Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Thursday, July 24, 2008

My heart bleeds...

Assalamualaikum...


Apakabar? Harap semuanya sihat belaka...Maklang sejak 2 hari yang lepas merasa agak sedih sebab baru aje mendapat surat 'itu' dari pejabat maklang. Surat yang ditunggu2 setiap kali datangnya bulan Julai. Tahun ini maklang menerimanya agak lambat sehari dari teman2 yang lain. Sebabnya maklang masih bercuti disebabkan musibah yang menimpa.

Petang hari Selasa, immediate Boss maklang datang ke rumah dengan membawa surat tersebut. Pagi sebelum tu, maklang ada berbual dengan teman2 sepejabat dan semuanya menyatakan kegembiraan kerana tahun ini kenaikan gaji adalah amat memberangsangkan. Alhamdulillah buat mereka semua. Sama jugak dengan bonus. Kebanyakkan mendapat 2-2.5 bulan. Alhamdulillah sekali lagi. Rezeki datangnya dari Allah...

Jadi petang Selasa selepas Boss maklang pulang, maklang pun membuka surat tersebut. Dalam hati kata kalau dapat macam yang kawan2 dapat, average aje pun dah Alhamdulillah. Walaumacamanapun, pagi sebelum Boss maklang datang tu, macam ada perasaan risau, takut2 keputusan tak macam yang diharapkan. Kalau melihat dari appraisal yang telah dilalui sekitar bulan May lepas, maklang punya result was above average. Dan macam project lead kata jangan risau sebab yang lain dapat OK.


Tapi bila maklang bukak surat itu, alangkah terperanjatnya maklang. Grade maklang turun! Teruk sangat! Tapi maklang bersyukur jugak sebab dapat jugak increment walau pun maklang rasa itu bukan sepatutnya. Sebenarnya maklang bukan memandang sangat pada RM itu, tetapi pada prestasi yang diberi. Itu yang memeranjatkan maklang. Maklang dah bagi sepenuhnya commitment untuk project ini supaya berjalan lancar. Berkorban untuk project ini. Tak pernah lagi maklang bekerja sekuat ini, tapi inikah balasan yang maklang dapat? Petang itu hati rasa tak sedap tapi maklang masih boleh bertahan lagi. Terus maklang sms pada project boss bertanyakan sebab. Dan dia bertanya apakah figure yang maklang dapat. Maklang balas dan terus menyatakannya.

Pagi Rabu maklang call project lead tu kat office. Dia kata dia pun terperanjat dengan apa yang maklang dapat. Dia memang give full support dalam appraisal dan maklang tengok sendiri apa yang dia tulis. Kat office maklang ini semuanya kena ada transparency. Dan sepatutnya selepas dia komen tu,tak ada lagilah komen sebelum ianya pergi ke Boss besar kat KL. Tapi tak taulah apa yang terjadi, apa yang maklang dapat ini langsung tak reflect apa yang ada kat appraisal maklang. Mungkinkah ada tangan2 yang tak bertanggungjawab yang menulis perkara yang tak sepatutnya? Yang menjadikan perkara ini berlaku. Ada jugak desas desus yang maklang dengar ( wallahu'alam) yang menyatakan apa yang maklang buat sekarang ini boleh di lakukan oleh sesiapa pun, hatta orang yang baru kerja sekali pun. Kalau begitulah katanya, maka ambillah engineer lain kerana maklang pun tak minta untuk diletakkan di dalam project ini untuk menjalankan kerja2 ini. Maklang ditugaskan bukan minta ditugaskan. Dan maklang dengan rela hati menyerahkan tugas ini kerana tugas ini bukan sahaja memenatkan dan mengstresskan, tapi ianya juga menyebabkan apa yang berlaku pada maklang ini berlaku. One thing leads to another. Sampai masuk hospitallah sebab terlalu penat. Dari batuk2 terus menjadikan sebab sebelum maklang sakit macam ini. Entahlah... Hati terasa perit untuk nak melepaskan tanggungjawab sebab maklang dah hampir separuh jalan nak completekan kerja. Bukan senang nak tackle orang kat pejabat kerajaan, tapi kalau dah itu yang dikata..maklang akur. Sekarang ini maklang sedang berfikir untuk keluar dari project ini dan masuk balik design department. At least maklang buat kerja apa yang maklang belajar masa kat Uni dulu. Tapi maklang tak tau apakah jalan terbaik. Kena berdoa dan beristikharah dahulu InsyaAllah...dan selebihnya akan maklang serahkan pada Yang Maha Kuasa.


Buat masa sekarang, maklang hanya akan berdoa pada Allah semuga diberi kekuatan untuk melawan arus ini. Semuga Allah memberi hidayah dan petunjuk pada maklang yang serba kekurangan ini. Kalau pun pintu rezeki maklang ditutup secara ini, InsyaAllah banyak lagi rezeki lain yang akan masuk. Dan tatkala maklang berduka inilah, maklang perlukan sokongan dari semua terutama dari suami, keluarga dan teman2 tersayang. Walaupun hati maklang terluka dengan peristiwa ini, maklang masih tetap bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk hidup dan menikmati apa yang Allah beri. Doakan maklang sejahtera zahir dan batin...Amin Ya Rabbal 'Alamin...




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

30 Comments:

At July 24, 2008 at 10:18 AM, Anonymous Anonymous said...

Sabar maklang.. ada hikmahnya tu. Kalau tak semua ummi pasti ramai juga yang dah melalui apa yang maklang lalui ini. Bersabarlah sesungguhnya mungkin ada yang lebih besar menanti maklang. Insya allah.

Ummi dan dad pun dah melalui ini. Jika kita tabah melalui dugaan allah insyaallah ada ganjaran yang lebih besar menanti kita.

Cheer up maklang. Maklang ada sebulan cuti lagi. Buatlah apa yang patut untuk menceriakan hati maklang. yang pasti si kecik yang sedap di gomol mesti boleh menghappykan maklang jugakkan...

 
At July 24, 2008 at 10:31 AM, Blogger NOR ELYANA ZAINAL said...

Mak lang orang terengganu ke? Selamat berkenalan!

 
At July 24, 2008 at 10:37 AM, Blogger Kaktiny said...

salam maklang..

tu semua adat duni akan maklang kan.. kerja kerjaan ker, swasta ker, politik ker, jadi cikgu ke, polis ker, lawyer lagilah.. taktik kotor nak menjatuhkan org tu mmg byk berlaku.. saya yang baru setahun jagung dlm dunia kerja ni pun byk melalui pengalaman sebegitu.. masa kena mmg sakit.. tapi sentiasa percaya "ada rahmat disebaliknya'.. dan MMG BETUL.. satu per satu YANG BAIK menyusul..

so.. maklang jgn susah hati k.. (syukur dia tak bagi notis dinasihatkan berhenti.. kalau tak .. LAGI PARAH!!)..

(kita tgk ler balasan kpd yang 'dengki' atau yang sabotaj maklang tu nanti.. Allah skrg dah bayar CASH kat dunia.. tak tunggu akhirat dah..

 
At July 24, 2008 at 11:15 AM, Blogger maklang said...

ummi:

memang sabarlah ni...

memang pernah terkena ari tu...tak lama, bukan atas maklang tapi pada my other half. Perit memang perit. Tapi sabar ajelah dan Alhamdulillah orang yang buat tu dah menerimanya dan kami pula diberi rahmat...

Maklang sekedar mencurah perasaan aje, kalau ada yang mahu mendengar!

elyna:

maklang bukan orang terengganu, tapi tinggal di terengganu je!

kak tiny:

kalau dapat notis surat berenti tu maknanya dah teruk sangatlaa...maklang tak ada buat salah pun! kerja buat, tak ponteng etc.

Tak apalah..memang Allah akan bayar cash aje sekarang ini..jangna kita buat orang sudah laa...tak apa...terima seadanya sudah...

 
At July 24, 2008 at 11:16 AM, Blogger Kak Elle said...

maklang sabar ye ni semua dugaan mungkin ada yg terbaik menunggu:)

 
At July 24, 2008 at 11:38 AM, Blogger chekgu Bani Hassim said...

Bwk bersabar maklang...
Tak sume bende yg kite buat ni org akan hargai...
To be recognized ni susah, lagi2 kalau kite bukan jenis show0ff...
satu lg, kalau bukan kaki 'aircond' org atas tu...
gelap jugekla mase depan..

BTW, hopefully, maklang cepat2 sihat..
Dah sehat bleh tgkatkan produktiviti...

 
At July 24, 2008 at 11:41 AM, Blogger maklang said...

kak elle:

memang tengah bawak bersabar dan bertenanglah ni...doakan yang terbaik buat maklang...

bani hashim:

memang maklang bukan jenis aircond punya...maaf ler..bukan dalam dictionary maklang..

tapi tak apa, Allah Maha mengetahui dan mengasihani...

 
At July 24, 2008 at 11:49 AM, Anonymous Anonymous said...

sedey kan kak bila rasa diri tidak dihargai..

sy pun rasa cam tu sekang.. huhu..

 
At July 24, 2008 at 12:13 PM, Anonymous Anonymous said...

politik pejabat lagi busuk dari segala politik kerana menikam belakang tanpa beri warning, ingat pada yang SATU tak selalu roda itu berada di bawah sesekali ianya akan berputar berada diatas jua. Kuatkan semangat dan terus berusaha demi keluarga tercinta.

 
At July 24, 2008 at 12:24 PM, Blogger cikMilah said...

Memang sedih Maklang, kita faham sangat.. tapi ya, usah kecewa dengan rahmat Allah, mungkin yang kita tak suka hari ini, ada balasan gembira satu waktu nanti.

I see it in different way, kalau maklang drop this project,immediately makin menanglah "orang itu" dan makin kelabu lah reputasi maklang pada mata top mgmt kat KL tu. Sabar dan fikir dan istikharah ya, .. cool down dulu,lepas digest semua, baru idea baru yang lebih "sihat" datang untk tindakan selanjutnya...
Amboi! panjang bebel cikMilah!
Cheer up ya.

 
At July 24, 2008 at 12:25 PM, Blogger cikMilah said...

Memang sedih Maklang, kita faham sangat.. tapi ya, usah kecewa dengan rahmat Allah, mungkin yang kita tak suka hari ini, ada balasan gembira satu waktu nanti.

I see it in different way, kalau maklang drop this project,immediately makin menanglah "orang itu" dan makin kelabu lah reputasi maklang pada mata top mgmt kat KL tu. Sabar dan fikir dan istikharah ya, .. cool down dulu,lepas digest semua, baru idea baru yang lebih "sihat" datang untk tindakan selanjutnya...
Amboi! panjang bebel cikMilah!
Cheer up ya.

 
At July 24, 2008 at 2:07 PM, Blogger ms hart said...

Mak Lang, sabar banyak2, ok? I pun dah rasa peritnya office politik ni. Rasa macam pelik bin ajaib. Tak percaya. Appraisal lain, hasil yg ditunggu2 lain. I sampai satu tahap fikir, buatlah apa yg diorang tu nak buat. Rezeki di tangan Allah. Sekarang dia sekat rezeki kita, esok2 siapa yang tahu... So Mak Lang, cheer up, ya. Janji Mak Lang dah buat yg terbaik.

 
At July 24, 2008 at 2:13 PM, Blogger Mama Rock said...

maklang, in any circumstances there will always be a blessing in disguise. I am sure the Divine One up there is saving the bst for last...InsyaAllah. hang in there, kuat kan semangat.

 
At July 24, 2008 at 2:41 PM, Anonymous Anonymous said...

maklang.... bersabar la ok. Dugaan pun satu.

InsyaAllah in future ada ganjaran yang menanti mak lang.

 
At July 24, 2008 at 3:02 PM, Blogger Mulan said...

sabar maklang, ada hikmah tu. moga rezeki maklang bertambah2 murahnya.. sabar ya..!!

 
At July 24, 2008 at 3:22 PM, Blogger Neeza Shahril said...

sedih baca entry maklang kali ni. Memang tak logik kan. Appraisal okay. sekali resultnya tak seperti appraisal. sabarlah ya maklang.

bak kata maklang, mungkin rezeki maklang ada ditempat lain. Mungkin juga, kali ni turun, akan datang naik mendadak? Insyaallah.. teruskan berdoa ya maklang.. pasti ada hikmah disebalik semua tu...

 
At July 24, 2008 at 5:23 PM, Blogger ummu asiah said...

Mak Lang..
kami yang mengikuti cerita2 dari blog teratak mak lang faham sangat dengan apa yang mak lang dah lalui..Allah jadikan manusia dengan bermacam ragam..semuanya ada hikmahnya...yang jahat dan dengki..nampak saja macam merosakkan kita..tapi sebenarnya ada azab yg menunggu mereka..as for us pula..mendapat ganjaran dari Allah..umpama org yang mengumpat..mereka di akhirak memakan bangkai yang busuk sedangkan kita mengutip pahala dari mereka...so mak lang kuatkan semangat...saya suka bayangkan term yang indah ini..."ANUGERAH DI ATAS SESUATU DUGAAN"

 
At July 24, 2008 at 8:03 PM, Blogger Norabella said...

Sabar lah Mak Lang, Allah senantiasa berada di sisi umatnya yang sabar. Pasti ada hikmah nya...tak usah sedih.

 
At July 24, 2008 at 8:12 PM, Blogger anggerik merah said...

Maklang,

banyak bersabar, semuga sentiasa mendapat keredaan Allah.

 
At July 24, 2008 at 8:18 PM, Blogger zura aini said...

takpe maklang, Allah beri kelebihan kat tempat lain, maklang makin bertambah sihat, itu pun rezeki jugakan. Alhamdulillah. Lagipun kita tak boleh expect apa dalam hati orang yang menilai kita tu.

 
At July 24, 2008 at 8:53 PM, Blogger KakNi said...

Mak Lang bersabar ya... istifar banyak2...

 
At July 25, 2008 at 8:06 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
All the best to you... and I pray for your success.

 
At July 25, 2008 at 10:31 AM, Blogger IKHWANI said...

I know exactly how you feel! Dah pernah rasa banyak kali...

Sabar dan mengadulah pada Yang Maha Berkuasa sebab Dia sajalah yang mampu memberi serta menarik rezeki sesiapa pun jua..

Kalau dah beristikharah, insya-Allah akan jumpa jalan keluar.."tak akan menyesal orang yg beristikharah"..mungkin ini juga pintu keluar kepada perkara yang lebih besar, siapa tahu??

Kita tak lepas dari dugaan kak, Allah nak uji iman kita ..mudah2an akak tenang dan cool saja menghadapi ujian Allah.

((hugs kuat-kuat))

 
At July 25, 2008 at 10:48 AM, Anonymous Anonymous said...

Setiap yang terjadi itu, tentu ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Walaupun hati terluka, haruslah redha. Mungkin lambat laun, kan mendapat imbuhan yang lebih dari derita yang terpaksa ditempuhi....insyaAllah...

 
At July 25, 2008 at 10:58 AM, Blogger maklang said...

pisces:

sedey sebab tak dihargai. not at all pasal duit. Tapi bila tak dihargai macam ni..hmmm, tak ada mood nak kerja..

eids63:

biarlah mereka dengan politik mereka. Allah Maha Kuasa..balasan Alalh akan lebih perit pada orang yang berhati busuk! Kita redho ajelaa...

 
At July 25, 2008 at 11:00 AM, Blogger maklang said...

Cik Milah:

Terimakaseh ..terimakaseh banyak2..akan maklang fikir2kan...InsyaAllah akan jumpa jalan terbaik!

Ms. Hart:

Biar nanti orang yang bertanggungjawab itu mendapat balasan dari Allah...baru dia tahu betapa peritnya bila kena macam ini. Hari ini kita kalau buat orang, tak tahu besok lusa, entah2 lagi teruk balasan dariNya...

 
At July 25, 2008 at 11:02 AM, Blogger maklang said...

mamarock:

Nasib baik kat rumah. Kalau tak mau I hujan aje kat ofis...malu orang tengok. InsyaAllah Cik Abang ada menyokong dibelakang! Rezeki tu kalau dah kita yang punya takkan kemana..moga Allah beri petunjuk ke jalan yang baik...Amin!

Helena:

Memang ini salah satu dugaan Allah...maklang harap dapat menempuhinya...

 
At July 25, 2008 at 11:04 AM, Blogger maklang said...

mulan:

nasib baik awak datang, rasa seronok sikit! Thanks a million!

Neeza:

Memang pelik bin ajaib. Dan as usual, memang akan ada aje alasan mengapa kita tak diberi yang sepatutnya..itulah dia ragam manusia!

 
At July 25, 2008 at 11:06 AM, Blogger maklang said...

ummu asiah:

ialah...biarlah dia dengan dunia dia. kalau sentiasa ada perasan begitu, memang hidup takkan tenteram. maklang redho apa yang berlaku...InsyaAllah ada ganjaran yang lebih baik! Allah Maha Kaya...


norabella:

tak mo sedih..buat rugi air mata je...

 
At July 25, 2008 at 11:07 AM, Blogger maklang said...

Am:

Sabarlah ni...kalau tak memang maklang dah pergi tembak aje dia..he..he..

zany:

betul tu...

 

Post a Comment

<< Home