Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Friday, August 1, 2008

Salam Isra' Mikraj

Assalamualaikum...

Hari ini pepagi lepas solat Subuh, maklang dah merayap...Hmmm...apa lagi nak buat. Seronok kalau macam ini tiap hari, tapi kalau tiap2 hari agaknya bosan jugak kan. Hmmm...hence the jual kek came into the picture and also my RE tu...Kalau tak, mau mati berdiri...he..he.. ( read - bosan ler tu...). Tapi kalau mati nanti biarlah dalam keadaan yang terpelihara dari segala aib yang mungkin ada, InsyaAllah...


Semalam pagi, maklang menghadiri majlis agama. As usual, Kakak Chef yang ambik maklang ( Thank you so much kak). Tak boleh nak drive sendiri lagi, jadi semuanya kena mengharap kan orang. Nasib baik orang keliling memahami. ALhamdulillah...Seronok ke masjid. ( Ceramah diadakan di luar masjid, kat kelas SAR sebelah masjid). Ramai jugak ibu2 yang hadir. Ceramah berkisar tentang peristiwa isra' mikraj. Walau dah berulang kali didengari, tapi untuk mendengar sekali lagi amat menyeronokkan, dan sedikit sebanyak menambah pengetahuan maklang yang amat sedikit. Memang kena lebih banyak belajar tentang ilmu agama dan melebihkan membaca jugak...InsyaAllah, ini akan di tambah dari masa ke semasa. Satu perkara yag amat menarik, Ustadzah cerita was about, binatang pun mandi junub. Untuk maklang yang kurang pengetahuan ini, memanglah rasa oh...ye..ke? Hmmm..mungkin kawan2 yang lain dah tahu, tapi maklang tak tahu. Ustadzah kata, kalau ayam tu, lepas dia 'projek', mesti dia bertayammum menggunakan pasir - masa dia kebas2 kepak dia tu. Itik pulak guna air, lembu guna batang pokok,kambing guna daun, etc...YA ALLAH...segalanya diambil kira....memang sungguh kita kagum kan...


Lepas ceramah semalam, ada sedikit jamuan. Makanan dibawa oleh para hadirin. Memang banyak lah makanan, tapi maklang cuma makan meehoon goreng aje dan sedikit kueh. Dapat jugak rasa cheese cake kak liza. Kenyangla jugak sebab pagi tu maklang cuma ambil 1/2 keping tuna sandwich yang bibik buat. Bawak jugak se tupperware tuna sandwich ke majlis tersebut. Suspense jugak sebab at 1st the sandwiches, tak laku langsung. Penuh aje tupperware maklang. Dalam hati kata, jangan2 kena bawak balik pulak. Tapi Alhamdulillah, towards the end, semuanya selamat....Syukur!

Kak liza hantar makalng balik lepas ceramah. Sempat jugak kami menyinggah beli sedikit sayur dan santan kat kedai tepi jalan. Lepas tu melencong ke kedai tupperware sebelah kedai sayur tu...hmmm...tak dapat nak joli sebab Cik Abang kasi RM50 aje...itulah...mintak RM50, dapat 50, kalau mintak lebih dapat tak agaknya...sekarang ni nak pi ambik duit pun payah sebab tak boleh drive...kenalah mintak duit orang...he..he...tapi tak per orang itukan suami sendiri, bukan orang lain...he..he....Nasib baik pemurah orangnya..( sure dia tersenyum tersengih baca kena puji...)

Petang pulak, Kak Ina datang jalan2. Apalagi kalau tak cerita pasal RE. Sambil2 tu, kami tengok bibik2 tanam pokok kat sebelah sana of the kolam. Kena masuk dalam kolam lah...Angah dan si tembam pun join sekali. Buat sebuk aje....Maya pulak tengok TV. Along pulak tak ada, sebab pegi camp lagi kat sekolah di Kemaman. Hari ini kuranglah sorang lagi nak meleser kat bilik maklang. For the past 3 nites, si dayang and dayung berkampung kat bilik kami. Siap tarik tilam lagi...Naik lemak pulak, vacation kat bilik for one nite macam nak jadi 1 week aje....kalau tak kasi kesian pulak.

Hari ini, maklang nak buat kapkek. Ada about 100 pieces nak kena buat. Freshly baked and hantar ke rumah kawan2 yang order. Sambil2 tu boleh jugak buat rojak India buat suami ku yang tercinta...

Have a nice wiken...




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

12 Comments:

At August 1, 2008 at 8:52 AM, Blogger cikMilah said...

salam Isra' Mikraj,best kan maklang..macam full time duduk kat rumah dan dapat pulak income!
Thanks for sharing about the animals...kita pun tak tau pasal ni....masyaAllah, cantik nya hukum alam...
Selamat maju jaya dgn projek kapkek...

 
At August 1, 2008 at 9:02 AM, Blogger Kak Elle said...

maklang nak cupcake jugakkkkk kan hari ni nurses day...hehe

 
At August 1, 2008 at 9:18 AM, Blogger YuszTieY said...

dlm tak berapa sihat tu sempat lagi ambik oder...chefffffffff betul la maklang nih..tabik springggggggggg

 
At August 1, 2008 at 2:00 PM, Anonymous Anonymous said...

ML semalam ada terbaca pasal doktor ikan kat surat khabar, apa kata kalau ML dapatkan doktor ikan tu campak masuk dalam kolam, lepas tu boleh lah hulur hulur kaki kat dlm kolam tu.

 
At August 1, 2008 at 3:45 PM, Blogger Zareda Norman said...

Salam Isra" Mikraj mak lang

Kat area rumah zar ceramagnya 9 ogos ni khabarnya Ustat Daud Che ngah akan datang

 
At August 2, 2008 at 12:29 AM, Blogger Neeza Shahril said...

kalau maklang tak cerita, neeza pun tak tahu binatang mandi wajib... hmmm binatang pun ikut cara Islam kan.. kita aje ramai yang tak ikut.. malu pulak dengan binatang hehee..
banyaknya cupcake maklang buat. takde gambar ke? tak dapat makan, dapat tengok gambar pun jadi lah.. huhuuuu...

 
At August 3, 2008 at 4:27 AM, Blogger  Lee said...

Hi Maklang, just dropped say hello. Hoping you all in best of health, best regards, Lee.

 
At August 3, 2008 at 12:12 PM, Blogger zino said...

salam isra' mikraj.. selamat berhujung minggu..

 
At August 3, 2008 at 12:58 PM, Blogger Nek Rock said...

yooo salam maklang,bak mai sket rojak india,yum yum

 
At August 3, 2008 at 5:07 PM, Blogger Aku_tulip said...

rajinnya Maklang....mampu ker saya ikut jejak langkah Maklang...

 
At August 3, 2008 at 7:58 PM, Blogger aNIe said...

Salam Isra' Mikraj juga buat Mak lang...

 
At August 4, 2008 at 12:28 AM, Blogger Mulan said...

nak rojak india..!!! macam tau2 je selera kita, kami pun makan rojak india (mustafa) kat kuantan hari jumaat tu..

 

Post a Comment

<< Home