tu? neeza click takleh la..
selamat kerja maklang.. senyum sokmo deh.. :)
maklang, tak sempat pi jalan TAR la.. agenda sarat sangat..
waahhh hakim dah baca quran.. nak sikit pulut tu hakim..!!!
sedapnya pulut kuning tu....nyum, nyum. InsyaAllah saya pun nak buat before puasa, nak bawa gi ofis. Tergolek nanti semua mengantuk.
sedapnye pulut kuning cecah kari.
tetibe lapar la maklang.
huhu...
btw congrats to Hakim.. dulu sy naik Quran pun mak buatkan pulut kuning gak. kasi kawan2 ngaji n jiran2. :D
"Toy" idaman MakLang tu mesti best! Boleh buat macam-macam projects nanti. Anyway, nak share website ni with you ... http://www.secretsof.com/content/1581
Kat sini ada banyak ideas untuk embroidery projects.
abahnajwa:
memang sedap pulut kuning ngan kari...mintak ain buatlaa...
toy maklang tu apalagi kalau bukan mesin jahit! he..he..
kak elle:
tak pakai remote kak..pakai tekan aje...maklang pun tak reti nak bawak motor tu..
azwa:
memang kan..kalau tak payah kerja, memang bestkan...
cat:
oh biasanya maklang ada dapat...tapi bukan pulut, dapat cake adalah...
mannira:
dah adakan email maklang tu...
neeza:
sungguhlaa...kena senyum sokmo kan..lupakan segala masaalah...he..he...
mulan:
no problem...ada masa nanti, maklang akan serang jalan TAR sendirian bila dah kuat nanti!
cikmilah:
entah tak tau apa nama motor tu..
memang nak buat biasa aje..malas nak pk. Tapi asyik termimpi2 aje!
zany:
tak per ngantuk...kenyang lah tu!
bungahati:
sekarang ada jugak orang buat macam tukan..hantar pulut ni...
QOTH:
Terimakaseh...maklang dah tengok dah...
kata nak ke pantai timur, cuti sekolah ni...tak nampak2 pun!
MakLang ... plan nak ke Pantai timur hari tu terpaksa dibatalkan ... gara-gara hari penamaan calon by-election kat Permatang pauh tu .... KOTH terpksa ke office.
Post a Comment
<< Home