Tak ada kerja lain dah...
Assalamualaikum..
Hari ini maklang rasa happy sangat. Entah kenapa tak tau. Macam high semacam...he..he..
Sebenarnya maklang seronok dapat sampul surat Yaasin yang maklang beli semalam. Adalah project nak buat apa Yaasin tu. Idea datang nak sampul tu bila tengok kawan maklang, Dodie, ni buat macam tu. Dia memang ambil upah untuk nak buat2 tanda mata untuk akikah, maulud ke, besday ke etc. So, dia yang tunjukkan. Maka maklang pun ambil idea dia dan maklang gunakan kain2 remnant yang banyak kat rumah ni. Canteklah sikit Yaasin tu. Buat tak susah cuma ada sikit leceh sebab main dengan glue ni. Dhirah kata, sahlah mak dia ni tak ada kerja lain dah...he..he..tapi maklang seronok.
Ini antara Yaasin yang dah 'berbaju'
Dalam dia first dan last page tu maklang lekatkan dengan kulitnya supaya tak nampak kain yang kita tampal tu..
Selinganlah kan antara jahit kusen Neeza tu...Setakat hari ini maklang baru dapat buat 14 buah aje. Dah mintak bibik gosokkan kain remnant yang maklang dah gunting ikut size Yaasin tu...So cepatlah sikit kerja..Insya Allah..
++++++++
Semalam maklang ke Dungun dengan kawan maklang. Maklang hangkut Bibik sekali. Sebabnya ke sana ialah untuk nak beli surat Yaasin tulaa...maklang beli banyaklah jugak. Sesampai kat sana, maklang punya pinggang punyalah sakit. Agaknya sebab duduk tak betul dalam kereta agaknya. Hmmm...tak dapatlah nak gerak2 sangat. Masa jalan nak cari barang tu, menahan sakit ajelah. Tak larat lagi. Sudah aje beli2 tu maklang baliklah ke rumah. Mandi, solat dan terbongkang atas katil sementara menunggu waktu berbuka.
Malam pulak tak boleh nak tido sebab perut seeh makan deghian...
Malam tadi maklang merajuk dengan 'suami' kecik. Ada ke kita dah belikan barang2 dia, dia tak mahu. Tapi maklang tak hangin, buat donno aje. Last2 dia mintak maaf. Kejap aje merajuk dia tu...
Sempat jugak maklang kasi kawan maklang yang bawak maklang ke Dungun tu table runner...harap2 dia suka!..
Have a nice day...
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
16 Comments:
laaa.. nak pi dungun rupanya. awat tak habaq awal2. boleh temankan.. cantik lah tu..
maklang bolih amek gambar yassin yg udah berbaju tu close up tak?nak tengok lagi dekat...
cantik la maklang surat Ya siin camtu.. nak buat jugak lah. Teringst masa kecik dulu aruah mak balutkan al-Quran kita dengan kain poplin putih..
maklang.. ummi rasakan maklang ambiklah lagi sebulan cuti. risau pulak dengar maklang sakit belakang lagi. ummi rasa kalau maklang start keje mesti maklang tak tau nak slowdown punya.. dah tau sangat maklang ni mesti laju je..
take care ya.. ikut cakap suami besar duk rumah lagi sebulan.. nanti suami kecik pun mesti happpy gak :)
syaa pon nak tgk gambo yassin dah berbaju tu :)
lagi satu, saya setuju la dengan suami maklang supaya tambah cuti lg sebulan.. risaukan mak lang yang belum sembuh sepenuhnya tu..
harap2 maklang cepat sembuh yaaa
take care
Macam mana tu Mak Lang, baru jlan sikit dah sakit balik tu, elok la Mak Lang sambung cuti...
Memang nampat sweet sangat buku yassin tu kan mak lang...
Mulan:
Tengokkan awak sebok memanjang, sega pulak maklang nak ajak pi ronda!
Kak Elle:
Akak click aje kat gambar tu, terus dia membesar. Clear lah nampak dia...he..he..sekarang maklang punya blog ni dah nak tepu , tak leh letak gambar besar...macamana nak buat tu??
Cik Milah:
Surah Yaasin tu memang berseri dah berbaju...entah macamana maklang boleh terasa nak buat entah. Agaknya sebab hari tu nampak kain lebih2 terus teringat kawan maklang punya Yaasin tu!
Ummi:
Maklang pun rasa macam itu..Tapikan..kalau tak kerja, pitih tak masuk lah kot! Hmmm...tapi tak per lah, mana tau rezeki RE tambah lagi...he..he..dapatlah nak kasi kat Wan dan Atok, InsyaAllah...
ayu:
Macam jawapan kat Kak Elle tu..click aje kat gambar, dia besar laa...
InsyaAllah sambung cuti...Minta2 Dr. kasi laa
Akuni:
Itulah...jalan sikit2 sakit. Penat agaknya...Mintak2 Dr. kasi cuti lagilaa..Amin..
Cantik table runner maklang... Love the bunga-bungaan... I think you should rest another month too... Biar betul betul pulih...
Memang sah dah tak do kojo...ha ha ha
Memang lawo la Yassin dah berbaju tu..napa tak penah terfikir nak buat camtu sebelum nie ek. Kreatif gak Maklang nie ek.
Hah kalau belum sembuh bebenor, elok la extend cuti lagi hingga benar2 rasa dah sehat. tentang pitih tu, dgn kreativiti maklang tentunya tak kering idea nak cipta mende2 comel yang boleh mendatangkan pitih hehehehe
banyaknya project maklng dlm 1 hari... kalau ada anugerah, nee bagi anugerah Engineer creative yang superb in everything!
suka tgk yaasin comel tu...
bunga tu kalau tempek kat tie paklang lawa tak agak e.. hehe
Kalau org dah kreatif tu, baki apa pun menjadi.
mak Lang ni memang tak reti dok diam ya...
Hi Maklang, those handicrafts, ties are beautiful...always nice to see a woman's hobby like this...as today not many women can even sew a button, ha ha.
You keep well and have a great weekend, Lee.
Post a Comment
<< Home